Thursday, March 18, 2010

PAK CIK KAYOOOOO!

WUHAI BERAMBOI

02 RABIUL AKHIR 1431H – 18 MAC 2010


Bulan Oktober tahun lepas dapat jemputan untuk rancangan game EWAH EWAH. Pas tu pada 18 November 2009 plak, gua dapat satu lagi jemputan untuk rancangan ( rakaman sebenarnya ) talk show baru ( untuk siaran Astro Warna ) yang bertajuk WUHAI BERAMBOI kelolaan Din Beramboi. Ada sobat yang dah tengok talk show Din Beramboi ni? Dah mula ditayangkan pada bulan Mac 2010 ni setiap hari Selasa ( malam Rabu pukul 9.30 malam ). Tak penah dengar. Tak tau. Tak peduli, tak heran, tak kisah, tak amik tau….?


Masa gua sampai ke studio rakaman kat Studio 9, Wisma Ali Bawal, Jalan Tandang P.J., rakaman WUHAI BERAMBOI sedang belangsung. Masa ni artis jemputan adalah Darling Ngasri dan sorang brader tukang repair kasut. Penonton jemputan boleh tahan ramai. Gue sengeh-sengeh tengok rakaman. Pas ni gua plak.


Habih jer rakaman Darling dan brader repair kasut, semua penonton dan tetamu undangan pegi makan malam yang disediakan. Gua dah makan tadi. Oh, yeah! Rakaman gua ni buat waktu malam. Masa ni penulis skrip dan floor manager memberi penerangan pada gua mengenai konsep dan perjalanan program. Orait! Line clear. Semua penonton sedang berehat, masa untuk merayau rayau tengok sekitar studio dan posing amik gambo. Hey, watch out! Mr.Dave Thunder Lombardo in the house! HEH!


Menarik gak prop hiasan dalam studio ni. Lain dari prop studio rakaman yang penah gua pergi. Biasak la, prop biasanya mengikut konsep sesuatu rancangan. Yang ni WUHAI BERAMBOI dan pengacaranya adalah Din Beramboi. Ini rancangan beliau. Pasal tu propnya penuh dengan karikatur besar bagak! Menarik.


Hah! Ada karikatur Din Beramboi main gitar. Tak bleh jadi. Mesti lawan dengan air guitar! Weuuuu…weuuuu!


Tak cukup dengan air guitar, ada plak guitar Fender kat situ. Apa lagi, trus amik dan posing dengan Fender. HEH!


Blum habih posing, encik Din Beramboi datang setelah abih berehat. “ Hoi! Ekau buek apo tu jang? Habih jahanam gitar tu kang. Lotak balik!”. Iyo la Iyo la. Bersama pengacara talk show WUHAI BERAMBOI, encik Din Beramboi yang juga DJ pagi radio ERA.


“Ekau belasah yo cakap apo yang kau nak cakap nanti Gayour”, ujar encik Din pada gua sebelum bermulanya rakaman.”Den nak semua tetamu rancangan den ni selesa dan enjoy!”. Tak payah contol control. Belasahhhhh! Selain gua, sorang lagi tetamu undangan adalah saudara Usup dari kumpulan Kopratasa. Kopratasa? Tak penah dengarpun kumpulan ni. Tak apa. Biar yang oldskool saja yang tahu. Kali pertama gua betemu dengan brader Usup. Hebat brader ni. Brader Usup menjadi tetamu pertama bersama dengan Din Beramboi di pentas. Gua selepas itu dipanggil untuk join diorang.

Production Assistant, cik Nana yang menghubungi gua minta gua bawak sekali artwork gua untuk rancangan ni. Tu yang kat belakang tu adalah karya-karya yang gua hasilkan secara manual. Tak nampak aa… tak apa. Tak la menarik manapun. Biasa jer. Orang lain boleh buat lagi hebat dengan kecanggihan teknologi digital sekarang ni.



Gua tak berapa ingat dan ilang ingatan apa yang ditanya oleh encik Din Beramboi pada gua, pasal entah apo-apo ntah pertanyaan beliau. Poning palo pakcik! Tapi ada la pasal kerjaya gua sebagai kartunis. Hey! I am Gayour and I am a CARTOONIST. Selain cakap-cakap, brader Usup diminta menyanyikan beberapa buah lagu yang membuatkan penonton jemputan pada malam ni ternganga mulut pasal tak penah dengarpun lagu yang dinyanyikan. “ Diorang tak tau la apa yang gua nyanyikan Din”, ujar brader Usup bila penonton tak boleh nak sing along. “ Peduli apa dengan diorang! Lantak diorang. Kita oldskool. Tak kan kita nak ikut selera diorang jer!” Harharhaar! Belasahhhh!

Masihkan kau ingat

Masihkah kau ingat…


Bersama brader Usup Kopratasa setelah berakhirnya rakaman. Gua ingat hanya gua sorang saja yang dijemput untuk rakaman rancangan ni, rupanya ada tetamu lain iaitu brader Usup. Sungguh tidak disangka dapat betemu, betanya khabar, berbual dan begambar dengan brader Usup salah seorang ahli kumpulan Kopratasa yang pernah menghiburkan gua dan seluruh rakyat BolehLand suatu masa dulu. Rakaman tak la lamo manopun. Kojap yo. Proses persiapan tu yang lamo. Tak apo, sumo dah selosai.


Dah tamat, apo laie.. posing amik gamba la dengan sebahagian dari krew rakaman WUHAI BERAMBOI untuk musim pertama. Ada enam rakaman lagi untuk diorang siapkan musim pertama yang akan mula disiarkan pada bulan tiga 2010.



Ini merupakan rancagan talk show huru hara pertama gua. Best gak. Belasah ikut suka nak buat atau cakap apa. Jangan mencarut dah. Tak kisah la sama ada korang nak tunggu dan tengok rancangan WUHAI BERAMBOI yang menjemput gua sebagai salah sorang tetamu undangan. Macam biasa, biar pahit dan kelat tak ingat… gua telus, jujur dan berjiwa murni berkata-kata begini “… nak tengok, tengok…. tak nak tengok sudah! “

Apapun terima kasih atas jemputan wahai Din Beramboi!

Sebut nama Din Beramboi, mengingatkan gua pada Pak Cik Din Beramboi, maskot majalah Ujang yang sangat popular, glamer dan dibenci ( HEH! ) ramai peminat kartun tanahair tempat gua berkarya sebagai seorang kartunis belasan tahun yang lalu. Banyak kenangan...

29 comments:

sf said...

tahniah bro, terus maju lu ...

Tunsiber said...

Wuhai Beramboi....WumangHai...Gayour.

gayour said...

serunai faqir
maju dan berjaya dalam iman.

tunsiber
orang negori semilan tak kato wumang hai... tapi HUMANG haiii!

mr.kordes said...

gayour!rock on!weuu weu!!(bunyik air guitar!)kaKKAHHh!!!!

frankrx2 said...

Aisehmen..... jangan2 aku dah terlepas nak tengok bro kat Astro =(

Bro tau main gitar? Lagu apa selalu main?

Jenonymous said...

Sampai sekarang aku confuse dengan identiti Din Beramboi...orang yang sama dalam Ujang dulu ke yang tengah top ni?

berteromber said...

gua tak subscribe astro warna la...so tak dapat la nengok..

deaf-angel said...

i am happy for you..
kalo aku balik msia boleh la nengok progrem ni haha, spore takde.

i forever love din beramboi d ujang magazine haha

gayour said...

pakcik kordi
air guitarpun layan apa. heh!

frankrx2
gua hanya tau main air guitar. weiuuu! weiuuuu!

gayour said...

mhagnoth
nama sama tapi orang lain-lain.


berteromber
tak ada yang menarik dan bukan satu kerugian kalo tak tengok.

gayour said...

deaf_angel
tak ada yang menarik dan bukan satu kerugian kalo tak tengok. heh!

ajie said...

menarik tgok props karikatur tu abe gayour,

sapa yg lukis eh? ke abe gayo yg lukis? cara arrr...

mazru said...

salam bang..

Lama benor tak menjengah bang gayour..muge terus sukses!

gayour said...

ajie
tak dan bukan gua yang lukis.

mazru majid
terima kasih sudi singgah balik

cikceriacorner said...

salam..abg gayour..
tahniah..dan maju terus maju...amin..:)

frankrx2 said...

hahaha! Gua pun nak main air guitar gak lah! Wiiuu! Wiiuuu!!! Weeennggg!!! Keerraaaangg!!! =P

Bro! sat lagi gua email gambo gua yg tak berapa hencem utk karikatur tu ye? Tapi andaikata bro nak bayaran, bro kasi tau... tapi kalau free, Alhamdulillah! =P

gayour said...

ez
terima kasih atas doa encik tu.

frankrx2
semua orang tahu mengayakan air gitar terutama peminat tegar metal, banging sambil mengayakan air gitar! baru metal! heh!

firdaus halimatul said...

Salam bro Gayour...ese nak interbiu bro ni untuk kojo sekolah ese...cemano nak kontek ???

gayour said...

firdaus halimatul
humang hai! budak2 sekolah sekarang dah kono intebiu orang. iyo laa...apo2 hal encik boleh emel kek den

gayour@karangkraf.com

-MsGoodNite- said...

salam bro...
bila Pakcik din beramboi kat UJANG dgn Din beramboi yg interbiu bro tak astro tu org lain2, sapa sebenarnya insan disebalik maskot UJANG tu? dh lama sgt nak tahu... tp tak pernah nak diberitahu...

NIZA said...

EN. GAYOUR RSNYA MCM PNH NMPK AWAK @ PASAR MLM PUTRA HEIGHTS :) MEH HANTAQ BAJU KE KEDAI SAYA @ SMART WASH LAUNDRY (SAME ROW WITH MAK JAH)

gayour said...

azura
pakcik din beramboi maskot majalah ujang dengan din beramboi ( wuhai beramboi dan dj pagi radio era )bukan orang yang sama. nama jer sama. guapun tak tahu siapakah sebenarnya din beramboi yang namanya digunakan sebagai maskot majalah ujang.

pak cik kayooooo!

niza
yeah! gua la tu. biasa kalo mesin basuh rosak baru gua hantar kain baju ke dobi. heh!

zulazahari said...

Lu punya blog mmg sempoi, sila ambik award kat blog gua

Unknown said...

kebetulan aku masuk blog gayour ni.. din beramboi sdg di spital..

harap2 dia sembuh..

inche gayour.. ko tetap rawkkkk..

Unknown said...

bro mg klaka gile slot tu...the three of u.. saya tgk ngn hubby, gelak terpecah perut..da la tgh sarat nih..hahaha...

all the best..

gayour said...

zulazahari
award? kena pegi amik ni! heh!

emio
yeah! ajal maut telah ditentukanNya. wuhai beramboi kenangan gua bersama din beramboi.

nazrin
harap baby sihat riang gumbira dalam kandungan pasal mak beliau seronok tak ingat nonton 'wuhai beramboi' dan selamat dilahirkan.

nyOng.is.me said...

din beramboi sudah tiada lagi... kita doakan semoga dia tenang di sisi ALLAH s.w.t.
aku sedeh kerana tiada orang yang dapt wat aku ketawa dengan jujur. thanx din beramboi kerana slalu membuatkan kami tersenyum....
al-Fatihah....

Saliha said...

hi brother gayour..dulu waktu kecik-kecik saye sangattttttttttt suke dengan kartun brother gayour...tak sangka secare eksiden terjumpe blog brother gayour ehehe

Orang kate...Din Beramboi (allahyarham) ni dulu, editor majalah Ujang, betul ke????

gayour said...

nyong.is.me
senyum itu sedekah. berbahagialah...

luna_e
syabas kerana terjumpa blog yang hebat ni. HEH!

bukan, tak betul! Allahyarham tak penah jadi editor majalah ujang.