PAMERAN KARTUN ASIA KE SEBELAS
17 SYAWAL 1428HIJRAH 29 OKTOBER 2007
BUKAN LA ENCIK!
Pagi tu pada 13 Syawal 1428H ( 25 Okt 2007 - Rabu ) encik Padi, Aguri dan gua berangkat pergi dengan menggunakan kenderaan syarikat yang dipandu laju oleh encik Padi ke tempat yang dituju dengan penuh keyakinan 100%! Sampai jer ke Perpustakaan Negara, dengan konfidentnya gua bertanya dengan senyuman manis di bibir pada pengawas perpustakaan. “ Assalamualaikum encik. Tumpang tanye sket. Majlis perasmian kartun asia tu kat mana ya? “ Bukan kat sini la encik, kat Perpustakaan Kuala Lumpur, kat Datarna Merdeka
MANTAP!
Untuk memantapkan lagi lakonan cover malu ni, gua buat-buat eksyen jumpe kawan lama iaitu encik Padi kat tangga Perpustakaan Negara ni. " Eh, kalo tak silap, lu ni kartunis Oren kan? " tanya gua pada Padi. " Eh, u ni.. sampai hati kata i slim cam kartunis Oren! " Mula-mula malu-malu nak betegur sapa dan bertanyakan no hp dan email, tapi lepas tu trus mesra! Mantap sungguh lakonan kitorang ni.
MURNI
Lakonan ditruskan dengan adegan/scence yang kelihatan lebih manja dan mesra kat tangga perpustakaan antara gua dengan Padi. Tanpa skrip dan arahan, Padi menunjuk/menayangkan gelang yang baru dibeli untuk menambahkan keayuan beliau semasa beratur untuk mengambil agihan daging korban di Hari Raya Haji/Korban/Aidil Adha yang bakal menjelang tiba tak lama lagi pada gua. Jelas kemersraan yang telus dan murni antara kami! HEH!
Ini la bangunan Perpustakaan Kuala Lumpur yang kita cari-cari tu Padi. Apa la lu pegi ke Perpustakaan Negara plak! Tak ada akal tul! Akhirnye bejaya gak kita sampai ke sini! Perpustakaan ni betul-betul bersebelahan dengan Dataran Merdeka, kat belakang skren TV besar yang gagal berfungsi masa pelancaran roket Soyuz yang membawa Cosmonut negara kita ke ISS sari dua nak raye hari tu. Memalukan sungguh! Panggil orang ramai datang tengok countdown pelancaran roket kat dataran biar happening la kononnye, tapi HAMPEH! Itu la teknologi canggih yang kita ada kat dataran!
TAK BOLEH NAK CILOK
Sebenarnye melilau gak mencari bangunan perpustakaan ni, lagi kalut masa cari jalan masuk. Kalo dari Jalan Tunku Abdul Rahman dan lalu kat depan bangunan Sultan Abdul Samad, korang tak bleh masuk/belok/cilok ke kanan kat trafic light berhampiran tiang bendera tetinggi yang dibangga-banggakan tu. Korang kena buat satu round about kat depan Masjid Negara, baru bleh cilok masuk ke bangunan yang menempatkan perpustakaan, arkib dan ape ntah lagi namanye. Sampai jer acara dah berlangsung lama. Mungkin nak abis dah. Gua trus ambik gambo kat bawah banner ni seblum masuk ke dalam bangunan dan ke tempat majlis.
SYABAS DAN TAHNIAH!
Memang benar apa yang gua syak wasangka, majlis memang dah nak abis. Masa masuk, Datuk Bandar telahpun berkata “ cakap banyak tak guna, gua rasmikan pameran ni!” Ni lu punyer pasal la ni Padi. Yang lu dengar dan ikut dengan setia segala arahan gua pegi ker Perpustakaan Negara tadi buat apa?
JANGAN INGAT
Tak sempurna rasanye kunjungan ni kalo tak begambo kat pentas perasmian. Gua dan Padi merampas tempat duduk Datuk Bandar dan amik gambo dengan seronoknye rasa dihati pasal lepas ni bleh makan! HEH! Padi memang sengaja tak sarapan pagi ni pasal nak belasah abis-abisan tanpa memperdulikan orang lain! Bagus tu Padi. Jangan ingat kat orang lain!
MESEJ
Ni plak dengan bunting Pameran Kartun Negara-Negara Asia kali ke 11 ni. Tengok tu, pameran ni akan bergerak dan dipamerkan di banyak tempat untuk memberi peluang pada orang ramai sama ada peminat kartun atau tidak untuk melihat
JANGAN DITANGGUHKAN LAGI
Ni la acara sebenar yang ditunggu oleh Padi dan gua sekali. Lihat kemanisan senyuman dan keikhlasan yang terpancar di wajah kami.HEH! Ahhh! Cakap banyak pun tak guna. Ayuh Padi! Biar gua baca doa makan. Lu aminkan jer. Bismillahiramanirahim. Allahumabariklana…
SILA! SILA!
Ingatkan gua dengan Padi termasuk Aguri saja yang akan menghabiskan beehun tu. Rupanya kena share dengan beberapa orang sahabat iaitu saudara Ridzwan dari NST ( kiri ), saudara Zuan dari
YANG MANA SATU?
Baiekk punyer makan, kena serbu plak oleh pelajar-pelajar sekolah yang nakal dan liar. Tepaksa behenti makan ( akan bersambung kemudian… ) melayan diorang. Yang ni pelajar dari Sekolah Kebangsaan Menengah Sri Putri kat PWTC tu. Err... mana satu ni. Sekolah Menengah Kebangsaan ker atau Kebangsaan Menengah Sekolah atau Menengah Sekolah Kebangsaan? Entah la… bila dah nama die Sri Putri, maknanye sekolah pelajar pompuan la. Pasal tu la hanya gua dan Padi jer lelaki kacak kat dalam gambo ni. HEH!
TERBUKA MINDA
Yang bediri kiri sekali tu ialah sorang lagi lelaki iaitu encik Anwar dari Japan Foundation yang merupakan penaja dan penganjur utama acara tahunan Pemerana Kartun Negara-Negara Asia ni. Banyak sungguh jasa berliau terhadap perkembangan industri kartun tanahair walaupun beliau hanya terer lukis kartun lidi! Kelihatan encik Anwar teruja dan merasa sangat kagum melihat keprofesionalan gua melayan adik-adik manisss ni. Bagus gak pihak penganjur dan pihak perpustakaan menjemput pelajar-pelajar sekolah yang berhampiran untuk datang ke majlis/acara cam ni. Biar terbuka minda yang lemah terhadap kerjaya sebagai seorang kartunis atau pelukis!
SAMBUNG BALIK
Setelah habis melayan pelajar-pelajar skolah tadi tu, kitorang sambung balik layan makan ( yang tertangguh tadi ). HEH! Setelah Padi menambah lebih dari tiga kali dan gua terpaksa mengikut untuk menemankan beliau makan, masa untuk melawat kartun/karya yang dipamerankan plak. Ni gua ambik gambo dengan salah satu dari kartun/karya saudara Tazidi yang mewakili
Sebagai bukti gua pernah datang ke Perpustakaan Kuala Lumpur dan ke pameran ni, gua tidak membiarkan buku pelawat ni tebiar kosong tanpa diconteng! HI! I’M GAYOUR, U’RE NOT! 13 SYAWAL 1428HIJRAH – 25 OKT 2006. Ini yang gua tulis. Jangan hanya tandatangan, belasah buat apa yang patut kat buku pelawat yang disediakan. Orang pasti akan behenti, tersengih dan mungkin merasa teruja bila melihat kreativiti kita. Pihak yang menyediakan buku ni tak akan kata apa atau menghalang! Gua sebagai seorang kartunis tidak hanya menandatangan saja, pasti nak melukis kartun sekali. Pegi ke perpustakaan ni kalo nak tengok apa yang gua lukis!
MERAYAU
Salah satu sudut yang menarik perhatian gua untuk bergambar kat dewan/ruang pameran kartun ni. Terus ambik gambar. Kononnye sedang menunggu monorail la tu. Boleh blah! Teringat masa gua kat kampung dulu. Masa Hari Raya. Gua and the gang memang suka merayau ke bandar masa hari raya. Kalo ingat balik memang mengong dan tak ada akal tul perbuatan gua/kitorang merayau kat bandar masa hari raya. Patutnye pegi jalan raya ke rumah saudara mara. Nak enjoy punyer pasal! Yang gua nak cerita ialah kisah masa tunggu bas dari kampung gua nak ke bandar dengan bas. Bukan naik keretapi aa… Masa tu bas yang lalu semua penuh sendat cam ikan sadin! Ramai tul orang pergi ke Bandar! Aduu… la! Tensen tul! Tahan bas mesti tak berhenti!
TAHAN
Hampir semua bas yang ditahan tak berhenti sejak dari pukul 11 pagi tadi. Ni dah pukul satu petang dah ni! Aduu laa… Tak bleh jadi ni! Kitorang mencari akal cam no nak menipu dreber bas tu supaya berhenti bila ditahan walaupun bas dah sendat! Emmm… cam no yo? Maka dapat la satu idea yang hebat iaitu dengan menyorok. Yeah, MENYOROK dalam semak!
SEHELAI
Dengan sorang sobat yang juga seorang kartunis, karikaturis dan pensyarah kat MMU iaitu saudara Sireh yang sampai lagi la lambat dari kitorang! Punyer la lambat beliau sampai, sampai habis beehun dimakan oleh Padi! Beliau tak dapat merasa walau sehelai beehun. Tak ada akal punyer Padi! Beliau hanya sempat makan beberapa hirisan buah belimbing jer. Nasib lu la Sireh! Harharhar!
AGRESIF!
Inilah dia encik Padi yang tak berapa larat nak jalan melihat pameran yang tak la banyak mana. Tu la, kalo makan tu tak ingat dunia. Gua lain… agresif! HEH! Ni kitorang begambo kat ruang legar pameran dengan sebahagian dari karya yang dipamerkan. Korang datang sendri kalo nak tengok. Kat belakang Dataran Merdeka jer. Dataran Merdeka bleh pegi dengan awek atau tengok konset, takkan la Perpustakaan Kuala Lumpur tak bleh pegi? Bleh blah la!
NYIBUK
Saudara Tazidi sedang ditemuramah oleh Aguri ( wartawan G3 ) untuk dimasukkan dalam ruanagan JEJAK KARTUNIS dalam majalah G3. Gua menyibuk dan menyampuk mana yang patut. Nak tau apa yang diborakkan, dapatkan G3 kuaran bulan Disember nanti ya.
TERIMA KASIH
Sebagai rasa/tanda hormat dan menghargai beliau sebagai antara kartunis terawal tanahair, gua tak melepaskan peluang untuk mendapatkan lukisan kartun dan tandatangan beliau. Terima kasih pada semua kartunis awal yang begitu gigih berkarya dan meneruskan usaha kartunis-kartunis yang terdahulu.
TAK KENALPUN!
Ni dia kartunis Tazidi kalau korang nak tau. Pada peminat kartun dan majalah humor tanahair di awal 80an dahulu mesti tahu dan penah membaca karya-karya beliau dalam majalah Gila-Gila bersama dengan kartunis hebat yang lain seperti Zainal Buang Hussein, Jaafar Taib, Don, Kerengge,
AKHIRNYE
Peluang sampai ke sini bukan senang kalo tak ada event cam ni. Kesempatan yang ada gua gunakan untuk bergambo kat tiang bendera tertinggi di
Ini adalah antara jalan masuk ke perpustakaan. Korang mesti tak penah ambik gambo kat jalan ni