Thursday, February 24, 2011

PINDAH LAGI!


PINDAH LAGI

22 RABIUAL'AWAL 1432 H - 25 FEBRUARI2011

Pindah. Semua orang merasainya. Sama ada pindah sekolah, pindah rumah, pindah tempat kerja atau terpaksa pindah kerana banjir! Sejak berhijrah, tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur, gua hilang ingatan berapa kali dah gua pindah rumah. Pindah tempat kerja plak tak la berapa banyak. Hanya tiga buah syarikat penerbitan saja. Pertama gua betugas sebagai kartunis tetap kat majalah Geli Hati, Kumpulan Karangkraf Sdn.Bhd. dari tahun 1990 hingga 1992 ( sebelum tu jadi penyumbang jer ). Kendian dari Jan 1993 hingga Oktober 1993 kat Creative Enterprise Sdn.Bhd, majalah GILA_-GILA. Dari November 1993 hingga 2001 kat MOY Publications yang menerbitkan majalah UJANG. Kendian kembali ke Kumpulan Karangkraf pada Disember 2004 hingga sekarang.


14 Februari 2011 - Isnin. Yang gua nak kisahkan kat sini bukan pasal pindah rumah atau mangsa banjir! Ni pasal pindah tempat kat Karangkraf! Sekali lagi kitorang dari unit editorial, majalah dan unit sokongan diarahkan berpindah secara besar-besaran ke bangunan baru pada 17 dan 18 Februari 2011 yang lalu. Ya pindah tempat dari bangunan lama ke bangunan baru. Bukan pindah atau tukar tempat kerja! Cam ni la keadaan susun letak meja gua sebelum pindah. Seperti selalu kekal serabai dan huru hara! Seni sangat la kononnya. HEH!

Sini la tempat gua lukis kartun dan ilustrasi untuk semua majalah dan akhbar terbitan Karangkraf yang memerlukan ilustrasi. Kenapa plak gua pakai jubah, sedangkan hari ni bukan hari Jumaat. Apa hal? Untuk makluman sobat semua, setiap bulan mulai tahun ini kami di Karangkraf mengadakan satu hari yang dinamakan Hari Sarkas. Ya, hari sarkas atau hari Pakaian Tema. tiap bulan ada tema pakaian tetentu. Bulan Februari ni temanya adalah ARABIAN. Pakai la apa-apapun asal nampak macam pak arab atau Samia Gamal. Kalo ada dhob, unta atau kaldaipun boleh tunggang ke opis. Gua ada jubah, pakai jubah je la. Kira arab la tu. HEH! Bulan lepas bertemakan Sukan Bolasepak. Pakai la treksut dan apa-apa jersi pasukan bolasepak yang disokong, luar negara atau tempatan sepanjang hari. Jangan pakai kasut but bola dalam opis dah. Klukklak! Klukklakk! Bingit satu opis bunyi but! Ni dah mula bekemas sket-sket dengan jubah. Classic ROCK – Thin Lizzy Rules!

16 Februari 2011 - Rabu. Dah mula sibuk mengemas dan membuang sampah sarap yang tak perlu ikut pindah ke bangunan baru. Memang banyak sampah sarap gua simpan pasal sayang tak memasal selama ni. Bila nak pindah baru tau banyaknya sampah yang gua simpan selama ni rupanya. Mana datangnya beliau? Emmm… Tiap kali pergi promosi atau jemputan ke mana-mana, pasti bawak balik goodies bag, pingat, cenderamata, baju, seluar, tuala, pinggan, mug, pen, pensil dan segala macam lagi. Tak amik orang kecik hati plak! Semua menatang tu jadi sampah akhirnya!

Masa bekemas ni la jumpa macam-macam barang purba. Tengok ni, album klasik pujaan hati gua yang tak berapa disukai oleh ramai sahabat kat opis bila gua pasang. Tak kisah. Gua suka, gua layan! Ada joget, ada masri, ronggeng, dondang sayang, zapin... yeah!

Gua tak tau, hilang ingatan dan tak pernah kira dah banyak mana pen pakai buang, pen celup dan brush yang telah gua guna sejak mula melukis. Mula melukis dulu gua gunakan teknikal pen yang sangat cerewet. Leceh tul nak menjaganya. Macam-macam jenis teknikal pen gua cuba try test guna. Ada yang best dan ada yang hampeh. ARGHHH! Gitu gak dengan pen pakai buang. Bebakul-bakul dah diguna dan dibuang temasuk pensil. Dari pensil kayu hingga mekanikal pensil bermata hitam ke mata biru. Brushpun sama. Dulu kualiti brush ekor kuda yang diimpot sangat baik dan tahan lama. Tapi sekarang sangat hampeh kualitinya. Tak tahan lama. Tak tau la ekor kuda jenis apa yang diorang guna! Pen celup yang baguspun susah nak jumpa sekarang. Ntah la. Ni bukan peralatan melukis gua. Kebanyakan pen ni adalah hadiah kalo gua pergi ke mana-mana jemputan. Dari kolej tu, sekolah ni, universiti sana, jabatan tu, hospital ni, kumpulan sana, persatuan situ....

Kerana rajin, tekun dan bersungguh-sungguh bekemas. Tak cam sahabat-sahabat lain yang malas nak mampuih bekemas, ni la hasilnya. Nampak perubahan? Ya, meja gua makin kosong dan baru nampak warna meja yang sebenar. HEH! Sahabat lain bukan malas. Diorang rilek pasal harta pusaka diorang tak banyak. Satu dua plastik ikan dah habih kemas. Tak cam gua bertan-tan! Adoii laa!

Biasak la bila bekemas. Benda-benda klasik yang dah tak ingat jumpa balik. Dulu gua adalah pengumpul tegar kaset ( Yeah! Yeah! Ada lagi pengumpul lebih tegar dari gua kat luar sana ). Ni sebahagian dari pusaka yang gua jumpa. Ada kaset Selimut Putih yang pernah diharamkan dan jadi satu kontroversi suatu ketika dulu. Sampai sekarang gua ilang ingatan kenapa lagu Selimut Putih diharamkan! Nampak tu keset kumpulan Diwani ( pernah dengar debut diorang, “Jalan Yang Satu?“). Album nasyid yang bagus. Tapi album kedua diorang “Satu Peringatan“ lebih hebat dan meruntun jiwa. Dengarkan lagu “ Jangan Tinggalkan Aku Tuhan“. Perghh! Album ketuhanan yang benar-benar ketuhanan! Kumpulan nasyid yang sepatutnya menjadi besar dan berjaya dengan album dan lagu-lagu yang hebat. Sayang kumpulan ni senyap kemana... Hey! Ada satu lagi lagu dari Diwani yang gua suka. Lagu selawat singalong “ Kenali Rasulullah“. Chekidaut lagu ni.

Apa lagi yang ada. Oh! Ada Sweet Charity ( ada lagu feveret gua, Apa Khabar Sayang ), King Diamond ( THEM- riff yang kejam! ), Motley Crue dan Destruction ( album live dan best of bekembar ), debut Obituary yang mengerunkan! Tu, nampak tak album ”Rising” yang hebat dari Mr. Ronnie James Dio bersama Rainbow. Ada gak Manowar dan Amazonian Warriors, Zee Poel Toe Ra! Yang lain tu korang teropong la sendiri. HEH!


17 Februari 2011 – Khamis. Hari terakhir kat bangunan lama. Hari ni kitorang akan pindah keseluruhan ke bangunan baru. Tengok meja gua, makin terang dan kurang barang-barang. Rajin bekemas la katakan. HEH! Selamat tinggal bangunan lama. Apa yang tinggal kini hanyalah satu dimensi. Silap! Hanya kenangan...

Ni tempat/meja gua kat tempat lama. Tinggal satu dua plastik jer lagi habih la clear semua.

Taraa! Ni la tempat baru gua kat bangunan baru. Tepi tingkap kat tingkat satu. Menghadap jalan belakang dan berhampiran dengan sungai yang kadang-kadang mengeluarkan bau tungkik ya amat kerana perbuatan durjana dan jahanam manusia yang membuang, mencurah, mencampak, membaling segala macam benda ikut suka kerana nak senang, kerana kemajuan, kerana peduli apa aku dan suka-suka! Pasal tu la sungai habih jahanam! Nampak serabut cam tempat lama je! Ya la, blum kemas lagi! Dah kemas nanti cantik la meja gua ni. HEH!

Mari gua dedahkan sket apa yang ada kat bangunan baru. Ni yang banyak-banyak komputer ni dipanggil island. Kat sini la tempat semua wartawan majalah menggunakan komputer untuk membuat lapuran asignment, cari cerita dan berita, google jalan nak pegi asignment, cari gambar atau rujukan. Nak baca memo naik gaji atau memo warning dari HRD pasal kedatangan yang hancus, isi borang cuti dan tugasan kat Anjung, baca emel temasuk begosip! Kiubikal kat atas tu adalah tempat editor setiap majalah. Ni je la yang boleh gua dedahkan.

Dah macam barang bantuan pada mangsa banjir atau tanah runtuh. Sebahagian dari barang-barang staff yang diangkut dari bangunan lama. Pilih, cari dan punggah barang memasing! Ada beberapa lagi barang-barang purba yang gua jumpa. Tapi segan plak nak tampal kat sini pasal koleksi sobat-sobat lagi hebat! Malu dong ah! Demikian la acara perpindahan kitorang yang sangat memenatkan. Sila datang melawat ke bangunan Karangkraf yang baru kalo nak tau apa lagi yang ada kat sini. Kalo gua tampal dan dedahkan kat sini tak best la plak.


Ni la antara harta purba yang gua jumpa dan nak kongsi. Kartun semuka SLASH yang dihasilkan pada tahun 1995 atau 96 kat majalah UJANG. Manual sepenuhnya. Rajin sungguh gua lukis latarbelakang. Penuh dan sendat! Rajin, sabar dan bersungguh sungguh gua melukis rupanya. Tiada campur tangan komputer/photoshop dalam penghasilannya. Kepuasan total!

Lagi satu kartun SLASH. Seronok dapat tengok balik karya lama (1996). Selain SLASH, gua mencari-cari mana kartun MAT ROCK CINTAN? Tak jumpa plak masa kemas-kemas. Mungkin dalam kotak kat rumah. Tak dapat la gua tampal kat sini kartun MAT ROCK CINTAN yang seangkatan dengan siri SLASH.

Yang terakhir dapat gua tampal kat sini untuk yang berminat melihatnya. Ada beberapa lagi kartun SLASH yang gua jumpa masa bekemas. Cukup la tiga ni je tampal kat sini. Kartun ni gua buat pada tahun 1996. Hampir lima belas tahun. Dulu memang gua pembeli komik. Bajet RM150 - RM200 sebulan beli komik ( yeah! ada lagi yang belanja lebih banyak dari gua beli komik! ) Tengok pengaruh komik/superhero yang kuat dalam karya gua ni. HELL BOY, LOBO, Judge Dread, The Punisher, Batman, Spiderman, GROO ( antaranya ) yang biasa gua lukis kat tshirt SLASH, Black dan watak-watak yang lain temasuk dalam siri Bersama Selamanya. Terakam jelas minat gua pada komik dalam karya ni sekitar tahun 90an dulu selain band-band metal.

selamat datang ke bangunan baru!


19 comments:

Dr. Bentara said...

bro... kalau ada lukisan yang rock tapi nak dibuang tu, jangan buang dulu! Sedekahkan masuk dalam krenmaut #3 http://krenmaut.blogspot.com/2011/02/krenmaut-3-photocopy-issue.html

gayour said...

abang ben
hah! nasib baik tak jumpa dan tak ada kartun2 rock yang nak dibuang!

harharhar!

saniy said...

http://xsaniyx.blogspot.com/2011/02/gayour-oh-gayour-bersama-selamanya.html

salam bro,gua yang jumpe kat UPM tu,nk tanye ada lagi tak koleksi bersama selamanya.nk bli .hehe

naisse said...

:). smoga bahagia dan lebih rajin kerja di tmpat baru!

Belacanhangit said...

smpat gak bwk kaset2 uh skali yek..haha..

gayour said...

warna krayon
terima kasih kerana pernah meminati kisah bersama selamanya.
yeah, gua masih ada koleksi 'bersama selamanya tapi TIDAK untuk dijual. untuk simpanan peribadi.
heh!

husna ismail
yeah! gua memang sentiasa rajin. heh!

gayour said...

mior
biar berat, tetap dipungah!
itulah kenangan...

matakucing said...

tempat baru..bau baru ..idea baruuu

Ki To said...

Sifu,macam mangsa banjir jer..Kat office lama banjir ker?huhuhuuu...

Xeno said...

Nak tanye

dalam bersama selamanya, alien yg bunyi C'TNK tu alien apa?

Yob Aidil said...

Hadoih! Kaset Manowar - Louder Than Hell n Rainbow tuh memori betoi!

Er... donet kat gua la baju Pitt tuh wahai kartunis yg kijam oi! Hahahaha!

NeoPhantom said...

Salam En. Gayour. Semoga lebih banyak karya agung dihasilkan di tempat baru tu! hehe

gayour said...

matakucing
idea tetap oldskool!

kito&amp kuro
ya banjir. banjir peluh punggah barang!

gayour said...

blood seeker
encik la manusia pertama kat muka bumi ni yang berani tanye pasal makhluk alien tu.
ada dua, yang rupa cam bewok atau yang bebulu?

tak apa la. dua2 bukan alien. hanya makhluk yang berasal dari lost world kat bumi ni.

lama dah tak lukis dua2 menatang tu dan dengar bunyi C'TNK! C'TNKK... NGEE! NGEEE!

mohd aidil
rasa kuat, gagah perkasa dan menakotkan musuh bila pakai baju tu masa pindah! HEH! nanti dept gua kena pindah lagi. kalo bagi lu, lemah la seluruh badan bila pindah nanti!

"Time to burn you losers better learn
No one controls our goddamn lifes
We'll do just what we feel riding horses made of steel
We're here to burn up the night"

return ot the warlord

"Where is your star?
Is it far, is it far, is it far?
When do we leave?
I believe, yes, I believe"

stargazer

gayour said...

neophantom
dengan usaha dan izinNya, tiada yang mustahil. terima kasih

Jo Qusary said...

whoaa... tak sangka aku dpt komen kat kotak komen the great gayour nie, hehehe...

serius, love your comics masa 90's, dude :)

Yob Aidil said...

er.. emel sentap gua lu dapat x bro? mcm xdapat je.. huhu

Anonymous said...

bro...mcm mana sy nk cari koleksi bersama selamanya??vol 1 dan vol 2...?

Anonymous said...

Nk tye skit org lama..klu kita draw pkai teknikal pen..nk pdam cmne..klu trslh.