Sunday, August 30, 2009

IPCC 2009 WINNERS

OFFICIAL ANNOUNCEMENT OF MSC MALAYSIA IPCC 2009 WINNERS

( INTELLECTUAL PROPERTY CREATORS CHALLENGE )

10 RAMADHAN 1430 HIJRAH - 31 OGOS 2009


Tahun ni pihak penganjur pertandingan komik interaktif, MDeC membuat sedikit kelainan dan pembaharuan dalam meraikan pemenang-pemenang. Satu majlis rasmi pengumuman dan penyerahan mock up checque pada sepuluh pemenang dalam pertandingan IPCC DIGITAL INTERACTIVE COMIC 2009 telah diadakan pada 17 Ogos 2009 ( Isnin ) yang lalu kat Taming Sari 3, The Royale Chulan Kuala Lumpur. Semua pemenang dalam ketagori memasing dijemput hadir untuk menerima sendiri mock up checque dari CEO of MDeC, Ybhg datuk Badlisham Ghazali. Hari tu masa pembentangan kira pengumuman pemenang dan penyerahan mock up checque yang tak rasmi.



Gua dan Aguri sebagai ILHAM STUDIO hadir bersama team NAGASATRIA iaitu encik Niezam dan isteri kat sebelah beliau tu sedang menunggu apa yang patut untuk dimakan!


Yang Berbahagia Datuk Badlisham sedang berucap. Biasak la majlis cam ni kan, mesti ada ucap-ucapan. Besarlah harapan Datuk pada semua pemenang/karyawan agar menggunakan peluang yang ada untuk memajukan industri komik, animasi dan permainan digital. Ni la masa untuk memasarkan produk tempatan ke luar negara. Kita mampu bersaing! Hari tu masa pengumuman pemenang dan penyerahan cek, gua tak ada. Bagus gak diorang buat majlis ni, ada la bukti gua sebagi salah seorang pemenang. HEH!


Datuk tak membebel panjang. Ucapan yang pendek dan padat! HEH! Biasa kita dengar kata-kata cam tu kan – pendek dan padat! Trus ke acara penyerahan cek pada semua pemenang. Apa lagi, bila tiba giliran ILHAM STUDIO, tesengeh-sengeh la gua menerimanya. RM 20,000 beb! Syukur Alhamdulillah.


Sementara nunggu masa makan tengahari, jalan-jalan tengok sekitar The Royale Chulan yang baru dibuka ni. Cantik konsep binaan dan hiasan dalamannya. Guapun apa lagi, trus begambo sambil layan Blues Untuk Aku Hidup Dalam Blues Ke?


Tak payah la gua tampal menu lunch kitorang ya. Memang lazat! Tak penah gua rasa masakan/makanan selazat ni! Tipu! Nanti makan kat tempat lain gua akan kata benda yang sama gak. “Uikzzzz! Lazatnye. Bedarah idung!" Tak penah gua makan makanan selazat ni!”. Uuuu…uuu… Lepas makan semua set yang dihidangkan dari appertizer, Kerabu Ketam Avocado & Satay Makanan Laut hingga ke dessert, ‘Crème Brulee’ Berperisa Pandan, baru majlis makan-makan ditamatkan pasal tak larat dah nak makan! Syukur Alhamdulillah!

Pas tu sebagai bukti, ni dia mock up cek yang ILHAM STUDIO dapat!


Bersama Aguri. Kami team ILHAM STUDIO akan berusaha untuk memastikan projek kami berjaya dan tidak mengecewakan pihak penganjur yang bersungguh menganjurkan pertandingan ini! Walau hanya dapat mock up cheque ( duit sebenar blum dapat lagi ), ini dah cukup membakar semangat sampai rentung untuk menyahut cabaran dan menyiapkan projek! Ini peluang baik untuk pergi lebih jauh. Dengan izin Allah, tiada yang mustahil. Yang penting usaha tegar dan trus berusaha!


27 comments:

eddie dewanaga said...

tahniah bro... semoga lu terus maju dalam memperjuangkan seni kreatif bumi bertuah ini... lu punya fans pun dah ramai gua tengok mengalahkan populariti Pantera...!


"Would you look at me now?
Can you tell I'm a man?
With these scars on my wrists
To prove I'll try again
Try to die again, try to live through this night
Try to die again..."


- Suicide Note part 1... Pantera 1996
The Great Southern Trendkill

Takilala said...

Ganbante kudasai!!!

aaapit said...

Tahniah bro..teruskan yg terbaik..

gayour said...

eddie dewanaga
tq. mana bleh lawan pantera beb. harhar!

" You can't be something you're not
Be yourself, by yourself
Stay away from me
A lesson learned in life
Known from the dawn of time..."

walk

takilala
domo arigato!

aaapit
terima kasih. nak bagi/buat yang terbaik kena berusaha lebih tegar!

Kartunis Gandum® said...

Baru aku nampak wajah isteri niezam

teringat zaman BOOM!...Niezam jejaka pemalu!

Your...kim salam Niezam

berteromber said...

tahniah bro..ingat lu dapat sesorang RM20K tu..raya sakan tu..huhu

guapunyahal said...

wow..encik gayour.. rambut hang dah balik ke asal yg gua memula kenal hang... teringat balik masa kat ofis dijalan ipoh batu 3, bangunan oren tuuuu... selalu lepak ngan hang...huhuhu

gayour said...

kartunis gandum
skang ni beliau tak malu lagi dah!

berteromber
mana bleh raya sakan bro. duit tu untuk projek ipcc. duitpun tak dapat lagi. tapi bleh bepoya2 sket kot. HEH!

guapunyahal
hey, you long hair!
u're under arrest!

matakucing said...

wah..tahniah2..

gayour said...

matakucing
terima kasih.

meowww!

Azi$M@t_BaDU+ said...

Fulamak.....
Taniah buat brader Gayour....
Bilakah aku pula nk mcapak dlm persada seni komik nie.....
hahahahhahaha.....
skali bc buku panduan brader Gayour melukis...10 kali terbakar semangat nie....

Brader Gayour....
ari tu mase ptandingan bakat baru 2009 sy ade wat beberapa sketch utk komik strip....tp cume satu je y smpt dciapkan....y len sume xsmpt.....

boleh x kalu sy htr kt brader Gayour utk dpublishkn?...teringn nk tgk name sndr dpersada komik....
pape pn brader Gayour tingglkn r pape hal kt blog sy.....

SALAM RAMADHAN
SALAM PERPADUAN
SALAM UKHUWAH
SALAM KEAMANAN

gayour said...

azismat
syabas kerana suka melukis kartun/komik. berusaha la kerana tiada jalan mudah untuk berjaya!

bleh emelkan pada gua komik yang encik buat tu tiga empat keping untuk gua tengok dan kutuk apa yang patut.

gayour@karangkraf.com.my

deaf_angel said...

congratulations Gayour dan rakan pasukan.

Semoga cita2 korang tercapai untuk projek korang ni. Insyallah.

gayour said...

deaf_angel
tiada yang mustahil untuk dicapai dengan izinNya. yang penting BERUSAHA dan kembalikan padaNYa.

terima kasih

"They dared to go where no one would try
they chose to fly where eagles dare"

where eagles dare

INDRA QIRANA said...

taniah bro..lu memang hebat! Rock forever!

Anonymous said...

makan tengahari? x puasa ke bro?

gayour said...

indra qirana
tak ada la hebat mana. ada lagi lebih hebat!
tq

anonymous
yeah! masa tu memang gua tak puasa. boleh makan daging kambing dengan rakusnye. heh!

Kito said...

Tahniah sifu...Sifu number One....

Portdy said...

tahniah abang gayourock!

Azi$M@t_BaDU+ said...

Bro Gayour...
nie link lukisan sy

http://ismat-api.blogspot.com/search/label/my%20art

dan

http://creativem0nkey.blogspot.com/

gayour said...

kit0
apasal tak bleh nak masuk blog ekau? cam no nak tengok dan kutuk kartun kau? main-main aa..

portdy
terima kasih. sedang sibuk melakar untuk projek ni sekarang. arghh!

azismat_badut
nanti gua singgah tengok. tq

Kito said...

Mana ada main2 la sifu....guarockbeb.blogspot.com...Betul ker alamat yang sifu bubuh ni?:)

gayour said...

kito
alamat apa plak ni?
kalo alamat emel gua;

gayour@karangkraf.com.my

Kito said...

Apa kena mengena laks ngan Sifu nya email?Buat lawak lak..Tertawa tau I....Lama lah sifu tak ajarin hmba..Rindu tau...:)Sifu hmba nk try antr artwork kt G3 bleh tak?Nak antar kat saper eak?Sesaje testing...Mana lah tau mashuk Majalah ker..He..Hee.Heee...Bleh bergandingan ngan sifu tol x?

gayour said...

kito
sila hantarkan karya2 terbaik encik untuk ditengok dan sudah semestinya untuk dikutuk!

berusaha!

lan said...

assalamualaikum..
sy pelajar uitm ingin interview brader gayour untuk assgnmnt tntg kartunis tanh air..sy harap abg gayour dapat berikan kerjasama

gayour said...

ian
sekiranya kerjasama yang gua berikan boleh membantu kejayaan pada encik dan menjadi seorang muslim yang beriman dan menjadi salah sorang penyumbang pada kemajuan tamaduan islam pada masa akan datang dan kerjasama yang gua berikan boleh dikira sebagai ibadah dan sumbangan pada agama, bangsa dan negara, yeah! sila emel pada gua bila nak datang.

gayour@karangkraf.com.my