Sunday, August 23, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA DAN REGATTA SARAWAK

SARAWAK REGATTA DAN CUTI-CUTI MALAYSIA ZOOM! MALAYSIA FAIR 2009

BAHAGIAN SATU DARI SEJUTA BAHAGIAN!

04 RAMADHAN 1430 HIJRAH - 25 OGOS 2009


Gua mendapat jemputan khas dari Tourism Malaysia untuk join diorang ke Kuching, Sarawak sempena Pesta SARAWAK REGATTA dan promosi CUTI-CUTI MALAYSIA ZOOM! MALAYSIA TRAVEL FAIR 2009 pada 31 Julai dan 01 hingga 05 Ogos 2009 yang lalu. Biar betul ni? Yeah! Memang betul bila gua chekidaut dengan Tourism Malaysia. Ayuh kita jom ke Kuching, Sawarak untuk bersama menyertai program di sana.


Kali pertama gua sampai ke Kuching Sarawak disambut dengan cuaca panas ya amat! Aduuu… panasnye. Sabo jer la. Panas ni sama cam kat semenanjung pada bulan April, Mei, dan Jun yang lalu. Kat mana –mana panas bebahang! Tak kira siang malam, pagi petang. Panas! Tak bleh komplin, ini semua rahmat dan nikmat dariNya. Gua tetap bejeket dan tesengeh-senget begambo kat airpot sebagai tanda tidak protes akan cuaca panas sementara menunggu tour guide kitorang menyelesaikan urusan kat dalam airport. HEH! Rombongan kali ni tak ramai. Hanya Karangkraf yang memenuhi jemputan media Tourism Malaysia ke Sarawak. Gua dan Apai dari dept ilustarsi, Bad dari dept photo dan editor LIBUR, encik Azli. Dua orang dari Tourism Malaysia iaitu cik Ednie dan saudara Man ( photographer ) yang mengiringi kitorang dari KLIA ke Kuching. Media yang lain tak dapat join sama. Pasal lama sangat kot program kali ni. Enam hari. Hey! Sarawak, gua datang!


Dalam perjalanan ke rumah tumpangan cap kucing kat Waterfront, tour guide kitorang Kak Lin tak berhenti becakap, becerita itu ini pasal Sarawak. Baru jumpa dan bekenalan, kak Lin begitu mesra melayan kitorang seperti seorang ibu melayan anak-anaknye. Yang menarik cerita pasal asal-usul nama bandar Kuching. Nanti gua kisahkan. Temasuk nama Sarawak, kisah Rajah, kaum etnik yang sangat banyak kat Sarawak dan tak ketingalan pasal makanan. Yummy! Yummmy! Nak makan itu, nak makan ini! Singgah jab ke booth Tourism Malaysia turunkan majalah-majalah G3 dna LIBUR yang dibawak dari semenanjung. Ada tiga program kat Kuching ni. Satu kat khemah besar CUTI-CUTI MALAYSIA ZOOM! TRAVEL FAIR. Satu lagi kat tepi sungai Sarawak atau Waterfront untuk acara tahunan Sarawak Regatta dan melawat tempat-tempat terpilih yang menarik sekitar bandar Kuching untuk media. Masuk jer ke rumah tumpangan cap kucing, gua trus menyelak langsir dan…. NAH! Tu dia Sungai Sarawak yang selalu sangat gua dengar kisah kehebatannya! Ini la nadi utama Kuching dan Sarawak!


Kejap gua tengok sana, kejap gua tengok belah sini plak. Tak puas tengok dan tak tau mana satu nak tengok dulu. Tengahari buta ni kelihatan beberapa kapal lumpa sedang belatih. Eh! Bukan kapal lumba yang belatih tapi ahli pasukan yang belatih! Kat sungai ni la pelumbaan Regatta akan dilangsungkan. Hebat sungai ni. Tak nampakpun sang bedal yang selalu diperkatakan tu! Mana beliau?


Sedang tunggu lif nak ke bilik, tenampak kat skrin TV, ESQ Training untuk permulaan sedang belangsung kat satu dewan di rumah tumpangan ni. Boleh singgah recharge balik ni kengawan! Lepas makan tengahari kita pegi! Pas makan tengahari, Bad, Azli dan gua trus ke dewan belangsungnya kursus ESQ Training. Saja singgah bila ada peluang cam ni. Walau pesertanya tak seramai seperti di semenanjung, ia tetap hebat! Bila lampu dimaklapkan dan trainer berkata, “rundukkan wajahmu dan pejamkan matamu”, guapun buat la… emmm… terus lena ! Maklum la lepas makan. Dewan tu plak sejuk. Leceh tul. Nak recharge apa cam ni. Tak baik mencemarkan majlis. Baik blah. Terima kasih. Selamat berkursus dan merasai pengalaman hebat pada semua! Balik ke bilik dan kendian trus ke booth yang disediakan oleh Tourism Malaysia untuk kitorang.


Gua dijemput oleh Tourism Malaysia ke Sarawak untuk menambah aktiviti kat booth pameran ZOOM! Travel Fair iaitu melukis karikatur dan mempromosikan majalah atau produk yang gua ada. Boring asyik aktiviti yang sama. Pelawat/pengunjung datang dan sengeh-sengeh melawat booth agensi pelancongan dan Homestay. Pas tu blah kalo tak bekenan. Tourism nak pengunjung berada lama kat khemah tourism dan boleh mengambil peluang untuk gua karikaturkan dengan sedikit bayaran. Kerana itu gua dijemput ke Kuching ni. Melukis karikatur dan membuat promosi produk Kumpulan Karangkraf.


Suasana dalam khemah tourism. Ramai pengunjung yang masuk ke khemah berhawa dingin ni kerana kat luar panas sangat. Tak bleh tahan. Bila ramai yang masuk, dah tak sejuk la plak! Ada banyak booth pameran produk pelancongan yang menyertai Travel Fair kali ni. Bukan saja dari Sarawak tapi dari Sabah dan semenanjung juga dijemput oleh Tourism Malaysia. Beberapa produk homestay sekitar Kuching gak turut join. Homestay dah jadi satu produk pelancongan yang popular sama ada kat semenenjung atau kat Kepulauan Borneo. Teringat kat Homestay Paya Guring kat Perlis. Apa lagi kalo tak nimba ikan! HEH! Hari pertama di Sarawak. Gua tesengeh melihat kehebatan sungai Sarawak.


Ni gua kat booth tempat buat/lukis karikatur. Ramai sedang beratur yntuk dikarikaturkan. Brader tu sibuk bertanyakan pasal buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR. Beliau nak beli satu. Terima kasih bro! Malam ni ( hari pertama ) belangsungnya acara perasmian CUTI-CUTI MALAYSIA ZOOM! TRAVEL FAIR 2009 kat stage dalam khemah tourism ni oleh Menteri Pembangunan Urbanisasi dan Pelancongan Sarawak Y.B. Datuk Michael Manyin Anak Jawong bersama Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik dan Singapura Tourism Malaysia Encik Musa Yusof.


Masa diorang berucap dan persembahan tarian kebudayaan etnik Sarawak, gua belasah lukis karikatur Datuk Michael dan encik Musa dan bagi sebagai cenderamata masa diorang melawat ke booth pameran. Belah kiri sekali tu adalah YB Datuk Michael Manyin, merima karikatur dari saudara Apai ( editor G3 ) dan encik Musa tesengeh-sengeh menerima karikatur beliau dari gua. Habih jer acara perasmian, sidang akhbar diadakan kat sebuah restoran di Waterfront. Pas tu makan la apa lagi. Uh! Uh! Ada umai, midin, manok pasuh dan rendang kambing! Lazatnye umai! Uuuu…uuuu… Kat Waterfront makin sesak dengan orang ramai. Macam-macam aktiviti ada. Nak jalanpun susah terutama kat tempat orang jual Gambir Sarawak. HEH! Tak larat nak join sama. Penat. Selamat malam Bumi Kenyalang! Besok nak makan umai lagi la. Tak puas!


Pagi hari kedua di Bumi Kenyalang walau tak seko burung enggangpun yang gua nampak. Mana ada burung tu kat tengah bandar ni! Oh, ya tak ye gak! Gua kat tengah Bandar Kuching skang ni. Apa da! Suasana tenang di sungai Sarawak. Masa ni sekitar 8.30 pagi. Syok tengok sungai Sarawak dan bot-bot penumpang yang sibuk mengangkut pelanggan dari kampong seberang ke bandar. Mana sang bedal? Tak nampakpun berenang-renang…


Tu nampak tu pejabat tuan rumah, Tourism Malaysia Sarawak yang betul-betul kat tepi sungai Sarawak. Tourism Malaysia Sarawak la yang mengurus dan mengaturkan program kat khemah booth tourism dengan kerjasama Tourism Malaysia. Sila singgah ke pejabat atau website Tourism Malaysia Sarawak sekiranya nak tahu semua pasal produk pelancongan yang ada kat Sarawak. Tak larat nak cerita pasal Sarawak ni besar ya amat. Negeri terbesar dalam Malaysia. Nak tau berapa besar negeri Sarawak? Tolak atau keluarkan Negeri Sembilan. Gabungan antara negeri-negeri lain dalam Semenenajung Malaysia tu la besarnya negeri Sarawak!


Beberapa buah bot hiasan parking kat tepi sungai. Ada sebuah bot yang menggunakan kepala itik sebagai hiasan. HEH! Kenapa tak gunakan kepala sang bedal sebagai hiasan? Mesti gempak punyer! Mungkin ada pantang larang. Ontah la...

Hari ni gua sorang-sorang betugas kat booth. Kengkawan lain ada program yang telah diatur bersama Kak Lin, agen pelancongan kitorang. Pagi lagi diorang dah blah untuk program memasak . Yeah! Diorang pegi masak makanan tradisi beberapa etnik Sarawak seperti Manok Pansuh, Umai, Midin dan Sup Ginseng Ayam Air Kelapa Muda kat Sarakraf Pavilion. Eee… jelesnye gua! Seblum masak diorang shooping dulu kat Pasar Minggu Satok beli bahan-bahan untuk masak. Lagi sekali EEEE…. Nak la pegi tengok ulat lundi ( sagu ) kat Pasar Satok! Nak belajar masak/buat Umai! Uuu..uuuu… Tinggal la gua sorang-sorang kat Bandar Kuching ni. Isk! Iskhh! Uuu..uuuu… Pagi ni gua sarapan sorang-sorang kat rumah tumpangan cap kucing. Apa nak makan ya? Tenampak sorang brader ceduk kuah dalam mangkuk ayunnye. Guapun tanye, “ Yo, bro! apa kejadahnye tu?”. Ishh! Takkan la gua tanye cam tu. “ Apa tu brader?”. “ Ini la laksa Sarawak. Laksa Sarawak? Emmm… patut cube try ni. Bismillahirohmanirohim… nak ngap jer. Uikz! Sekali meehun keras daa. Ruprnye kena celur dulu meehun tu. Uuu..uuuu… ni la nasib bila sorang-sorang. Kali pertama plak kat Sarawak. Nak tanye Kak Lin, kacau plak. Ah, lantak la. Keraspun keras la. Telan jer. Jangan banyak songeh!


Masa on the way by kaki ke booth tourism menyusuri tepian sungai Sarawak, orang punye la ramainye. Nak jalannpun tak bleh. Tepaksa ikut jalan jauh sket. Rupenye acara perasmian Sarawak Regatta 2009 akan dilakukan pagi ni oleh Ketua Menteri Sarawak. Masa ni Ketua Menteri baru sampai ke Waterfront. Patut la bebondong-bondong orang. Rumah tumpangan kitorang ke booth tourism tak la jauh mana. Jalan kaki jer melalui waterfront tu. Kalo jalan laju-laju, cepat la sampai, tapi kalo jalan pelahan lahan sambil singgah tengok orang jual Gambir Sarawak, petang nanti blum tentu sampai!


Sampai jer dah ramai orang/pelawat ke booth pameran. Gua duduk jer kat booth, dah ramai yang beratur untuk dikarikaturkan. Seorang warga emas menjadi pelanggan pertama. Raut wajahnye jelas beliau bukan orang Melayu Sarawak. Gua tau beliau bukan orang Melayu pasal beliau bagi tau beliau etnik Iban. HEH! Seronok melukis karikaturnya yang dah seperti karikatur. Senang. Terima kasih pakcik. Terima kasih dalam bahasa Iban apa ye? Tak sempat nak tanya kat pak cik tu.


Bukan saja buat karikatur, Tourism Malaysia minta gua melakukan aktiviti kat pentas gak. Ada sebuah pentas disediakan dan macam-macam aktiviti dilakukan kat situ. Tengahari ni gua mengendalikan acara Kuiz Pelancongan Cuti-Cuti Malaysia Zoom! Travel Fair Sarawak 2009 bersama deejay tetap kat stage iaitu saudara Hamzani. Assalamualaikum! Apa khabar orang Sarawak? Kali pertama di Sarawak dan mengucapkan salam pada orang Sarawak. Saya kartunis Gayour. Seronok betemu semua. Terima kasih kerana sudi bersama saya dan saudara Hamzani pada tengahari ni. Sapa nak HADIAHHHHHH? Semua menjerit-jerit nak. Terutama orang dewasa. HEH! Untuk semua sobat. Sila jawap soalan kuiz yang senang nak mampus ni ya.

1- Apakah nama program ini?

A) ZOOM! Fair B) CCM Fair C) Travel Fair D) Cuti-Cuti Malaysia Zoom! Travel Fair.

Jawapan ada kat backdrop tu ye.

Dan banyak lagi soalan tahap tadika cam ni untuk dijawap dan dapat hadiah yang disediakan oleh Tourism Malaysia. Sapa nak jawap dan hadiah kena naik ke pentas. Gua tukang bagi soalan dan encik Hamzani merayau kat bawah pentas sebagai tukang pilih dan tarik orang yang nak jawap ke pentas. Aa.. uu..aaa.. saya tau cikgu. Jawapannye E cikgu! Harharahar! Lawak la awek ni!


Soalan setrusnye;

1- Apakah gunung yang tertinggi di Malaysia

2- Apakah nama sungai yeng terpanjang di Malaysia?

Sorang awek penari kebudayaan dari Kalimantan yang dijemput khas oleh pihak tourism untuk membuat pesembahan pada majlis perasmian malam tadi hingga ke hari ini mengangkat tangan untuk menjawap. Ayok! Sila naik ke pentas ya. Apa jawabannye dong ah? Sambil tesengeh-sengeh beliau menjawap.


Setelah habis tugasan gua kat pentas memberi soalan kuiz dan menghabiskan hadiah-hadiah yang disediakan oleh Tourism Malaysia, gua kembali ke booth. Ramai yang nunggu untuk dikarikaturkan. Selain melukis karikatur, gua ada bawak sket buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR untuk orang Sarawak. Nak bawak banyak-banyak tak larat. Berat! Brader ni membelikan buku gua untuk anaknye. Terima kasih bro!


Masa rehat. Tak tau nak pegi mana bila tinggal sorang-sorang ni. Panas kat luar. Tapi orang masih ramai behimpit himpit kat semua tempat terutama kat tepi sungai. Nak tengok pemandangan kat bandar Kuching la tengahari buta ni. Bangunan putih cam istana Robin Hood tu dulu adalah bangunan penjara. Penjara? Yeah! Penjara bawah tanah. Tak dapat tengok lumba perahu kat tepi sungai, sebuah skrin besar disediakan untuk mengikuti pelumbaan dari skrin ni. Tapi kena bejemur la kalo nak tengok.


SELAMAT DATANG KE SARAWAK.Ucapan alu-aluan ni melambak-lambak kat seluruh Bandar Kuching sebagai menghargai dan meraikan kedatangan pelancong atau pelawat dari ceruk dunia manapun yang bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Selamat Datang ke Sarawak. Yeah! Ini kali pertama gua sampai ke Sarawak. Kat bawah tu adalah khemah-khemat pameran dan jualan segala macam ukiran, jahitan Sarawak ni.tekstil, pintalan, kuih muih/makanan, anyaman, Gambir Sarawak dan entah apa ke bende lagi dari beberapa etnik utama kat Sarawak ni.


Tengahari buta ni pelumbaan perahu regatta masih belangsung. Walau panas, orang tak meninggalkan tebing sungai untuk menyaksikannya. Nak gak tengok tapi gua tak nak tolak menolak. Tak apa la. Tu nampak tak kapal lumba nun jauh kat hujung sana tu. Tak nampak? Menurut amalan patik, siapa tak nampak….. HEH!


Bangunan apa ni? Untuk makluman semua sobat. Ini la mercu tanda baru kebanggan warga Sarawak, bandaraya Kuching dan penyeri baru di tepian sungai Sarawak iaitu banguna Dewan Undangan Negeri yang baru dirasmikan masa Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu pada 27 hingga 29 Julai yang lalu kat bandaraya Kuching ini. Bumbungnya berkongsepkan topi etnik Bidayuh. Ketua menteri Sarawak kan dari etnik Bidyuh. Berapa harganya? RM300 juta.


Gua truskan acara jalan-jalan secara solo kat Bandar Kuching ni nak tengok-tengok. Ni dari celah jalan. Nampak tak bumbung bangunan DUN tu? Ada bangunan baru dan lama. Sama cam kat semenanjung. Tak larat nak jalan kauh-jauh. Panas! Ingat nak menjelajah secara solo ke Jalan India. Satu-satunya tempat orang India dan India Muslim berniaga dan boleh ditemui kat Sarawak ni. Orang India sangat rare kat sini. Payah nak jumpa. Lagi satu nak ke Masjid India kat Jalan India tu. Ada satu lagi masjid kat Jalan Gambir. Yeah! Jalan Gambir. Nak pegi ke sana plak gua tak tau jalan short cut. Lagi satu nak singgah makan kat mana-mana gerai. Laksa Sarawak ke, mee kolok ke. Umai, yeah! Umai! Umaiiii! Tapi tak ada kawan nak bawak atau orang yang tau kat mana yang best. Ontah la jang! Lupakan la saja hajat di hati!


Oh! Yeah! Seblum tu gua nak cite pasal asal usul nama Kuching. Nak tau tak? Tunggu sambungan akan datang. HEH!


Begini kisahnye menurut kak Lin, pemandu pelancong kitorang.

Pada masa dahulu terdapat banyak pokok Mata Kucing yang tumbuh kat bukit di belakang hotel Hilton. Kerana banyaknya pokok Mata Kucing tu la nama bandar Kuching diperolehi dari sebutan orang Cina yang ramai masa tu. Haiya! Buah Mata Kocheng maa… Ada sebuah anak sungai yang dinamakan Sungai Kuching kat bawah bukit tu yang telah ditutup/ditambak pada tahun 1929 yang kini menjadi salah satu jalan utama di tengah Bandar Kuching. Ia bersebelahan dengan Kuil Tua Pek Kong. Jalan tu dulunya adalah sebuah anak sungai yang mengalir masuk ke sungai Sarawak. Gua dah lalu kat jalan tu.


Kisah kedua

Ada sebuah pelabuahan yang sibuk di muara sungai Sarawak pada masa dulu dengan urusan jual beli ikan. Tempat nelayan belabuh dan menjual hasil tangkapan. Bila dah banyak ikan kat pelabuhan tu, maka banyak la kucing menyibuk mencuri ikan. Kerana banyaknya kucing mengalahkan banyaknye ikan, maka pelabuhan itu dikenali sebagai kuching dan menjadi terkenal dengan nama KUCHING.


Ada satu lagi kisah tapi tak begitu popular. Tak payah cite la. Kalo korang ada kawan-kawan dari Sarawak, korang soal siasat la sendiri. Tapi kalo buat tak taupun tak apa. HEH!


Gua tak tau mana nak makan tengahari ni. Mesti kengkawan kat Sarakraf Pavilion makan best-best! Umai! Umaiii! Uuu…uuuu…


Tamat bahagian pertama.

12 comments:

chenz said...

1st...hehe...
mak aihh...sampai sejuta bahagian tuh...
apa pun,cita lu mmg menarik la bro..

http://borinkborink.blogspot.com

berteromber said...

wah..best la dapat jalan2 gi sarawak..free lak tu kan...untung ler..hehe..

gayour said...

chenz
enam hari gua kat seb. pegi banyak tempat, banyak aktiviti dan melambak gambo.mana nana bak sumbat gambo2 tu kalo tak share kat sini? pasal tu la sampai sejuta bahagian!

berteromber
orang nak bawak, ikut je la.

flight of icarus

matakucing said...

sedap tak ulat sagu tu??

gayour said...

matakucing
gua tak join masak-masak, tak dapat merasa ulat sagu lazat atau tak.

buah mata kucing melahirkan nama KUCHING.

Takilala said...

Sarawak dah. Turun Sabah la lg skali.

gayour said...

takilala
yeah! nak makan ikan bakar kat belakang filipino market kak k.k. sambalnye punyer la pedas sampai bedarah idung tapi lazat!

deaf-angel said...

Thanks for sharing ko nye exploration

aku tak pernah sampai Sabah Sarawak lagik, maybe one day

eddie dewanaga said...

gamba atas sekali tu airport Kuching ye... hahaha... gua ingat stesen keretapi Tampin.
Cuba sesekali tu atas stage lu jerit sampai perit tekak...

ZEE-POEL-TOO-RAH...!!!


Conscience is fair
Unfaithful words
Betrayal and greed
Past thoughts to win alone

Envy - still strong
Hatred - still alive

From beyond - an empty world
Infected voice - a scream alone

Infected voice...!!



- Infected Voice (Sepultura 1991)

Ki To said...

Assalamualaikum Sifu...Selamat Hari kemerdekaan yang ke 52 tahun..MERDEKA!...Sifu lama sifu tak buat komen kat blog saya..Meh la buat lawatan sambil mengutuk yang selalu sifu buat..Bagi sikit ilmu..Sifu doakan saya jadi kartunis eak...Mengidam sangat nak jadi cam sifu dan kartunis2 lain..Sifu datanglah jengok noh dan buat komen kat blog saya....I will wait you...(n_n)

gayour said...

deaf_angel
sekiranya ada rezeki lebih dan kelapanagan, memang patut lu pegi melancong ke borneo.

eddie dewanaga
yeah! zee poel toe rah rules!

" Chaos A.D.
Tanks on the streets
Confronting police
Bleeding the Plebs
Raging crowd
Burning cars
Bloodshed starts
Who'll be alive?! "

kito
insyAllah, nanti gua singgah. selamat menyambut kemerdekaan negara yang ke 52!

Anonymous said...

Bila nak datang ke Kuching lagi? Ni saya nak buat promosi sikit,kalau ada la kawan2 atau pun diri sendiri dan keluarga nak datang ke Kuching dan memerlukan perkhidmatan tour sila lah contact saya.Saya menyediakan pakej lawatan dgn harga yang berpatutan . Kalau berminat sila e-mail saya at dbsalleh@yahoo.com thanks....