Tuesday, May 19, 2009

PeKOMIKON

PESTA BUKU ANTARABANGSA
ANUGERAH PeKOMIK 2009
26 JAMADILAWAL 1430H - 21 MEI 2009

Korang pegi ke ke Pesta Buku Antarabangsa bulan lalu? Entah. Gua pergi pada hari kedua berlangsungnya Pesta Buku bersama encik Padi. Kali ni susun letak gerai macam beterabur. Hampir semua ruang kat PWTC digunakan sebagai gerai jualan. Huru hara gua tengok. Tak kisah la asal jualan laku dah!

Cerita pasal Pesta Buku ni dah basi. Tak ada orang nak amik tau lagi dah. Cerita purba ketinggalan zaman! Tak kisah la, gua masukkan gak pasal baru bekesempatan nak masukkan cerita ni. Suasana dalam dewan gerai pameran dan jualan produk Karangkraf. Berasak-asak dengan orang.

Gua dan Padi betugas untuk melukis dan menandatangan majalah atau apa-apa majalah kuaran Karangkraf yang dibeli oleh pembeli. Kitorang sampai lewat sket. Ni Padi punya pasal la ni. HEH! Tak kisah la, janji sampai. Gua ingat nak promot dan jual sekali buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR, tapi diorang kata dah abis stok! Sedang cetak , blum siap lagi. Emm… Sedang lepak-lepak, muncul la plak encik kartunis Jambang dengan sobat pena beliau. Pesta Buku juga menjadi tempat pertemuan dengan sobat-sobat kartunis dari majalah humor yang lain seperti encik Jamb ( belah kiri tu ). Petang ni gak gua betemu dengan sobat-sobat dari majalah UJANG dan APO? dan lepak minum bersama sambil hina menghina! Ini la kesempatan yang ada dan mengingat kenangan lalu masa bersama…. Ah! Layan Aku Hidup Dalam Blues Untuk Aku Ke la plak!

Gua datang lagi ke Pesta Buku pada 25 April 2009 ( Sabtu ) memenuhi jemputan dari PeKOMIK dalam acara ANUGERAH PeKOMIK 2009 yang kali pertama diadakan di negara kita. Banyak anugerah seni yang dibuat sebagai pengiktirafan dan penghargaan pada pengiat seni tahahair tapi tidak pada pengiat seni yang digelar KARTUNIS, ILUSTRATOR atau PELUKIS KOMIK. Kami seakan bukan pengiat seni dan tidak menyumbang apa-apa pada negara! Kerana itu mungkin kami dilayan begini! Kalo perlu, kami cari kamu untuk lukis itu ini. Bayar murah dan nama tak dikreditkan sebagai ilustrator dalam buku/majalah. Itu saja dan get lost! Anugerah ini merupakan usaha sendiri dari PeKOMIK. Gua datang bersama encik Padi dan sampai masa acara dah nak mula dah. Ni Padi punya pasal la ni. HEH!

Dalam ANUGERAH PeAKOMIK 2009 ni, Padi, Bendi, Niezam dan gua dari majalah G3 dicalonkan dalam beberapa ketagori yang dipertandingkan. Pasal tu la kitorang datang walau lambat. HEH! Sebahagian dari karya-karya yang dipertanding dan dipamerkan untuk dilihat oleh peserta dan jemputan.

Selain dapat betemu dengan sobat-sobat, kat sini gak gua bekesempatan betemu dengan kartunis/karyawan oldskool hebat tahanair, encik Jaafar Taib ( kanan sekali ) dan Profesor Dr. Muliyadi yang dihormati. Mereka merupakan antara panel hakim professional yang menghakimi pennyertaan dalam ANUGERAH PeKOMIK 2009. Kesempatan betemu dengan Profesor Muliyadi ni gua nyatakan hasrat hati yang sangat-sangat memerlukan bantuan dan sumbangan idea darinya untuk buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR volume 11 gua nanti. Terima kasih prof atas persetujuan. Seronok dapat betemu dengan karyawan dan pemikir hebat ni.

Yang ni plak bersama Dato' Lat yang lewat sket. Terasa kecik bila duduk sebaris dengan karyawan hebat tanahair ni. Terasa jauhnya jurang ILMU, pengetahuan, pencapaian dan segalanya. Tapi ini pengalaman hebat bila bepeluang boleh duduk sebaris dengan mereka. Sempat gak mengucapkan tahniah pada Dato' Lat atas anugerah yang diterima dari UPSI baru-baru ni. Gua caya lu Dato'!

Suasana persiapan sebelum bermulanya acara. Masing-masing tesengeh-sengeh tak tau kenapa.

Ucapan alu-aluan dari Presiden PeKOMIK, saudara Azhar Abdullah.

Dato’ Lat merupakan antara tetamu terhormat dan salah seorang hakim dalam ANUGERAH PeKOMIK 2009 sedang memberikan ucapan beliau. Dalam ucapan, Dato ‘ Lat berkata “ kita mesti mempunyai jati diri sendiri dalam menghasilkan karya. Kita mesti percaya dengan apa yang kita ada!” Ucapan yang ringkas dari seorang yang bepengalaman luas dan kerap kali keluar melihat dunia luar. Orang yang tahu apa yang dunia luar mahu dan minta dari karyawan Malaysia. Karya yang benar-benar bersifat Malaysia. Itu yang orang luar sana nak tengok. Terima kasih Dato’ atas ucapan dan peringatan.

Anugerah pertama pada petang ni adalah ketagori KARTUN SATU MUKA TERBAIK yang diumum dan disampaikan hadiahnye oleh encik Apai ( editor G3 ). Gua dicalonkan dalam ketagori ni tapi telah dimenangi oleh kartun yang telah mempersonakan jutaan rakyat BolehLand lebih dari 25 tahun iaitu ATUK yang dicipta dan dilukis oleh kartunis UJANG. Ramai orang membesar bersama kartun ATUK. Kami penah berjuang bersama beberapa tahun sejak pemulaan majalah UJANG. Kini semua menjadi pengalaman dan kenangan indah bekerja bersama saudara UJANG yang dihormati. Tahniah dan syabas! Ingat nak jumpa bertanye khabar dan begambo dengan saudara Ujang, tapi beliau ilang ke mana ntah!

Ini merupakan anugerah kali pertama diadakan untuk menghargai pelukis komik dan kartunis tanahair semenjak merdeka. Ini menjadi sejarah dalam industri komik dan kartun negara. Ramai yang tak tahu pasal anugerah ni pasal orang lebih tahu anugerah yang menghargai penyanyi dan pelakun. Lebih glamer, lebih promosi, lebih besar tajaan, lebih besar hadiah dan lebih mendapat perhatian dan sokongan dari rakyat BolehLand . Bukan tu saja, gomen turut menyokong! Tapi kami tidak dilayan begitu. Who the hell are you? Apa sumbangan lu pada agama, bangsa dan ekonomi negara? Lagipun promosi untuk anugerah ni tak besar dan meluas. Sapa nak tahu?

Hari ini gua dapat melihat dan betemu dengan the one and only living legend, pelukis komik, ilustrasi dan potret wanita pertama negara, puan NORA.

Beliau datang memenuhi jemputan sebagai tetamu terhormat untuk menerima penghargaan khas anugerah BERUS EMAS PeKOMIK yang disampaikan oleh Dato’ Lat. Sungguh mengharukan hati bila beliau diminta memberi sedikit ucapan; “ Saya benar-benar ingin melihat karya-karya berunsur agama dibuat oleh pelukis muda hari ini. Itu merupakan sumbangan dan amal ibadah kita”, kata beliau dengan penuh harapan walau baru gua sedari yang beliau telah hilang penglihatan kerana penyakit kencing manis. Walau tidak boleh melihat lagi, beliau tetap menyatakan hasrat untuk ‘melihat’ karya-karya berunsur agama dibuat. Subhanallah! Gua kagum, gua teruja dengan semangat nenek yang berdiri lemah di hadapan gua ni.

Augerah kemuncak dalam Anugerah PeKOMIK pada tahun 2009 ni adalah anugerah PELUKIS KOMIK TERBAIK. Saudara Jaafar Taib dijemput untuk mengumum dan menyampaikan anugerah pada pemenang dalam Anugerah PeKOMIK 2009 yang dimenangi oleh saudara AZHAR ABDULLAH melalui komik LIGA PENDEKARnya. Tahniah! Saudara Azhar bukan membolot satu tapi EMPAT anugerah! Boleh tengok keputusan penuh kat bawah.

Beliau tak masukpun dalam program, tapi bila beliau datang, beliau telah dipaksa untuk naik ke pentas dan melakukan sesuatu. Ini la saudara Imuda yang hadir memberi sokongan dan membuat persembahan tahap hancur sehancur hancurnye pada petang tu. Beliau menghancurkan sebuah lagu blues hentam keromo mengenai anugerah PeKOMIK. Dalam berhibur, beliau turut mengingatkan mengenai tanggungjawap sebagai seorang karyawan dan tanggungjawap sebagai seorang insan. Hancur! Menang hancus persembahan tangkap muat Budin ni. Walau hancus, tetap menghiburkan.

Bersama Prof. Dr. Muliyadi Mahamood. Untuk makluman semua, Prof. merupakan satu-satunya anak Melayu yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam Pengajian Kartun ( Ph.D in Cartoon Studies ) dari Universiti of Kent, Canterbury, England pada tahun 1997 dan Ijazah Sarjana Sejarah Seni ( MA in History of Art ) dari Ohio Universiti, Athens, USA. Sejarah kartun tanahair semua dalam pengetahuan beliau. Kerana itu gua sangat menghormati beliau. Gua ingin menjadi berILMUseperti beliau. Dengan ILMU gua boleh membantu siapa yang memerlukannya. Masalahnya, masih banyak yang gua tak tahu pasal ILMU kartun. Gua mesti mendampingi orang-orang seperti prof. ni kalo nak menjadi berILMU.

Kata-kata Dato’ Lat dalam ucapan beliau tadi sangat menyeronokkan hati gua. Kita mesti punya jati diri sebagai orang Melayu dan orang Malaysia dalam berkarya. Kita mesti percaya dengan apa yang kita ada. Kerana jati diri itu la Dato’ Lat berjaya. Karya-karya beliau benar-benar bersifat Malaysia yang sebenar. Melihat karya Dato’Lat seperti melihat keseluruhan kehidupan masyarakat majmuk Malaysia. Hebat dan mengkagumkan! Masyarakat luar nak tengok benda-benda cam ni la. Asli, jujur, telus dan bertanggungjawap. Lama tak jumpa Dato’ Lat, dapat jumpe mesti la nak merakamkan kenangan bersama. Orang selalu kata/tanye gua, “ brader Gayour, boleh amik gambar?”. Kali ni gua plak yang tanye cam tu kat Dato’ Lat. Heee…

Moga nenek Nora tabah dan sabar dengan dugaan yang menimpa. Apa yang telah nenek buat dan sumbangkan pada industri komik dan kartun tanahair merupakan suatu jasa yang sangat besar dan tidak dapat dibalas. Hanya anugerah sebagai penghargaan yang langsung tidak bererti apa-apa bebanding dengan sumbangan dan pengorbanan. Segala jasa nenek hanya dapat diingat dan ucapan terima kasih. Moga nenek diberi kekuatan untuk melakukan amal ibadah dalam menghabiskan sisa hidup. Bebahagia la nenek di dunia akhirat didoakan. Terima kasih atas sumbangan.

Dah nak balik baru ingat nak tulis buku kehadiran. Leceh tul! Tahniah pada PeKOMIK atas usaha yang dilakukan sehingga berjayanya anugerah PeKOMIK 2009 yang pertama ni. Memang ada kelemahan itu ini, tapi siapa peduli? Yang penting program bejalan dengan lancar dan matlamat tercapai. Harap lepas ni mana-mana pihak yang patut terlibat dan membantu dari segi sumbangan ( terutamanya ), tajaan dan promosi akan tampil membantu. Pada semua pengkarya ( kartun dan komik ) tanahair, harap anugerah ni menjadi pemangkin untuk lebih angersif berkarya. Mungkin tahun depan akan tercalon. Bukan saja agresif tapi menghasilkan karya yang ASLI, bermutu, berdaya saing, bertaraf dunia dan bertanggungjawap. Kita mesti bersama menjaga, menaik dan mengangkat kerjaya kita sebagai seorang pelukis komik, ilustator atau kartunis. Selamat berkarya pada semua.

Pemenangnya-pemenannya adalah…

01. Kartun Satu Muka Terbaik: Atuk - Ujang
02. Siri Komik Kartun Terbaik: Juganah/Asalan - Kromosom/Dna
03. Komik SuratKhabar Terbaik: Seladang Tunggal - Zoy
04. Penerbit Terbaik: Gempak Starz
05. Lukisan Kulit Muka Terbaik: Liga Pendekar - Aadi Salman
06. Ilustrator manual/digital Terbaik: Puppeter
07. Warnaan Terbaik: Siew
08. Kemasan Ink Terbaik: Baba Chuah
09. Majalah Komik Terbaik: Popcorn
10. Penulis Terbaik: Liga Pendekar - Azhar Abdullah
11. Siri Mini Komik Terbaik: Akademi Armageddon, Utopia - Slaium
12. Komik Baru Terbaik: Liga Pendekar - Azhar Abdullah
13. PeKOMIK (Pelukis Komik)Terbaik: Azhar Abdullah
14. Anugerah Berus Emas PeKOMIK: Nora Abdullah
15. Komik Terbaik: Liga Pendekar - Azhar Abdullah

Lagi sekali TAHNIAH pada semua yang menang dan pada team PeKOMIK kerana menganjurkan anugerah ni. Jumpa lagi di tahun depan dangan penganjuran, penyertaan, tajaan, hadiah dan sambutan yang lebih hebat!


41 comments:

eddie dewanaga said...

kartunis Zoy tu cukup hebat dgn komik2 pasal ilmu seni bela diri, bro, gua nak tanya, ada lagi tak kartunis Nan yg lukis Din Teksi tu...? dia ni pun kira hero gua jugak tu...

lu punya t-shirt, membunuh!!
...itu blom kluar design Hellboy atau tengkorak Danzig lagi tu... buleh pengsan Datuk Lat nanti!


"..the White House is calling
Tell them I'll call them back
Just tell them anything
Yeah get them off my back

The world needs a hero...

NATO is on line 1
They want to talk to me
Tell them that I'm not in
Tell them that I'm not free

The world needs a hero...

The UN is on hold
Tell them I'll call them back
Yeah tell them anything
Just get them off my back

The world needs a hero...!!!"


- Megadeth 2001

gayour said...

eddie dewanaga
patutnya belah pagi gua bersama dengan kartunis zoy dalam sesi perbincangan pasal seni bela diri silat dalam kartun/komik. gua tak berapa sihat. satu kerugian tak dapat bejumpa, bekenalan, betanya khabar dan 'mencuri' sedikit ilmu dari beliau. ARGHH!

kartunis Nan masih hidup tapi tidak melukis kartun lagi. yeah! beliau merupakan naga-naga yang telah bersara dari betempur di udara! satu kehilangan.

lobo the main man merupakan anti hero feveret gua sepanjang zaman. tahun bila ya gua lukis tshirt tu? ilang ingatan dah.

"...In the movies, in the news or on TV
All the heroes seem so different but you see
They're the same as you and me
It don't matter who you are or what you've done
You don't need to have a badge or knife or gun
You can be the chosen one

Well, God knows the world could use some saving
You know that we'll lose, you gotta give it a try

Heroes are hard to find, won't someone take the time
Heroes are hard to find, is it you, come on and try
Heroes are hard to find, you've got to cross that line
Heroes are hard to find, ow..."

heroes are hard to find
twisted sister

faizalmukhtar said...

Lobo... cheeeiis!

Anonymous said...

alamak aku tak tahulah PeKOMIKOM ada buat... isk isk... ketingalan sungguh
aku....

RUN FOR YOUR LIFE!....

mamai said...

aku sedih tak dapat jumpa bro ujang...wa rindu sama itu jibam dan katak pisangnya...wa rindu sama itu ABM..wa terkenang kat atuk blues..

....aku masih mengaharap dengan bersama selamanya...

Takilala said...

Gua baca sepintas lalu tajuk post ni, gua ingatkan Pokemon tdi..huhuhu..
Apsal la benda2 camni susah nak ada kat tmpt gua ni...isk isk isk..
errr...DANZIG rules!!! yeah!!

"father..do you wanna bang head with me?" - Mother, DANZIG

deaf-angel said...

encik jaafar taib.. lama tak nengok foto dia. dulu2 tu kat GG tu kadang2 ada ler.

congrats buku ko siap nak kena ulang cetak dan nak buat buku kedua

gayour said...

faizalmukhtar
yeah, mainman rules boy!

tmfm
rasakan ketinggalan komuter! harharhar!

mamai
encik beli jer koleksi ABM,ATUK atau novel JIBAM. baca kuat2...hilang la rindu. apa plak nak sedih2

gayour said...

takilala
tahun depan kalo ada lagi komikon ni kat pwtc, encik datang jer. tak payah tunggu buat kat kampung encik.

sama gak dengan konset danzig kat kampung encik. mimpi jer la. beli jer cd atau dvd cetak rompak dan layan banging kat rumah.

dirty black summer

deaf angel
baru melakar-lakar untuk buku kedua. ARGHH!

AloyCaricature said...

salam encik mazli..
hehe..ko masih ingat lagi siapa pakcik kerang?

sihat bro?

Ki To said...
This comment has been removed by the author.
Ki To said...

Wah,bermakna dan hamba harus ikut kata2 Dato Lat...Seni kita sangat indah tetapi orang kita tak cinta akan seni warisan kita dan lupa dimana tanah tumpah darah kita.Hamba sedih bila Puan Nora berkata "Saya benar-benar ingin melihat karya-karya berunsur agama dibuat oleh pelukis muda hari ini. Itu merupakan sumbangan dan amal ibadah kita”,Hamba kagum melihat karyawan tanah air bertungkus lumus menjayakan intitusi pekartunan ini...

berteromber said...

ooo ada anugerah eh sekarang...bagus la...semoga lu orang terus dihargai...kita semua membesar ngan kartun2 lu orang..

err...gua dulu selalu cilok kartun lu untuk kasi kat awek...haha...

satu lagi...kim salam kat Prof Muliyadi...tu org kg gua tu..Ulu Tebrau..

Aidilangelo said...

Chait! Tayang baju Lobo laie! Demnnn..

Temanpon sempat berkunjong ke pwtc untuk mengusyar2 buku. Alih2 abeh dekat 4 ratus kome wehh! Ahaha!

Especially koleksi Gile2 la. Seb baek xde reprint Bersama Selamenye ke, Tandoori payat. (tp seb baek gak teman dh beli mase 1st printing dolu n remain intact)

Sebut pasal buku nie teman nk kongsi cerita mengenai buku Lat, sebab mikepon dh ade tunjok gambo die. (he's hell of a guy to say the least) Buku teritan beliau sendiri (kampung boy production iaitu Lat: 30 Years Later)

Buku ni teman jumpe di kedai buku lame di Kolumpo nie. Mase mole2 dulu juei rm18 je. 10 years pass by.. regenyepon naek 10x ganda! ( Deymnn!) Tp sbb rare punye pasei teman angkat satu. The next week, member koje upsi minjam, n guess what.. that week he met the legend himself n mintakkan otogerap. Howly shoot! :)



I wish the same with your comic collections too bro.. (er.. bile teman buleh jumpe nk mintak sain eh? BS ade 2 jilid nie. Tu belom kire komik Slash yg teman binding sendighi! Har! Har! Har!)

You Shook Me All Night Long!
You Shook Me All Night Long!
You Shook Me All Night Long!
-Ac/Dc-

matakucing said...

ermm ada juga badan yang mengiktiraf karya2 seni kartunis tempatan..syabas anda tersenarai dalam finalis

gayour said...

wakaradesign
eh! siapa encik kerang ni? rasa cam tak kenal. konpius pakcik!
heh!

kito
kenapa plak nak sedih dengan kata2 nenek nora? sepatutnye menjadi cabaran untuk membuat cerita begitu.

berteromber
lu tiru kartun gua dan bagi kat awek? patut la lu tak bejaya ngorat awek tu. rasai lu! harharhar!

uuu..uuuu...

gayour said...

aidilangelo
kartun slash lu binding? hebat tu. banyak ke yang lu dapat kumpul dan binding? jeles gua.
kalo jumpe kat mana2, bawak sekali kartun slash yang lu binding tu ya. nak gak tengok!

who made who

matakucing
moga dapat penaja yang power2 di lain kali, betambah semangat!

Aidilangelo said...

Those are one of my fav. cartoon dolu2. Mase tuh gua dilabel black metallist walhal hanya mendengor lagu Metallica! Hahaha! Mungkin perspektif manusia mudah melabel sesuatu tanpa usul dan examinesyen.

Teman binding gune puncture due lubang tuh je yob. Mane ade teknoloji comb binding dzaman2 tuh. Yg mane sempat teman beli, ade komik mike, teman potong leklok n himpunkan. Siap pesan kat org tue teman, jgn sesekali dibuang komik2 nie.. nk buat kenangan bile den dh tuwo2 nanti. Keh Keh Keh!

Kalo tuan milik pena dh sudi bertanye, kan ku korek juga kotak2 komik itu untuk dibawa mengadap untuk di otogerafi. N esp. koleksi BS tuh.




Buying a favorite comic on the first printing issue is a devastating feeling, but owning and keeping them for the last ten years.. PRICELESS..! B-)
(jemput singgah blog teman yob.. n kalau sudi hadirlah kirenye ke mejlis teman@Klang atopon Sungei Sipot Perak)

DeeN said...

Wawawawa..!! Tak dapat pi pesta buku tahun neh. Wawawawawaaa! Ni enchek Padi la punya pasal.. wawawawaaa....erk!

Hidup kartun!
Panjang umur kartunis!

Ki To said...

Bukan sedih,mulut hamba nih,hamba terharu bila beliau cakap cam tuh...Rasa cam nak buat jer cerita2 cam tuh..He..he..

Sharif John said...

Kami pergi bro... beli buku bro dr situ la... hahaha... Terima kasih bro untuk smua ilmu

gayour said...

aidilangelo
dituduh sebagai black metal adalah satu yang menarik kerana TIDAK semua bepeluang merasainya! HEH!

gua terharu dengan usaha lu mengkoleksikan karya2 gua sebagai bahan sejarah untuk tatapan anak cucu atau siapa yang berminat. terima kasih.

deen
memang encik padi punyer pasal!

panjang umur dalam sihat dan beriman. amin!

gayour said...

kito
jangan hanya terharu tapi BUAT dan buktikan! seblum buat pastikan diri telah bersedia dengan ILMU!

john iverson
terima kasih kerana membeli buku gua. selamat melukis kartun dan berseronok!
YEAHOOOOO!

Q said...

naper gua x menang?

gayour said...

Q
ekau tak dicalon an, cam no nak monang jang oi!
taun dopan cubo laie.

S@Y@NGH@SNI said...

aduh rindu lak ngan ATUK...

yus tak pergi pesta buku tu..
tapi tau gak perkembangan melalui novelis NORA ISMAIL aka ROSSEHARISSA..
**baca kat blog dia ler..

gayour said...

sayanghasni@yus
terima kasih kerana mengikuti pekembangan walau tak pegi ke pesta buku dan ke PeKOMIKON sebagai sokongan.

ajie said...

Prof Muliyadi...bekas lecturer aku yg aku sangat kagum dgn ilmu kartunnya...seorang yang tak lokek ilmu...pernah la duduk dalam bilik beliau berjam2 lamanya borak pasal kartun, seni, grafik....

bila time kelas, jarang sekali nampak beliau marah..mmg cool sangat..

tapi adakalanya ayat2 beliau agak sinis...mmg pedih kalo terkena..hehe...

tahun depannya anugerah pekomik...harap abg gayour menang ler...hehe

gayour said...

ajie
beruntung la encik bepeluang belajar dan menjadi murid prof.
satu pengalaman hebat!

AloyCaricature said...

encik gayour,
sedih aku bila ko kata tak kenal pakcik kerang?
hahahaha..

gayour said...

wakaradesign
biarkan pak cik kerang tu rasa bila orang tak kenal beliau. harharhar!

AloyCaricature said...

pakcik tu cakap,takpe..
kalo jumpa ko,dia nak karate keting ko dalam 3-4 das..

gayour said...

wakaradesign
mentang2 la beliau pakcik kerang, kulit keras, nak belasah orang la plak! tak apa gua tak takut, gua tau apa nak buat dengan kerang...

rebus
bakar
goreng
makan mentah?

RockSportS said...

bro gayour, lu apa khabar? gua dah lama tak tulis blog..banyak hak sekarang. will write again in June. Keep well bro. Jangan lupa kalau lu nak pesan apa apa from London

gayour said...

rocksports
alhamdulillah, fantastik! harap lu pun sihat.
ye la... memang dah besawang gua tengok blog lu. heh!
pesan gua...
selamat betugas. moga betambah rezeki yang banyak lagi berkat.

Jorji said...

Saudara Ujang apo buek eh skrg ni agak eh?

sebagai waris Bt Kikir, den berbanggo dgn Ujang dan Gayour.

ontah bilo la dapek berdamping dengan kartunis2 hebat tanahair..kebanyakan program kek sini semuanya berbentuk laporan..dah habis..cubo lopeh ni program tu bolum start,saudara gayour war-war kan..mano tau,ado joki..

Anonymous said...

Dato ‘ Lat berkata “ kita mesti mempunyai jati diri sendiri dalam menghasilkan karya. Kita mesti percaya dengan apa yang kita ada!" ---> Betul Dato.. cukup betul.. tak tak semestinya ada sorang kartunis, graphic designer, nelayan, tukang kebun, tukan bancuh simen, cleaner.. :)

gayour said...

j or ji
dio sibuk dengan macam2 projek. yang paling tegar ialah aktiviti mancing ikan puyu kek kenyir, lukih katun, jadi pengacara Planet Binatang versi Negeri Semilan dan projek animasi.

bukan tak nak promot, kebanyakan eh den lupo ilang ingatan. dah abih program baru ingat nak promot.

contaminatedcookies
tapi ramai yang suka meniru. senang, mudah dan cepat glamer!

snower.rewons said...

baba cak!!
salam bro...
lama tak komen2 dgn bro..
sonyap ajo...
sno nak potret amar...
bilo laie?
ekekek...sno dtg ops bro la...bukan jauh bona...seberang jalan ajo...

Ady Cakcebor said...

Kalau Ujang ilang tu aku tau ler ke mana. Mesti mancing kat Kelong BNO. Bayangkan 4 kali aku pegik sana 3 kali srempak dier. Time aku tak pergi tak tau ler berapa kali dier pergi. Kabornya raya taun lepas dia rebus ketupat kat sana.

Ady Cakcebor said...

Kalau Ujang ilang tu aku tau ler ke mana. Mesti mancing kat Kelong BNO. Bayangkan 4 kali aku pegik sana 3 kali srempak dier. Time aku tak pergi tak tau ler berapa kali dier pergi. Kabornya raya taun lepas dia rebus ketupat kat sana.