Tuesday, December 14, 2010

YEAHOO! DEN MONANG!

PENYAMPAIAN HADIAH BAKAT KARTUN MERDEKA 2010
09 MUHARRAM 1432H - 15 DIS 2010

Ada la sorang dua peserta dalam pertandingan BAKAT SENI KARTUN MERDEKA 2010
yang tanya gua, “ bila nak umum pemenang dan bagi hadiah bro?“.

Hari tu, bulan lepas dan tahun lepas ( tahun hijrah la! ) pada 25 November Rain 2010 ( Khamis ) telah berlangsung majlis penyampaian hadiah pada pemenang dalam pertandingan BAKAT SENI KARTUN MERDEKA 2010 buat julung kalinya kat Balai Seni Lukis Negara. Sebagai juri, gua dijemput dan dengan izin Allah, gua menghadirkan diri. Backdrop pentas utama majlis yang menarik perhatian gua. HITAM!

Biasak la dalam majlis cam ni mesti ada ucapan. Dimulakan dengan ucapan dari Ketua Pengarah BSLN, Yang Berbahagia Dato’ Mohd Yusof Ahmad dan kendian ucapan dari wakil Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia mengenai pertandingan Seni Bakat Kartun. Eh! Sapa dulu yang mula berucap. Pengarah BSLN atau wakil Arkib Negara. Siapa ya? Ntah la. Lemah minda tul. Lantak la! Mungkin lepas ni Arkib Negara boleh anjurkan pertandingan Bakat Seni Kartun plak. Bagi hadiah yang mega hebat! Sebahagian dari pemenang, wakil pemenang dan jemputan yang boleh masuk frame kamera seblum acara bermula.

Ucapan tak panjang menjela-jela, kejab je. Terus ke acara kemuncak iaitu penyampaian hadiah yang ditunggu sangat oleh pemenang dan semua. Mula-mula untuk kategori 18 tahun ke bawah. Adik ni antara sepuluh pemenang saguhati. Betul ke pemenang saguhati? Macam tiga pemenang utama je pasal yang sampaikan hadiah tu Ketua Pengarah BSLN. Ntah la. Tahniah je la adik oii!

Rasanya yang ni baru pemenang saguhati. Ramai pemenang sebenar tak dapat datang dengan pelbagai alasan karut marut! Tekucil la, rasa nak pitam la, jadi gila bila naik pentas, gagap, kencing dalam seluar, berak merata-rata, hilang ingatan bila orang ramai tengok, merah telinga, lemah kepala lutut, HEH! Ramai diwakili oleh mak cik, kakak, abang dan datuk. Ramai pemenang sedang menghadapi dugaan terbesar dalam hidup iaitu perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia masa ni. Rasakan! Harharhar!

Hadiah disampaikan oleh ketua hakim pertandingan iaitu Profesor Dr. Muliyadi Mahamood. Maknanya wakil penerima hadiah ni adalah hadiah saguhati. Saguhatipun dapat RM300.00 untuk kategori muda dan RM500.00 untuk kategori tua. Tahniah ye la...

Yang nipun sama. Tak taula pemenang saguhati ni budak lelaki atau pompuan. Tapi menang hadiah saguhati la. Yang terima hadiah tu mungkin makcik, kakak, awek, kakak angkat, kakak tiri atau nenek beliau. Nenek muda. HEH! Ops! Silap. Beliau yang terima hadiah adalah tubuh badan pemenang sendiri, bukan wakil! Syabas dan tahniah!

Pemenang tempat ketiga dalam kategori 18 tahun ke bawah adalah seorang oldkool. Biar betul? Gua bangkang! Mesti hakim dah buat silap atau pemenang memalsukan tarikh lahir dan umur beliau. Ini suatu yang memalukan. Macamana hakim profesional boleh ditipu dengan mudah! Uu..uuu.... Keputusan hakim adalah muktamat. Tak payah la nak komplin. Buang karan je pasal atuk ni adalah wakil pada cucu beliau yang sedang susah hati menhadapi peperiksaan SPM beliau. Atuk sporting. Sanggup turun dari Sungai Petani, Kedah nuu... ke Key Ell sebagai wakil cucu. Hebat! Atuk hero!

Pemenang utama, nombor satu dan hadiah sebanyak RM3,000.00 dimenangi oleh encik tu. Encik yang berbaju coklat tu. Yeah! Beliau tu la encik Mohd Zainudin bin Ismail dari Kepala Bataih, Kedah Nuu bgauih dok ada! Hakim bersetuju tanpa membantah sesama sendiri memilih karya dan idea kepala hotak bejambul beliau sebagai pemenang. Syabas dengan karya yang melayakkan hang menang. Baguih dok ada!

Bersama pemenang pertama kategori bawah 18 tahun iaitu seorang awek pelajar sekolah, cik Khalida Liyana Khalid ( tu, tiga dari kanan ) dan pemenang tempat kedua dan ketiga ketagori tua 18 ke atas, encik Mohd Fouzi dan cik Syarifah Radziah. Best la korang!

Ni plak pemenang… err! Bukan pemenang tapi sorang hakim yang digeruni peserta kerana tiada belas pada karya-karya yang hampeh! Gua dapat sehelai kertas dan sebuah bag go green! Yeahooooo!

Semua pemenang dan wakil temasuk yang tak menang begambar tesengeh-sengeh dan serius bersama ketua Pengarah BSLN, wakil Arkib Negara dan Profesor Dr. Muliyadi. Nak ucap tahniah ke? Rasanya tak payah pasal dah banyak kali ucap.

Ni dia karya pemenang utama kategori tua. Menepati tajuk yang susah, payah dan mengelirukan ramai peserta – 1 Malaysia Menjana Transformasi.

Ni plak tiga belas karya pemenang dalam kategori muda. Tiga pemenang utama dan sepuluh pemenang saguhati. Karya mereka dipilih sebagai pemenang kerana tiada yang lebih baik dari mereka dalam kategori ni walau sebenarnya masih banyak kelemahan itu ini. Tak apa la tu. Mana boleh dapat sempurna semua. Kalo semua terer, gila babi hebat, dahsyat, dan menepati tajuk, pening dan menyusahkan hakim dan pihak balai plak nak pilih pemenang. Elok la ramai yang salah, tak betul , lukis buruk. Senang la nak beza ( yang buruk ) dan pilih pemenang. HEH!

Antara karya pemenang dalam kategori orang tua. Sama cam kategori orang muda. Nama je tua tapi ramai yang hilang akal dalam memahami tajuk dan menghasilkan karya. Lukis hapa-hapa tah! Rasa cam best je lukis kartun! Pada hal hampeh! Baru korang ada akal aa... lukis kartun senang atau susah!

Beberapa hari seblum belangsungnya majlis penyampaian hadiah, pihak balai mintak gua menjawap beberapa soalan, pandangan pasal pertandingan, sket biodata dan sekeping gambo untuk dimasukkan dalam buku khas pertandingan bakat seni kartun. Masa hari penyampaian hadiah, gua tanya kat Slaium ( hakim ) pasal buku yang balai buat. Beliau gak tanya kat gua pasal buku tu. Ah, sudah! Balai tak jadi atau tak sempat nak cetak ker? Tejenguk-jenguk tengok jemputan kalo ada yang sedang baca/tengok buku khas tu. Tak ada sorangpun yang sedang baca atau pegang buku. Rupanya buku khas tu ada kat dalam bag kitar semula yang setiap pemenang dan gua dapat tadi. Mana tetamu yang dapat bag kitar semua, dapat la majalah ni. Ni la di rupa cover buku/majalah khas pertandingan Bakat Seni Kartun Merdeka 2010. Macam majalah komik! Gua bangkang! Patutnya tak cam ni. Ni pertandingan bakat seni KARTUN, bukan bakat seni KOMIK. Ada beza tu. Patutnya karakter kartun bukan komik kat cover!

sengeh-sengeh kat tepi Sungai Sarawak.

Apa kata Gayour? Gua kata macam-macam yang tak baik. HEH! Ni jawapan pada soalan yang disediakan oleh pihak balai. Tak payah bacapun tak apa. Tak la best manapun jawapan gua. Jawap ikut sedap mulut. Apa lagi yang ada dalam majalah ni? Ada pendapat, pandangan dari semua hakim temasuk temuramah dengan tiga pemenang utama dalam kedua kategori. Gitu gak dimasukkan karya semua pemenang utama dan karya sepuluh pemenang saguhati.

Ni plak pendapat peribadi gua pasal pertandingan. Tak best manapun. Banyak kutuk, hina, keji dan merendah-rendahkan maruah orang. HEH! Lagi satu yang menarik ialah pandangan dari ketua hakim, Prof. Dr. Muliyadi pasal pertandingan dan artikel pasal Sejarah Seni Kartun Merdeka tulisan Prof. Dr. Muliyadi yang diambil dari Katalog Pemeran Lat 1964 – 2003. Artikel/info yang hebat! Terima kasih prof!

Terima kasih pada semua rakyat BolehLand yang menyertai pertandingan Seni Bakat Kartun Merdeka 2010. Tahniah pada pemenang dan BOOOO.... pada yang tak menang. Harharhar! Rasain lu! Boleh cuba try lagi pada pertandingan akan datang atau tak payah masuk lagi. Biar orang yang benar-benar suka/minat dan berbakat masuk. Harap korang dah tahu kenapa korang gagal. Tengok balik apa yang korang dah buat dan kata kat diri, “ Memang patut gua kalah! Gua lukis cam hampeh. Padan muka gua ”. Kata lagi pada diri, “ ingatkan senang lukis kartun! “ sambil sengeh-sengeh. Belajarlah, jadilah berILMU. Bila dah tahu dan agak mahir melukis, korang dialu-alukan sangat untuk mencabar peserta lain dalam pertandingan akan datang! Baru hebat! Kena ucap terima kasih gak pada Balai Seni Lukis Negara kerana menganjurkan pertandingan ni buat julung kalinya dalam senjarah seni kartun tanahair. Kalo tak ucap terima kasih, kecik hati plak. Tak nak anjurkan lagi pertandingan ni. HEH

Kalo korang tak tau nak ke mana hujung tahun ni. Duit plak penuh dalam bank, dalam walet, dalam kocek seluar, boleh la shopping kat Balai Seni Lukis Negara. Shopping kat Balai Seni Lukis Negara? Yeah! Bukan beli gula kasar pada harga lama ( RM1.90 sekilo ) tapi beli karya seni. Beli lukisan, cenderamata dan segala macam lagi hasil seni sempena Jualan Akhir Tahun. Mungkin korang peminat hasil kerja seni walau hanya terer lukis kartun lidi! Tak apa. Berikan sokongan pada industri seni tanahair dengan membeli hasil karya seni. Bukan hanya kata atau jerit, “ gua penyokong tegar seni lukis tanahair!". Kalo nak menjerit sebagai tanda sokongan, pegi stadium tengok pelawanan bola sepak!

Tapi kalo tak nak pegi ke Balai Seni Lukis dengan alasan susah la, leceh la, jauh la, benci la.... blablablaa…. korang boleh masuk pertandingan Lukisan Cat Air Bunga Raya. Kata terer melukis. Mungkin boleh menang RM3,000.00! Ni la masa nak menunjuk-nunjuk! Untuk maklumat lanjut sila ke website Balai Seni. Tapi kalo korang degil dan ada besar punya batu duduk dalam kepala, shooping kat Balai Seni tak nak, tengok pameran tak nak, masuk pertandinganpun tak nak… lantak korang la.

www.artgallery.gov.my

Takpun boleh sengeh-sengeh tengok pameran. Pameran Bakat Muda Sezaman 2010 sedang berlangsung sekarang ni. Boleh la tengok dan paling best gile boleh kutuk, hina, keji, jijik dan kritik ikut sedap mulut karya-karya yang dipamerkan! Kan orang kita paling suka dan terer mengkritik!


tahniah

kartun untuk semua


Monday, December 06, 2010

MA'AL HIJRAH 1432

salam
MA'AL HIJR
AH 1432


selamat menyambut TAHUN BARU 1432 HIJRAH pada semua sahabat.
moga lebih berjaya, bahagia dan panjang umur. panjang umur? boleh panjang umur lagi ke. rasanya masuk je tahun baru, umur kita akan betambah dan makin dekat dengan penghujungnya. panjang umur apa?

apa yang kita harapkan adalah diberi kesihatan yang baik dan dapat mengisi masa yang masih ada sebanyaknya dengan amal ibadah. betambah iman, betambah baik akhlak dan lebih penting, hidup kita di tahun baru 1432 hijrah ni diberkati dan dirahmati Allah.

keterangan ilustrasi;
1- BULAN- merupakan benda, objek, perkara penting dalam perkiraan takwim Islam. bila tahun baru, kita masuk ke bulan Muharram, bulan tahun baru. bulan juga membuatkan kita terpesona melihat dan menikmati keindahan/kecantikannya bila mengambang penuh. subhanallah, cantiknya! tak puas memandang.
2- garisan di tengah bulan - mengingat satu dari mukjizat hebat dan besar Rasulullah S.A.W. iaitu BULAN TERBELAH DUA.
3- melompat ke bulan - tak takut dan sedia untuk beraksi, bertindak mengadapi segala dugaan, halangan dan cabaran di tahun baru.
4- mendepa tangan - ayuh! datanglah apa jua dugaan...
5- bulan juga sebagai tempat orang seni mendapat ilham. seni sangat la kononnya!

selamat tahun baru semua. umur makin betambah.
terasa seninya bila melukis ilustrasi bulan ni. seni sangat la kononya. HEH!


Every time that I look in the mirror
All these lines on my face getting clearer
The past is gone
It went by, like dusk to dawn
Isn't that the way
Everybody's got their dues in life to pay

dream on
aerosmith

As years are passing by
Silence becomes your friend
You see the world in a different way
Don't be afraid of getting old
Life's still full of joy
And the beauty of the past
Is rejoicing your mind.

life's like a river
scorpions

... but i feel i'm growing older
and the songs that i have sung
echo in the distance
like the sound
of the windmill goin' round
i guess i'll always be
a soldier of fortune

soldier of fortune
deep purple



01 muharram 1432 hijrah

malam bulan dipagar bintang
makin indah jika dipandang
bagai gadis beri senyuman...



Monday, November 15, 2010

RAYA HAJI 1431 HIJRAH

SALAM EID UL-ADHA
1431 HIJRAH


sahabat-sahabat semua...
selamat HARI RAYA EID UL-ADHA gua ucapkan.


- selamat melakukan ibadah korban. jangan buat korban tapi
duduk sengeh-sengeh tak tolong melapah daging! tolong sama la oi!

- selamat melapah daging lembu korban.
- selamat makan daging dan sup tulang segar. YUMMMY!

moga semua sihat, selamat dan berbahagia.

selamat takbir raya banyak-banyak!

gayour
10 zulhijjah 1431 hijrah - 17 november rain 2010

medium;
kertas warna air
dr.ph martin's water color
kaler pensil
pensil tekan
kepala hotak
dua bijik mata
tangan kanan

Monday, October 18, 2010

BAKAT SENI KARTUN

JURI PERTANDINGAN BAKAT SENI

KARTUN MERDEKA 2010

BALAI SENI LUKIS NEGARA


Ada sesiapa yang masuk dalam PERTANDINGAN BAKAT SENI KARTUN MERDEKA 2010? Tak kisah la diri sendiri ke, abang ke, kakak ke, adik ke, anak saudara ke, atuk ke, ketua kampung ke, kapten pasukan bolasepak kampung ke… ni gua nak bagi tau, KEPUTUSAN dan PEMENANGnya dah ada.


Poster PERTANDINGAN BAKAT SENI KARTUN MERDEKA 2010 -
1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI


Hari tu, 27 Ramadhan 1431H – 06 Sept 2010 ( Isnin ), beberapa hari seblum Eid Ul-Fitri, berlangsungnya acara pemilihan pemenang dalam PERTANDINGAN BAKAT SENI KARTUN MERDEKA kat Balai Seni Lukis Negara. Gua adalah salah sorang juri yang dilantik oleh BSLN bersama dengan saudara Selium ( GEMPAK star ) dan Prof. Muliyadi ( satu-satunya anak Melayu yang ada PhD kartun kat BolehLand ) temasuk dua orang juri wakil dari BSLN. Breffing dari Puan Rohana ( Ketua Pengelola Pertandingan ) sebelum mula melihat dan memilih pemenang.


Emm... apo la yang budak ni lukih? Buruk, huduh, hina, jijik. Astaqfirullah. Sesungguhnya gua sedang berpuasa. Tak baik menghina karya orang. Semua orang ada kelemahan temasuk diri gua sendiri.

Jangan ingat encik jaga tak beminat nak jadi juri kalo diberi peluang. Tengok tu, belum habih petugas BSLN menyusun lukisan-lukisan yang diterima dalam pertandingan, brader jaga dah mula mengkritik. Hebat! Ni sebahagian dari karya-karya dalam Kategori 1

( 18 tahun ke bawah ) yang dipertandingkan.


Buat pertama kali pertandingan seumpama ini dibuat/diadakan khas untuk semua peminat kartun tanahair. Selama ni dalam acara sambutan hari/bulan kemerdekaan, biasa dibuat pertandingan mewarna atau melukis poster. Boring! Kerana itu pertandingan ni dibuat. Lukis kartun! Semua boleh masuk dalam kategori yang ditetapkan. Gua terlibat secara langsung dalam perbincangan awal dengan pihak BSLN pasal pertandingan ni dan sangat teruja bila dijemput sebagai AJK Komuniti. Gua menyokong penuh pertandingan ni kerana gua sorang kartunis. Ini bidang gua. Mesti la sokong! Biasa kita dengan orang kata , “bukan kerana gua sorang tukang tampal tayar gua sokong persatuan Tampal Tayar ni ditubuhkan”. Penipu! Terus terang je.


Sebanyak 255 penyertaan telah diterima dalam pertandingan ni. 178 penyertaan dalam Kategori 2 ( 18 tahun ke atas ) dan sebanyak 77 penyertaan dalam Kategori 1. Tak ramai masuk dalam Kategori 1. Apasal adik-adik tak masuk? Kan budak-budak sekolah suka melukis dan menunjuk-nunjuk terer melukis . Mungkin ramai yang tak tahu. Tak apa, kalo diadakan lagi pada tahun depan, boleh la masuk ya. Ni la tempat untuk menunjuk-nunjuk dan menang hadiah wang tunai! Masa ni petugas BSLN blum habih menyusun lukisan, tapi gua dan Selium dah mula melihat dan memilih. Agresif sungguh juri ni!


Kategori 2 paling banyak penyertaan. Bagus! Tapi kalo nak kira tak la banyak mana. Ada bejuta remaja kat luar sana yang kononnya terer lukis kartun. Yang masuk hanya 178 orang je. Tapi kalo sejuta orang masuk, boleh pengsan juri memilih pemenang. Kena plak sedang puasa masa ni. Elok la tak ramai sangat masuk pada kali pertama pertandingan ni. HEH! Prof mula bekerut dahi dan temenung panjang masa menilai dan memilih.


Sangat mencabar nak mencari pemenang dalam Kategori 1 ni. Hampir semua lukis mengarut ontah apo-apo ntah! Ikut sedap memasing. Aduuu la! Ini cabaran yang perlu diselesaikan kerana tajuk pertandingan yang diberi terlalu berat untuk kategori remaja kanak-kanak sekolah memahami. Kebanyakan melukis cerita kartun yang panjang menjela dalam satu muka! Masih tak faham pasal strip cartoons yang dikehendaki. Pasal tu la karya-karya diorang tak ikut tajuk. Patutnya tajuk pertandingan mesti mudah difahami untuk menarik minat kanak-kanak menyertai selain hadiah yang ditawarkan. Ini kelemahan.


Nampaknya masyarakat mesti dididik dan didedahkan dengan genre yang ada dalam kartun. Gua sangat menyokong usaha BSLN mengadakan pertandingan yang memberi peluang pada peserta memilih genre kartun yang nak dibuat. Apakan genre tu? Ada dua pilihan yang diberi iaitu STRIP CARTOONS dan EDITORIAL CARTOONS. Ada banyak lagi genre dalam kartun ni. Kedua genre ni adalah sangat biasa dan rapat dalam masyarkat kita. Strip kartun yang biasa dilihat dalam majalah humor, atau ruangan khas dalam majalah atau suratkhabar ( seperti “Salesman” oleh Jurangan ) dan editorial kartun atau political cartoons oleh Dato’ Lat atau Zoy yang melukis karikatur ahli politik, menteri, penyanyi, ahli sukan, tokoh koprat, tokoh agama atau siapa saja dan menyentuh isu semasa, politik dan sebagainya.


Bila masyarakat telah didedahkan dan faham dengan genre dalam kartun, barulah kartun bekembang dan diterima dalam masyarakat. Senang la nak anjurkan apa-apa pertandingan dalam apapun genre. Pertandingan ni adalah permulaan. Memang banyak kelemahan terutama pada pemilihan tajuk. Bukan saja menyukarkan Kategori 1, dalam Kategori 2 pun ramai yang huru hara! Nampak sangat peserta kurang faham, ambik mudah dan belasah lukis ikut nafsu. Masuk je, mana tau boleh menang! Patutnya buat la sket kajian pasal genre dan tengok contoh kartun dalam media cetak tempatan. Kalo tak menangpun, sekuranynya dah tau apa itu strip dan editorial cartoons. Tahun depan dengan tajuk yang lebih menarik dan mudah dibuat untuk penyertaan lebih ramai. InsyAllah.


Ramai yang tak faham dengan genre dan tak ikut tajuk. Nampak sangat masyarakat belum bersedia untuk pertandingan seperti ini. Kebanyakan hanya nak lukis kartun dan kartun hanya lawak, lucu, kelakar dan tak ada apa sumbangan pada agama, bangsa dan negara. Hanya lawak bodoh semata! Pertandingan ni adalah usaha BSLN untuk mendidik masyarakat pasal kartun. Kalo tak buat, lagi la tak tau pasal kartun dan genre kartun. Hanya kartun, tapi sangat mencabar untuk juri memilih dan membuat keputusan.


Menjadi tanggungjawab Balai Seni Lukis Negara membuat/menganjurkan pertandingan Bakat Seni Kartun kerana fungsinya sebagai sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal bekaitan seni tanahair. Penumpuan, perhatian, usaha dan promosi sejak dahulu lebih kepada seni lukis yang lain. Sebut saja seni lukis genre apa, hampir semua disokong penuh oleh BSLN. Setiap hari, minggu dan bulan ada saja pameran kat BSLN. Tapi kartun tak mendapat layanan begitu. Ia dipinggir dan terpinggir…


Bila gua dihubungi dan dijemput dalam perbincangan awal pertandingan ni, gua rasa sangat teruja dan terharu kerana terlibat dalam acara bersejarah dalam industri kartun tanahair ni. Akhirnya kartun “dilihat” juga oleh BSLN walau sebelum ni ada beberapa acara yang melibatkan Dato’ Lat dibuat kat BSLN. Gua menyokong penuh usaha BSLN. Harap ia menjadi acara tahunan yang lebih menarik penganjurannya. Peluang untuk semua melukis kartun dan menghiburkan 1 Malaysia!


Akhirnya setelah lengguh membongkok, mencagkung, mencekak pinggang, menggaru kepala, bepeluh ketiak dan lengguh kepala lutut, pemenang-pemenang yang dicari dalam Kategori 1 bejaya dicari. Sebenarnya susah gak nak tentukan mana nombor satu, dua dan tiga kerana tiada pilihan yang lain. Tak sia-sia ada Tuan Profesor yang menyelesaikan masalah dengan pandangan, kepakaran dan ilmu beliau yang hebat! Ramai yang menghantar karya tapi ramai tu jugak la yang gagal! Apapun terima kasih kerana sudi menyertai pertandingan Bakat Seni Kartun Merdeka 2010. Yang ni plak adalah karya-karya dalam Kategori 2. Ramai yang bebakat dan ramai gak yang mengarut!


Ini antara karya yang mencuit dan kreatif dalam banyak-banyak penyertaan. Bagus. Pelukis ni berusaha lebih dalam menghasilkan karyanya. Tapi kelebihan beliau tidak mempengaruhi juri kerana juri adalah profesional. Antara syarat yang diperhati dalam pemilihan pemenang adalah;

1- menepati tajuk walau lukisan buruk.

2- menepati genre yang dipilih

3- ringkas

4- ada unsur humor


Ni adalah antara karya-karya dalam Kategori 2 yang berjaya ke final. Semua juri mencangkung sambil bebincang memilih pemenang utama yang akan memenangi hadiah utama sebanyak RM3000.00. Kartunis profesionalpun tak dibayar sebanyak ni untuk satu muka A4 hitam putih atau warna. Tapi pelukis amatur bepeluang mendapat hadiah sebanyak ni untuk karya bersaiz A4! Jeles tul gua! Ramai kat luar sana yang boleh melukis. Jadi ambil, rebut dan rampas peluang ni pada tahun depan. Ni la tempat untuk korang show off selain kat majalah humor.


Alhamdulillah, akhirnya tugasan kami berjaya dilaksanakan. Huh, lengguh gak! Tiga pemenang utama dan 10 pemenang saguhati untuk kedua kategori berjaya dicari. Tahniah pada semua pemenang dan terima kasih pada semua peserta. Gua terharu dengan sambutan walau masih kecil/sikit penyertaan. Tak apa la. Yang penting penganjuran pertama pertandingan ni berjaya. Sekurangnya dah ada 255 orang rakyat BolehLand tahu pasal pertandingan Bakat Seni Kartun dan 255 orang tahu pasal genre STRIP CARTOONS dan EDITORIAL CARTOONS walau salah melukisnya. Itu dah cukup baik dalam pekembangan kartun tanahair. Sembang-sembang lepas selesai tanpa air kopi dan karipap pasal masih berpuasa. Semua sengeh-sengeh walau penat.


Dalam muzik ada bebagai genre. Ada blues, jazz, rock n roll, reggea, heavy metal, punk, pop, new wave, thrash metal, death metal, black metal, power metal, speed metal, hardcore, grindcore, metalcore, symphonic metal dan bemacam lagi yang korang lebih arif, pakar, terer dan hebat dari gua. Sama gak dalam kartun. Ada macam-macam genre. Ada satu genre kartun/humor yang sangat popular pada orang tua dan kanak-kanak seluruh dunia. Tapi ramai yang tak tahu apa nama genre humor tu. Genre ni digunakan dengan extreme sekali dalam animasi. Genre apa? Korang cari la sendiri. Har fragin har!

Begini untuk memahami genre yang gua maksudkan.

“ Labu dan Labi sedang jalan-jalan sambil mengutuk sesama sendiri dengan gembiranya. Tetiba Labi tepijak kulit pisang yang dibuang oleh Citah dan GEDEBUAK! Labi jatuh tegolek tesembam dalam longkang. Melihat Labi jatuh, Labu ketawa bedekah kah kah! sampai teguling-guling.”

Biasa tengok adegan/lawak beginikan?

Lawak tu digelar BLACK COMEDY/BLACK HUMOR. Kesakitan orang lain menjadi bahan ketawa. Kerana itu dinamakan BLACK COMEDY/BLACK HUMOR! Mesti korangpun penah gelakkan member yang jatuh, terhantuk blahblahblah.... bagus! bagus! HEH!

Siri animasi The Road Runner, Tom and Jerry, Bugs Bunny, Popeye dan banyak lagi adalah dalam genre black comedy/humor yang sangat diminati di seluruh dunia. Ni antara genre popular dalam kartun dan komik.

Jumpa lagi dalam Pertandingan Bakat Seni Kartun tahun depan. Harap lebih ramai rakyat BolehLand yang rasa terer lukis kartun akan menyertai. Terima kasih pada Balai Seni Lukis Negara kerana menganjurkan pertandingan ini.


Monday, September 06, 2010

SALAM IDIL FITRI

SALAM IDIL FITRI
1431 HIJRAH - 2010


" semoga Allah menerima daripada kami dan menerimanya daripada kamu", yang bermaksud semoga diterima ibadah puasa dan semua amal kebajikan yang dibuat di bulan ramadhan. itulah harapan, moga tidak sia-sia segala amalan kita di bulan ramadhan.

selamat menyambut dan meraikan HARI RAYA IDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN gua ucap dan pohonkan pada semua sahabat yang dikasihi. moga berbahagia, sihat dan selamat.

oh, ya. selamat main meriam buluh. dulu masa kat kampung, memang gua sakan tak ingat main meriam buluh dengan kengkawan. best tul!
heh!

senyum sentiasa

gayour
syawal 1431h


medium;
fabriano water color paper ( 300gm )
bruynzeel aquarel color pencil
dr.ph martin's water color