BLUES FELDA BLUES
JOM KE FELDA
Teruja gak bila dapat peluang ke felda. Nak tengok rumah-rumah, pokok getah/sawit, betemu peminat, pembaca dan kawan-kawan kat felda dan menikmati suasana di felda. Tapi harapan gua bekecai seperti pasir yang betaburan di pantai bila sampai ke lokasi belangsungnya Karnival JOM KE FELDA. Apa ni? Ingatkan kat tengah-tengah kampong dalam felda, rupanya jauh dari kawasan perumahan felda! Adoi laa…

Memang tak kena langsung tempat ni. Jauh dari kawasan perumahan dan panas tak ingat! ARGHHHH! Macam mana orang felda nak datang. Apa la pihak penganjur boleh tefikir buat kat tempat ni. Ntah la. Pagi ni memang tak ramai pengunjung. Masa pekena roti canai kat gerai berhampiran dengan Amang, kakak Nasi Ayam Pinggan Besar meluahkan keluh kesahnya pasal sambutan orang felda yang sangat menyedihkan. “ Memang tempat karnival ni tak sesuai langsung!”, tegas kakak tu. Untuk menghilangkan keboringan tahap mega, gua dan A’an beradu kekuatan lawan Gusti Lengan.

pakcik tahap oldskool yang pernah menghibur dan mempersonakan jutaan kanak-kanak BolehLand temasuk gua dengan siri popular CUMI dan CIKI pada tahun 80an dulu. Tak ingat, tak tahu, tak penah dengar/tengok siri ni? Tak apa, ia tidak menjejaskan apa-apa dalam kehidupan korang. Tak pentingpun. Oldskool tahun 80an mesti tahu siri CUMI dan CIKI ni. Pak cik Wazata Zain datang ke booth Sinar Harian. Memang tak sangka gua bepeluang betemu dengan hero yang pernah dikagumi pada zaman purba dulu. Lagi tak sangka pelawaan gua untuk begusti kengan dengannya diterima! YEAHHH! Kita minum air herba Polen dulu seblum berentap!
Gua tak tau apa yang gua buat ni betul atau tak. Tapi gua memang ‘belengan’ dengan ikon gua dan jutaan kanak-kanak pada tahun 80an dulu! Pak cik Wazata mempunyai kelebihan untuk mengeluarkan suara tanpa mengerakkan bibir dalam siri kanak-kanak CUMI dan CIKI yang menggunakan patung sebagai pelakun utamanya. Kelebihan mengeluarkan suara dari perut ini dinamakan VENTRILQUIST. Nak terer buat bende ni bukan senang. Kena buat latihan itu dan ini. Pak cik Wazata boleh melakun/membuat tujuh suara yang bebeza tanpa mengerakkan bibir/mulut. Hebat pak cik ni! Dalam siri komik Bat Man, ada satu watak antoganis yang bernama Mr. Ventriloquist. Sama cam pak cik Wazata, ada patung dan becakap tanpa mengerakkan bibir. Hey! Tengok ni… gua begusti lengan dengan pak cik Wazata. Jangan yak caye!
Mengehormati warga emas, gua bagi pak cik Wazata hentak tangan gua ke lantai pada pusingan kedua. Round petama gua gua dah menang. Heh! Lagi sekali, saksikan ikon siri popular tahun 80an sedang belengan dengan gua!
Pusingan ketiga, kitorang gunakan tangan kiri sebagai penentu kemenangan. Gua tak ada hal! HEH! Tak sangka, apa yang kitorang buat ni menarik perhatian ramai pengunjung untuk singgah menyaksikan. Tak kisah la nak tengok pak cik Wazata dari tengok gua. Ramai oldskool hari tu. Mesti ramai yang pernah tengok siri CUMI dan CIKI, dan ini peluang untuk betemu pencipta watak-watak dalam siri tu. Lebih teruja nak tengok/jumpa dengan orang yang boleh mengeluarkan suara tanpa menggerakkan bibir! Lebih teruja adalah gua kerana menewaskan sorang warga emas dan idola pujaan masa kecik dulu tanpa belas! HEH!

Terima kasih pak cik Wazata. Gue tesengeh kerana dapat betemu dengan pak cik Wazata dan lebih teruja kerana mengalahkan beliau dalam Gusti Lengan! HEH! Dari pagi sampai tengahari, memang tak ramai penduduk felda Trolak dan sekitar yang datang ke karnival ni. Macam-macam sebab boleh dibuat kenapa tak mendapat sambutan. Salah satu usaha menarik perhatian yang diadakan pada tengahari panas ni adalah pertandingan Battle Of The Bands. Tengahari panas diadakan acara saringan kat pentas tengah padang.
Panas sungguh kat sini. Tak tau nak buat apa selain dari tesengeh-sengeh kepanasan. Masa kat booth ada beberapa orang budak-budak felda bekeliaran. Guapun sound kat diorang, “Oi, budak! Kalo berani mari la lawan gusti lengan dengan gua!”. Cabar gua kerana yakin boleh "makan" budak tu. Sambil tesengeh-sengeh, cabaran gua diterima. Cis! Berani lu terima cabaran gua aa… Satu, dua… NGKHHHHH! Rasa nak putus usus besar gua! NGKHHHHHHHHHH.....!
Mak datuk! Ingatkan budak ni cam pak cik Wazata. Kacang, senang senang bleh makan. ARGHHHH! Rupanya kuat nak mampuih! Ni bukan budak ni, kuek ngalah an bapak budak! Aduuu la… silap besar gua cabar budak ni tadi. Uuuu…uuuu…Nyosal den! Nyosalllll! Tapi gua tak boleh ngaku kalah. Lawan tetap lawan. YEARGHHHHHHHHHH! KILLKILLKILLL! DIEDIEDIEEEEE!
Hari kedua gua datang ke Karnival Jom Ke Felda Trolak. Seperti semalam,
“sunyi sepi tak ado orang
apo nak dikato… “
Lagi sekali, gua sangat kecewa kerana ingatkan karvival ni dibuat dekat dengan kawasan pekampungan penduduk felda. Rupanya tidak.
Ooo yeah! Pasal Gusti Lengan dengan budak tu tadi. Gua rasa gua akan kalah. Tapi gua terus betahan dan mengasak sepenuh tenaga sampai tenganga-nganga sambil headbanging. Akhirnya budak tu menyesal kerana menerima cabaran gua. HEH! Sebagai balasan atau harga kemenangan, gua merana kesakitan bahu yang amat sangat beberapa hari! ARGHHHH!
Siri Karnival Jom Ke Felda ni beterusan sepanjang tahun 2010 kat beberapa gagasan felda terpilih di seluruh negara.














