Friday, June 20, 2008

BANNER

PROTEST AND SURVIVE
16 JAMADIL AKHIR 1429 HIJRAH - 20 JUN 2008

Gua mendapat jemputan melalui SMS dari Balai Seni Lukis Negara untuk join dalam acara MALAYSIANS 888kt ART BANNER pada 03 Jamadil Akhir 1429 Hijrah – 07 Jun 2008 berminggu yang lalu sempena temasya sukan Olimpik Beijing 2008 pada bulan ogos nanti. Tegedik gak nak join! Gua dimaklumkan tema lukisan lukisan atas banner ni ialah “ SENI MEMUPUK PERPADUAN, MENYEMARAKKAN SUKAN ”

Sebelum lukis atas kain banner yang disediakan, kena tengok dulu banner yang dipasang mengenai program yang dianjurkan oleh Art Expo Malaysia Sdn. Bhd. dengan kerjasama Balai Seni Lukis Negara yang tutut disokong oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan. Kesenian dan Warisan. Antara lain, banner ni dibuat sebagai tanda sokongan dan ucapan tahniah Negara BolehLand terhadap Negara China sebagai tuan rumah temasya sukan Olimpik 2008.

Sepatutnye gua boleh join dalam acara ni tapi apakan daya, ada saja aral melintang. Gua tak dapat datang pada belah pagi bermulanya acara ni. Gua dapat datang pada belah petang. Hampir 95 peratus kain banner telah siap dilukis. Sikit jer lagi yang tinggal. Tak ada peluang gua nak berkarya kat kain banner ni. Sebahagian dari peserta sedang menyiap/menyudahkan lukisan memasing. Jangan keliru. Yang melukis atas kain banner adalah yang kat belah kanan tu, brader belah kiri tu melukis kat atas kertas majung alas meja pasal tak boleh lagi lukis atas kain banner. Sian…Tu la datang lambat lagi! Uuu..uuuu… sama la cam gua.

Tak boleh lukis lagi punyer pasal gua jalan-jalan melihat lukisan-lukisan yang telah siap. Ini adalah salah satu darinya. Mula-mula gua teruja! Tapi bila banyakkkkkk sangat lukisan yang beridentitikan budaya masyarakat Cina atas banner ni, gua mula terperasan… mana identiti Malaysia? Adakah banner identiti budaya masyarakat Cina yang dominan kat banner ni yang akan mewakili masyarakat Malaysia seluruhnya? Banner ni akan dihantar dan dipamerkan kat Negara China. Nanti seluruh dunia akan bekunjung ke negara China untuk menyaksikan temasya olimpik dan akan melihat banner ni dan mereka akan berkata “ oh, begini rupanya budaya masyarakat Malaysia. Sama macam Negara China! “

Tulisan jawi atau seni khat jawi ini pada gua adalah penyelamat banner sepanjang 888 kaki ni. Ini boleh dikata sebagai pengimbang dengan karya-karya lain yang begitu kuat identiti budaya Cina. Memang masyarakat Cina Islam di China sana gak hebat dengan seni khat jawi mereka kerana tulisan jawi adalah bersifat global. Inilah seni khat jawi dari negara kita, Malaysia. Tahniah pada pengkarya-pengkarya hebat ini!

Ini la antara lukisan-lukisan yang telah siap. Perhatikan lagi satu lukisan pokok buluh yang begitu kuat identiti masyarakat Cina kat belah kiri tu. Sama gak kat belah kanan tu. Siapa dengan tulisan Cina lagi. Hampir setiap bahagian banner ni ada karya yang beridentitikan budaya Cina. Entah la…

Salah seorang pelukis old skool yang turut menjayakan acara ni sedang tekun menyiapkan karyanya. Nak tegurpun rasa segan. Tengok tu, pakcik ni menggunakan tulisan jawi dan ada Jalur Gemilang kat bawah tu. Ini la identiti Malaysia yang ditonjolkan oleh pak cik ni kat atas banner. Sekurangnya Jalur Gemilang tu, kerana kebanyakan karya identiti budaya Cina yang gua nampak hampir tiada memasukkan Jalur Gemilang. Apa ni? Kata ini sebagai ucapan dari rakyat/masyarakat Malaysia. Tengok kat sebelah karya pak cik tu, sebuah karya yang jelas beridentitikan seni hias/ukir masyarakat Cina. Ia adalah hiasan pada dinding kuil. Pada gua tak ada langsung semangat sukan!

Lagi seorang pelukis old skool yang masih blum siap karyanya sedang khusyuk berkarya. Rupanya pakcik ni dan pakcik kat sebelah dan semua yang berkarya dengan seni khat kaligrafi jawi adalah dari Persatuan Seni Khat. Kerana itu mereka berkarya dengan tulisan/seni khat atas banner ni. Gua kagum! Rasa nak belajar seni kaligrafi jawi. Lepas amik gambo ni gua sembang dengan brader baju biru gelap/hitam tu pasal seni khat. Beliau adalah salah seorang pengkarya muda yang turut join dalam Persatuan Seni Khat. “Ramai orang salah anggap mengenai seni khat jawi ni” ujar beliau. Kebanyakannya adalah menulis bukan membuat seni khat jawi! Banyak lagi yang kami bualkan. Antara lain mengenai nasib pengiat seni khat yang dipinggirkan oleh pemerintah dan kementerian itu dan ini…. Seronok dapat bekenalan dengan sobat dari cabang seni yang lain.

Bila semua dah selesai melukis, dah kering, banner tu digulung dan dihantar untuk dijahit, kendian baru dipos ke negara China untuk dipamerkan semasa berlangsungnya temasya sukan terbesar di dunia tu kat Beijing nanti. Gua tetap merasa seperti tegigit bijik buah langsat melihat karya-karya yang ada kat kain banner ni dianggap sebagai ‘wakil’ ucapan/penghargaan rakyat Malaysia kepada China! Ia langsung tidak menggambarkan identiti Malaysia walaupun ada beberapa karya ‘penyelamat’ seperti khat dan sebuah karya rumah kampung tradisional Melayu dan sebuah karya yang ada ucapan tahniah dalam bahasa Tamil. Tapi hanya lima peratus! Bila gua bertanya pada brader tu tadi dan beberapa staff Balai Seni Lukis, rupanya peserta-peserta dalam program melukis ni dibawa oleh pihak penanja. Patut la penuh dengan karya beridentitikan masyarakat Cina.. Pihak balai hanya sebagi tempat berlangsungnya program ni. Patut la… Ni adalah dua dari mascot sukan Olimpik Beijing 2008 nanti!

Lama gak tak datang ke Balai Seni Lukis ni. Ada peluang cam ni bleh la singgah masuk tengok pameran sekali. Banner ‘bukan’ identiti Malaysia tu dahpun siap. Blehla tengok pameran plak. Rupanya bukan sekor makhluk mascot sukan olimpik ni, ada lagi sekor warna merah kat tangga/eskelator ke tempat pameran. Tak tau la apa nama beliau.

Lagi dua ekor makhluk mascot ciptaan negara China sebagai tuan rumah untuk temasya sukan olimpik nanti. Tak ada nama yang digantung pada mascot-maskot ni. Mungkin para sobat semua dah tahu semua nama mascot ni. Kalo tak tau, korang cari la sendiri ya.

Sekarang ni gak sedang berlangsungnya Pameran Susur Masa kat Balai Seni Lukis Negara ni. Banyak kali gak gua tengok promosi pameran ni, dah sampai ni patut sangat la gua singgah tengok. Nak balikpun tak boleh, hujan. Tengok pameran la dulu. Sampai jer kat pintu masuk, ada beberapa ciptaan seni berupa batu tergantung menyambut para pelawat/pengunjung. Cam biasa, gua paksa petugas balai untuk mengambil gambo gua ni. HEH!

Pelawat/pengunjung tak ramai. Biasa la, pameran cam ni sapa yang berminat! Kalo buat pameran hantu setan pasti kena serbu balai Seni Lukis Negara ni! Orang kita lebih berminat pada hantu walau nakot pada hantu. Entah la... Suasana tenang dan sangat selesa untuk gua begerak dengan bebas dan liar tanpa gangguan melihat pameran sensorang ikut suka hati gua. Gua mulakan dari bilik pameran tingkat bawah. Ada tiga tingkat pameran Susur Masa ni rupanya. Gua ingatkan satu bilik jer. Setiap bilik ada konsep tertentu. Melihat lukisan-lukisan kat bilik pameran bawah ni saja membuatkan kepala lutut gua dah lomah dah. Aduuuu… ponek eh lak aih!

Yeah! Sangat memenatkan! Gua hanya sempat melawat empat bilik pameran. Dua kat bawah, dua kat aras dua. Bilik yang nombor empat tu tak habih tengok semua lukisan pasal kena halau oleh guard “ sori ya encik, masa lawatan dah tamat!”. Ini adalah sebahagian dari karya-karya yang sempat gua rakam secara curi-curi Ini adalah karya-karya dari tahun 1930an hingga tahun 2000. Ada banyak lagi lukisan-lukisan tahap dinosaur zaman purba yang dipamerkan kat sini untuk dinikmati oleh pelawat/pengunjung. Karya paling purba yang turut dipamerkan dalam pameran Susur Masa ni ialah karya pada tahun 1870/80… cam tu. Kalo nak tengok karya-karya hebat dari zaman purba ni sila la datang ke Seni Lukis Negara ya.

Selain dari mendapat jemputan untuk melukis banner 888 kaki, gua gak mendapat jemputan melalui SMS dari Balai Seni Lukis Negara untuk menyertai “Illustrated Talk on Contemporary Indian Art Scene” oleh pelukis illustrasi hebat dari India iaitu Mr. Jatin Das pada petang ni. Gua orang pertama yang mendaftar! Sementara nunggu belangsungnya majlis, gua pegi minam kopi O, pekena mee hon sup dan beberapa butir kuih muih tempatan yang sungguh mengenyangkan yang disediakan oleh pihak balai. Kena plak hujan masa tu… perghhh! Memang kena sangat pekena kopi O sambil sembang-sembang dengan staff balai dan beberapa orang kenalan pelukis old skool dan yang baru.. Nunggu duta India datang, pasal tu la dekat nak Maghrib baru start. Jahat sungguh diorang ni buat masa Maghrib. Tapi gua tak tunggu sampai abis. Lepas Maghrib gua blah!

Dalam perjalan balik, gua masih tak puas hati dan protes dengan pengisian kat atas banner tu. Lagi satu gua perasan banyak gak karya-karya abstrak. Ni lagi satu hal! Pada gua tak payah la buat karya abstrak walaupun ia adalah salah satu dari cabang seni/lukisan. Gua tak tau sama ada penganjur membenarkan karya abstrak dibuat. Pada gua ia adalah satu ‘penipuan’ yang dilakukan oleh pengkarya yang tidak ahli sebagai seorang pengkarya abstrak yang sebenar dan faham mengenai apa yang dibuat. Palit-palitkan arkilik dan dapat la satu karya abstrak! Adakah sebegitu mudah? Gua bukan pakar abstrak. Tapi kebanyakan yang gua tengok dan lihat, ia memang penipuan dalam berkarya! Entah laa.. gua bukan tak boleh menerima abstrak tapi.. ARGHHHHHH!

Pada gua secara peribadi dan dari apa yang gua tengok, nampak dan perhatikan.... kebanyakan karya yang dihasilkan tidak menepati tema yang diberi. Tak jelas atau hampir tak ada semangat perpaduan apatah lagi semangat kesukanan seperti yang diharapkan. Lagi sekali gua nak jerit ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!

Sunday, June 15, 2008

TOONZ

TOONZ DAY
12 JAMADILAKHIR 1429 HIJRAH - 16 JUN 2008

Kitorang dijemput sekali lagi ke kolej Komuniti Selayang pada zaman sebelum kejatuhan kerajaan Melayu Melaka yang lalu. Jemputan kali ni bukan membuat bangkel cam hari tu tapi sebagai tetamu dalam program/pameran TOONZ DAY yang dibuat oleh pelajar-pelajar kursus animasi. Maka berangkat la encik Padi, Apai, A’an dan gua ke Kolej Komuniti Selayang sebagai memenuhi jemputan pada 23 Jamadil Awal 1429 Hijrah – 29 Mei 2008 yang telahpun berhembus berlalu seperti berhembusnya bunga lalang ditiup angin petang di pinggir sawah yang padinya teruk diserang belalang, siput gondang emas dan tikus!
Entah la...

Ni salah satu ruang yang disedia dan dihias dengan lukisan, illustrasi, karikatur dan poster kartun manual kitorang yang dipinjam oleh pelajar-pelajar yang datang mengambilnya kat opis kitorang hari tu sebagai bahan pengisian dalam pameran yang mereka anjurkan ni. Tempat ni disediakn sebagai tempat untuk kitorang duduk besembang dengan pelajar dan pelawat sambil melukis. Tapi tak duduk langsung kat sini pasal sibuk merayau sana sini.

Selain dari pameran hasil karya pelajar-pelajar tahun satu dan dua, tayangan animasi hasil kerja pelajar-pelajar turut ditayangkan dalam program ni. Karya-karya yang dipamerkan adalah lukisan-lukisan karekter animasi, potret, model dan entah apa ke namanye lagi ntah. Tak ketinggalan buku lakaran pelajar-pelajar kursus animasi ni turut dipamerkan. Ni kitorang sedang menunggu tayangan animasi pendek yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar. Ada yang buat bekumpulan dan ada yang belasah sorang-sorang !

Selepas selesai menyaksikan beberapa animasi pendek, kitorang dijemput plak untuk menyaksikan pameran dan memberi komen dan segala macam lagi yang nak dikata terhadap hasil karya-karya mereka termasuk animasi tadi tu. Memang terlalu lemah apa yang mereka hasilkan. Baik animasi atau karya-karya yang dipamerkan. Banyak sangat kalo nak dikomen. Walau banyak kelemahan, mereka tidak merasa malu atau segan untuk bertanya dan besungguh mendengar komen dari kitorang. Bagus! Tapi jangan hanya dengar, kena bertindak dan lakukan perubahan sekali! Banyakkan buat latihan melukis dan bersungguh la belajar melukis anatomi manusia ( lelaki dan perempuan ) kerana kemahiran untuk menguasai melukis anatomi manusia dan binatang sangat penting untuk menjadi seorang animator yang baik dan hebat! Lagi satu… berseronok la semasa melukis. Setelah selesai komen, hina, kutuk itu dan ini, tiba la masa untuk makan tengahari la plak!

Tu awek yang join makan dengan kitorang tu adalah wartawan akhbar Sinar Harian unit Selayang/Batu Caves yang datang mengambil berita dan amik gambo dalam pameran TOONZ DAY ni ( berita/cerita ni dahpun masuk/keluar dalam akhbar Sinar Harian pada kuaran 31 Mei 2008 yang lalu ). Lupa plak nama beliau. Siapa ya? Gua ni kalo nama orang pompuan memang copek lupo! Lomah minda la kato an. HEH! Korang check la sendiri kat Sinar Harian kalo nak tau nama beliau. Ah, lantak la! Tak baik begaduh depan makanan, ayuh kita maqan Padi. Jangan la difikir, jangan la dikenang… Sila aminkan doa maqan yang gua baca ya.

Pada sesi belah petang ni kitorang diminta menjadi juri petandingan melukis la plak. Lukisan pelajar yang layak ke final telahpun dipilih, kitorang cuma kena pilih tiga pemenang utama jer. Aduuu laa… Macam kat Pasir Gudang hari tu, nak pilih pemenang bukanye susah sangat. Masalah besarnya ialah untuk memilih siapa yang kalah! Haru biru sungguh! Tepaksa la kitorang begaduh untuk mempertahankan pendirian tegas memasing dan setelah bemasam muka, keputusan dibuat gak. Leceh tul la kalo jadi hakim ni. Setelah keputusan petandingan melukis diumumkan dan hadiah disampaikan pada pemenang dan sedikit ucapan itu dan ini, gua memaksa pengacara majlis memberi ruang pada gua untuk bercakap yang akhirnya mendatangkan kesal ya amat pada pihak penganjur kerana gua bercakap tanpa henti melebihi dua jam yang menyebabkan semua hadirin tertidurrrr dengen lenanya. Har fragin har!

Kesempatan bercakap gua gunakan apa lagi kalo tak promo buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR pada pelajar dan pensyarah yang hadir. Kelemahan ketara pelajar adalah melukis anatomi manusia. Memang la lukis kartun, tapi untuk menghasilkan karekter kartun yang baik, cantik, hebat dan comel, mesti tahu dan mahir melukis anatomi! Buku gua ni memberi panduan mengenainya. Temasuk pegerakan dan mimik muka yang perlu dipelajari dan menjadi mahir dengannya. Buku gua hanya memberi panduan, untuk menjadi lebih mahir dan hebat tiada jalan mudah melainkan melalui latihan melukis yang beterusan! Bukan nak kata buku gua ni bagus sangat, tapi ini la pilihan yang gua beri untuk semua pelajar dan siapa saja rakyat BolehLand yang beminat pasal kartun. Orang tak boleh kata,
" tak ada ker buku cara melukis kartun buatan kartunis tanahair kita?"

Terima kasih atas jemputan. Selamat maju jaya dan berjaya pada semua pelajar.
Berseronok la masa melukis!

Wednesday, June 11, 2008

SUKA-SUKA

SUKA-SUKA TAPI TAK LUPA
08 JAMADILAKHIR 1429 HIJRAH - 12 JUN 2008

Hari tu pada zaman dinosaur Tyranosaurus Rex menjadi raja pemerintah giler kejam tak ada akal, kitorang team illustrasi dan g3 mendapat jemputan membuat promosi kat Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor Bahru bersama dengan Unregister High School ( UHS ) yang diketuai oleh A’an Budak Baik dan band BLIZ pada bulan lepas. Program ni kitorang namakan SUKA-SUKA TAPI TAK LUPA. Lama tul baru gua ada masa nak masukkan entri ni. Ya la, sejak dari zaman dinosaur la katakan. HEH! Nipun setelah berhari-hari gua taip sket-sket. ARGHHHH! Apa nak buat, ada banyak kerja yang perlu dibuat dan disiapkan. Pihak pengurusan kompleks yang menjemput kitorang bagi buat apa saja aktiviti sarkas atau program di sepanjang hari tu. Korang belasah la apapun! Memang banyak program yang kitorang susun, rancang dan propose. Selain dari membuat jualan, promosi majalah g3, dalam program ni gak diselitkan acara PELANCARAN TAK RASMI buku PANDUAN MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua! Enjoy!

Kitorang sampai lewat petang dan trus ke kompleks Pusat Bandar untuk melihat tempat, suasana dan stage tempat kitorang akan menjalankan segala aktiviti yang telah dirancang esok. Pihak pengurusan kompleks dah hias stage dengan backdrop yang cantik walau ada beberapa kesilapan pada banner/backdrop tu. Tak kisah la. Kira okey dah tu. Melihat cover buku gua kat backdrop tu dah cukup mengharukan hati….

Lepas tu trus check in and check apa yang ada kat dalam bilik rumah tumpangan bermalam, mandi dan golek-golek jab atas katil sambil tengok tv channel Singapura yang telah merampas pulau Batu Putih. Lepas Maghrib kitorang ramai-ramai kuar maqan. Makan tak la hebat manapun, biase jer. Syukur alhamdulillah. Masa nak balik, gua lupe nak bayar otak-otak yang gua bedal. Sori la encik. Lupoooo!

Esoknye setelah tidur dengan lena seperti bayi kekenyangan susu ibu, setelah breakfast kitorang trus check out and get lost dari rumah tumpangan ke Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang untuk tugasan dan program yang telah dirancang pada hari ini. Ini la barisan anggota kabinet kartunis/illustrator yang baru. Dari kanan ialah YB Niezam, diikuti oleh YB Padi. Yang berbaju biru dan paling tua sekali tu bukan yang berhormat, tapi hanya seorang rakyat kebanyakan saja iaitu encik Bella sedang bersedia untuk melayan siapa saja yang datang. Selain dari signature kat majalah atau produk lain yang dibeli, kitorang gak membuat karikatur untuk pengunjung yang berminat.

Cam yang gua kata kata atas, salah satu acara dalam program kitorang seharian kat sini ialah majlis pelancaran tak rasmi buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua. Ini la mock up cover yang diprint untuk acara tu nanti. Mungkin cover buku gua ni tak cukup besar tapi kira okey la sebagai promosi pada rakyat kat Pasir Gudang mengenai buku yang gua buat. Harap lepas ni ramai yang tahu dan membeli. Yang penting ILMU mengenai kartun akan bekembang…

Gua tak tahu sampai bila acara MEWARNA atau MELUKIS yang biasa dan selalu dibuat kat mana-mana program akan beterusan. Mungkin hingga ke penghujung usia dunia selagi diadakan. Gitu gak dalam program kitorang ni. Salah satu dalam banyak-banyak acara yang diatur ialah pertandingan MEWARNA untuk kanak-kanak. Satu program/acara/aktiviti yang paling mudah untuk membuatkan acara menjadi happening dengan kehadiran kanak-kanak.

Buat pertandingan melukis atau mewarna, pasti ramai ibu bapa yang akan menghantar anak-anak mereka menyertainya. Tak kisah la sama ada untuk suka-suka, sebagai pendedahan pada anak-anak, memenuhi masa lapang sekeluarga atau memang nak menang! Kelihatan empat orang juri yang tidak perlu dipertikaikan akan keprofesionalan mereka sedang begaduh sesama sendiri masa proses memilih siapa yang kalah! Yeah! Begaduh masa memilih lukisan siapa yang patut dikalahkan! Entah la…

Setelah berhenti rehat acara disambung semula pada sebelah petang. Masa ni makin ramai pengunjung yang datang temasuk mak bapak yang membawa anak-anak mereka dalam pertandingan mewarna tadi. Diorang memang tak balik lagi pasal nak tunggu keputusan pertandingan mewarna. Petang ni acara untuk pelancaran buku gua la plak. Gua memilih lima orang anak-anak join gua atas pentas untuk melaksanakan acara pelancaran gilang gemilang pelancaran tak rasmi buku gua. Berebut-rebut diorang supaya dipilih pasal diorang tau siapa yang dipilih pasti akan dapat hadiah. “ Saya bang! Saya ada kakak cun bang!” Jangan buat saya mengamuk! Saya kalo marah, habih saya runtuhkan bangunan pasaraya ni bang! Buarghhhh!" Dengan berkata begitu la adik tu berjaya menambat hati juri dan menjadi peserta pertama yang berjaya dipilih. Nakot punyer pasal...

Nampaknye juri telah diauta bulat-bulat oleh adik yang berkata “ saya ada kakak cun bang “. Tengok la sengeh adik tu. Tau dah beliau mengauta juri berambut panjang sebakul tu hidup-hidup! Uuuu..uuu… Entah la budak-budak zaman sekarang. Tapi tak kisah la! Pencarian wakil kanak-kanak seterusnya diteruskan walau makin ramai anak-anak yang menggunakan trick yang sama cam adik tadi tu. “ Saya ada kakak paling cun kat Pasir Gudang ni bang! Beliau blum kawen lagi. Elok la pilih saya bang!” Juri hampir tepengaruh sebenarnye dengan kata-kata manis tu…

Akhirnya lima orang wakil kanak-kanak berjaya dipilih setelah semuanya menggunakan ayat power yang sama. Nak buat cane, juri memang berhati lembut. Jiwa sensitive, mudah tersentuh. HEH! Ini la barisan kanak-kanak yang akan menyumpurnakan acara pelancaran tak rasmi buku gua kat Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang ni. Semua sedang tekun mendengar penerangan dari gua mengenai apa yang perlu mereka lakukan sebelum boleh mengambil hadiah masing-masing.

Sebagai penghormatan pada golongan kanak-kanak, gua menjemput dan meraikan mereka sebagai tetamu paling dihormati dan dikasihi untuk melancarkan buku gua. Generasi ini la yang akan menyambung segala kerjaya yang telah sedia ada pada hari atau kerjaya baru termasuk sebagai seorang kartunis. Segala ILMU pengetahuan mengenai setiap kerjaya itu perlu diperturunkan pada mereka agar berILMU, berdisplin, amanah, bertanggungjawap dan yang lebih penting beriman terhadap kerjaya pilihan mereka nanti. Apa yang perlu mereka lakukan seorang demi seorang ialah mengoyakkan sedikit demi sedikit kertas overlay yang menutup cover mock up buku gua tu sehingga habis dan semua pengunjung akan dapat melihat cover buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua. Kelihatan adik yang mengauta gua dengan ayat power beliau tadi sedang menjalankan tugas beliau mengoyak kertas overlay tu walau terpaksa bejengkit kaki! Tu la nak sangat dipilih naik ke pentas!

Hampir habis dikoyak semua kertas overlay dan makin jelas kelihatan cover buku gua untuk dimuaturun ke dalam memori semua ibu bapa dan pengunjung yang ada dalam acara pelancaran tak rasmi, kecik-kecilan, ringkas, bajet ciput dan di tempat yang tak la grand mana ni. Gua tak kisah kat tempat manapun asalkan buku gua ni diketahui oleh semua rakyat BolehLand dan mereka pergi mencari dan membelinya.

Akhirnya majlis pelancaran buku gua bejaya dirasmikan oleh lima orang kanak-kanak kat Pasir Gudang ni. Ini la rupa cover buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR untuk pengetahuan dan makluman semua yang hadir. Moga buku gua ini memberi sedikit panduan, kefahaman dan ilmu pada siapa saja yang berminat untuk melukis kartun. Moga ibu-ibu dan bapak-bapak yang hadir terbuka minda mengenai kerjaya sebagai seorang kartunis. Melukis kartun bukan semudah yang disangka ya. Kena belajar dan berILMU mengenainya. Seperti juga kalo nak jadi seorang tukang masak, tukang jahit, tukang tampal tayar beskal… semuanya kena belajar dulu. Kena berILMU mengenainya untuk menghasilkan suatu yang berkualiti dan menjadi hebat! Sama gak dengan kartun. Kena belajar dulu. Tapi kebanyakan orang mengganggap lukis kartun ni senang. Apa hal plak nak belajar? Lukis jer seperti yang kita nampak/tengok kat pondok telefon atau dinding tandas awam! Kerjaya yang lain kena belajar, tapi kalo nak lukis kartun, belasah jer ikut nafsu serakah! Sungguh tidak adil! Lagi sekali… moga buku yang gua buat ini membantu. Oh, ya, kat sebelah kanan tu ialah encik Soya. Seorang kartunis, karikaturist, ahli muzik, M.C., badut, ahli sarkas, ketua darjah dalam UHS dan seorang penyanyi yang tak berapa best! HEH!

Terima kasih banyak-banyak pada semua adik-adik yang merasmi dan melancarkan buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua. Moga adik-adik semua berjaya dalam pelajaran, dalam hidup dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Sila amik hadiah memasing ya.

Setelah abis acara perasmian buku gua, persembahana dari band BLIZ dan pesembahan sarkas oleh A’an, Soya dan Din Belon kat pentas, sampai la ke acara pengumuman pertandingan mewarna dan penyampaian hadiah pada pemenang yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak yang mengambil bahagian lebih-lebih lagi mak bapak diorang. Memilih pemenang tak la susah mana, tapi nak pilih sapa yang kalah paling mencabar sekali. Kitorang para juri begaduh kerananya! Entah la… pelik sungguh dunia ni! HEH! Apapun tahniah pada semua yang menang. Pada yang tak menang tu… rasakan! Har! Har! Har! Kalah dalam pertandingan mewarna bukan bererti berakhir atau musnahnya hidup.

Ini la team ( illustrasi/g3 ) kitorang yang turun ke Pasir Gudang hari tu begambo dengan mock up cover buku gua kat atas pentas setelah berakhirnya acara.

Nama jer acara dah abis tapi kat gerai kitorang acara jual, beli dan lukis blum berakhir lagi. Sebahagian dari pengunjung yang tak puas hati kerana tadi kitorang sibuk kat atas pentas memaksa kitorang melukis walau pasaraya dah nak tutup dah! Kitorang nak balik ni encik! Penat giler ni! Uuuuu..uuuu… Ah, tak kira! Lukis gak karikatur gua!


Lagi sekali sebelum balik, begambar dengan beberapa orang kakitangan pengurusan pasaraya yang sangat membantu, menyokong dan melayan kitorang dengan begitu baik sekali. Sebelum balik, kitorang dipaksa makan malam dulu oleh pihak pengurusan. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih orang Pasir Gudang. Jangan lupa dapatkan majalah g3 dan buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua. Jumpe lagi.

Program sarkas dan acara pelancaran tak rasmi buku gua ni telah berlangsung kat Kompleks Pusat Bandar Pasir gudang pada 11 Rabiulawal 1429Hijrah - 17 Mei 2008 zaman purba yang lalu…

Wednesday, June 04, 2008

UBAH LA...


JANGKAKAN SUATU YANG DI LUAR JANGKAAN!
01 JAMADILAKHIR 1429 HIJRAH - 05 JUN 2008


Apa nak dikata? Satu Negara tejezut tak ingat dengan berita dan tindakan berhemah dan mesra rakyat kerajaan selepas pilihanraya dengan menaikkan harga minyak tanpa belas! Kita tak dimaklumkan sebagai persiapan awal mengenai kenaikan harga minyak ni dan bila akan dilaksanakan. Berita panas ni gua tahu petang semalam dari sorang sobat di saat-saat akhir sebelum pengumuman. Malam tadi tengok tv, pengumuman mengenai tindakan ‘ terpaksa ‘ kerajaan ni trus berkuat kuasa pada semua rakyat BolehLand! Hampir semua tekelu, tak tau nak cakap apa… walau ada beberapa janji manis diberi semata untuk menyedapkan hati rakyat Boleh Land atas tindakan ni. Menunjukkan kononnya kerajaan BolehLand sangat prihatin terhadap rakyat yang berpendapatan rendah. Malam tadi masa balik, gua sempat merakamkan beberapa gambo kesesakan rakyat BolehLand mengisi minyak kenderaan memasing kat beberapa stesyen minyak dengan harga lama sebelum berkuat kuasanya harga minyak baru bermula pada 12.01 tengah malam! Kenaikan yang melampau sungguh! Ini la kenyataan dan kita sebagai rakyat BolehLand akan trus begelut meneruskan hidup…

Rakyat jelata BolehLand berpusu-pusu untuk mengisi tangki minyak kereta, lori, motorsikal memasing dengan pengumuman dan tindakan ' mesra rakyat ' kerajaan BolehLand menaikkan harga minyak!

Gua rasa nak isi minyak gak lepas buat itu dan ni. Tapi tengok rakyat BolehLand macam tak ingat dunia berebut-rebut nak isi tangki minyak kenderaan memasing, hilang selera gua nak beratur nunggu giliran...

"UBAH LA CARA HIDUP!" Itu la kata kerajaan BolehLand pada kita semua rakyat marhein. Dah berapa kali dah kita dengar kata-kata yang sangat menyakitkan hati ni bila setiap kali berlaku kenaikan barang keperluan itu dan ini.
"UBAH LA CARA HIDUP"
Sedangkan mereka semua menteri dan timbalan menteri tak tejejas apa-apapun kerana sara hidup mereka ditanggung oleh kita rakyat yang membayar cukai. Kita sebagai rakyat BolehLand yang terpaksa menanggung semua beban ini...

kita terpaksa membuat tindakan ini kerana kenaikan harga minyak dunia!
kita terpaksa kerana tidak mampu lagi memberi subsidi minyak walau kita adalah antara negara pengeluar minyak dunia!
kita terpaksa kerana negara lain menaikkan harga minyak mereka. kita ikut la!
kita terpaksa setelah semua jemaah menteri bersetuju!
kita terpaksa kerana kalau tak macam mana negara nak kayooo?
kita terpaksa kerana.... blablablablaaa....

kita terpaksa membayar sebagai rakyat negaraku BolehLand yang bertuah!

kita memasuki bulan JamadilAkhir dengan berita, cerita, kisah dan suasana yang sungguh tidak menyeronokkan. rasa macam nak mencarut!
moga kita semua bersabar dengan dugaan hidup ini...