Wednesday, October 21, 2009

DAH BERAPA TAHUN YE?

DAH TIGA TAHUN!

03 ZULKAEDAH 1430H - 22 OKT 2009


Entah la, tak tau nak tulis apa walau ada la beberapa bende nak ditulis. Apa yang telah belaku pada bulan lepas, bulan September? Kita berpuasa dalam sebahagian besar bulan September dan yeah! Hari Raya Aidil Fitri. Ada lagi satu yang telah belaku dan gua telah bejaya melupakan tarikh itu dengan jayanya hingga ke hari ini walau tak la penting mana tarikh tu. HEH! Untuk pengetahuan semua sahabat, gua dah tejebak sebagai blogger selama TIGA TAHUN pada 22 September 2009 yang lalu. Masih baru. Tak seperti sahabat lain yang dah lama. Masa tarikh ni tengah kemaruk dengan mood raya, mana nak ingat! Semenjak tejebak, ramai kengkawan entah sapa-sapa ntah yang sudi singgah, tengok dan tinggalkan komen dalam blog gua. Ada la sorang dua pengikut. Tak la seramai sahabat lain. Korang lagi hebat. Lagi ramai pengikut hardcore. Apapun terima kasih pada semua. Walau hanya betemu di alam maya, kita menjalin dan menghubungkan silaturahim sebagai seorang Islam. Mungkin akan betemu di mana-mana pada suatu masa nanti.


“Hi, I’m GAYOUR. You’re NOT!” HEH!


Selama tiga tahun ni gak, gua dijemput, dipelawa, diajak oleh ramai kenalan alam maya untuk menyertai social network seperti Friendster, You’re My Friend, Friendship, Tweeter, Twiti, FaceBook, Face Off, Faces Of Rock, Face Of Death, Face To Face, MySpace, Space 1999, Fotopages dan entah apa ke benda nama laman sosial dan pertubuhan alam maya lagi. ARGHHHH!


“ Gayour, lu ada Facebook tak?”. “Tak ada”, ujar gua sambil tesengeh-sengeh. “ Cheh! Apa la lu, purba sungguh! Ketinggalan zaman!". " Best ke Facebook tu?". " Mesti la best! Semua orang main Facebook, Friendster, MySpace skang ni. Tak main la blog!”. Ini yang biasa gua dengar sekarang ni. Nampaknye gua memang purba, ketinggalan dan tak best pasal tak ada facebook.


Sama gak masa gua tak ada blog dulu. Ramai yang hina, “Apa la tak ada blog! Semua orang ada blog la sekarang brader Gayour!”. Gua rasa cam orang salah kerana tak ada blog….Serius, gua tak tipu!

Terima kasih pada semua yang menjemput. Gua menghargai tapi gua tak dapat nak menerima semua jemputan kerana gua tak mampu nak “melayan” semua tu buat masa ni. Facebook pun tak ada. HEH! Gua ada banyak kerja. Melayan blog ni pun dah nak semput dah! Biar la orang nak kata gua purba, primitif, dinosaur, ketinggalan…


Hey, i’m GAYOUR, you’re NOT!


Mungkin suatu masa nanti gua akan ‘menerima’ semua jemputan bila semua orang telah beralih ke benda lain yang lebih canggih!


Tiga tahun telah berlalu…


senyum sentiasa dan terima kasih.

30 comments:

Takilala said...

congrats bro dah 3 tahun berblogging. teruskan berblogging sebab "you're GAYOUR and I'm NOT"..huhuhu \m/

berteromber said...

Cheers!!!..for more years to come bro..jangan berhenti berblogging...cause youre GAYOUR..and i'm not..hehe

"You never take the easy way
The wind is blowing straight into your face
You never ever close your eyes
For any trouble that may cross your way
There's no risk that you're not taking
Not a mountain that's too high
Spread your wings, You're gonna make it
To the best time of your life

Don't stop at the top
Touch the sky before you drop

Never stop! Don't stop at the top"

-Klaus Meine, Herman Rarebell

Ki To said...

That's true sifu,All people said to do something new.But something new is can't make we happy.

Kadang org kata kita ni purba kalau x ada benda yang baru muncul..Tapi tulah fitrah an manusia..Tul tak?Semua na baru...

Saya pun terfikir gak...Kalau ada banyak2 pun social network...Nak buat apa...Bukan bleh meningkatkan kerjaya kita..Kalau ada pun cakap benda merapu,je buang karan semua tuh...

Baik ada satu daripada banyak...

Er sifu,saya ni sebenarnya mengidam nak buat komik sifu....Saya takut karya atau kartun saya orang x minat jer..Kadang saya tanya diri saya..Kartun saya ni dah okeh ke?Org suka ka?Saya boleh buat komik...Tapi,saya selalu ikutkan perasaan saya dan berasa rendah diri terhadap karya saya,walaupun kekwan,pakcik makcik semua kenalan cakap kartun saya cantik dan dah okeh....

gayour said...

takilala
hi, i'm GAYOUR. i'm anti sosial and no fun to be around.

thank you. HEH!

berteromber
hi, i'm GAYOUR and i will never stop at the top!

kito
memang orang yang kita kenal dan berada di sekeliling biasanya akan berkata "uuuih! hang memang terer gile lukis kartun kat kampung ni!" itu la masalahnya kerana pasaran sebenar bukan hanya di kampung kita. jadi pastikan encik benar2 sudah bersedia untuk "berada dan bersaing" di dunia sebenar kerana penilai sebenar ada ramaiiiiii di luar kampung encik.

jangan rasa rendah diri tapi rasa la rendah hati.

hi, i'm GAYOUR and you're NOT. so be yourself, by yourself!

eddie dewanaga said...

you don't have to be like everyone else... you are one of a kind.
Gua nak lu tau yang lu dah jadi sebahagian dari hidup budak2 sebaya gua, dgn kerjaya lu, hasil-hasil karya lu melekat dihati, beb... serupa macam bila gua dengar Ride The Lightning, Hukum Karma, Somewhere In Time, Langit Dan Bumi... gua membesar dengan semua ini, dengan Gelihati, dengan Slash n Black, dengan Melissa...

gayour said...

eddie dewanaga
terima kasih atas kebaikan dan sokongan selama 25 tahun pada gua! terima kasih banyak2.

we who are not as others

i'm GAYOUR and you're MR.DRAGON!

RABUN said...

herm aku tak gemar sangat facebook, pening kepala... blog lagi best sentimental dan lebih fokus..apa pun teruskan memblog bro,

gayour said...

indra qirana
pilihan disediakan untuk kita pilih. kalo nak rasa moden, advance, hebat, canggih, angkasawan... jadi la ahli facebook, myspace. kalo nak rasa oldskool, sini la tempatnya.

hi, i'm GAYOUR and i'm oldskool freak!

sofianishak said...

Rileks le, Gayour... Semua tu cuma social network je. Ada ka, x da ka, x menjejas sikit pun periuk nasik hang.

Generasi skrg mmg camtu. Semua bercakap benda yg advance - facebook la, twitter la. Depa seronot pasai dpt kenalan satu dunia - buleh crita kat org (kemudian masuk YouTube - harharhar!).

Tp org cam hang perlu ka semua tu? Terlayan ka semua? Bill Gates pun tutup facebook dia! (Pasai ramai sgt nak jd kawan dia!) Kalau ada blog, ada ka mcm blog Tun Dr Mahathir - sampai jem org masuk nak komen! (Tadaa pun! - gebang je lebih!)

Biag la org kata kita oldskool ka, purba ka - apa yg penting karya hang.

Kadang2 aku pun pelik tgk org yg hari2 keja bukak blog, round satu dunia siber. Aku yg keja hari2 guna komputer sepenuhnya pun, x da masa nak update blog - harharhar!

Okey, selamat maju jaya - assalamualaikum...

p/s:
Sampai skrg pun aku masih dengag lagu Beatles...hehehehehhh....

gayour said...

scorpyan
zaman purba dulu gua penah bawak lu pegi tengok pameran the beatles kat mana ye... sogo? lot 10? tak best langsung pameran tu. harharhar!

ntah la. mari kita layan lagu feveret lu ni.

"kau.. kau.. melodikan sebuah lagu cinta dan hari ini aku mendalaminya
nyaman terasa ketika berdiri bersama mu
redup cuaca di sekeliling

di air tenang ku lihat keriangan dan segalanya itu untuk siapa..."

pencinta

Q said...

ok aper blog... camnie la ... lu amik sorang PA... biar dia handle blog lu ker face book ker friendster ke aper ker.. ini jam ramai orang buat aper... tapi x yah la... lu dah ader follower sendiri... lu x buat blog pun still x hilang fan...yang penting kepuasan....

faizalmukhtar said...

cargasss... jangan tak carggaaass!

alkisah said...

tahniah bro..dah 30 tahun.eh 3 thn berblogging..jgn lupa berjoging juga bro..kan jd tambah boroi..

berblogging mencurah keluh
berjogging mencurah peluh

gayour said...

Q
apo kato den lantik ekau jadi PA dan bodyguard den sekali? heh!
tapi tak jadi la, silap2 ekau tumbuk plak porut den nanti.

hi, den GAYOUR, ekau sapo?

manteraworks?
pasal blog ni gua tak boleh nak cergas sangat. azab nak update!
yo, boy scout, how's ya doin?

i'm GAYOUR THE MAIN MAN and i like to kick your ass boy scout! har fragin harr!

alkisah
betul tu. bejogging tu lebih baik dari memblogging untuk mengelakkan abdomen maju ke depan!

tapi larat lagi ke gua nak jogging? ARGHHH!

hi, i'm GAYOUR and i'm too damn lazy!

matakucing said...

steady la brader gayour..blog till die!!

gayour said...

matakucing
yeah! KILLKILLKILL! DIEDIEDIEE!

babazahra' said...

cool, pejam celik sekejap aje kan. dulu kan, minggu pertama fesbuk muncul, gua dah daftar sampailah setahun lepasnya baru gua aktifkan. gua tak tau pun jadah menda fesbuk tu. tapi ini hari, fesbuk gua online kat opis sepuluh kali sekejap. tu pasal gua tengok blog lu ni pun dah macam benda purba jugak. lama tak singgah. selamat hari raya aidilfitri dan aidiladha, juga deepavali dan krismas dan apo-apo lagi lah.1Malaya lah konon. Ptuiii!

gayour said...

babazaha'
humang hai! walau lamo tak jumpo, ekau totap 'garang' tak berubah. banggo den sebagai orang neghori. harhar!

hi, den GAYOUR, ekau orang Jelobu kan?

Ki To said...

Sifu,dalam perkomikan....
1) Apa yang paling penting untuk membuat komik?

2) Apakah yang pembaca nilai dalam sesebuah karya kita?

3) Dan Apakah lonjakan paradikma yang saya harus lakukan dalam karya saya untuk berdaya saing dengan kartunis2 lain...?

Lepas SPM ni saya dah bersedia untuk bersaing di arena pekartunan ini...

Hadri Aiman said...

assalamualaikum...saya ni budak

skola 11 years old...saya memang

minat g3 tapi saya hanya baca

kengkawan punya memandangkan ibu

saya x kasi gua beli apa2 benda

pown.Saya sebenanya nak gak beli

buku-buku abang Gayour.Buku cara

melukis kartun abang gayour pown

saya nak beli.tapi dgn beralasankan

perangai mak saya yang tegas,saya

pown x dpt beli.abang gayour ada x

lawat kem bina negara,tanjung

rhu,baru-baru ni?ni sbb adik saya

ada hadiri kem tu.Dialah yang

suruh abang gayour tulis nama saya

dkt satu kertas tu.Anyway,sorry

ckp bebanyak.Saya recommend abang

gayour letak sedikit 'pic' dan cara

melukis abang gayour dkt blogspot

ni.Lagi satu,saya memang minat

cerita 'APA YANG AKU CARI' dkt g3

yang mengisahkan tentang budak2

silat tu.Bila2 ada masa lapang,

check la myspace saya.

gayour said...

kito
1-karekter hero dan heroin yang menarik perhatian. ini keutamaan paling penting yang diperhatikan oleh kebanyakan pembaca/peminat! jalan cerita yang membuatkan orang teruja untuk trus mengikut cerita/komik yang dibuat.
2- sama seperti nombor satu.
3-anjakan paradigma tidak boleh dilakukan/dibuat tanpa membuat dahulu apa yang kita boleh buat sekarang. perubahan dilakukan setelah kita bersedia dan tahu apa yang perlu diubah. kartun/komik tidak boleh dipelajari atau difahami melalui teori. banyak melalui pengalaman. melukis bukan teori, hampir semuanya adalah praktikal.

truskan membuat latihan!

gayour said...

hadri aiman
sungguh kesian dengan nasib adik. jangan derhaka pada mak adik. dengar dan ikut kata mak dan bapa adik.

boleh adik emelkan alamat rumah adik pada abang,

gayour@karangkraf.com.my

kalo ada buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR lebih, bleh la abang hadiahkan pada adik satu. boleh belajar,tahu dan menjadi berILMU pasal kartun.

selamat belajar

Ki To said...

Thanks sifu...Itu hamba tahu...Melukis bukan macam belajar physic or anything yang memeningkan kepala...Melukis adalah sumber untuk seseorang kartunis mempersembahkan gaya dan pemikiran mereka...Melukis memberikan seseorang pembaca menghayati pengalaman or isi tersirat yang ingin dipersembahkan oleh kartunis kepada pembaca...Dan saya masih mencari lagi pengalaman untuk memberikan saya semangat untuk terus berkarya...Tapi ada gak kekwan yang suka mematahkan semangat yang kental ini daripada untuk terus berkarya...Tapi saya x pedulikan itu...Saya akan terus berusaha untuk menjadi seorang kartunis macam sifu dan kartunis2 lain di Malaysia...

Sesuai dengan cara saya belajar...Saya lebih suka belajar melalui pengalaman daripada belajar dengan membaca buku...Pengalaman itu yang mengajar saya untuk terus berusaha...

Bagi saya buku adalah sumber untuk mengkaji secara lebih detail lagi...Betul x sifu...

Nanti lepas peperiksaan saya tamat..Saya nak start buat komik dan lawak semuka..Nak try antar kat majalah..Komik saya x antarla,saya letak dalam blog je nak tengok bape banyak sambutan komik 8 pages yang saya buat...Hee...heee...

Apapun terima kasih sifu kerana memberi saya pembelajaran yang amat bernilai kepda saya...Semoga sifu terus maju dalam arena perkomikan ini...Dan yang paling penting teruskan ber"LOG"ng.

mazru said...

TAHNIAH!!..koi baru setengah tahun jd blogger..

aok kena ade akaun face book!orang kampung macam koi ni ander akaun facebook,takkan aok takder..

SUXX said...

alah bro jomla berfacebook, mesti ketagih punya. haha.

gayour said...

mazru
hai, koi GAYOUR dan koi orang bandar yang tak ada facebuk. uuu...uuuu...

suxx
sampai tahap ketagih tu yang tak nak!

gayour said...

kito
moga berjaya didoakan.

berusahalah!

ajie said...

tahniah bang...teruskan berblogging..heheh

facebook?> kawan pun dah kasi delete akaun...tak larat nak layan...haha

gayour said...

ajie
tutup akaun? tak heppening la hidup tak ada facebuk. heh!

Unknown said...

Bro GAYO... Gua rindu betul la dengan kartun Bersama Selamanya... Apa cerita Amar dengan member-2 dia skrg ek? Atau dah kawin dengan Leen? Heh heh heh heh, masa Bro still dalam Ujang mmg gua tak pernah miss baca citer tu? Ada jual lagi ke koleksi citer tu?