Tuesday, January 26, 2010

MINI KARNIVAL

JEMPUTAN
MINI KARNIVAL 2010


Pada semua sobat yang dikasihi, sekiranya belapangan gua jemput semua untuk datang ke MINI KARNIVAL 2010 Karangkraf buat kali yang ke dua ni. Boleh bawak member, awek, suami, isteri, anak-anak dan semua keluarga termasuk ketua kampung dan orang kampung. Pastikan bawak duit sama. Kalo tak beli buku/majalah, boleh sengeh-sengeh jer. Takpun bleh betegur sapa dan bekenalan dengan editor dan staff semua majalah terbitan Karangkraf. Bawak kamera sekali untuk amik gambo. Nasib baik bleh melawat ke dalam bangunan Karangkraf.

sila klik untuk melihat peta sebesar gajah mammoth cane nak ke karnival ni.

Lagi sekali gua menjemput dengan dua kata-kata jemputan yang bebeza tiun gitarnya.

Ucapan pertama yang sungguh skima dan boring tak ingat. begini bunyinya....

" dengan segala hormatnya dijemput semua sahabat ke MINI KARNIVAL 2010 Karangkraf. kedatangan semua adalah sangat dialu-alukan dan dihargai. disudahi dengan ucapan terima kasih."

ucapan kedua yang lebih telus, jujur, jiwa murni, moden, terkini, tahap facebuk, tweeter... begini kata-katanya...

"hoi! kalo nak datang, korang datang la. kalo tak nak, sudahhh!"

jumpa di sana dengan keizinan Allah.

12 comments:

Portdy said...

Noted, with thanks, bro gayourock.

ada jodoh kita bertemu.

mr.kordes said...

jumpa di sana!

berteromber said...

"ikhlas tapi jauh"











maknanya...tak pegi sebab jauh la tu...huhu

gayour said...

portdy
yeah! tiada yang dapat menghalang sekiranya telah ditentukanNya.

pakcik kordi
bawak lembu pakcik sekali ye. sian beliau kalo ditinggalkan. beliaupun nak bersosial cam laman sosial facebuk gak.

berteromber

"over the hills and far away"
led zepp

deaf-angel said...

bukan ni kali, tapi lain kali insyallah nak gi nengok pameran/expo/roadshow gini kalo ada peluang..

nak salam ngan gayour haha

Takilala said...

hmmm.. x dpt gi. Agak2 bulan Dec ada buat mcm ni lg bro?

gayour said...

deaf_angel
kadang2 gua suka layan lagu "patah hati" dan "salam terakhir'" Allahyarham sudirman.

"...Smile for the cameras
Smile for the fans
Sign their records
And shake their hands
Try to stay healthy..."

the trade
D.R.I

takilala
tak perlu tunggu karnival kalo nak jumpe atau datang. bila2 masa kalo diizinkanNya.

wish you were here

Rockarena said...

Gua pasti datang bro...smlm 30\01\10 @ 14safar 1431h,gua dah cuba utk menghadirkan diri. dek krana masalah kerja yg memanggil gua mengmisskan diri utk kesana. ya pasti 31\01\10 @ 15safar 1431h,gua akan munculkan di lokasi& nk lu lukiskan gmbr NORMELISSA & BIDIN(Siapa Yg Harus Dipersalahkan).utk gua. bolehkan bro?? Gua betuulll rindukan pd beliau berdua.

azhar said...

tak dapat dtg atas urusan keluarga..

memang kalu ingat nak lepak ngan geng otai G3 nih..

camna pon..tahniah kerna dapat kalender ekslusif dr dato Lat..bukan senang tuh..bukan calang2 org tuh..

cayalah!

Ouled Kenitra said...

Assalamualaikum,

Dah datang dah bro, makaseh.

Gambar bro yg saya amik haritu ada saya paparkan di http://kenitra1975.fotopages.com/

lepas hajat saya nak ketemu bro lepas 20 tahun....

gayour said...

rockarena
memang telah ditentukanNya kita tak bisa ketemu dong ah! gua betugas pada 30012010. tak larat nak datang pada 3101. rasa nak tecabut bahu gua melukis pada 3001. ARGHHHHH!
bukan lu saja, gua gak merindui normelissa dan bidin.

melissa - mercyful fate

azhar
memang kita semua sibuk dengan tugasan. tak apa la. ada kesempatan pasti bertemu bertanya khabar my pren.

ouled kenitra
waalaikumsalam
seronok dapat betemu dengan peminat/kawan oldskool.
wow! sekarang gua femes pasal lu tampal gambo gua dalam fotopages lu. satu dunia tengok. harhar!

20 tahun telah berlalu tapi kenangan lama tetap segar dalam ingatan.
terima kasih sudi datang bro!

DeeN said...

Aisey.... rugi dok leh pi. Huhuk.. selamat la semuanya kat sana!