Wednesday, May 27, 2009

JEMPUTAN KAWEN!

SAMBUTAN ULANGTAHUN G3
03 JAMADILAKHIR 1430 - 28 MEI 2009

Pada semua sahabat, kawan, rakan, saing, blogger, peminat dan siapa saja yang bekelapangan di sekitar Taiping, Perak Darul Ridzwan, dijemput datang ke ZOO TAIPING pada 30 dan 31 MEI 2009 - SABTU dan AHAD ni sempena sambutan ULANGTAHUN KE 4 majalah G3. Gua ulangi, sekiranya bekelapangan. Pada sahabat yang bukan tinggal di Taiping atau yang jauh beribu kilometer, dijemput datang gak sekiranya ada duit nak bayar tambang bas, parking, petrol, tol dan penginapan. Kedatangan semua sangat dialu-alukan. Kalo datang nak tengok menatang berukpun tak kisah!

Buat julung-julung kalinya kitorang buat sambutan ulangtahun kat zoo besama menatang yang aktif pada siang dan malam hari. Ramai yang dah biasa tengok musang pulut, tikus, kelawar, nyamuk, toyol, pocong, pontianak, hantu tinggi dan segala macam hantu setan lagi selama ni kan. Zoo Taiping memberi korang peluang untuk melihat menatang nocturnal yang tak penah dilihat seblum ni. Semua perangai tak senonoh rupanya terutama menatang beruk! Banyak buat aksi 18sxxx. Entah la! Sila datang kerana ZOO TAIPING merupakan NIGHT SAFARI yang pertama di negara kita!


jumpa di ZOO TAIPING, NIGHT SAFARI untuk bersama meraikan sambutan ulangtahun majalah G3! insyAllah.
sila klik kat poster untuk maklumat

*bukan jemputan kawen aaa... HEH!

41 comments:

Geng Metal said...

Gua ingat lu yang kawin tadi! ceh! (hehehe ... mana tau buka cawangan baru?)

guapunyahal said...

ceh.. gua ingatkan dpt makan nasi minyak lu...

gayour said...

geng metal
saje bagi headline sensasi. harfraginhar! lu tak bleh fikir bende lain aa...

guapunyahal
masak jer nasik minyak sendiri. apa susah!

eiza in the house.. said...

salam ziarah..
mcm best jerk bunyi bro..
dh lama tak masuk zoo taiping tu..

cikceriacorner said...

eppy besday G3..

gayour said...

eiza in the house
lagi best kalo encik datang. bleh begambo dengan badak air!

ez
terima kasih

Takilala said...

review nnti bro.
maksud gua review badak air huhuhu.
hepi besday G3.

Anonymous said...

huh... aku pun terkejut chimpanzi baca tajuk n3...

klu bulan 6 aku betul2 ada jemputan kenduri kahwin kat kuala Kangsar..

kalu hujung bulan nih mmg tak berkesempatan....

errr cute tu badak air har har har

Jairo said...

majlis kawen kat night safari.. wow!!! menarik!!!

gayour said...

kakilala
jangan main2 dengan encik badak air. nampak comel, tapi brutal tak ingat sebenarnya!

tmfh
tak apa. penuhi jemputan yang lebih awal dan penting. selamat makan nasi minyak!

jairo
blum tau lagi menarik atau tak. buatnye semua menatang noctrunal tu protes dan memberontak... jadi tajuk akhbar dan berita sensasi kat tv la nampaknye!

matakucing said...

nanti snap la ngan haiwan2 disana.. enjoy your day bro

eddie dewanaga said...

cantik promosi ni beb, sambil bergembira (jumpa sanak saudara) boleh juga menghargai hidupan2 liar...


"...can you hear the roar?
It's sounds like a war
It's feeding time at the zoo
When their stomachs start growlin' the wolves start to howl
For a bite of what's on our menu
As they pick up the scent they grow violent
And they stampede to the feast
No matter where you're at, you're in their habitat
And they're bound to be disturbing your peace

Your last meal left you dissatisfied
Now the zookeepers have arrived
First come, first served, you better get in line
'Cause it's supper time

Yeah, it's feeding time at the zoo
If you get too close you'll lose a finger or two
Soothing the savage beast in you
Is the last thing we wanna do
Yeah, it's feeding time at the zoo
All the stories you've heard, every one is true
The time has come for our rendezvous
It's feeding time for me and you..."

- Exodus 1992
Force of Habit

Sharif John said...

Cantek.... Leh naik bukit larut plak pastu.... nk join bro?

Sharif John said...

Bosan la zoo tu... lgpn kebanyakan binatang tu ada dlm bilik sy dh hahaha

deaf-angel said...

Congrats G3.
smoga sukses selalu.

Jauh nye zoo ni huuhu

Q said...

aiseh... gua kerja la.... apo x buek kek pilah...

mamai said...

apa citer dari taiping bro....
jangan lupa update gambar...
tak berkesempatan nak joint...
harap menatang kat zoo tak kacau lu orang semua...

hans said...

assalammualaikum

undi saya dkt www.kuatberlakon.com

click dekat galeri penyertaan

undi mohamad hanis bin ismail

terima kasih sangat-sangat
suruh la adik2 ker kawan - kawan korang undi saya juga yer...
terima kasih sekali lagi

vote me tau gayour

S@Y@NGH@SNI said...

ahhh...
ketinggalan ketapi nie...
yus balik semerah sebab orang ipoh pun balik semerah gak..
kalu tau awal, mau yus tempah tiket awal..

gayour said...

matakucing
yeah! gua sempat begambo dengan ungka tangan putih. superb!

eddie dewanaga
ungka tangan putih memang extraordinary!

"...I meet my girl, she's dressed to kill
And all we're going to do
Is walk around to catch the thrill
On streets we call the zoo..."

the zoo
scorpions

john iverson
tapi lu tak ada ungka tangan putih!

gayour said...

deaf angel
terima kasih
memang jauh pasal gua dan lu jauh dari zoo tu tapi dekat pada orang yang tinggal dekat dengan zoo tu. heh!

Q
den dah agak dah ekau mesti cakap cam tu! pilah mano ado zoo. laiepun kalau buek kek pilah, orang kek arau atau parit raja sana akan komplin bondo yang samo, " apasal tak buek kat tompek kitorang?"

mamai
menatang semua okey. gua teruja sangat dengan ungka tangan putih! amazing!

gayour said...

hans
ni apa hal la plak kena mengundi ni? rasanye ngundi lambat laie...

sayanghasni@yus
tak apa. dulukan mana yang lebih utama. terima kasih.

ajie said...

mak aihh, jauh benor nak gi sana..hehe...

takpelah..hepi bestdaylah G3..baru semalam wa dapat beli...terus baca lu punya komik...hehe...teruskan usaha buat komik silat bro....

faizul darius said...

encik gayour, tak nak letakke tmpt chat?

gayour said...

ajie
memang jauh dan memenatkan. tapi terhibur bila tengok ungka tangan putih menunjukkan lagaknye!

faizul darius
ia sangat mengganggu kerja gua sekiranya ada.

hans said...

den masuk pertandingan berlakon la gayour...
tu suwuh vote tu

gayour said...

hans
oh! moga bejaya

peercetakan amar sdn. bhd. said...

Teman link kan blog mike kat http://komikmelayu.blogspot.com/ boleh ke? Kalau tak leh teman padam balik. TQ

gayour said...

peercetakan amar sdn.bhd
boleh tak ada salahnye. tq

Ki To said...

Sifu....Hamba ada buat karikatur wajah kawan2 hamba...Bleh komen tak ape lagi kekurangan hamba?Can tell me takpa maksud karikatur dan potret?

gayour said...

kito
nanti la cheq singgah dan komen apa yang patut nuuu...

blackpurple @ jowopinter said...

Bro' tak balik balik lagi ke dari zoo tu. nak menetap di sana terus ke? Hehehe!

gayour said...

black purple
tengok ungka tangan putih gua rasa sungguh terpesona. rasa tak nak balik!

Jairo said...

musim kahwin - kahwin heheheheh

gayour said...

jairo
bukan saja musim kawen tapi musim panas gak!

summertime girls
Yesterday & Today

Anonymous said...

haaaaaaaa ungka tangan putih... biar betul... patutlah sampai sekarang tadek n3 baru huhuhuu

jgn tersalah tgk kan kena hanuman kera putih heheee... nak cari bunga andani dan andano pulak huhu

CIKGU NAMAN said...

baru jmpe blog brader gayour..teringat zmn dolu duk lyn majalah geli hati dulu..gayour rockssss!!!!

Unknown said...

KOOL.... LEH AMIK GAMBAR TAPIR...KAH...KOH..KEH...

gayour said...

naqeeblukman
ungka tangan putih; salah satu citaan tuhan yang sangat hebat, luarbiasa dan mempersonakan!

n@m@n
syabas kerana bejaya jumpe blog gua. selamat datang dan terima kasih.

budak kampung online
masa tour night safari tak dapat tengok dan amik gambo menatang tapir si pemalu kerana beliau nyuruk kat mana ntah. puas cari tak jumpe. mungkin beliau menyelam dan tahan nafas lama2 tak nak orang amik gambo beliau. mengecewakan!

Jorji said...

sekali dah jemput,jauh la pulak! kakakaka.

.

gayour said...

j or ji
tu yang den maleh nak jomput-jomput tu jang oii!