Tuesday, June 16, 2009

TAMAN RIMBA HERBA

SAHABAT ZOOM! MALAYSIA
BAHAGIAN PERTAMA DARI EMPAT BAHAGIAN
23 JAMADILAKHIR 1430 H - 17 JUN 2009

“Sapa nak ikut rombongan SAHABAT ZOOM! MALAYSIA bersama LIBUR dan Tourism Malaysia ke Perlis? “Ujar editor majalah LIBUR, saudara Azli pada gua. Tanpa banyak songeh gua angkat tangan dan tesengeh menjawap, “ Gua nak! Gua nakkkkkk!”. Untuk kali pertama gua sampai ke salah sebuah negeri kat Semenanjung Tanah Melayu yang belum lagi gua sampai selama ni - PERLIS INDERA KAYANGAN. Tawaran ini menjadikan impian gua terlaksana akhirnya dengan mengikuti rombongan ni bemula dari 19 – 22 Jamadilawal 1430H ( 14 – 17 Mei 2008 ). Tinggal satu negeri yang gua tak pergi/sampai lagi. Tak apa, ada rezeki nanti sampai la. Program ni adalah anjuran majalah LIBUR bersama Tourism Malaysia yang turut disertai wakil dari Tourism Malaysia, beberapa pembaca LIBUR yang terpilih dan wakil media cetak dan elektronik. Tujuan utama program ni dianjurkan adalah untuk mempromosikan negeri Perlis dan produk-produk pelancongan yang ada di negeri paling utara di Semenanjung Tanah Melayu ni. Apa yang menarik kat Perlis? Gua yang kali pertama sampai nak tau sangat.

Rombongan kami bertolak dari Kuala Lumpur lebih kurang pukul 11.30 malam dengan kenderaan ekslusif bas dua tingkat Suasana Edaran yang hebat kemudahan di dalamnya untuk keselesaan penumpang di sepanjanag pejalanan. WHOA! Kali petama gua naik bas double decker ni! Ada lima canel video, boleh main video game, kerusi yang pandai mengurut tulang belakang, boleh layan radio Klasik Nasional dan entah apo ko bondo eh laie. Gua tak abis peksa dan gunakan semua kemudahan pasal leka layan movie. Lama tak naik bas la katakan. Sekali dapat naik bas, canggih plak, tak tau nak buat apa. Hujan renyai-renyai dalam perjalanan yang jauh ke utara. Hey, Perlis! Gua datang dengan kenderaan yang hebat seperti Tyranosaurus Rex mengaum membelah lebuhraya!

Perjalanan memang jauh ya amat tapi tak terasa jauh bila menaiki Tyranosaurus Rex yang hebat ni. Boleh tidur dengan lena. Pagi sebelum subuh, singgah minum kat Hentian Gurun. Rasa cam sahur plak. Kitorang tak trus dibawa ke penginapan tapi dibawa ke lokasi pertama untuk dilawati di negeri Perlis Indera Kayangan ni iaitu Rimba Herba Perlis yang teletak kat Sungai Batu pahat. Bukan Batu Pahat kat Johor aaa… akhirnya sampai gak gua ke negeri Perlis buat kali pertamanya. Alhamdulillah. Kelihatan krew rancanagan Panorama RTM 1 sedang sibuk membuat persiapan untuk rakaman lawatan kami ni.

Saudara Saupi dari POTO Travel & Tours ( kiri sekali ) yang membawa rombongan kitorang ke negeri Perlis mempekenalkan Abang Ron ( yang tesengeh dua dari kanan tu ) sebagai pemandu pelancong kitorang selama tiga hari kitorang berada di negeri Perlis ni. “ Siapa pakcik ni. Apa lebihnye beliau?” ujar gua pada diri sendiri. Dua dari kiri adalah encik Lobo, Pegawai Pelancongan dari Tourism Malaysia Perlis yang turut mengiringi rombongan kitorang.

Seblum dibawa melawat, sempat begambo dulu. Heh, biasak la! Mana tau kalo sesat, peta ni sebagai ikhtiar hidup. Itupun kalo memori kuat. Kalo lemah, kawan dengan ungka tangan putih la nampaknye. Takpun sesat sampai ke negeri Tony Jaa. Tak pasal-pasal kena tomoi!

Abang Ron mula menjalankan tugas beliau dengan mempekenalkan tumbuhan herba yang sangat popular iaitu Tongkat Ali. Beliau memberi penerangan mengenai ciri, sifat dan keistimewaan Tongkat Ali. Ada banyak maklumat mengenai kehebatan Tongkat Ali yang tidak diketahui dan masih dalam penyelidikan didedahkan oleh Abang Ron. Begitu juga dengan tumbuhan herba yang lain. Sebagai hardcore herba, kita patut tahu sket itu ini. Baru bekesan herba yang ditelan! Gua mula teruja dengan ilmu Abang Ron. “ Huh! Hebat pakcik ni!”.

Kebanyakan kita ( lelaki terutamanya ) hanya tahu Tongkat Ali adalah herba untuk kehebatan tenaga batin. Menurut Abang Ron, dari kajian dan penyelidikan, beliau tidak jumpa akan keistimewaan itu pada Tongkat Ali. Tak tau dari mana datangnye ‘kelebihan’ tu, Tongkat Ali trus glamer tak ingat sebagai kandungan pelaris minuman kopi penguat tenaga batin untuk lelaki! Cara mudah untuk melariskan kopi 6 dalam 1, campurkan saja akar Tongkat Ali, ginseng dan Misai Kucing… KABOOOM! kopi pasti laku! Abang Ron begitu merendah diri memberi penerangan. Tua-tua berisi. Macam padi pulut! HEH!

Dari mula masuk, gua nampak macam-macam tumbuhan herba yang tak penah dilihat dan diketahui namanya sebelum ni. Pelik-pelik. Yang lawakpun ada seperti tumbuhan herba Lebai Samat ni! Harhar! WHOA! Gua teruja melihatnya. Syabas Pak Lebai! Syabas! Nama Pak Lebai Samat diabadikan sebagai nama salah satu herba hebat penambah tenaga batin tanahair! Siapakah Lebai Samat ni. Beliau berasal dari mana. Adakah beliau yang menjumpai dan menamakan tumbuhan ni sendiri dengan nama beliau? Hebat!

Kat Rimba Herba ni korang boleh jumpa segala macam tumbuhan herba selain dari halia, serai, kunyit, lengkuas, peria, pegaga, terung dan lain-lain yang biasa kita jumpa. Semuanya boleh dipegang, dirasa dan dibau sekiranya berhajat. Tapi sebaiknya tanye dulu petugas taman sebelum memegang apatah lagi kalo nak memakan. Inilah antara kelebihan dan kehebatan Rimba Herba yang tak ada di tempat lain selain dari sekeliling atau belakang rumah mak bapak kita kat kampung. Korang penah tengok dan dengar ker nama tumbuhan herba Susu Nabi? Ni dia tumbuhan herba Susu Nabi dan kegunaannya dalam perubatan tradisional. Kenapa dinamakan begini? Sila buat kajian sket dan bagi tau kat gua aaa… tq.

Yang ni satu lagi tumbuhan herba yang pernah menjadi kontroversi dan boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman negara! Apa lagi kalo bukan Pokok Ketum! Bekunjung ke sini, gua dapat melihat, memegang daunnya, mencium dan mengenali Pokok Ketum. Ini adalah anak Pokok Ketum. Pokoknye besar lagi. Abang Ron menerangkan kegunaan sebenar Daun Ketum. Ia digunakan orang tua dulu-dulu seperti minuman teh dengan merendam sehelai daun ketum yang telah dikeringkan kat bawah lipatan kain baju atau di bawah buku. Ia adalah tonik herba kuat untuk menghilangkan penat, lenguh-lenguh badan dan untuk kuat bekerja. Bukan untuk khayal atau mabuk seperti yang disalahgunakan pada hari ini! Kalo nak tengok Pokok Ketum yang agak besar, sila datang ke Rimba Herba dan betanya pada petugas yang mana Pokok Ketum pasal penanda pokok ni telah ditanggalkan untuk mengelakkan daun-daunnya dirembat oleh penagih-penagihnye!

Pokok Juang Pasir. Herba untuk tenaga batin! Pokok herba ni mungkin jarang didengar dan mungkin tak penah dengarpun selama ni akan kehebatannya pasal Tongkat Ali lebih dominant. Kesian pokok ni ya. Nama dah hebat dah!

Tongkat Ali lagi. Tengok kegunaannya… Melancarkan Perjalanan Darah. Tidak seperti pokok Juang Pasir yang terang-terang dinyatakan kegunaannya sebagai penguat tenaga batin. Akar Tongkat Ali yang digunakan dalam minuman kopi 6 dalam 1 tu adalah untuk melancarkan pejalanan darah. Bila perjalanan darah okey, badan kita sihat, semua sistem akan berfungsi dengan baik! Itu la kehebatan sebenar akar Tongkat Ali! Tak setuju? Lantak korang la!

Lupa nak bagi tau pasal Taman Rimba Herba ni. Dari penerangan ringkas masa mula-mula tadi, Taman Rimba Herba ni telah dibuka sejak tahun 1998 dan ditubuhkan atas usaha Pejabat Perhutanan Negeri Perlis di atas tanah seluas 12 hektar. Sekarang ni Taman Rimba Herba mempunyai lebih 765 spesis tumbuhan herba yang bertujuan untuk perubatan tradisional dan sebagai tempat untuk orang ramai kunjungi. Taman ini adalah tempat yang paling sesuai untuk mempelajari, mengenali dan memahami akan kegunaan dan nilai sebenar tumbuhan-tumbuhan herba yang sangat berharga dalam kehidupan kita. Dengan adanya taman ni, tumbuhan herba Ubi Jaga yang juga diketahui kehebatannya untuk tenaga batin terpelihara di sini! Seperti Tongkat Ali, Ubi Jaga gak menjadi salah satu bahan pelaris penting dalam kopi 6 dalam 1.

Selain itu, antara lain tujuan taman ini ditubuhkan adalah untuk menjaga dan memelihara tumbuhan herba negara! Satu usaha yang sangat baik. Kat sini sapa yang nak tengok dan kenal tumbuhan herba Kacip Fatimah, Cekor, Mengkudu, Selasih, Kayu Manis dan segala macam lagi temasuk tanaman yang biasa tedapat disekeliling rumah kita seperti Bunga Raya, Bunga Taik Ayam, Senduduk, Pokok Kapal Terbang, Sireh, Ubi Kayu, Kesom, Pinang, Pisang, Pandan dan Keladi boleh didapati kat sini. Seperti pokok Pandan Bukit ni yang diketahui kehebatannya untuk meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan tenaga batin beb! HEH! Semua tumbuhan ni ditanam, dijaga dan dipamerkan kat taman ni untuk dinikmati bersama.

Salah satu bentuk laluan yang disediakan kat taman ni. Gua pun trus main teng teng! HEH! Selain tumbuhan herba, banyak gak tumbuhan dan pokok hutan yang besar-besar kat sini. Taman Rimba Herba ni betul-betul besempadan dengan negeri Tony Jaa. Ada gak tumbuhan herba kat sini yang diambil/ekspot dari negeri Tony Jaa dan Myanmar temasuk dengan beruk, monyet yang banyak besengayut memerhatikan kitorang sambil mencari sarapan pagi. Kitorang sampai seawal 7.45 pagi kat Taman Rimba Herba ni. Masa beruk dan monyek cari makan. Sori la encik monyet.

Nervilia Discolor atau Sehelai Setahun Baldu, ini la nama yang diberi pada tumbuhan herba ni. Haha! Guapun gelak den tesengeh kali petama melihat dan mengehatui nama beliau. Kalo tanam tumbuhan ni, azab la menunggu beliau mengeluarkan daun. Setahun hanya kuar sehelai jer daun! Betul tak tipu. Itu yang dibagi tau Abang Ron. Pasal tu nama beliau Sehelai Setahun Baldu. Daunnye cam baldu. Betambah tesengeh bila melihat kehebatan beliau. Tak nak mengalah gak rupanya. Nampak tumbuhan yang lemah tapi tu dia…Menambah Tenaga Kaum Lelaki! Jangan tak caye. HEH! Hebat!

Sapa nak tau ni la Pokok Bemban. Kegunaan atau manfaatnya pada kita sebagai penyembuh sakit telinga. Bila ditanya pada Abang Ron bahagian manakah yang paling berkhasiat/baik dan perlu diambil untuk dibuat ubat. Akarnye ke, batangnye ke, daunnye ke…? Semua bahagian pada tumbuhan herba boleh dimanfaatkan sebagai ubat. Inipun memerlukan ilmu untuk mendapatkan hasil yang baik, bekesan dan yang dikehendaki. Tak bleh main belasah ikut kepala lutut jer!

Penah tengok pokok nenas ni? Nenas apa la pelik sangat ni? Telindung la plak nama beliau. Nenas Batu kot. Ni gak salah satu tumbuhan herba yang terdapat kat Taman Rimba Herba. Semua yang ada kat sini ada manfaatnya dalam penyediaan ubat tradisional.

Apa ke nama tumbuhan herba ni. Lupa la plak. Yang pasti bukan untuk tenaga batin. Gua teruja tengok bunganye yang mencelah cantik. Tu yang berebut amik gambo dengan member/ kenalan sahabat media yang lain.

Ni satu lagi tumbuhan herba yang mempunyai nama yang pelik. Cam tak ada nama lain, Tenggong Anjing. Tapi kegunaannya untuk tenaga batin beb! Apasal la bagi nama pelik-pelik. Dah tu nama anjing plak. Gua tengok betul-betul bentuk, rupa dan sifat tumbuhan ni, tak adapun rupa anjing betinggong. Entah la. Mungkin masa orang yang mula-mula jumpa tumbuhan ni dulu, anjing baiekkk dok betinggong kat tumbuhan ni agaknye. Tak nak sakit otak mikirkan apa nama nak dibagi, bagi la nama Anjing Betinggong. Ini la keunikan nama herba-herba negara kita.

Sifat Parang Patah ada persamaaan sket dengan Pandan Bukit dan Anjing Tenggong Kegunaan/kehebatannnyapun sama, tenaga batin! Harhar! Yang tadi Anjing Betinggong, yang ni plak Parang Patah. Apa cerita disebalik nama tumbuhan ni agaknye ya. Takkan masa nak memotong daun tumbuhan ni parang boleh patah! Mungkin betul parang boleh patang kerana kehebatannya sebagai penguat tenaga batin! Harharhar!

Jalan punyer jalan kat Taman Rimba Herba ni, gua tenampak juntaian akar-akar dari pokok-pokok yang tedapat di kiri kanan laluan. Apa lagi, kehebatan masa sengayut ala tarzan masa mandi sungai kat kampung dulu perlu digunakan semula. Ini peluang baik untuk mengulangi zaman kehebatan dulu. Gua memberikan kamera pada kawan dan trus sengayut dan menikmati buaiannya sambil dirakamkan. Melakukan sesuatu yang orang lain nak buat tapi mereka tak mampu nak buat seperti sengayut AOOOO….OOOO… ala tarzen Malaya ni adalah kegemaran gua! Yeahoooo… bestnye! Harharhar! Sila lakukan aksi ni tanpa mempedulikan risikonye. Janji enjoy! YEAHOOOOO!

Cis! Jangan sekali-kali kita derhaka pada kedua ibubapa kita apatah lagi pada mertua kita! Dosa besar! Kerana ada menantu yang derhaka pada mertua, kena sumpah jadi tumbuhan ni. Maka tumbuhan ni dinamakan Derhaka Mertua. Agaknye la. HEH! Kan gua da kata tadi, ada macam-macam nama tumbuhan herba yang pelik-pelik kat Taman Rimba Herba ni. Selain dapat maklumat, ia gak menghiburkan. Harharhar! Lebih menarik bila melihat kehebatannya. Bukan untuk tenaga batin aaa… tapi untuk perancang keluarga. Elok tanam dalam pasu kat rumah!

Lagi satu tumbuhan penguat tenaga batin yang dikenali sebagai Payung Fatimah. Kalo Kacip Fatimah untuk orang pompuan, tumbuhan ni untuk orang lelaki kot! Entah la. Yang penting kegunaan tumbuhan ni untuk tenaga batin! Gua memang sengaja amik gambo tumbuhan-tumbuhan khusus untuk tenaga batin ni. Bukan apa, nak kongsi maklumat dengan semua bahawa negara kita mempunyai banyak tumbuhan herba untuk segala jenis penyakit. Bukan hanya ada tumbuhan herba untuk tenaga batin kat Taman Rimba Herba ni tapi ada lebih 765 tumbuhan herba kat sini dengan bemacam kebaikan dan manfaat. Ini hanya sebahagian kecik yang sempat gua amik. Datang tengok sendiri kalo nak tau!

Sampai di penghujung laluan kat Taman Rimba Herba ni disediakan sebuah Teratak Rawatan Rendaman Minyak Herba untuk dicuba. Biasa rendam dalam air, yang ni dalam minyak. Mesti lain/lebih kesan kebaikannya. Nak gak merendam kaki yang lenguh bejalan, tapi dah tak cukup masa. ARGHHH!

Tak perasan tumbuhan kat tepi tangga tu adalah tumbuhan herba untuk tenaga batin! Abang Ron bagi tau gua lepas amik gambo. “ Tengok pokok tu Gayour! “ kata Abang Ron sambil menunjuk ke arah tumbuhan ni. Haiii… banyaknye herba tenaga batin kat sini rupenye. Tengok nama beliau… Teruna Semalam. Harhar! Tu dia nama! Sifat daunnye seperti tumbuhan hiasan jenis menumpang. Ada yang panggil Sarang Burung dan Sarang Pontianak. Yang ni Teruna Semalam kalo nak tau. HEH!

Destinasi pertama kat negeri Perlis Indera Kayangan yang menarik. Menarik pasal dapat maklumat ilmu pengetahuan pasal herba. Dapat tengok, pegang, bau dan rasa. Yeah, ada sejenis herba yang Abang Ron bagi kitorang rasa/makan mentah yang rasanya pahit ya amat! Lebih pahit dari akar Tongkat Ali atau bijik buah langsat. EEEEE… Tuihtuihtuihhh!
Seblum betolak pegi ke tempat lawatan setrusnya, kitorang dihidangkan dengan minuman air Misai Kucing yang meyegarkan kepala hotak! Lepas minum, gua diinterview untuk rancangan Panorama mengenai Taman Rimba Herba ni. Team Panorama yang menyertai rombongan ni menjalankan rakaman disepanjang lawatan kitorang kat sini. Masa lepak menghirup keenakan air Misai Kucing, gua besembang secara ilmiah ( HEH! ) dengan Abang Ron mengenai herba.

“ Bagaimankah caranya untuk kita menyukat atau mengambil banyaknya air rebusan akar herba ( segala jenis ) yang kita buat sendiri agar tidak telebih atau terkurang. Begitu gak dengan kekerapannya. Berapa kali sehari perlu diambil/minum. Sekiranya kita tersalah/telebih sukat dan ambil, ia pastinya tidak mendatangkan kebaikan atau memberi manfaat. Bagimana ya Abang Ron?”.

Abang Ron tesenyum dan berkata, “ itula kelemahan di bahagian penyelidikan kita. Banyak kerja yang perlu dilakukan mengenai perkara ni untuk menggalakan orang menyukai produk bersumberkan herba dan ia benar-benar memberi manfaat pada kita. Bukan saja sukatan yang betul dan tepat itu sangat penting, tapi kajian dan penyelidikan yang lebih lagi perlu dilakukan untuk mengenal pasti kegunaan sebenar tumbuhan herba sebagai makanan kesihatan atau sebagai ubat".
Gua terus menghormati keperibadian dan kehebatan ilmu Abang Ron.


Pengalaman hebat dan menarik kat Taman Rimba Herba. Kalo orang tanye,“ apa yang menarik kat Perlis?”. Pergi la melawat ke Taman Rimba Herba. Korang akan dapat ilmu dan maklumat berguna sebagai penguna tegar herba.

Tamat bahagian pertama lawatan gua kat Taman Rimba Herba. InsyAllah, gua akan cerita plak distinasi seterusnya yang tak kurang menarik kat negeri Perlis Indera Kayangan di kesempatan yang lain.

40 comments:

naqiubex said...

Best best.. Nanti pergi lah sana..

Anonymous said...

gua nampak muka lu dalam paper hari tu ... dalam hati gua, macam kenal je mamat ni ... hehehe, rupa2nya memang lu!

S@Y@NGH@SNI said...

wah rombongan cik kiah..
balik nanti dah boleh bukak stokis herba nie..
"anjing bertinggong" apa ler punyer nama..
pokok nenas bunga tu buat ubat aper..
kat rumah yus banyak pokok tu..

rashiD said...

best la bro jalan2..
tp hutan herba ni banyak menjurus ke arah kebatinan la
kenapa ya, hehe..

neway luking 4ward to bro's next entry..

Portdy said...

memang best ah bro,
nanti gi perlih buleh singgah sini.

gayour said...

naqiubex
yeah! untuk lebih mengenali herba tempatan. dah kenal baru cinta!

serunai faqir
hehehee...

sayanghasni@yus
nenas batu tu untuk resdung dan batu karang. sapa nak resdung dan batu karang besar nenas ni bleh la makan nenas ni banyak2. heh!

Jairo said...

hahahahah tengok herba sambil bergayut kat pokok....

gayour said...

rashid
kalo gua cerita pasal herba untuk sakit pinggang, sakit lutut, rabun mata, pedih-pedih ulu hati blablaaa....orang akan tanye, selain tongkat ali, tak ade ker herba lain untuk tenaga batin bro?
pasal tu la gua dedahkan herba2 yang bekaitan dengan tenaga batin. heh!

portdy
tak semestinye kat perlis. kat taman herba mana2pun bleh pegi.

gayour said...

jairo
memang best gilak!

¤(`×[¤MyA¤]×´)¤ said...

wa.....best neh....kat perlis yeh bro..mya ingat mya nak pegi lah..haha...mya kaki merayau oke..rajin giler merayau..wek wek :P

ajie said...

tak sampai lg negeri perlis ni....cambest jerkan jalan2...

gayour said...

cruelly
yeah! tempat yang sesuai untuk kaki rayau merayau.

ajie
jangan jalan kaki untuk ke perlis dah. memang penat giler! heh!

berteromber said...

walaupun ada satu negeri lagi yg lu belum jejak kat semenanjung ni...tapi lu dah merasa naik bas 2 tingkat...gua belum...tak aci betul...haha...

gayour said...

berteromber
banyak lagi bende yang blum dapat gua rasa atau buat seblum ni, dapat gua rasa bila pegi ikut rombongan ni. lu memang patut jeles. HEH!

mazru said...

lengkap dan padat entry pasai rombongan ni..koi pun teruja nak pg sana,tp ,memandangkan ade jugek lah 2 atau 3 jenis pokok tu kat umah koi buat koi berpikir..mungkin satu ari nt umoh koi jugek akan dijadikan tapak penyelidikan kerana semak samun yg begitu indah sekali..oh ye! lu dah tengok ke entry kat blog koi pasai mencandat di waktu malam tu?betul2 koi buat utk lu bro..ade masa pg la yek...huhuh

asalamualaikum..

gayour said...

koi
waalaikumsalam
hoh! syabas la kalo awok nak jadi ushawan penternak herba.

Nl said...

suspect sungguh aaarrrrrrr kartunis masuk hutan..... dah pulak tu tunjuk asksi akrobat gayut kat akar... tak marah ker ungka tangan putih klu dia nampak heheh


yeahhhhhhhhh cintailah alam kita hutan kita jgn dirosakkan!



Welcome to the jungle
It gets worse here everyday
Ya learn ta live like an animal
In the jungle where we play
If you got a hunger for what you see
You'll take it eventually
You can have anything you want
But you better not take it from me

Guns N' Roses - Welcome To The Jungle

gayour said...

naqeeblukhman
ungka tangan putih pasti jeles tak ingat kalo tau ada pesaing hebat kat taman rimba herba tu. heh!

"...Another oil spill
Atomic waste displaced
Another forest dies
Bring on the acid rain...."

critical mass
nuclear assault

deaf-angel said...

bas ko naik ni aku belum pernah naik lagi, tapi memang nampak best huhu.

nice photos

eddie dewanaga said...

menelusuri indera kayangan...!!!

gua dah jejak kangar, tapi cuma pusing2 je sebelum terus ke jeti kuala perlis utk ke langkawi...
bro, lu dressing macam 'the fifth member of slayer' beb!!

huh, cakap pasal slayer, their brand new studio album 'world painted blood' akan menerjah ruang metal dunia pada awal July (dengar cerita lagu2 kembali ke album 'seasons in the abyss) dan album baru veteran death metal florida, obituary 'darkest day' akan menggelapkan lagi dunia metal pada ujung bulan ini... jangan lupa download!!

hahaha...!!!

"..a stab in the back with a fearless knife.
With no regard to an innocent life.
Ruthlessly killing, what terrible fun.
Now that you're falling, with nowhere to run.

Back to the one who you fear is dead.
The nightmare returns, so it's sliced through your head.
Warmly embraced you will soon go away.
The blood-soaked heads and the destitute say, say.

Back to one...!"



- Obituary... Back to One.
The End Complete 1992.

Takilala said...

Bro, gua suka nama pokok herba "Derhaka Mentua" ngan "Teruna Semalam" tu huhuhu.. thanx for sharing.

gayour said...

deaf angel
yeah! seperti menunggang tyrannosaurus rex! kenderaan yang garang, gagah, begaya dan hebat!

eddie dewanaga
guapun baru kali petama ke perlis trus masuk hutan herba. heh!

"...I deal in pain.
All life I drain.
I dominate.
I seal your fate.
I deal in pain.
All life I drain.
Memories can't ignore,
Rise ghost of war"

ghost of war
slayer

takilala
kecik hati lebai samad lu tak minat kat beliau. uuu...uu..

Dr. Bentara said...

bro... cari tongkat ali original ka? hehehe jangan marah gurau je...

Patut lu buat world tour ah...!

gayour said...

abang ben
puas hati dapat tengok, pegang dan amik gambo pokok tongkat ali yang hidup dan asli.

nanti gua kontek encik steve harris kalo boleh join diorang punyer world tour naik ed force one. heh!

cikceriacorner said...

salam abg gayour..
bestnye g sana..mcm2 herba ada kan..
yg x tahan tu ada gak nama herba derhaka mertua..ehhehe..1st time dgr..heehe

matakucing said...

herba herbi..tp gambor lu bergayut memang tak senonoh hahaha aku suka

Jlascanteen said...

best!

MatBURN said...

perghh... bergayut kat pokok ketika jaket kulit hitam masih di pakai di badan sambil rambut di biarkan lepas bebas mengerbang...

lu memang rare la brader. James Hetfield time rambut panjang pun tak berani bergayut kat pokok masa pakai jaket kulit hitam macam tu

gayour said...

ez
derhaka mertua... namapun dah mengerunkan. tapi tu la salah satu herba untuk perubatan tradisional kita.

matakucing
guapun suka begayut cam tu. tapi tak bleh lama2, lenguh tangan. tak tak bleh lawan ungka tangan putih yang hebat!

jlascanteen
tq sudi singgah ke blog gua. encik memang best cam herba teruna semalam! heh!

matburn
tapi ungka tangan putih lagi hebat begayut. setakat jamez tu senang2 jer beliau buli. heh!

brader joe said...

wahh,..hensem la bro kat paper kosmo..har..har..har--->

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0621&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_06.htm

gayour said...

brader joe
jangan lupa frame cerita dan gambo gua tu ya brader joe. heh!

Kartunis Gandum® said...

Your..

Amacam negeri aku yg molek ni....hahaha

Tahniah kerna sampai negeri aku.....!

muor76 said...

best ler gi jengjalan..
eh bas suasane edaran tu memang best.. kalo yg double decker tu kosi dia siap leh urut-urut lagi.. bas pon baru.. kosi selese... ramai penumpang bas sks yg ulang alik semban-kl dah lari naik bas suasane... dengan dreba bas sks pon lari ke suasane.. dengornyer.. tokeh bas suasane tu cine maklap.. bagus ler ade saingan kalo tak dulu sks nyer servis memang ler hampeh... ermm lagi satu.. digit no plet bas suasane semuanyer same..

ermm citer bas ler pulak.. heheheh

gayour said...

kartunis gandum
tak la berapa best sangat tapi best la plak!

muor76
terima kasih la atas info yang encik bagi. ingatkan info pasal herba.

entah la

N a d i a said...

lain kali kalo naik belah2 utara ni, habaq mai la. bleh lepak2, brader oii...;-)

btw, nak bgtau ni. brader perasan tak salah sorg reader blog ni yg namanya 'ijan' (carvedijan.blogspot,com)? dia baru je meninggal pagi tadi. al-fatihah.
(note: dia tu member saya n yatt, n salah sorg founder fan club wings, sayap2 wings).

gayour said...

nadia
ya, kenal.
moga rohnya diberkati dan dirahmati Allah.

Ki To said...

Sifu,lama tak dengar berita...Sifu hamba ingin mnjemput sifu untuk gi buat lawatan kat blog saya...Lama sifu ta buat lawatan kat blog saya...Meh lah sepam dtg eak...Dtg jgn tk dtg..

gayour said...

kito
ada kesempatan gua singgah. lama dah tak kutuk kartun hang. HEH!

zainura66 said...

saudara gayour,

Salam perkenalan. Seronoknya tengok herba-herba yang unik ni. Saya ni ada weblog koleksi tumbuhan. Saya nak minta izin share gambar boleh tak? Terima kasih. Salam ceria selalu.

gayour said...

zainura66
ya, sila ambil untuk kebaikan dan manfaat semua.