Tuesday, April 29, 2014

BERSAMA SELAMANYA - 20th ANNIVERSARY


BERSAMA SELAMANYA
20TH ANNIVERSARY
KILLKILLKILL!DIEDIEDIEE!
APRIL 1994 -APRIL 2014

Empat album thrash metal dari BIG 4 telah lebih 27 tahun diterbitkan.
Album 1984 dengan lagu ‘Jump” yang meroboh dunia telah berusia 30 tahun.
Shout At The Devil  juga telah berusia lebih 30 tahun!
Holy Diver dan The Last In Line telah lebih 29 tahun diterbitkan.
Album Appetite For Destruction dari The most dangerous rock n’ roll band in the world dah menghuruharakan dunia lebih 26 tahun.
Back In Black telah menguasai dunia rock n roll  lebih dari 30 tahun.
Live Evil telah berusia 30 tahun lebih.
World Wide Live dan Live After Death pulak dah lebih 28 tahun
Cinta Buatan Malaysia, Belenggu Irama dan Battle Of The Bands  telah lebih 27 tahun.
Album Black Metal yang melahirkankan sub-genre Black Metal telah ditebitkan lebih 30 tahun yang lalu.
Novel ‘ Seorang Tua Di Kaki Gunung’ yang sangat gua sukai telah berusia lebih 28 tahun!
Vulgar Display Of Power baru melalui aniversari yang ke 20 tahun.
Kini kisah Bersama Selamanya telah berusia 20 tahun sejak diterbitkan pada tahun 1994.

Setelah meninggalkan majalah Geli Hati pada tahun 1992 dan Gila-Gila pada 1993, gua dipelawa oleh kartunis Ujang untuk bersama dalam team penerbitan malajah UJANG dengan saudara Aie dan Nik Wafdi sebagai angkatan kartunis pertama pada penghujung 1993 dan awal tahun 1994.

Gua tak tahu nak buat cerita apa dalam majalah baru ni walau ada beberapa idea. Tapi masih tak berapa best dan masih mencari. Encik Ujang memberi kebebasan pada kami untuk mengemukakan apa saja idea. Untuk permulaan dalam keluaran pertama, gua berseronok dengan melayan kesukaan dan minat gua pada muzik dengan menghasillkan kisah pasal genre muzik yang bertajuk MUSIC MANIA. Setelah sekian lama, patutnya tajuk cerita tu tak begitu. Ahh! Masa tu apa nak fikir sangat. Buat saja! 
Gua berseronok melukis kisah tu selama tiga keluaran terawal majalah iaitu pada keluaran 02, 03 dan 04 sebelum bermulanya kisah Bersama Selamanya pada keluaran nombor 05 – 15 April  1994.

 Membuat kisah Music Mania memang menyeronokkan pasal gua kena buat penyelidikan dan mencari rujukkan. Satu tugasan yang sangat gua suka dan telah gua amalkan sekian lama sejak mula melukis kartun. Kaji, korek, gali dan bahan rujukan! Gua beli dan kumpul segala bahan. Pasal tu gua ada banyak koleksi majalah binatang, dinosaur, tumbuhan, kenderaan, mesin, alatan perang, alat muzik, kenderaan, anatomi, komik dan majalah metal sebagai rujukan masa melukis.  Pada bakat-bakat baru, sila cari dan gunakan rujukkan untuk melukis seuatu yang tak pasti. Jangan belasah ikut suka kerana pelukis, kartunis atau ilustrator mempunyai tanggungjawap besar untuk menggambar dengan tepat. Tapi sekarang keadaan telah berubah dengan adanya google. Lebih mudah.


Masa buat kisah Metal Mania, encik Ujang telah mengingatkan dan bertanya pasal cerita bersiri yang akan gua buat. Masa tu sahabat gua Aie telah bermula dengan kisah ABE yang ditulis oleh encik Ujang. Gitu gak dengan Nik yang dah mula berseronok dengan encik Tandoori Payat nya! Dua muka ilustrasi kat atas  adalah dari Music Mania siri dua dari tiga bahagian dalam keluaran majalah UJANG nombor 03- Mac 1994
“Cerita apa gua nak buat?”.Ia memang sedikit tekanan pada masa tu. Setelah 20 tahun, gua dedahkan bagaimana ilham tercetus, menjadi idea lalu ditulis dan dilukis menjadi satu kisah yang diminati. 


Gua ingin, hendak dan berhajat sangat untuk membuat satu kisah yang “diingini atau dikehendaki” oleh peminat humor tanahair. Kisah dan watak-watak yang dinanti-nantikan oleh semua. Kisah yang bukan diminati tapi dikehendaki! Bukan kisah biasa atau kisah cinta biasa yang dibuat oleh ramai pelukis kartun. Gua nak buat suatu yang mengejutkan! Gua memaksa diri untuk mendapatkan idea. Akhirnya setelah membuat kajian dengan melihat dan membaca  kisah-kisah yang dibuat dalam majalah-majalah humor masa tu, gua tahu apa yang gua nak buat dan gua tahu apa yang rakyat mahukan! Inilah kisah yang rakyat mahukan setelah sekian lama dihiburkan dengan kisah humor rakyat yang biasa. 

Dengan penuh yakin dan percaya dengan ilham yang diberikanNya, gua mula merancang jalan cerita dan watak. 

Penciptaan watak adalah satu yang paling gua suka. Senang sangat kalo nak tackle pembaca terutama awek-awek – mereka nak watak lelaki berambut panjang yang kacak! Hah! Tercipta la AMAR. Itu adalah cinta pandang pertama peminat walau Bersama Selamanya bukan kisah cinta. Ia kisah persahabatan, kisah kasih sayang bukan kisah cinta lelaki perempuan yang mengucapkan ‘aku cinta kamu!’.

Amar dan watak-watak lain – Din Senget, Dollah , Mat Tepet dan Pet gua cipta dengan penuh kasih sayang sebagai satu perlambangan persahabatan. Masa belajar sastera dulu, cikgu mempekenalkan ayat perlambangan ni dan gua menggunakannya di sini. HEH!
Ada yang tanya, ‘ gua tensen la dengan Mat tepet tu brader. Ada ke orang cam Mat Tepet tu bro?” dan beberapa lagi pasal Mat Tepet.
Gua jawap, “ masa berkawan, kita bertemu dengan bemacam jenis perangai kawan-kawan. Pasti ada yang perangai tak senonoh, gila-gila  cam Mat Tepet. Mat Tepet mewakili sahabat kita yang begitu". Ia mudah dikenali, paling popular dan boleh bekawan dengan semua orang. Orang begini paling diingati dan kita merindui beliau.
Begitu juga dengan Joe si penyangak. Ada orang begini disekeliling kita. Sifat dan perangai manusia begini gua masukkan dalam Besama Selamanya.

Masa memikir dan merancang kisah ni, gua dah memutuskan, TIDAK ada watak awek cun dalam kisah ni! Kerana ini bukan kisah cinta murahan biasa. Cukup watak emak, adik kembar dan mak cik Amar saja. Ini yang telah gua putuskan. Tak ada awek tegedik-gedik mengada-ngada! Bukan gua anti perempuan. Kan gua dah kata, gua nak buat suatu yang mengejutkan! Tengok saja awek-awek yang dilukis oleh kartunis lain.
Sedang berseronok berkarya dalam beberapa keluaran, gua TERPAKSA mencipta dan memasukkan satu watak awek. ARGHHHH! Kena lukis awek? Ini sama sekali menyangahi apa yang telah dirancang. Kenapa jadi cam ni?

Pertama, kerana menghormati dan meraikan peminat perempuan yang mula mengikuti kisah ni. 
Kedua, tak boleh hidup tanpa perempuan. Ini fitrah kejadian manusia. Cukup dengan alasan ni.
Terciptalah watak LIN. Awek cun berambut kriting. Cukup.

Baru sekali keluar, Lin dah punya ramai peminat, pasal ramai yang tanya ( melalui surat masa tu. Kalo emel dah ada, tak tau la cane gua nak jawap ). ARGHHHHH! Gua tak suka. Gua tak suka! Kan gua dah cakap, ini bukan kisah cinta! Pasal tu la awal-awal lagi gua tak nak buat watak awek. Manusia jenis lelaki pasti akan terpesona. Aduhaii… inilah yang berlaku. Orang bertanya, “ Amar dengan Lin tu bercinta ke?”. Gua benar-benar kecewa dengan pertanyaan ini. Cerita mengejutkan yang gua rancang telah musnah!
Tak apalah, gua memujuk hati. Inilah kenyataan dan yang ‘diingini’ oleh rakyat. Gua akur dan meneruskan watak ini sehingga gua melakukan satu kejutan dengan menjalankan tanggungjawap gua sebagai seorang kartunis yang bepengaruh besar pada generasi muda, remaja dan belia masa tu dengan ‘menghijrahkan’ watak Lin dari tidak menutup aurat rambut dengan memakaikannya kain tudung menutup aurat rambut. Ini satu tindakan paling mengejutkan dalam sejarah kisah kartun/komik tanahair. Gua melakukannya pada watak yang disukai. Gua percaya, itu satu tindakan yang betul. Ia satu sumbangan dan tanggungjawap sebagai seorang karyawan beragama Islam terhadap pembaca Islam yang lain. 

Seorang sahabat berkata masa makan tengahari,"gua beli dan baca kisah Bersama Selamanya kerana watak Lin”. Gua marah beliau. Harharhar!


 Bersama Selamanya adalah satu luahan hati dan perasaan 
terhadap banyak perkara dalam kehidupan.

Sempena ulangtahun 20 Tahun kisah Bersama Selamanya, ada beberapa perkara yang ingin gua kongsi dengan semua yang pernah mengikuti kisah itu dulu. Masa zaman tidak ada internet, google, smart phone i-pad dan lain-lain gajet. Zaman penuh keseronokan dalam menjalani hidup sebagai seorang pelajar dan remaja. Apa yang dikongsi ni tak pernah gua dedahkan pada sesiapa. Ia hanya kat blog gua ni saja. Antara yang gua nak kongsi adalah mengenai beberapa skrip asal Bersama Selamanya seperti kat atas.

Cam tu la rupa skrip asal keluaran pertama Bersama Selamanya. Gua tulis penuh untuk keluaran pertama. Tapi bila dah siap, gua tak gunakan semua skrip. Ia dibahagikan untuk dua keluaran iaitu keluaran pertama dan kedua. Hanya tiga baris ayat digunakan untuk keluaran pertama dan di bawah garisan itu adalah skrip untuk keluaran kedua. Skrip ini ditulis pada 03 Mac 1994, hari Khamis.
NO PAIN NO GAIN adalah lagu dari Scorpions yang gua tulis sebagai motivasi la kononnya masa mula menulis kisah ni. Ia pasti suatu yang sangat mencabar dan meletihkan!



Keluaran PERTAMA Bersama Selamanya, Amar baru sampai ke Subang Air Port dari United State of American Heavy Metal. Gambaran yang salah. Biasanya penerbangan antarabangsa terus masuk ke bangunan terminal. Kapatebang tak landing jauh dari bangunan. Kalo landing jauhpun ada airport bus/ bus pickup yang amik penumpang dan bawak ke bangunan terminal. Tapi masa gua kat Schapol Amsterdam dulu, kapatebang landing jauh dari bangunan. Ntah la! Gua rasa salah. ARGHHHHHHH!


Skrip bahagian Ketujuh Bersama Selamanya. Apa yang ada dalam skrip dan keluaran ni? Sebenarnya dalam bahagian keenam watak ni mula kuar. Watak Lin mula dipekenalkan dalam bahagian enam dan tujuh siri bersama Selamanya. Bahagian enam dan tujuh adalah pertemuan pertama antara Dollah, Din, Mat Tepet dan Amar dengan Lin di stall burger mereka. Tengok bagaimana gua merancang layout dan skrip mengikut kotak-kotak kat bawah tu sebagai guide bila melukis. Bakat-bakat baru boleh menggunakan cara ini dalam merancang layout cerita.

Gua memberi kerjaya tiga sahabat iaitu Din, Mat Tepet dan Dollah sebagai penjual burger kerana ia satu kerjaya yang pernah gua buat. Senang nak lukis stall burger dan segala yang bekaitan dengan burger. Lagipun ia satu kerjaya yang cool dan sesuai untuk metalhead di seluruh dunia. HEH! 


Pertemuan pertama dan mata bertentang mata antara Amar dengan Lin dengan efek panahan petir! Hey! perasan tak tu ada watak Slash dan Black interframe! Harharhar!


Skrip bahagian lapan belas ni plak adalah pertemuan pertama antara Amar, Mat Tepet, Din dan Dollah dengan Pet dalam keadaan Pet sedang dibelasah! Keadaan pertemuan yang tidak sepatutnya. Tapi inilah yang gua rancang. Pekembangan plot cerita jadi lebih brutal selepas pertemuan ini. HEH! Gua memberi apa yang rakyat mahu! More metal, more big bike and more vulgar display of power! HEH!


Pet sedang dibelasah dan bantuan yang tak diduga tiba yang akhirnya membuatkan Amar, Din Senget, Mat Tepet, Dollah dan Pet menjadi sahabat setia. 


Kejadian yang biasa kita tengok kat drama swasta dan filem. Seseorang menolong seseorang yang dalam kesusahan dan akhirnya menjadi sahabat sejati yang saling membela. Nilai-nilai murni ini yang gua masukkan dalam kisah Bersama Selamanya. Masa sekolah dulu, guru sastera gua banyak bertanya, berbincang dan mendedahkan nilai-nilai murni, jati diri dan maruah yang terdapat dalam novel Seorang Tua Di kaki Gunung. Gua cuba mengamalkan nilai-nilai murni itu dalam novel grafik Bersama Selamanya.


Pada tahun 1992, Image Comic telah ditubuh oleh tujuh orang pelukis komik hebat yang keluar dari Marvel Comic. Mereka telah menerbitkan komik-komik yang membuka lembaran baru dalam industri komik dunia dan telah menjadi pencabar terhebat pernah dihadapi oleh syarikat DC dan Marvel Comic sejak mula ditubuhkan! Selain dari watak hero solo, apa yang menarik dari komik-komik baru terbitan Image Comic ini adalah mengenai super team. Mereka muncul dengan super team bertajuk WILD Cats, Cyber Force, Wetworks dan beberapa lagi. Gua sedari dalam setiap super team ada satu watak bagak berbadan besar yang gagah perkasa. Kalo dalam The Avangers adalah Hulk. 
Watak Pet gua cipta sebagai watak paling hulking dalam team Amar sebagai meraikan super team yang dicipta oleh Image Comic. Kalo mereka ada watak bagak dalam team/komik mereka, kami di Malaysia juga ada watak begini sebagai jawapan!
Akibatnya, Pet jadi antara watak yang diminati dalam siri Bersama Selamanya. 

Sekitar tahun 1987 hingga 1989, gua selalu datang hantar kartun ke majalah Geli Hati kat Taman Tun Dr. Ismail dari kampung gua kat Bahau Nismilan sana. Lepak la dalam sehari dua. Biasa tido kat studio bersama beberapa orang kartunis yang menjadikan studio sebagai rumah mereka. Keadaan yang biasa masa tu. Masa tu la gua dapat tengok banyak buku ilustrasi dan grafik dari merata dunia yang belum penah gua tengok sebelum ni. Dari buku tu gua mula mula kenal beberapa pelukis hebat yang membuka lebih besar pandangan gua terhadap seni lukis. Bila bekerja di majalah Geli Hati pada tahun 1990 dan tinggal dengan senior kartunis iaitu kartunis YO ( sekarang dah haji dan bersama dalam dept. ilustrasi ), gua kenal lebih ramai pelukis ilustrasi, pelukis komik dan kartun yang hebat seperti Frank Frazetta, Boris Vallejo, H.R. Giger, Luis Royo, Ken Kelly, Michael Whelan, Hajime Sorayama, Joe Jusco, Moebius, Richard Corbener, Aragones dan ramai lagi dari koleksi buku dan komik EPIC, Heavy Metal, ERIE, MAD kepunyaan Haji YO temasuk Azman Yusoff, Jaafar Taib dan Mohas.

Nama-nama hebat ini membuatkan gua ‘cemburu’ setiap kali melihat hasil karya mereka. Gua berusaha untuk meningkatkan kemahiran dengan meniru karya-karya mereka sebagai latihan! Sekitar 1992 dan 1993, dunia komik dikejutkan dengan kemunculan seorang pelukis komik dari British yang berjiwa metal tegar iaitu encik Simon Biz Bisley melalui komik LOBO. Sebenarnya beliau telah dikenali dengan siri ABC Warriors dalam komik 2000 AD.  Melihat LOBO yang dilukis oleh encik Biz membuat gua lebih ‘ganas’ berkarya. Gua conteng watak LOBO kat mana suka temasuk dalam buku skrip. Ilustrasi LOBO tu adalah sebagai penghibur di kala keresahan. HEH!


Bersama Selamanya adalah khas untuk semua metalhead yang inginkan satu kisah mengenai dunia underground muzik metal. Ramai peminat yang tak tahu apa-apa pasal muzik, genre dan nama-nama band, mengetahui mengenai band metal melalui kisah Bersama Selamanya. Dulu masa gua belum melukis. Hanya seorang peminat majalah humor, adalah satu yang mengujakan sekali bila kartunis senior seperti guru gua, Kutil YoYo  selalu menulis nama band rock/ metal seperti Scorpions, Deep Purple, Dio, Led Zepp, AC-DC, Black Sabbath, Iron Maiden, Uriah Heep, Rainbow, Rolling Stone, MC5, UFO, MSG, T-Rex, Meat Loaf, Aerosmith, Angel Witch, Bad Company, Blue Oyster Cult, Budgie, C.C.R., Diamond Head, Dire Straits, Queen, Santana, Whitesnake, Lynard Skynard, Greatful Dead, Jimi Hendrix, Alice Cooper, Pink Floyd, The Who, Thin Lizzy, ZZ Top, Kiss, Saxon, Motorhead dan banyak lagi atas tshirt, kat pokok, kat booth talipon, tandas, kat beg sekolah atau tembok dalam karya kartun mereka.


Lagi best bila ada karya kartun Mat Rock lepak sambil nyanyi lagu-lagu rock atau slow rock . WHOA! Ia membuatkan gua tesengeh-sengeh suka. Gua kata pada diri, “ nanti gua nak buat cam ni gak, tulis nama band rock dalam karya gua!”. Dari pengalaman dan kehendak sebagai peminat muzik rock, itu yang gua lakukan dalam Bersama Selamanya. Menulis sebanyaknya nama band metal yang kemudian jadi maklumat dan pengetahuan pada ramai peminat. Gua melakukan banyak kajian dan rujukan dalam menghasilkan bahagian pasal muzik ni.


Joe, watak antogonis yang gua cipta sebagai pelengkap kisah dan kejadian dalam Bersama Selamanya temasuk dalam realiti kehidupan kita. Ada hitam ada putih. Gua rasa sangat kasihan dan simpati dengan watak Joe terutama masa babak dia meluahkan isi hati pada Amar di hospital. Realiti kehidupan bila terbiar tanpa kasih sayang. Manusia boleh jadi 'manusia' atau 'syaitan!' walau kita diberiNya akal dan fikiran. Mana baik, mana buruk. Sorang kawan dan peminat kisah ni telah meluahkan rasa hatinya pada gua..."patutnya Amar belasah Joe sampai mati.! Jangan bagi buka kat dia. Tonyoh dan seret muka dia kat jalan!". Gitu luahan hati dan rasa bencinya. Inilah yang gua maksudkan realiti kehidupan. Kebanyakan tidak akan memberi peluang kedua pada seseorang. Musnahkan dia! Apa kesalahan besar Joe sebenarnya ya?


Pertemua kedua antara Amar dengan Joe dan pergaduhan  pertama antara mereka dalam kisah Bersama Selamanya yang menjadikan kisah ini betambah brutal!


Cover volume satu koleksi Bersama Selamanya. Setelah 20 tahun, masih ramai yang bertanyakan koleksi ni pada gua kalo ada lagi. 


Cover koleksi Bersama Selamanya Volume 2. Hampir separuh dalam koleksi ni adalah pasal konset, lumba motor dan KILLKILLKILL! DIEDIEDIEEEE! Koleksi yang sangat brutal kandungannya. 

Laungan DIEDIEDIEE! masa bergaduhan antara Amar dengan Joe setelah tak puas hati lepas perlumbaan motor adalah dari lagu Creeping Death.
( Bersama Selamanya bahagian 71 )
Laungan KILLKILLKILL! gua tambah untuk menunjukkan ketegangan dan semangat membunuh . Lalu jadilah KILLKILLKILL!DIEDIEDIE! yang secara tidak dirancang jadi tagline Bersama Selamanya. 


Antara lakaran cadangan cover untuk koleksi volume 2 yang tidak digunakan. Senang cakap direject la!


Lakaran saja berseronok dengan watak-watak utama Bersama Selamanya berkain pelikat. Watak awek bertudung dan berjubah itu gua gunakan ( dan improvekan ) dalam siri Bersama Selamanya musim dua yang dapat gua buat beberapa siri kat majalah Blues Selamanya sebelum gua berhenti dan bertukar tugas kat Kumpulan Media Karangkraf. Gua sangat suka melukis musim kedua Bersama Selamanya kerana ia lebih ke arah kasih sayang, kekeluargaan dan lebih spiritual. HEH!


Setelah 20 tahun, kisah Bersama Selamanya menjadi ingatan, kenangan dan ikatan kasih sayang yang berkekalan antara gua dengan peminat. Peminat yang telah meninggalkan komik dan kartun yang gua ditemui di mana-mana akan bertanyakan kisah itu. Ia sangat mengharukan sekali. Ia satu penghormatan pada gua dan jadi satu kenangan indah dalam hidup. Gua sangat  terharu dengan sambutan, perhatian dan sokongan semua peminat pada kisah Bersama Selamanya.

Terima kasih dari gua, Amar, Din Senget, Mat Tepet, Dollah, Pet, Lin, Joe dan semua dalam siri Bersama Selamanya. 


Bersama Selamanya mengingatkan pada kenangan lama tetap segar dalam ingatan walau 20 tahun telah berlalu! 

bersama selamanya
20th anniversary
april 1994 - april 2014

KILLKILLKILL!DIEDIEDIEEE!

WE ROCK!



68 comments:

Yob Aidil said...

Yes!!! Gua oghang no 1 komen!!!

Long live rock n roll!!! N hail to you Gayour for cartooning it up!!!

er.. nk contact through emel add gmail ker karangkraf? Ehehehe

deaf-angel said...

Suatu masa dahulu, aku ada setiap edisi Ujang, dan lepas tu bila Lanun bermula pun aku ada setiap edisi.
Aku simpan kat kotak2 botol besar sampai dah takde tempat.
Hidup berubah, aku terpakas buang semua tanpa fikirkan nilai setiap edisi ni dua majalah ni dalam zaman tu, termasuk zaman Batu Api.

Sekarang apa aku ingat yang ko tulis kat blog ni cuma ada dalam kepala hotak aku je.
Cuma Abe je, aku ada buku dia aku simpan haha.

Dulu bangga ko tahu Gayour, kalo cam lagu2 ko gunakan untuk Bersama Selamanya semua aku tahu..

Tapi paling romantik giler la kan cerita ni, bila Heroin dengar radio kan? Sambil baring atas katil.. Aerosmith "Angel" kan??

hahaha.. dah ingat2 lupa makin hari makin hari....

Xeno said...

Saya suka Pet, dia tough dan hensem. Hehe

Nak tanya la, dalam sesetengah panel Bersama Selamanya tu saya perasan yang kadang-kadang ada terselit seekor watak alien yang berbunyi C'TNK C'TNK

...apakah nama alien tersebut?

gayour said...

yob aidil
syabas kerana jadi orang pertama bagi komen.
hubungi gua kat gmail.

deaf-angel
lu memang patut kesal dengan tindakan rakus membuang semua majalah tu.harharhar!

lagu2 rock dalam bersama selamanya memang nak bagi semua metalhead cam lu suka.

masa tu aerosmith baru kuar kompilasi 'the big one' yang ada lagu tu. layannnn...

don't be afraid of getting old bro. haha!

sicher
kedua watak alien tu sebenarnya gua cipta sebagai sidekick pada satu watak ala Lobo. Projek komik yang tak siap-siap. ARGHHH!
yang bulat bebulu lebat tu bernama NGEENGEE. yang cam bewok pasir tu plak blum ada nama sampai hari ni. Ntah la. C'TNK! C'TNKK!

berteromber said...

Sayangnya aku dah hilang koleksi buku ni...tambah sayang dalamnya siap ada otograf lu lagi...penat ooo beratur panjang nak dapat sign tu..hahaha...

btw...sebagai budak2 rock/metal yang membesar zaman tu...siapa la yang terkesan dengan Gayour....thanks bro pasal sharing cerita belakang tabir ni...


Bad boy always on the cover
Gettin' the story told
Fast fast one way or another
'Cause he'll never never never never never get old

He makes a special magic
And you've got control
You're the king of rock n' roll

Jengkemut said...

hu mang ai panjangnya entry.... memang mengimbau memori zaman sek men dulu2...

bile lagi nak dijadikan filem triloji abam gayur? saya menawarkan diri menjadi watak sampingan tiang lampu pun jadi la... hehehe

Pyan Nathias said...

Gua ada kaset bersama selamanya tp kena cari semula.. lama tersimpan dlm kotak.

Rafi said...

Terbaikkk.mengimbau kenangan betul..betul,salah satu yang buat aku suka pasal Bersama Selamanya ni ialah.."soundtrack"nya..heheh..
Penah beli majalah Ujang siri yang keberapa (tak ingat)episod yang Amar n the geng jamming macam2 lagu tu..baca siri tu sambil mendengar kaset dalam walkman album Megadeth Youthanasia..thanks for the memories bro! \m/

gayour said...

berteromber
terima kasih kerana sabo dan sanggup beratur utk dapat otograf.
kan gua dah kata, bersama selamanya utk metalhead cam lu, deaf dan ramai lagi.

jengkemut
buat filem? ia akan jadi lebih brutal dari kl gangster dan mungkin diharamkan! buek ponek yo ekau jadi tiang elektrik. harharhar!

gayour said...

pian kvlt
dalam album tu, gua diberi satu lagu oleh penerbit untuk tuliskan liriknya. tapi gua overdeathline!ARGHHHH!

rafi
soundtrack? harhar! gua memang gunakan soundtrack metal utk peminat metalhead cam encik rafi. tq

metal brain asylum said...

koleksi jilid 2 tu aku ade dan akan cherish sampai bila bila. dari karya abg gayour la aku mula melukis watak yg ganas ganas mcm lobo tu. tapi sekadar hobi masa lapang je la. sampai skrg aku tak tahu ape kesudahan kisah Amar n the gang ni.hihihi

Ijau D. Koceng said...

roommate aku zmn student dulu rajin beli majalah ujang semata2 sbb nak follow BS ni hahaha (tumpang baca le~ harharhar)

bab racing ada "background" lagu manowar "number 1", part tu aku plng ingat smpi skrg

Pyan Nathias said...

Terimakasih bro Gayour. Lu dgn cerita2 dan lukisan magic kartun lu gua ikut sejak kecil, sejak zaman sekolah.. dan gua xleh nafi sedikit sebanyak telah menguatkan minat gua pada muzik berat, thrash dan metal.. ngamm bro.. gua tabik lu..

gayour said...

metal brain asylum
dalam musim pertama bersama selamanya, amar dan member kamcingnya pergi ke united state of american heavy metal untuk belajar dan praktikal kat resort kepunyaan pakcik beliau. itu ending musim pertama.itu ending musim pertama.

ijau d.koceng
manowar baru kuar album 'louder' masa tu. lagu number 1 menepati sebagai background music untuk adegan lumba motor. gua terus gunakan.
"... When the game is over all the counting's done
We were born to win number 1 "

pian kvlt
Brothers of metal
We are fighting with power and steel
Fighting for metal that's all that's real
Brothers of metal will always be there
Standing together with hands in the air

sofian ishak said...

Gayour;

Tahniah, Bersama Selamanya dh 20 thn - dan org masih bercerita mengenainya. Mungkin boleh bertahan lg 20 thn...

Terima kasih kerana menghadiahkan koleksi tersebut kt aku. Masih elok lg dlm simpanan aku...

gayour said...

scorpian
ya, peminat2 lama masih tanya gua pasal kisah tu. ia jadi kenangan antara gua dengan peminat.
cis! macam mano den buleh bagi koleksi tu sebagai hadiah kek ekau? patutnya den jual. HEH!
tq pian atas kenangan kita penah bersama selamanya lebih 20 puluh tahun yang lalu . moga sihat sejahtera dan betambah iman.

layan la lagu feveret hang ni. harhar!

kenangan bersamamu - lefthanded

Unknown said...

As-Salaam brother Gayour.

Nak borak dengan brother boleh? Ada perkara nak bincang. Email wa : lando_siria@yahoo.com. By the way, wa suka kartun brother. Salute. Lando Zawawi.

PC kOKak™ said...

kartun pasal genre muzik metal tu memang takleh lupa. memang terbaik

Nadia said...

Meleleh airmata baca entry ni, brader. Bukan apa, sangat nostalgik, teringat kisah2 lama. Saya memang suka betul Muzik Mania, dan disebabkan tu jugak la saya simpan cita-cita nak menulis pasal muzik. Nak korek, gali, kaji semua pasal muzik dan tulis (sebab saya tak reti lukis..hehe).

Anyway, pasal Bersama Selamanya, saya jatuh chenta pada Mat Tepet je sebab dia selamba dan real. Amar tu bagi saya macam kontrol macho sangat walaupun dia memang jambu dan rambutnya sungguh gemilang.. Hahahaha...Apa pun, thanks brader for the memories. You rock! ;)

Adi Herman said...

Menangis gua baca entri blog ni....menyingkap kenangan lama...serius....

Q said...

Bersama selamanya tuan!

gayour said...

laqndo zawawi
tq

pckokak
memang gua suka buat kisah tu. ...and METAL for all!

gayour said...

nadia
syabas kerana bejaya jadi penulis dunia muzik rock/metal!
Mat Tepet - rapid fire drummer!

adi herman
ada sapa2 nampak lu nanges bro? mesti huduhkan? HEH! anyway, tq

Q
iyo. samo-samo la kito buek amal ibadah.

gayour said...

laqndo zawawi
tq

pckokak
memang gua suka buat kisah tu. ...and METAL for all!

Faiz Saaid said...

Terima Kasih BRo, dari siri ini, gua dah mula nak tahu bband SLAYER !!!!

Wanz said...

Kalo astro buat drama citer bersama selamanya agak2 bleh meletop tak.....

Anonymous said...

Meeting you at the Comic & Art festival was awesome.. Tapi tak sempat nak tanya bila nak ada Vol 3 bersama selamanya.. Nak beli la bersama selamanya Vol 1 & 2 sebab dah hilang.. huhu.. kat mana jual ye..

Anonymous said...

gua pernah jumpa brader gayour secara live dkt kwsp shah alam.sempat salam,,baik budaknye,,kahkahkahh

gayour said...

muhammad faiz
slayer NEVER slayer!

wanz
langsung tak akan meleTOP!

anony
meeting you at CAF was NOT awesome at all! harharhar!
bersama selamanya vol 3 akan kuar sekiranya penerbit ingin menerbitkannya.

anony
CIS! gua nak orang kata gua ganas, brutal dan menakotkan... tapi lu kata gua budak baik plak!
ini mendatangkan marah!
ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!

Chaeo said...

Waw

Athool said...

salam brader gayour...
kartun lu memang nostalgik la bro...
gua memang dah lama follow lu dr zaman batuapi lagi... masa tu gua minat dgn kartun lu dgn brader scorpian...

p/s: masih ada ke edisi bersama selama vol1 n 2...

Unknown said...

Salaam brother. Macamana mau berhubung? Tq

meniti hari said...

kenangan btol komik nie... zaman sekola layan giler... syabas bro... rase nak ulang baca balik la... mane nak dpt full episode nie... heheh

deanzxx said...

Bersama Selamanya muncul dalam komik Ujang selepas era kurt cobain mati bunuh diri & tupac kena tembak.zaman confuse kami remaja.
Zaman remaja sekolah menengah tengah cari identiti.

terus terang gua try dengar nuno/extreme band lepas baca siri Music Mania.(dan Led Zep) rujukan yg agak lengkap untuk kaki muzik tahap entry level dan medium.

Komik dan tulisan dalam Bersama Selamanya memang mengadungi banyak philosophy yang memberi kesan mendalam tanpa kita sedari.

*lukisan bila Mat Tepet tengah goreng burger selalu wat gua lapar tengah malam hahaha stroke mantap woo daging burger berterbangan

Tahniah Bro

Anonymous said...

Untuk budak perempuan darjah 3 yg kene paksa balik kampung setiap hujung mggu memang tak best, takde banyak benda yang boleh dibuat sampailah terselongkar koleksi majalh ujang kakak sepupu, terbaca siri Bersama Selamanya, selongkar timbunan majalah variasi yg bercampur aduk dengan buku cerita penyiasatan kanak kanak enid blyton serta komik xmen, untuk cari volume 1 BS.thank you BS sebab menyemai benih membaca dari kecil.mungkin dah membaca beratus jenis buku tapi kenangan baca BS dengan penuh lirik rock bagi budak darjah 3, mmg sesuatu yg tak dapat dilupakan.

GRGN said...

Meleleh bro..meleleh air mata aku mlm ni..sgt nostalgia bagi aku zaman tu..1994,aku baru darjah satu tapi arwah atuk aku selalu belikan majalah ujang since the very 1st edition supaya aku bleh belajar membaca..sapa kate majalah Ujang perosak minda? Aku UPSR,PMR sume straight A..(SPM agak barai disitu..hehe) and Bersama Selamanya telah membuka hati n mata aku ke arah muzik rock n heavy metal..pakcik aku belikan kaset deep purple n whitesnake..bayangkanlah budak darjah satu layan whitesnake..and Bersama Selamanya gak la buat aku kene marah dgn bapak aku sebab aku lukis Amar kat suar jeans Pepsi bapak aku belikan..bile pakai terase bangga sungguh! Damn!if I could turn back time..anyway,thanks to brother Gayour..u made my childhood memories so meaningful..hats off!! Hope there's a publisher willing to publish back all 3 volume of the collection as I only have volume 1..pen off,kesat air mata..congrats bro Gayour..

Unknown said...

assalammmualaikum bro gayour..ada tak jual bersama selamanya volume 1 & 2.. nak beli la..huhuhuh..dulu ada tapi da hilang..plz give me you email or contac no...tengkiu...from AFM

faiz said...

Salam bro gayour. nk tanya, ada kemungkinan x yg bersama selamanya 'The Album' reissue dlm bentuk cd?

Kalau ada, bleh le order 1.....

Rashidee said...

Assalamualaikum..
Di kesempatan ni gua nak ucapkan tahnian di atas ulangtahun ke 20 bersama selamanya.. gua ada simpan segala koleksi ni dulu..tp apakan daya..segalanya musnah...

Gua nak tanya... mana lg gua boleh cari koleksi2 ni???

ParktamFJ™ said...

BRO GAYOUR!!!
lamo tak lepak dengan lu sejak aan cabut dari karang kraf..
ni gua nak bagi tau satu rahsia..
jangan bagi tau aan..
gua jadi rocker ni sebab pengaruh BS la..
nak bagi tau lu lamo dah,tapi lupa je..
sebab lu masuk air..
wakakakaka!
(p/s : agak² lu ingat gua lagi x?hikhik)
FOREVER BERSAMA SELAMANYA!
KILLKILLKILL!DIEDIEDIE!
\m/ ParktamFJ

Anonymous said...

Mana nk dpt buku bersama selamanya nie......bro gayour

Anonymous said...

sampai skrg ak x jumpa komik yg boleh tandingi BS.. dari BS la aku belajar lukis watak2 rock n metal sampai cikgu sekolah aku pn ingt aku budak black metal... please keluarkan balik sambungan BS.. x kisah mahal ckit.. daripada komik2 yg lawak ala2 bdk skema pengaruh korea n jeoun..

Unknown said...

Assalamualaikum...bro...gua dari sekolah smpai keja kilang skang jd full time musician pkai Harley Davidson lg...semangat kehidupan gua sikit sebanyak terpengaruh melalui komok lu bro...terima kasih gua ucapkan sebab menghasilkan karya yang gempaq ni....mana nk beli lg buku hasil karya lu...

Unknown said...

Assalamualaikum...bro...gua dari sekolah smpai keja kilang skang jd full time musician pkai Harley Davidson lg...semangat kehidupan gua sikit sebanyak terpengaruh melalui komok lu bro...terima kasih gua ucapkan sebab menghasilkan karya yang gempaq ni....mana nk beli lg buku hasil karya lu...

Unknown said...

Assalamualaikum...bro...gua dari sekolah smpai keja kilang skang jd full time musician pkai Harley Davidson lg...semangat kehidupan gua sikit sebanyak terpengaruh melalui komok lu bro...terima kasih gua ucapkan sebab menghasilkan karya yang gempaq ni....mana nk beli lg buku hasil karya lu...

Anonymous said...

salam...bro gayour....mane nak dapatye lg koleksi vol 1&2 ni...gua punye dah ilang mase pindah lame punye kenangan ni..kalau ade gua nak beli dua2....dharap kan gua mendapat maklom balas dari bro yang dapat memenangkan hati dan sanubari gua..salam kil kil kil

Faizal alwe said...

BERSAMA SELAMANYA adalah karya kedua saudara yg sy minat selepas SIAPA YANG HARUS DISALAHKAN.dah sampai sekarang sy masih tertanya-tanya apa kesudahan kisah AKU,NORMELISSA,KENANGAN DAN AIDILFITRI

iwan said...

assalam bro gayour...
nak tanya boleh dapat lagi ke komik ni vol 1 dan 2...
kalau ada lagi.. nak bli broo...
dlu mmg simpan bku 2 vol ni lek lok. skali umah banjir..
abis ilang buku nya
nostalgia zaman abah2 dluuu

FND said...

Aaaaahhh... finally hari ni wa dapat jumpa gayour kat Pesta Buku MAEPS. Alhamdulillah atas bakat yg Allah taala bg. Impact paling penting selain seronok ikut siri Bersama Selamanya dulu2 ialah... wa jadi minat kat band XPDC. Sebab masa tu kita bukannya dengar semua lagu XPDC.. cuma apa yg keluar kat radio atau tv. So, masa tu imej XPDC di'cemar' dgn lagu C.I.N.T.A. Tapi wa jadi heran.. apasal Gayour masukkan nama XPDC atas baju karakter Bersama Selamanya. Dalam hati wa, mamat ni biar betul.. Metallica ada.. XPDC pun ada.. apa yg best sangat dgn XPDC. Itu laa.. bak kata org, tak kenal maka tak cinta. So dari situ wa try kenali lagu2 XPDC.. alamak, baru wa tau.. boleh layan bro..
Sekarang dah ada kompilasi Bersama Selamanya yg di autograf oleh Gayour petang tadi. Wa simpan dulu. Nanti kalau dh start baca takleh berenti... itu laa saja wa nak crita.
Thank you Allah for Gayour. Semoga lu terus berkarya. I'm a fan.
FND.

Unknown said...

Assalam bro gayour yg ensem, nk tnya model motor harley yg amar pakai ngan jenama jaket kulit die ap bro..ingat nk carik la buat koleksi harharhar

romzix76 said...

Assalam bro gayour...
gua nak tanya boleh dapat lagi ke `bersama selamanya' ni vol 1 dan 2...
kalau ada lagi.gua nak bli bro.
dulu memang simpan dalam koleksi gua. sekali rumah gua banjir..
habis hilang semua koleksi
wssp saya 0194717470

InIamIz4 said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalamualaikum brO ..

VOL 1 dgn 2 ada lagi tak??

kalau ada boleh beli lagi tak eheheeh ...

kalau ada sila sila wassap brO 0133752990 ...

RSHAH said...

Bagaimana utk sy miliki set lengkap volume 1 dan 2 bersama selamanya??

Joehan said...

Assalam bro gayour... Bersama selamanya terbaik... Teman bace mase teman sekolah menengah lagi... Memang best.... Citer nye mmg berkisarkan kehidupan seharian.... Arghhhhhhh... Terkenang teman pada zaman dulu2.... Xde semua2 gajet mcm la ni....... Yang paling teman suke dan sampai sekarang teman gune ayat lu dalam karya lu..... PUAKA GILA..... kahkahkahkah... Memang berpuaka citer lu bro gayour.... Teman respct lu bro....t kasih sebab ujud didalam kehidupan teman yg lalu.... Selamat hari raya Aidilfitri...semoga selamat dunia akhirat kita semua......

Unknown said...

Belacak

Unknown said...

Belacak

nurul e-shop said...

mak amar cute je....watak paling aku suka kat bersama selamanya si kembar iaitu adik perempuan amar yang suka sangat kacau abang dia...hahaha

Unknown said...

SY NK TAU SATU BENDE JE, yg menghantui hidup sy dn memberi inspirasi pd sy. APA MODEL MOTO CHOPPER AMAR PAKAI? Tlg sapa2 jawapkan

mohd afirool said...

Layan gila crita ni..kalo filem pun mungkin xbleh fight crita gayour ni..rindu siot..!!!

Unknown said...

Lupa nama adik kembar si amar 2....suka sgt watak dorg

Abra Cadabra said...

Assalam Bro Gayour. Boleh upload kartun/artikel pasal genre-genre muzik dalam Majalah Ujang pertengahan 90an tu tak?

Unknown said...

masa zaman sekolah ckup pntang klu terlepas episod bersama selamanya,thnks to brader gayour di atas kejayaan

Gorgon said...

Mana mau cari volume 1 dan 2 yer..

Ammar said...

Komen gak ah.... Biar pun lewat tp yg pasti gua komen jugak... Together forever!!! Legend lah lu bro Gayour... Assalamualaikum...

Unknown said...

Angel..sbb lagu ni aku minat aerosmith sampai la..mula2 beli kaset..lepas tu beli cd..big ones..rm40 hinggit kalau xsilap aku..rabak poket time tu..

Anonymous said...

Salam bang gayour.. masih ada ka koleksi penuh Bersama Selamanya? Mcmna nak order?

Anonymous said...

Bersama selamanya
Thinagaran