Thursday, March 31, 2011

PAMERAN SOLO ZBH

PAMERAN SOLO ZBH
24 RABIULAKHIR 1432H – 30 MAC 2011

Lagi satu kisah tahap fosil. Kisah Pameran Solo Zainal Buang Husein kat Galeri Shah Alam. Kisah ni telah berlaku pada hari yang sama masa gua pindah dari bangunan lama ke bangunan baru iaitu pada petang hari Khamis, 17 Februari 2011 yang lalu. Patut kisah ni gua tampal lepas balik dari pameran tapi.. ARGHHHH! Penat ya amat tebengkalai hingga hari ni. Alasan. HEH! Begini kisahnya…


Ni adalah pameran solo kartunis serba boleh iaitu Tuan Haji Zainal Buang Husein atau ZBH. Tak kenal beliau? Baru dengar nama beliau? Ia tidak merugikan korang. Bil tetap kena bayar setiap bulan. Kartunis old skool kelahiran Jawa yang sangat popular dalam majalah humor GILA-GILA dari awal penerbitan hingga awal tahun 90an. Bersama kartunis Jaafar Taib dan Azman Yusoff yang merupakan tonggak penerbitan GILA-GILA yang melahirkan ramai kartunis hebat tanahair seperti Don, Kerengge, Tazidi, Long, Allahyarham Rejabhad…

Pameran ni dirasmikan pada hari pindah dulu. Alahai! Cane nak buek ni? Walau kelam kabut dan penat, gua berjaya menghadirkan diri walau lewat sket. Masa sampai, sidang akhbar sedang dijalankan. Ramai sahabat dan kartunis old skool hadir. Tu dia pencipta kisah Pendekar Mato Tige, Dan Din Don kat GILA –GILA yang sangat popular iaitu kartunis DON. Salah seorang kartunis yang mempunyai stroke brush dan pen celup yang sangat cantik. Jeles tul gua tengok stroke beliau! Tak lepas peluang bila dapat peluang untuk begambo dengan kartunis old skool ni. Eee.. seronoknya dapat bergambar dengan salah sorang idola! Selain hebat dengan hasil kartunnya, encik DON gak sangat terer dan hebat melukis karikatur. Tak kenal beliau, tak penah tengok kartun beliau? Ia bukan satu kerugian.

Bersama kartunis Ambo ( tengah ), mantan kartunis kat GILA-GILA yang sangat terkenal dengan siri Mega Mogie Gila-Gilanya. Sekarang ni kartunis Ambo tak lagi melukis kartun tapi menjalankan perniagaan melukis karikatur sepenuh masa seperti kartunis DON. Kalo berkunjung ke Melaka, singgah la ke Dataran Pahlawan, beliau ada studio/kedai melukis karikatur kat sana. Belah kanan tu plak ialah kartunis Yaz Malee. Seorang kartunis, animator, ilustrator, painter dan karikaturis yang gua suka. Syok tul tengok karikatur yang beliau lukis.

Ramai sahabat petang ni! Seronok tul dapat jumpa kawan-kawan lama. Pasal tu la gua sengeh jer. Hee… Bersama karunis Tazidi ( juga presiden PERKARTUN-kiri sekali berkemeja putih ), kartunis Roslim ( berbaju hitam. mantan kartunis GILA-GILA dengan siri Zack Kapcai-nya ) dan kartunis Aloy ( tiga dari kanan. masih melukis kat GILA-GILA dan menjalankan perniagaan melukis karikatur ).

This is THE MAN! Ni la Tuan Haji Zainal Buang Husein yang dihormati. Tua dah. HEH! Dulu. Dulu… masa zaman purba dulu, masa gua masih hingusan dan menjadi pembeli dan peminat majalah GILA-GILA, ZBH adalah antara kartunis yang nak sangat gua jumpa ( selain DON dan Kerengge ) kerana begitu cemburu dengan hasil karya beliau yang sangat ditil, bersungguh, kemas dan berkualiti. Awek-awek seksi yang beliau lukis benar-benar menaikkan semangat nak melukis. Tambah lagi kalo beliau lukis awek seksi tecongek kat kereta spot atau super bike! ARGHH! Memang mengujakan! Kali pertama berjumpa ZBH seperti dah lama mengenali beliau. ZBH begitu mudah mesra. Beliau melawak, melayan dan membuatkan semua merasa selesa bila besama dengannya. Bila dapat jemputan trus dari ZBH pasal perasmian pameran solo beliau ni, tak boleh tidak walau pada hari pindah. Ini satu penghormatan pada gua yang membesar bersama karya-karya beliau. Tahniah atas pameran solo ni Tuan Haji Wak Punk!

Tetamu undangan khas dan perasmi pameran adalah Datuk Lat yang dihormati. Cam ZBH, Datuk Lat kelihatan makin berumur dan tua. Lama tak jumpa datuk, pasal tu la gua rasakan perubahan ni. Walau nampak tua tapi datuk masih gagah perkasa memandu dari Ipoh ke Shah Alam untuk memenuhi jemputan kawan lama beliau dan merasmikan pemeran ni. Hebat! Hubungan yang tidak putus antara generasi terawal kartunis BolehLand yang berlaku di depan mata gua! Ini benar-benar mengharukan hati gua. Mereka masih saling berhubung dan menghormati. Respek! Masa makan gua tanye kat Datuk Lat, “ tahun ni datuk tak buat kalender aa.. tunggu gak datuk hantar satu pada saya cam tahun lepas”. Datuk jawap,” tiap-tiap tahun buat, bosan la! Tahun ni tak nak buat!”. Uuuu…uuuuu…

Puas begambar dan membelasah jamuan yang disediakan ( pindah memang penat dan lapar! Selera tul gua makan petang ni. HEH! ). Makan sambil gosip dengan sahabat-sahabat memang seronok. Tetiba gua nampak beliau yang baru sampai. Ya, beliau yang membawa perubahan, impak dan KEDABOOMMM! dalam industri kartun BolehLand pada tahun 80an dulu hingga tahun 90an! Kisah beliau menjadi misteri dan kontroversi pada industri dan peminat kartun BolehLand hingga ke hari ni. Haha! Siapakah beliau yang memakai jaket askar ni wahai murid-murid?

Tak sangka jumpa beliau petang ni. Ni la hikmahnya acara petang ni. Dapat jumpa orang yang tak disangka akan datang. Ni dia diperkenalkan, kartunis Ujang. Tak apa kalo korang tak kenal. Ia tak menjejaskan apa-apa. Kali pertama gua jumpa kartunis Ujang pada zaman kegemilangan dan kemahsyuran beliau dalam industri kartun BolehLand pada tahun 1988. Lebih 20 tahun yang lalu! Pernah bersama beliau sekejap dalam majalah GILA-GILA pada tahun 1993 sebelum kami benar-benar bersama memberi kepuasan maksima pada peminat kartun BolehLand pada tahun 1994 dengan penerbitan majalah Lawak Antara Bangsa UJANG.

Gua rasa benar-benar seronok petang ni walau penat! Betul… penat! Kita biasa dengar kata-kata begini, “ hilang penat bila…”. Tipu! Mana boleh hilang penat. Penat akan hilang selepas kita dapat berehat atau tidur. Gua penat tapi seronok! Kartunis Ujang jelas makin berumur. Tengok la janggut beliau tu, dah beruban dah! Dah tuo dah kau Jang!HEH!

Dulu… yeah! Dulu lagi sekali. Rasanya hampir 16 tahun peristiwa tu dah berlalu. Ceh! Dulu masa kami baru bermula dan majalah UJANG KEDABOMMM! kat BolehLand, kami keluar dalam siri promosi. Antara tempat promosi kami adalah kat Galeri Shah Alam ni. Kami pernah bersama kat sini dengan ramai sekali kartunis-kartunis baru yang diperkenalkan pada umum. Ramai sekali peminat yang datang masa tu. Gah betul rasanya. Kembang segala lubang! Harhar! Hari ni gua bersama kartunis Ujang kat Galeri Shah Alam… seronoknya.

Masih terbayang apa yang berlaku 16 tahun yang lalu. Antaranya kami ( Ujang, Aie dan gua ) mengadakan acara Pantun bersama peminat ( masa tu album Pujaan Sirap – Din Beramboi yang menjadi kegilaan korang tu baru diterbitkan. HEH! ). Kecoh tul masa tu. Semua nak berpantun! Malam plak ada unplugged. Semua nak nyanyi. Semua masih jelas dalam ingatan! Pasal tu gua sangat seronok tesengeh-sengeh tak habih-habih!

Masa tengok pameran plak. Apa hal pegi jemputan pameran kalo tak tengok pameran! Antara karya ZBH yang dipamerkan. Ada yang baru dan ada yang dah tahap fosil. Beberapa karya terawal beliau turut dipamerkan. Buruk sungguh lukisan beliau! HarHar!

ZBH bukan saja terer lukis kartun tapi terer gak lukis ayam, semut, burung, pokok dan segala menatang lagi. Sekiranya pameran ni masih berlangsung dan korang nak pegi, jangan harapkan banyaknya lukisan-lukisan kartun beliau yang boleh korang lihat. Hanya beberapa saja kartun seperti Wak Punk yang dipamerkan. Yang lain kebanyakan adalah painting ayam, ikan, bunga, air terjun, hutan…

Tak percaya? Tengok la lukisan yang dipemerkan ni. Painting itik seranti lagi. Haha! Biasa la cam ni. Dah lama lukis kartun, tiba masa nak buat yang lain plak. Ni la yang terjadi pada ZBH. Ni la antara hasil karya terkini beliau.

Sebelum balik, gua nampak beliau dan hati berkata, “ tu macam… betul ke?”. Yeah! Betul la. Gua menghampiri, sengeh dan salam. Sorang lagi kartunis, ilutrator dan pelukis potret hebat BolehLand dari GILA-GILA iaitu saudara Azman Yusoff. Sangat berbesar hati dapat jumpa dan bergambar dengan Pelukis Potret Di Raja Selangor ni. Lebih kembang lobang idung gua bila beliau berkata, “ Gayour kan?” YEOWW! MEOWW! Tiap kali tengok ilustrasi beliau kat majalah FANTASI( RIP ) dan cover novel terbitan Creative Enterprise memang membuatkan limpa, jantung, paru-paru, usus, pusat, ginjal, hati gua jadi tak keruan! Cantiknya. Sangat mengujakan hasil karya beliau. Terima kasih.
Pameran solo Zainal Buang Husein ni dah melepasi tarikh luputnya. Tak payah la tanya lagi. Saja gua tampal lambat pasal kalo gua tampal masa pameran sedang berlangsung, gua yakin korang TAK AKAN datang. Lupakan saja.

Hari yang penat tapi petang yang sangat menyeronokkan! Tengok ramai makin tua, guapun sama…

Don't be afraid of getting old
Life's still full of joy
And the beauty of the past
Is rejoicing your mind.

Live’s like a river
scorpions

17 comments:

ainzoo said...

waaauuwiee..best nya..jumpa seme otai2 katun yang saya minat..
terngat zaman kegemilangan tu...saya membesar dengan Gila Gila...

Selamat Hari Jumaat... ;)

gayour said...

ainzoo
gua besar kerana makan nasik!
harhar!
yeah! masa untuk old skool berjumpa dan bergosip!

Anonymous said...

perghh.. bro rayoooo.... haha... waktu gini la nak manfaatkan masa bergosip.. citt....

gayour said...

cekodok
bukan slalu boleh jumpa. dapat jumpa, gosip liar la apa lagi. kalo ada cekodok masa tu lagi ganas begosip. heh!

lady-D said...

eh, mestilah kenal ZBH tu, beliau je x kenal dla..haha..zack kapchai, aloy tu sume kenal sbnrnya

kiz said...

Finaly aku dah dapat Gayour..Aku dulu Selamanya..kat sini Bro sembunyi ye..har har..kim salam dengan Amar yg watak kartun yg paling ensem tu..har har

Unknown said...

bro gayour, ketemu jugak kita di sini..minat & rindu giler dengan artwork bro..err nak sign ;)

Qaseh Dalia said...

abg gayour kenal tak qaseh haha..qaseh kenal abg gayour ..baru tahu blog otai kartun2 ngeh

blog-tips-kurus said...

betul laaa... ni blog ori gayour!
(1st time dtg ni)

seronoknye berbakat melukis & kreatif ni. semoga terus berkarya & rajin2 update blog ye bro. :-)

deaf-angel said...

aku baru perasan satu benda

dah lebih 30 tahun aku layan GilaGila dan jugak majalah2 humour lain, tapi kecuali segelintir kecik je kartunis..
aku tak tahu cammana lagenda2 ni nye muka semua..

Kot kat kedai makan, makan sebelah2 ke, terserempak kat pasar malam ke, padahal ni semua legend2 yang banyak hiburkan aku dah berdozen2 tahun.

gayour said...

d-la
syabas la pasal encik kenal semua old skool tu!

kiz
tq pasal pernah suko kek amar/bersama selamanya. tapi tak dapek nak sampai an salam ekau kek amar pasal tak ado ucapan "assalamualaikum". cubo laie yo.

gayour said...

leyzajamil
sila ke galeri gayour untuk menikmati kisah "MAK". terima kasih

qaseh dalia adelia
tak kenal. siap ni ya?
heh!

gayour said...

blog_tips_kurus kering!
selamat datang ke blog gua. tq. harap gua tak berapa rajin sangat up date blog pasal banyak kerja nak buat. heh!

deaf_angel
dulu memang kartunis tak mahu dikenali. tak nak tayang muka kat majalah. low profail tahap kritikal! malu nak mampus! pasal tu ramai yang tak kenal bentuk fizikal diorang. yeah, kalo minum semeja kat warungpun tak kenal!

" cukup la hanya mengenali watak2 dan cerita kartun yang kami buat", kata2 dari kebanyakan kartunis oldskool. seni sangat la kononnya. harharhar!

akmal said...

LU MEMANG ROCKING!!!BRO...SAYA NAK TANYA LA...ADA TAK KOLEKSI TENTANG KISAH SALASILAH MUZIK UNDERGROUND DALAM MAJALAH 'UJANG' DULU2 TU...KALO ADA SAYA MEMANG NAK CARI...ITU ADALAH SATU SEJARAH DALAM BENTUK ANIMASI YANG SUSAH NAK DAPAT SEKARANG NI...WAJIB BAGI PEMINAT U/G UNTUK DISIMPAN...THANX MR' GAYOUR...

luqman said...

salam abg gayour..kita adalah pelajar dari fakulti reka bentuk dan seni bina, Universiti Putra Malaysia ingin menjemput seorang kartunis yang disediakan untuk memberi ceramah yang mudah dan kecil pada kartun dan animasi atau perkara-perkara yang berkaitan dengannya bagi modul kem kami. : Beliau / dia boleh bercakap mengenai animasi / kesenian / tutorial / etc lakaran mudah.

kem ini akan dihadiri oleh pelajar-pelajar tahun muda dan segar pertama dari fakulti yang terdiri daripada Senibina, Senibina Landskap dan Reka Bentuk Perindustrian.

Ia akan diadakan pada 13 September 2012, pukul 10.00am - 12.00 tengah hari (2 jam)
Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM akan membayar antara RM500 - RM800.

makan telah disediakan.

segera needed.interested untuk maklumat lanjut, sila hubungi: En. saiful (0166604573)

Unknown said...

perghhhh!!! minat giler kat katun lu brO.. terbaekkkkkk!!

azril said...

Sy masa darjah 2 tak pandai lagi membaca....sy belajar membaca dengan komik gila-gila...terima kasih komik gila-gila...evergreen