Wednesday, May 11, 2011

KASIHNYA IBU

PAMERAN SENI KASIHNYA IBU
06 JAMADILAKHIR 1432H – 10 MEI 2011

Lama tak pegi ke Balai Seni Lukis Negara. Tahun ni gua tak pegi lagi. Peluang nak pegi datang bila dapat jemputan dari Balai untuk Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2011. Masa untuk memenuhi jemputan dan pergi ke Balai Seni Lukis Negara pada 10 Mei 2011 beberapa hari yang lalu.

SENTIASA ADA UNTUKMU IBU dan PAMERAN SENI KASIHNYA IBU. Cam tu la tajuk program. Gua sampai lambat dengan alasan kereta syarikat yang gua na bawak “hilang” ke mana. Melilau gua cari. Arghhh!

Sampai jer, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang memberikan ucapan beliau. Jemputan penuh dan ramai gak yang melilau sambil kata dalam hati , “ bila nak abih cakap ni?”

Lepas je beliau habih cakap-cakap dan pelancaran majlis, ada plak acara penyampaian hadiah pada pemenang Pertandingan Fotografi Kasihnya Ibu. Oh! Ada Pertandingan Fotografi rupanya. Patut la gua nampak ada gambo beruk kat pamplet yang gua dapat masa mendaftar! Salah sorang pemenang adalah yang mengirim gambo mak beruk dan anak beliau! Biar betul? Lepas makan nasi briani yang tak berapa best gulai kambingnya ( syukur la… ) trus ke tingkat tiga melihat pameran Kasihnya IBU. Apa yang ada ya…?

Ni antara karya seni kat dewan pameran utama tingkat tiga. Gua melihat dan cuba menikmati, merasai dan tetiba jadi bekerut dahi! Apa ni? Apa benda yang dipamerkan? ARGHHHHHHH! Oh, ya… tadi masa majlis perasmian dan penyampaian hadiah, ramai orang. Penuh! Masa makanpun ramai. Tapi masa gua melihat pameran, boleh kira berapa orang dalam dewan ni. Mana orang ramai-ramai tadi pergi. Tak kan datang nak makan je? Atau diorang dah tengok pameran ni. Anggap la diorang dah tengok pameran. Tak baik sangka buruk.

Masih blum jumpa yang menarik perhatian. Tak apa, jalan-jalan lagi ke seluruh ruang pameran untuk melihat dan menikmati karya-karya Kasihnya IBU. Tapi malangnya tak jumpa karya yang memberikan gua “nikmat”. Tengok karya ni dengan frame tingkap rumah kampung yang boleh dibuka dan ditutup. Nampak hebat. Seni sangat la kononnya! Macam la idea paling hebat, terbaru dan belum pernah dibuat oleh sesiapa seblum ni! Karya ni bertajuk Melenggang Perut. Satu amalan khurafat yang jelas haram sebagai orang Islam! Kononnya pebuatan ni menunjukkan kasihnya seorang ibu pada anak yang masih dikandung. Jahanam sungguh! Tapi seni punya pasal, khurafat ke, haram ke, bidaah ke… lukis saja.

Bila tengok karya khurafat ni buat gua ingin memberi sedikit ceramah agama dan nasihat pada semua. Begini nasihat gua. Jangan hanya kerana seni sangat la kononnya kita menghasilkan karya seni yang jelas adalah perbuatan khurafat atau syirik selain untuk tujuan mendidik. Jadi la seorang pengkarya yang bertanggungjawap. Banyak lagi perkara, benda, tema, objek blablablaa… lain yang boleh dilukis. Sekian.

Ni plak adalah foto yang berjaya dalam Pertandingan Fotografi Kasihnya IBU. Pertandingan yang terbuka pada wanita sahaja untuk menyertai. Hari IBU la katakan. Gua bukannya pakar dalam bidang fotografi, tapi komen gua… penyertaan tak la menarik mana.


Penyertaan banyak syok sendiri dan pakai hentam janji masuk! Ni la hasilnya. Karya yang hampeh,hancus dan tidak berkualiti. Lebih teruk, kebanyakan tak mencapai tujuan. Ni la foto mak beruk dan anak beliau yang gua kata tadi. Salah satu pemenang saguhati. Jangan tak caya! Gua tak percaya! Pertama kali melihat foto ni sebaris dengan foto ibu dan anak-anak manusia membuat gua terfikir… setaraf ke monyet/beruk dengan manusia? Dari perbualan dengan staf Balai Seni, beliau berkata, “ pihak panel hakim kata monyet tu hanya perlambangan kasih sayang. Menatangpun kasih pada anak-anak beliau”. Itu alasan pihak hakim. Patutnya buat la syarat atau kategori. Kategori manusia dan binatang kalo nak kasih sayang sangat. Ntah la, gua bukan pakar.

Tiga pemenang utama Pertandingan Fotografi Kasihnya IBU 2011. Kiri sekali pemenang tempat kedua. Tengah tu pemenang pertama. Biasa sangat kita tengok foto cam ni. Gambaran kasih sayang paling mudah. Anak peluk mak, mak peluk anak. Siapa kasih siapa sebenarnya. Dua-dua kasih? Tapi tajuk pertandingan adalah KASIHNYA IBU. Patutnya jelas menggambarkan perbuatan kasihnya seorang ibu. Ntah la… komen lebih-lebih macam terer! Foto paling kanan adalah pemenang tempat ketiga. Lagi satu gambaran kasih atau hubungan antara anak dan ibu paling popular – menyusu.

Dinding yang mempamerkan sebahagian foto-foto dalam Pertandingan Fotografi Kasihnya IBU 2011 yang sedang berlangsung kat Balai Seni Lukis Negara sekarang. Sila la datang ke Balai Seni Lukis Negara kalo nak tengok karya-karya seni lukis dan foto sempena sambutan hari Ibu. Macam-macam foto yang tak la menarik mana dipamerkan seperti mak dukung anak sambil sengeh-sengeh. Gua kecewa dengan hasil penyertaan dalam pertandingan fotografi ni. Paling sadis dan menyedihkan, ada penyertaan yang hilang akal dan berniat jahat! Ya, jahat! Kenapa kirim foto ibu tua dalam keadaan yang mengaibkan? Keadaan bekemban dan lebih jahat yang mendedahkan aurat. Tak ada langsung rasa hormat, malu atau menjaga maruah/kehormatan mak sendiri atau foto mak orang lain yang dirakam kat mana-mana ikut suka. Pertandingan punya pasal, hadiah punya pasal… lantak la! Mak sendirpun sanggup dipamerkan biar dalam keadaan yang mengaibkan. Laknat dan jahanam sungguh perbuatan anak begini yang berkata , “ gua sayang mak gua!”. Oh, gua bukan pakar nak komen lebih-lebih dalam fotografi.

Ni plak adalah karya-karya yang terdapat dalam dewan pameran dua. Lagi sekali gua kecewa. Masih tak jumpa karya yang memberi ‘kenikmatan’ pada gua. Mana karya yang kuat dan teserlah aura keibuan? Kebanyakan adalah karya pelukis amatur yang tergesa-gesa, kurang persediaan dan kajian. Sakit hati tul. Lukis figurepun tak betul, perspektifpun salah, itu tak betul, ini salah, kenapa nampak cam cacat? Kenapa, kenapaaaa…? Kenapa jadi cam ni? ARGHHHH!

Gua bukan la bagus mana nak komen, komplin orang lebih-lebih. Tapi itulah yang gua nampak dalam pameran Seni Kasihnya IBU 2011. Gua kecewa dengan hasil yang dipamerkan sebagai penyataan, perlambangan atau apa saja alasan dalam menyatakan kasih dan sayang pada seorang IBU, kononnya. Ntah la. Yeah! Yeah! Semua orang punya pandangan dan pendapat sendiri. Jadi tak perlu terpengaruh dengan komen gua yang menyebabkan korang tak jadi nak pegi ke pameran Kasihnya IBU yang sedang berlangsung kat Balai Seni Lukis Negara sekarang. Pergi, tengok dan nilai sendiri. Baru boleh kutuk, hina atau puji. Kalo korang pegi, bukan saja boleh tengok pameran ni, ada lagi pameran lain yang korang boleh tengok. Tapi gua tau korang tak akan pergi. HEH!

Sila ke GALERI GAYOUR kalo nak tengok dan baca kisah MAK yang gua lukis. Peluang untuk korang kutuk, keji, hina dan komplin karya gua. Sila ke website Balai Seni Lukis Negara untuk maklumat lebih-lebih
www.artgallery.gov.my



Mother’s Day

Nuclear Assault

17 comments:

Q said...

stuju...

matakucing said...

nk tgk lukisan "ayah ku dan angkasawan" klu gi sana heh

Hush said...

memang susah nak jumpa foto yang berkualiti sekarang..
banyak kena belajar lagi..

deaf-angel said...

aku tengok hadiah dia memang lumayan..
Hadiah Pertama : RM5,000.00
Hadiah Kedua : RM3,000.00
Hadiah Ketiga : RM1,500.00

15 Hadiah Saguhati berjumlah RM500.00 setiap satu.

tapi open to ladies je kot

gayour said...

deaf-angel
yeah, ladies only!

che ritz said...

saya ada join pertandingan ni.. tapi agaknya sbb shot saya tu buat dlm studio, tak berapa nak candid curi2 mcm yg menang2 tu.. jd, kalah laa saya.. hihi

gayour said...

che ritz
harharhar! rasakan kalah!tahun depan jangan cuba lagi aa... heh!

zuriyadi sarpin said...

Seronok baca komen Gayour ni... kita sebagai manusia lazimnya hanya ingin dgr yg indah2 tp kita jgn lupa dlm hidup yg realiti tak semua indah spt yg kita nak dgr sbbnya reliti hidup ada check and balance anyway diharapkan BSLN mengambil pos...itif akn hal ini... dan pelukis yg menyertai tahniah ats kejayaan anda menyertai namun perlu diingat naik bangun seorg pelukis juga adalah melalui kritik dan kritis.. apa sekalipn kepada semua... datang dan lihat sendiri kemudian nilai sendiri pameran ini... :)

Rasyidah Zul said...

Salam seni....

Actually saya memang minat sgt dgn karya gayour sejak di bangku sekolah, bole kata saya suka copy balik artwork Gayour sebijik buat poster besar sampai they all heran mana saya dapat poster tu... padahal tu artwork saya..pastu bole la pulak hilang kena rembat..tak tau sape amik...

tapi saya x sangka Gayour bole mengkomen sedasyat ini yerk.... sungguh open minded!

tapi saya x salah kan Gayour... biasalah setiap orang ada pendapat memasing...

apa yang penting...

kerjasama.....(^__________^)

Yang baik jadikan teladan,yg jahat jadikan sempadan...

Salam Seni
Rasyidah Zul

isyam said...

ad by nuffnag.encik mesti mendapat untung kan dengan hanya buat blog kan.terima kasih atas segala karya emas encik yang berharga.

yusof gajah said...

saya dah copy dan paste ke Facebook ...digroup Artgeng

Majid Yahya said...

Ada 2 sebab Gayour tulis begitu. 1.Secara tak sedar dia tolong kempen 'Suruh' org datang tengok. 2. Ada yg tak kena pada dirinya.

Apa pun nilainya, terpulang pd yg membaca, seperti kawan nih. Dia buat kawan nk gi tengok.

"elok bahasa bekalan hidup. elok budi bekalan mati"

gayour said...

Q
bagus la kalo ekau dah stuju, sonang cerito.

matakucing
tu karya kalasik tu

gayour said...

hush
tapi ramai yang rasa foto yang beliau dirakam berkualiti

zuriyadi sarpin
gua bukan pengkritik tapi best gak jadi pengkritik tak bertauliah!

gayour said...

rasyidah zul
terima kasih kerana pernah meminati karya2 gua dan membuatkan encik seronok melukis.

isyam
terima kasih. moga encik sihat, selamat, bahagia, diberkati dan dirahmatiNya sentiasa.

gayour said...

yusof gajah
moga ada kebaikan pada semua. tq

majid yahya
saya bukan pakar dalam bidang ni tapi saya perlu jujur dalam memberi kritikan, komen, pandangan kerana itu yang saya lakukan pada karya2 kartun yang saya terima dari ramai bakat2 baru seluruh BolehLand.

saya tak teragak2 untuk berkata " kartun kau buruk, salah, tahap tadika, huduh dan tahap tong sampah!" di depan bakat baru.

terima kasih atas pandangan tuan

AUR said...

Ikhlas dan jujur. Saya tak nampak masalah dalam penulisan. Bunyi macam kasar, tapi kalau dah betul..betullah.

Dan ia pandangan peribadi.