Wednesday, May 09, 2007

PESTA BUKU 2007



PESTA BUKU ANTARABANGSA 2007

27 APRIL 2007 - 06 MEI 2007

Tahun ni Kumpulan Karangkraf bikin gempak habis kat Pesta Buku 2007 dengan menyewa satu dewan khas untuk semua produk Kumpulan Karangkraf dan anak-anak syarikat Alaf 21 dan Buku Prima. Semua ada kat sini. Korang yang pegi dan singgah kat Pavallion Karangkraf hari tu tau la apa yang ada temasuk la kitorang team KARTUNIS majalah G3.

SELAMAT DATANG
Gua datang betugas pada hari kedua pesta buku. Hari Sabtu bemula dari pukul 10.30 pagi hingga pukul 2.00 petang. Tak larat lama-lama weii! Ni gua baru sampai ke PWTC kat pintu masuk ke dewan pameran semua produk Kumpulan Karangkraf. Tu dia! Gempak habih!

MURAL KARIKATUR
Sampai jer, Kobis Bunga dan Niezam dah sampai dulu. Diorang masih lepak-lepak. Guapun merayau-rayau gak. Pengunjung blum berapa ramai dan kebanyakan yang ada masih membelek-belek buku/majalah dan bekeliaran di seluruh kawasan Pavallion pameran kerana rasa teruja dan kagum dengan hiasan mural dan salah satunye dengan karikatur kartunis yang gua ambik gambo ni. Kartunis Padi yang lukis. Kelihatan karikatur kartunis A'AN, encik PADI sendiri dan gua. HEH! Sayang sket karikatur kitorang yang besar bagak ni agak tinggi kedudukannye. Kena menongak kepala nak tengok. Tapi kira okey la!

NAGA BERAPI
Nampak jer gambo kat mural ni, gua berhenti dan trus ambik gambo lukisan kartun siri NAGA BERAPI yang gua buat dalam majalah G3. Ada banyak lagi kartun-kartun loose semuka cam ni dijadikan mural.

MAT ROCK CINTAN
Yang bi plak siri kartun MAT ROCK CINTAN yang juga gua buat untuk G3. Bepinau kepala gua nengok semua mural yang ada. Ada yang tak perasan pasal besar sangat!

KARIKATUR
Lagi satu karikatur kartunis G3 yang dilukis oleh encik Padi yang dijadikan mural. Kelihatan karikatur kartunis JAMB, KOBIS BUNGA dan NIEZAM sedang beraksi!

BELEK JANGAN TAK BELEK!
Ramai yang membelek-belek dulu semua buku dan majalah yang ada seblum beli cam adik ni. Punye la syok beliau membelek sambil membaca majalah G3. Tak tau la pas tu beliau beli atau tak pasal pas amik gambo beliau gua trus blah!

Ni la bahagian bawah mural lukisan kartun yang sempat gua paksa sapa ntah ambikkan gambo gua. Kat bahagian atas adalah karikatur. Masa ni kalo nak baca kartun-kartun ni pun senang.

HEY YOU!
Pas abis tugas, gua pun sempat la merayau-rayau jab. Manusia dah mula ramai tak ingat masa ni. Nak jalanpun susah! Pada yang ada anak kecik tak payah la usung stroler kat tempat cam ni. Buat marah/susah orang jer nak jalan. Dukung jer anak tu! Sempat singgah jab kat booth/gerai KLP syarikat penerbitan komik tempat baru saudara Faizal dan Aura keje skang ni. Ni besama dengan kengkawan pelukis komik dari KLP Tu, Faizal nombor lima dari kiri yang tejenguk-jenguk leher tu! Apa la lu Faizal! Kat sini gak gua jumpe dengan kartunis LALANG dan MANGGIS dari majalah UJANG. Kitorang lunch sesame sambil hina menghina! Betambah comel abdomen encik Manggis cam encik Padi gak! HAR FRAGIN HARR! Seronok sekali-sekali dapat jumpe kengkawan lama. Sayang tak sempat abik gambo dengan beliau. Lain kali la ya encik Manggis.

MEMBER LAMA
Hari kedua gua datang betugas - 29 April 2007, Ahad. Hari ni pengunjung makin ramai. Lenguh tak ingat tangan gua. ARGHH! Sempat amik gambo lagi kat mural kartun ni. HEH! Nak jalan tengok buku yang bekenan di hatipun susah! Gua trus call encik MANGGIS nak jumpe beliau dengan encik BAWANG. Lama tak jumpe encik BAWANG . Gua lepak tunggu diorang kat bahagian stage tempat perasmian dan segala macam aktiviti dari syarikat-syarikat penerbitan buat promo dan launching product diorang.

ARGHHHH!
Masa gua lepak tunggu Manggis dan Bawang kat kerusi yang banyak-banyak tu pas abis promosi dari KLP, kat stage ada persiapan untuk aktiviti strusnye. Tetiba salah sorang dari diorang yang buat persiapan tu datang ke arah gua dan trus tarik gua duduk kat kerusi VIP depan! Ah, sudah! Apa hal plak ni? Lu silap orang ni brader. '' Jangan banyak cakap brader Gayour, duduk saje kat depan tu... '' tegas beliau sambil menolak gua dari belakang. Alaaa... apa la punye malang nasib gua ni. Kalo nampak kat encik Manggis dan Bawang ( dan kengkawan lain yang memang tunggu peluang nak kutuk ) mesti diorang sorakkaan gua. Alaaaaa....! Tepaksa la gua duduk dan menyaksikan persembahan dari Persatuan Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia ( kalo
tak silap gua... ) tarian dan nyanyian '' Bunga Rampai ". Best gak. Heh!


NAKOT
Ni la rupe gua yang sedang tertekan tak ingat! Rasa nak nangis dan nakot sungguh. Kalo la Jamb nampak, habis la kerjaya gua sebagai kartunis! Nasib
baik beliau tak datang pasal balik kampung. Selamatttt gua... hehehe!


BUNGA RAMPAI
Hari tu masa kat Tok Bali dapat bunga rampai masa bangun bersalawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. kat rumah pok cik tu. Kat sinipun dapat gak satu uncang bunga rampai masa tarian dan nyanyian Bunga Rampai. Alahaiii... Tapi keharuman bunga rampai ni tak dapat lawan keharuman, kewangian, keaslian bau wangi bunga rampai Tok Bali! Apapun tq.

SENDAT
Cam ni la keadaan lebih kurang kat dalam Pavillion Karangkraf masa tu. Padat, sendat, tak muat dengan pengunjung! Cam no orang tak hangin kalo ada yang menolak stroler masa ni? Entah laa...

PABILA BELIAU...
Hari ketiga gua datang betugas pada cuti Hari Perkerja dengan kartunis JAMB. Sebenarnye nak begambo dengan kartunis JAMB saja, tapi kedua orang awek tu plak menyibuk! Tepaksa la amik gambo diorang skali. HAR FRAGIN HARR!

MAGIK
Ni la encik Jamb pelukis siri Pabila Binatang Bersuara yang kononye terer
buat magik tu dari pandangan sisi. Tak best langsung! Penipu je kerje beliau
ni dengan magik beliau! Jaga kao Jamb! Nanti gua belajar magik kat lu, pas
tu gua buat magik balik kat lu. Biar lu rasa plak kena tipu! Hahaha! Baru
puas hati gua masa tu!


TERIMA KASIH
Hari keempat dan dua hari terakhir sebelum abis Pesta Buku gua datang betugas dengan Niezam. Banyak rombongan pelajar sekolah dari jauh yang datang hari ni. Tima kasih adik-adik semua yang sudi membeli dan besembang-sembang. Moga berjaya!


SORE THROAT
Penat sungguh! Hari ni gua dah mula batuk-batuk, sakit tekak, suara dah berubah cam suara penyanyi DEATH METAL! Seluruh sendi dah mula lenguh-lenguh. Arghhh! Nak sakit gua ni..

JUMPE MUNG!
Sebelum balik gua sempat jalan-jalan kat tingkat atas tengok-tengok buku mana yang bekenan di hati. Tak bleh lama. Kepala dah bedengung! ARGHHH! Pusing kuar tesempak plak dengan kartunis LEPAT! ( dua dari kanan ) Heloooo... jumpe mung di nung! Hahaha! Beliau bukan sorang, rupenye dengan kartunis CIKU
( kanan sekali ) sedang tunggu kat tangga. Apo kaba jang? Sedang syok borak-borak, tesempak plak dengan Faizal dan Roy. Trus paksa Faizal ambik gambo gua dengan saing-saing lamo gua ni.


Patutnye hari terakhir gua datang betugas lagi tapi kuasa tuhan menentukan segalanye. Gua tak bleh nak pegi. Gua benar-benar tak larat. Seluruh badan sakit. Batuk makin tak bleh control. Kepala bedengung. Muka tegang merah menyala... Yang paling teruk sekali bahu tangan kanan gua sakit ya amat! ARGHH! Gua tak sihat. Maaf pada semua... Kali ni sebuah buku cerita Hikayat Sang Kancil pun gua tak sempat nak beli. Memang ada beberapa buku/majalah yang gua dah rancang nak beli pada hari terakhir kerana gua rasakan itu saja kesempatan yang ada walaupun empat hari gua datang ke Pesta Buku. Apakan daya tuhan maha berkuasa....

RINDU

RINDU HATIKU TIDAK TERKIRA
22 Rabiulakhir 1427 Hijrah - 100507M

Tanjong Katong airnya biru
Tempat mandi nak dara jelita
Sama sekampung hai sedang diRINDU
Inikan lagi jauh di mata..

Nak Dara Rindu - Tan Sri P. Ramlee

RINDU hatiku tidak terkira
Terkenang orang yang jauh
Yang selalu bermain di mata
Ibarat kumbang RINDUkan bunga...

Rindu Hatiku Tidak Terkira - Tan Sri P. Ramlee

'' walau di mana aku pergi, aku berada... kau tetap akan ku ingati dan
ku RINDUi. kau sentiasa di hatiku... ''

Kata-kata ini dah berapa ratus ribu juta kali kita dengar dan ucapkan...
sebanyak pasir di pantai, sebanyak bintang yang bertaburan di langit!
Walau sebanyak itu, kita akan terus mengucapkan kata-kata ini tanpa jemu
pada yang diRINDUi, yang diingati dan dikasihi...

Hari itu masa gua on the way ke Pesta Buku, dengar la satu siaran
radio ( yang gua rasa korang tak beminat nak dengar siaran ni! HEH! ) Dalam satu rakaman pendapat dari pendengar siaran radio ni, ada la sorang tu cakap begini '' bila dengar lagu-lagu yang disiarkan, HILANG rasa RINDU ni pada... '' Dengan pantasnye kepala hotak gua terfikir sesuatu yang entah ape bende ntah!
Apa yang orang ni cakap. Kenapa beliau cakap cam tu. Apa maksud beliau. Adakah beliau sedar apa yang beliau cakap? Yeah! Apa maksud sebenar beliau bekata begitu. Adakah segala janji yang diucap untuk SENTIASA mengingati dan meRINDUi orang yang disayangi selama ini dengan mudahnye ingin diHILANGkan dengan hanya mendengar lagu? Lepas abis lagu tu, RINDU
dan ingat balik! WHAT THE....

Adakah RINDU yang sentiasa kita jaga dengan tertip, disimpul kejap,
tepahat di hati, bebekas umpama parut yang dalam, lekat umpama paku
di papan, segar dan sentiasa di ingatan terhadap yang tersayang ingin
kita HILANGkan?
Gua tak faham. Sedangkan banyak senikata lagu seperti lagu-lagu
Tan Sri P. Ramlee ( sori.. korang lebih terer pasal lagu/lirik lagu-lagu pop terkini yang becakap pasal RINDU-RINDUAN ni kan ) yang terang-terang menyatakan mengenai suci dan telusnye sebuah RINDU. Adakah keRINDUan kita pada kampung halaman, ibubapa, nenek, atuk, saudara mara dan keluarga yang jauh, kawan-kawan, sekolah, sawah padi, ayam, kambing, lembu, itik, arnab, beruk petik buah kelapa, kebun pisang, sungai, laut, pokok ketapang, pangkin atau simpang tempat lepak bawah pokok beringin, jembatan, motor buruk, basikal buruk, kebun getah, ladang sawit, jeti, bot, sampan, perhentian bas, keretapi dan segala macam lagi yang boleh jadi punca/sebab RINDUnya hati kita bila teringat/terkenangkan semua itu ingin kita HILANGkan dari ingatan walau sesaat dengan mendengar sebuah lagu?

Sedangkan bila teringat semua tu, rasa RINDU di hati makin kuat, makin menjadi-jadi. Dada, jantung, paru-paru akan bedebar dan bedenyut tak menentu, hati betambah sayu, menjadi semakin syahdu kerana RINDU! Bila tengok sungai atau laut aku teringatkan dirimu. Bila makan pengat pisang, RINDUku makin membuak-buak seperti lahar gunung berapi. Bila hujan, RINDUku makin menjadi-jadi padamu, bila tepandangkan kambing-kambing sedang makan rumput dengan tenang di padang, aku trus tersenyum teringatkan kamu dong ahh!

Hey! Korang faham tak apa yang gua maksudkan ni? Adakah korang
mengerti keluh kesah hati gua ni? Ahhh, lantak la! Tu korang punye pasal!
Tapi adakah kita akan trus bekata begini...'' hilang sket rasa RINDU bila dengar lagu tu... '' Atau sepatutnye kita bekate begini '' RINDU hatiku padamu betambah rakus gile mengganas tak ingat setiap kali aku mendengar lagu tu! '' Lagi sekali gua betanye... adalah benar RINDU itu ingin diHILANGkan walau sesaat? Pada hal kite telah berkata dan berjanji '' kau SENTIASA segar dalam ingatanku walau di mana aku berada. aku akan SENTIASA mengingati dan meRINDUi mu! Trust me babeh! '' HEH!

Gua truskan perjalanan dengan persoalan ni melekat pekat, likat
dan hitam kat kepala hotak gua hingga ke hari gua menulis bende ni!
Entah ape kebende yang gua fikir! ARGHHH!


'' rindu hatiku tidak terkira... ''

Sunday, April 15, 2007

KAMI CINTA RASULULLAH S.A.W.

KAMI CINTA RASULULLAH S.A.W. IV

Hari ini adalah hari ISNIN bersamaan dengan 28 RABIULAWWAL 1428 HIJRAH ( 16 April 2007 ). Kita berada di penghujung bulan Maulid, bulan keputeraan Rasulullah S.A.W. yang dikasihi. Tapi hari Isnin sekarang ni telah menjadi hari yang dibenci dan tidak disukai oleh ramai orang. Kenapa agaknye ek? Kita biasa mendengar dan mungkin penah berkata begini " I HATE MONDAY! " dengan bangganye pada hari Isnin dalam bahasa Inggeris. Kenapa bekata begitu dalam bahasa Inggeris tidak dalam bahasa Melayu? Kenapa tak kata
" AKU BENCI HARI ISNIN " dalam bahasa Melayu. Adakah bunyi sebutannye pelik atau tak sesuai? Gua tak tau. Persoalannye sekarang, kenapa benci pada hari Isnin? Apa salah hari Isnin pada kita. Adakah kerana ( antaranye ):

1 - Kita telah becuti selama dua hari. Pegi berseronok dengan keluarga atau kengkawan dan kemudian merasa penat giler tak ingat kerana aktiviti yang dilakukan atau memandu jauh dan sebagainye dan besokknye kena pegi kerja/sekolah dan kerana itu kita bekata " I HATE MONDAY! "
2- Dah cuti dua hari pasal tu liat/malas giler nak memulakan kerja/persekolahan hari pertama pada minggu ini. Kerana itu kita kata
" I HATE MONDAY! "

3 Cuti dua hari, bleh bangun lewat ( tinggal solat Subuh ) Bila tiba hari Isnin kena bangun awal, kena pegi keje, pegi sekolah. Pasal tu la " I HATE MONDAY! "
4- Cuti dua hari, tak perlu kelam kabut nak pegi keje. Tak kena hadap traffic jam. Tapi bila hari Isnin kena hadap semua tu balik, maka kuar la kata-kata " I HATE MONDAY! "
5- Kerana pada hari Isnin biasanye ada meeting atau assembly pada pelajar sekolah. That's why " I HATE MONDAY! "
6- Kerana saje suke-suke bekata " I HATE MONDAY! " kerana bunyinye yang cool dan ramai kengkawan bekata begitu bila hari Isnin. Cool mannn!
7- Kerana itu adalah gaya hidup/style hari ini. Mesti cakap dalam bahasa Inggeris " I HATE MONDAY! "

Tak tau la apa sebab sebenarnye. Tapi tahukan korang bahawa hari ISNIN merupakan hari KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD S.A.W. Hari Isnin merupakan hari yang sungguh mulia, bermakna, bersejarah dan hebat pada kita orang Islam yang beriman dan merupakan rahmat pada seluruh dunia dengan keputeraan Rasulullah S.A.W. Jadi adakah patut kita yang tak tahu dari mana ASAL USUL perkataan, perbuatan sebutan " I HATE MONDAY! " menerima bulat-bulat dan trus mengamalkan menjadi budaya dalam kehidupan kita sebagai orang Islam?

Apa kena mengena plak hari Isnin dengan keputeraan Rasulullah S.A.W.?
Musuh-musuh Islam dari dulu hingga sekarang memang sentiasa mencari jalan, alasan, sebab, peluang untuk menyesat dan memesongkan akidah dan keimanan kita secara terang, halus atau sembunyi-sembunyi seperti melalui sebutan '' I HATE MONDAY! " tanpa membuatkan kita merasa besalah, bedosa dan tak ada apa-apa selepas menyebutnya! Inilah yang gua rasa mereka lakukan pada hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dengan mencipta " I HATE MONDAY! " untuk kita ikut dan secara tak langsung kita membenci hari Isnin bukan semata kerana kerja/sekolah tapi KERANA hari keputeraan Rasulullah S.A.W. dan secara sedar atau tidak kita membenci Rasulullah S.A.W. sekali!

Hari Isnin juga penuh dengan keberkatan dan kelebihannya tersendiri selain dari hari keputeraan Rasulullah S.A.W. Pada hari Isnin kita disunatkan untuk memulakan puasa sunat dan bebagai kelebihan dalam beribadah. Pada hari Isnin juga berlaku bebagai peristiwa besar dalam pekembangan Islam. Patutkah hanya kerana memulakan kerja pada hari Isnin kita berkata " I HATE MONDAY! '' lagi? Sedangkan kita bekerja untuk mencari rezeki, menyara diri dan keluarga tapi ada satu hari yang dianggap sial, yang kita benci dalam banyak-banyak hari yang kita kena lalui. Kalo macam tu, rezeki yang kita perolehi pada setiap hari Isnin adalah rezeki yang sial dan penuh celaka! Sedangkan tidak ada sial/malang/celaka pada setiap hari dan bulan yang dijadikan oleh Allah. Semuanya mempunyai kelebihan, kehebatan dan keberkatan seperti hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari!

Dulu dalam keadaan jahil, tak tahu, sombong, belagak, cool, saja ngikut-ngikut gua penah mengeluarkan kata-kata ini. Demi Allah! Gua betaubat dan tidak akan menyebut lagi perkataan ini kerana gua mengambil kemuliaan hari ini dengan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. dan segala kemulian, keberkatan yang ada pada hari ISNIN. Marilah kita muhasabah diri. Jangan la kita membenci hari Isnin. Suka dan cintalah hari Isnin kerana pada hari inilah Rasulullah S.A.W. diputerakan.

SALAWAT DAN SALAM KE ATAS RASULULLAH S.A.W. DAN SELURUH KELUARGA BAGINDA.

Thursday, April 12, 2007

ROYAL AIR CARNIVAL II

ROYAL KELANTAN AIR CARNIVAL 2007 ( PART II )
18 - 19 RABIULAWAL 1428 HIJRAH
06 - 07 APRIL 2007

Banyak aktiviti yang kitorang buat sepanjang berada kat Tok Bali terutama aktiviti makan-makan. Lepas makan kat mana-mana, on the way balik mesti lalu dan singah kat pasar malam Tok Bali beli cendol dan SATTA ( ikan yang dibungkus dalam daun pisang bebentuk kon, dicucuk macam sate dan dibakar macam pulut panggang ) Amang kata tak sedap. Pak cik sorang ni memang cerewet, leceh dan komplin manjang. Entah la, gua belasah jer! Sama cam Padi dan Niezam. Tak banyak komen/komplin... belasah apa yang ade! Satu lagi aktiviti wajib ialah round-round tengok tempat port mancing dan mancing sekali!

IKAN YU
Pagi-pagi lagi lepas Subuh dalam pulul 7 pagi kitorang kuar nak tengok tempat port orang mancing. Rupenye banyak tul port yang baiek dan cantik kat Tok Bali ni. Kena rajin jalan-jalan baru tahu. Yang ni tempat port yang dekat dengan ladang tembakau tu. Cantik tempatnye. Masa kitorang sampai, ada la sorang dua mancing kat sini. Tapi nampak jer kitorang, diorang trus blah. Mungkin dah penat bejaga dari semalam, ikan tak makan umpan atau nakot dengan kitorang. HEH! Kawasan terusan yang jadi laluan kapal dan bot nelayan ke jeti. Ada banyak pokok-pokok nipah di sepanjang tebing terusan. Ada banyak burung bangau cari makan dan besarang kat seberang terusan. Kat atas pokok ada plak burung helang buat bising! Sampai jer Amang menjerit kat gua '' Oi, Gayour! mari sini kalo lu nak tengok ikan Yu! ''. Tak tau siapa yang dapat pancing ikan Yu ni dan letakkan beliau kat lopak air. Kelam kabut beliau bila gua amik gambo beliau. Tak lama kemudian air mula pasang, anak ikan Yu ni trus masuk semula ke laut lepas. Selamat jale encik ikan Yu!

AKSI KESAL I
Cam semalam, teknik casting tetap dipraktikkan oleh encik Amang dan Padi untuk menduga penghuni kat tempat yang cantik ni. Tapi tetap hampa. Penghuni kat dasar laut/terusan ni tak selera/kebulur dengan umpan tiruan diorang. Buat penat jer membaling gewang. Selain ikan tak layan, satu lagi risiko bila menggunakan teknik casting dan gewang ialah SANGKUT! Jangan korang ingat encik Padi sedang betarung dengan kerapu atau siakap Tok Bali seberat 5 kilo! Beliau sedang tensen tak ingat, bekerut dahi dan teguris hati kerana akan bepisah selamanye dengan salah satu gewang kesayangan beliau yang tak mungkin dapat diselamatkan.....

AKSI KESAL II
Saat-saat untuk berpisah selamanye makin hampir pada encik Padi dengan gewang beliau yang tesangkut dengan sesangkut-sangkutnye! Sudah la Padi.... biarkan la beliau pergi dan blah dari kotak pancing lu selamanye. Har! Har! Rasakan!

LAUT DAN PANTAI I
Lepas abis sarapan Nasi Dagang kat kedai yang sama seperti semalam
( aduuuu.... sedapnye nasi dagangggg! ) masih awal dan ada kesempatan, gua dan Padi round-round plak kat tepi pantai ( berhampiran dengan chalet ) yang indah di pagi hari ni. Aduh mak! Nyamannye hembusan bayu pagi Laut China Selatan! Seronoknye rasa tapak kaki bila dapat memijak dan bejalan di atas pasir yang lembut dan halus. Gua trus jadi tak betul dan buat aksi liar ni! HEH!

LAUT DAN PANTAI II
Lihatlah! Nikmatilah! Hayatilah keindahan alam ciptaan tuhan ini... dan bersyukurlah atas segala nikmat yang tak terhitung banyaknye kurniaan tuhan kepada kita. Ucaplah alhamdulillah!

LAUT DAN PANTAI III
Sungguh hebat ciptaanMu wahai tuhanku! Lihatlah sinaran mentari pagi di celah-celah awan nun jauh di tengah laut sana. Subhanallah. Maha besar Allah yang menjadi dan mencipta segalanya.

LAUT DAN PANTAI IV
Angin makin kuat betiup, ombak laut makin kuat menggulung menghempas pantai. PERGH!. Nampaknye air nak pasang semula. Gua belari tak sabo-sabo menghampiri dan trus merasai kedinginan air laut. Sungguh seronok bila kaki dibasahi kedinginan air laut... betambah seronok bila rambut dibelai dan ditiup angin. Ah, syahdunye! HEH! HEH!

LAUT DAN PANTAI V
Apa lagi yang boleh gua kata bila menyaksikan keindahan dan kehebatan alam ciptaan Allah ini? Kagum, teruja, semangat, CINTA, kasih, sayang, syukur, terasa kehebatan... Segala puji untukMu.

LAUT DAN PANTAI VI
Gua termangu seketika dan hati berkata... bila lagi aku akan berkesempatan untuk menikmati dan merasa asyik dengan segala keindahan laut, suara ombak, gemersik desiran angin, halusnya hamparan pasir, cantiknya cengerang sang siput, indahnye sinaran mentari pagi, kicauan sang camar ( tak nampak sekopun pagi ni... kemanakah beliau semua terbang/menghilang? ) dan segala yang ada di tepi pantai ciptaan tuhan ini. Ini adalah satu perasaan dan rasa CINTA yang mendalam terhadap segala ciptaan tuhan. Yang pasti gua akan terus merindui. Insyallah, panjang umur, ada kesempatan kita akan betemu lagi. Akan ku serahkan, akan ku biarkan keasyikan bayu laut membelai wajah dan rambutku sepuas hati.....

JUMPO LAGI WEI!
Aktiviti hari ni kat booth Sinar Harian jer. Badut dah conqurer stage! Tak bagi chance orang lain nak gunakan stage! Hari ni gak merupakan hari perasmian Karnival Udara D'Raja Kelantan oleh Al-Sultan Kelantan sendiri dan hari ni gak merupakan hari terakhir karnival ni. Cuaca tetap panas tapi aktiviti di sekitar lapangan terbang terus bejalan. Sebelum blah, amik gambo dulu dengan team Sinar Harian Karangkraf Timur. Tima kasih weii! Jumpo laie. Belah petang kitorang jalan-jalan kat pasar betul-betul tepi jeti kat Tok Bali. Kira ikan, ketam, udang dan segala lagi khazanah laut yang segar-segar kat pasar ni. Beli ikan dan sotong... bukan nak bakar tapi nak buat umpan mancing malam ni. HEH! Kalo nak makan ikan bakar pegi jer kat medan ikan bakar sebelah pasar. Gua memang semangat tak ingat nak join encik Padi dan encik Amang gi mancing malam ni... tapi sayang sejuta kali sayang... diorang pegi pukul 1. 30 pagi! Gua baiekkk punyer kroih! kroihhh! dengan Niezam. Dalam pukul 8.30 pagi esoknye baru diorang balik dengan dua ekor ikan siakap, seko ikan tanda dan seko ikan duri yang mempunyai perut seperti perut Padi dan Amang. HAR! HAR! Yang best diorang bungkuskan nasi dagang untuk gua! YAHOOO!

SELAMAT TINGGAL I
Sebelum balik pagi tu, sempat gak posing amik sekeping duo gambo kat sekitar chalet penginapan. Gua bekenan tul dengan pokok bunge yang
tegantung-gantung ni. Ape ke ntah namenye. Rupe cam daun duit-duit tapi yang ni lebih besar daunnye. Lagi satu bunge pink kat sebelah tu. Ntah ape ke nama beliau. Ah, lantak la! Janji cantik come semoghti!


SELAMAT TINGGAL II
Lagi satu bunga jenis gantung merambu-rambu yang menarik minat gua untuk begambar dengan beliau. Ada banyak tumbuhan flora dan fauna yang ditanam kat sekitar chalet ni sebagai hiasan dan untuk dimakan cam buah kelapa muda yang kitorang kait, minum air dan makan isinye dengan cara menghempas beliau ke batu ( primitif tul... Amang punye idea ). Seronok gak buat aktiviti menghempas kelapa muda ni. HAR!HAR! Sori, tak dapat nak masukkan gambar aksi rakus makan dan menghempas buah kepala muda tu kat sini kerana terlalu sadis dan brutal! Masa datang ke Kelantan ari tu kitorang ikut Gua Musang, balik ni tukar angin ikut Terengganu Darul Iman plak. Singgah makang tengahari kat Marang kampung Amang. Mak beliau masak. Timo kasih mokcik. Pejalanan balik ni banyak lalu tepi laut yang cantik membiru. Lagi sekali singgah kat Kuala Kemamang, kampung nelayang pekena SATTA dan OTAK-OTAK yang betul-betul 100% daging ikang! Suasana kampung nelayang yang nyamang dengan tiupang angin di petang hari. Anak-anak nelayang lelaki dan pompuan seronok bemain bola sepak besama. Beli kopok dan beberapa kudapan untuk dimakang sepanjang pejalanan pulang... Jumpe lagi mung di nung weii!

Wednesday, April 11, 2007

ROYAL AIR CARNIVAL


ROYAL KELANTAN AIR CARNIVAL 2007
( PART I )

PENGKALAN CHEPA
18 - 19 RABIULAWAL 1428 HIJRAH
06 - 07 APRIL 2007


Untuk tahun ketiga beturut-turut gua pegi ke negeri Cik Siti Wan Kembang juga digelar Serambi Mekah atau Kelantan Darul Naim kerana tugasan luar. Kalo dua tahun yang lepas gua pegi kerana Pesta Buku Kelantan tapi kali ni pegi kerana Royal Kelantan Air Carnival 2007 sempena dengan sambutan keputeraan Sultan Kelantan yang diadakan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.


REZEKI
Kitorang pegi pada 04 April 2007 ( Khamis ) seramai empat orang iaitu gua, encik PADI, encik NIEZAM dan encik AMANG. Syabas dan tahniah pada encik Padi yang drive beterusan selama hampir lapan jam sensorang dari Shah Alam sampai ke TOK BALI dalam jajahan Pasir Putih sana. Tak ade akal punye Padi. Beliau betegas tak bagi Niezam atau gua ganti-ganti drive! Best gak... bleh la gua tidooo... hehheheh! Kitorang trus ke Tok Bali tempat tido kitorang selama berada di Kelantan. Mungkin ramai yang tak tau tempat yang cantik ni. Kitorang sampai dalam pukul 8.20 malam. Masa tunggu kunci pagar dan bilik, pakcik depan rumah yang menjadi penjaga mini resort/chalet yang kitorang nak stay tu muncul tetiba dalam kegelapan malam dan trus menjemput kitorang ke rumah beliau kerana ada kenduri sambutan Maulidur Rasul S.A.W. dalam loghat Kelantan yang sangat pekat dan likat. Mulo-mulo ambo meme tak pahe gapo dio hok pokcik tu ghoyak. Tak disangka tak diduga... rupa-rupanya rezeki makan malam kitorang. Nampak ringkas je lauk hidangan... tapi bila makan... uikz! Sedapnyee... sedap semothiiiii! Memang best makan ramai-ramai masa majlis kenduri cam ni. Teringat kat illustrasi dalam cite APA YANG AKU CARI yang penah gua buat.... Syukur alhamdulillah. Timo kasih pokcik sekeluargo. Moga betambah rezeki. Amin!

WANGI-WANGIAN
Kalo pokcik tu tak berenti makan, Padi dan Amang rasanye tak berenti makan lagi. Padi tu patut la pasal penat drive. Guapun sebenarnye nak tambah lagi... heh! Lepas abis makan, baru la acara sebenar bemula. Makin ramai tetamu dan jiran-jiran yang datang untuk sama-sama bertahlil dan bersalawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kita masih lagi dalam bulan Maulid, sambutan diadakan dan dibuat di mana-mana termasuk di rumah pokcik kat Tok Bali pada malam ni. Masa sambutan Maulid kat surau gua hari tu, masa semua jemaah bersalawat sambil bediri, ada beberapa orang budak-budak tahfiz yang mencalitkan minyak wangi pada jemaah. Kat rumah pokcik ni plak ditukar dengan BUNGA RAMPAI. Sungguh harum mewangi bunga rampai yang dibuat. Kelihatan Amang sedang mengira berapa helai daun pandan ( bunga rampai ) yang beliau bejaya ambik, Padi plak sedang bekata dalam hati '' harap-harap lepas ni ada makan balik? '' dan Niezam mengambil hujung jari jer!

MESRA ALAM
Pada mulanye gua tegaru kepala gak... apa hal diorang ni bagi bunga rampai plak masa bediri salawat. Pas tu baru la gua teringat, mereka menggantikan minyak wangi dengan BUNGA RAMPAI. Lagi wangi, ekonomi dan mesra alam! Lain tempat lain la caranye.

BUNGA RAMPAI
Ni la rupe Bunga Rampai yang menjadi wangi-wangian pada malam sambutan Maulidur Rasul S.A.W. kat rumah pokcik tu. Memang sesuiey sesangat pada kitorang yang hanya mandi pada pagi tadi saje! HEH!

TOK BALI
Subuh-subuh lagi dah bangun. Pagi ni gua Amang dan Padi mula round-round nak tengok sekitar Tok Bali dan menikmati suasana pagi kat tepi pantai di Tok Bali ni. Niezam tak nak ikut. Memang nyaman dan best! Masa ni lebih kurang pukul 7.10 pagi, kitorang kat tepi tembok/tambak yang merupakan antara tempat favourite kaki pancing. Tempat ni gak ( dinamakan terusan ) merupakan tempat laluan kapal-kapal nelayan keluar dan masuk ke jeti dan ke Laut China Selatan!

KEBESARAN TUHAN
Telalu syok punye pasal, gua tekinja-kinja dan melompat-lompat! HEH! Kena plak dengan tiupan angin pagi Laut China Selatan... oh, syahdunye! Tengok la keindahan matahari terbit tu. Siapa bleh tahan? Ini adalah sedikit kebesaran tuhan yang tiada tandingnya!

HABIH JAHANAM I
Ni la akibatnye kalo dah over sangat! Masa syok melompat-lompat hingga menyebabkan ramai pemancing bepindah tempat kerana bengang dengan kebisingan gua ( nak lawan tak berani kerana nakot bila diorang tengok perut Padi dan Amang! ) ... tetiba... kelepiak! Handphone murah gua membuat terjunan junam beliau trus kat celah batu-batu tambak penahan ombak! Aduuuu laa! Habih jahanam la hp gua weii! Untuk menyelamatkan beliau tepaksa la gua meloloskan diri kat celah batu-batu tu. Kalo nak minta Padi mesti perut beliau sangkut! Yang boleh diorang buat ialah gelakkan gua dan amik gambar gua yang seksa tak ingat mencapai hp. Nasib baik pemancing-pemancing yang lain dah jauh blah! Apapun, hp gua masih ok. Alhamdulillah!

CASTING
Bila semua orang dah blah, ni la masanye untuk kitorang plak mencuba nasib. Kena plak masa ni kelihatan banyak ikan bemain-main kat atas air. Memang tak bleh tahan! Encik Padi dan encik Amang datang ke Tok Bali siap dengan bekalan pancing lebih dari tiga rod setiap orang! Gua cuma numpang je! HEH! Ni gua cube try pancing Amang dengan teknik casting menggunakan umpan tiruan
( gewang ) sambil duduk. Teknik yang tak dipraktikkan oleh pemancing kat sini. Kebanyakan pemancing menggunakan teknik pancing dasar ( bottom ) dan menggunakan umpan hidup/segar ( hirisan ikan atau udang ). Kelihatan cahaya matahari pagi dah mula besinar!


HABIH JAHANAM II
Ni la akibatnye bila bagi gua casting! Habih jahanam begulung-gulung tali pancing Amang gua kerjekan. Tepaksa potong! Sori bebanyak la encik Amang! HEH! Lepas ni gua tengok jer diorang casting.... la la laa...

ROSAK
Encik Padi kelihatan begitu besungguh-sungguh sekali mengcasting pada pagi tu. Lepas satu tempat beliau pindah ke tempat lain. Hey! Tengok tu... kelihatan dua buah kapal nelayan laut dalam baru balik dari menagkap ikan. Dari jauh tak perasan sangat, bila dah dekat baru perasan yang kapal besar kat belakang tu rosak dan sedang ditarik oleh kapal kecik di depan! Itu la risiko nelayan dengan bot/kapal beliau di tengah laut.

HAPPENING
Matahari makin besinar cerah. Dari jauh kelihatan Jembatan Tok Bali yang menghubungkan Tok Bali, Kuala Besut ke Kota Baharu. Kat atas jembatan tu boleh kata pada setiap masa merupakan tempat puluhan pemancing menancing ikan terutama pada waktu malam hingga ke subuh! Penuh dengan kaki pancing di kiri kanan jembatan. Tu tak masuk lagi kat tambak penahan ombak tempat saudara Padi dan Amang sedang casting hingga la ke seberang terusan, penuh dengan kaki pancing. Ada yang bekamping besama kengkawan dan keluarga. Kira tempat ni memang happening dengan aktiviti menancing siang dan malam!


NASI DAGANG
Nasi dagang! Ni la sarapan pertama gua pada pagi hari kedua kat Tok Baki
( Kelantan Darul Naim ). Aduuuuuu.... sedap semothii weii! Cakap banyak tork guno! Kitorang makan Nasi Dagang ni dalam pukul 8.40 pagi, kenyang sampai ke pukul 6.00 petang! Betul tak tipu! Hari ni hari Jumaat, tak baik menipu. Heh!

AH, TORK KIRO!
Lepas kenyang makan Nasi Dagang, kitorang trus meround sekitar tok Bali. Nak tau apa yang ada. Yang ni kitorang redah masuk ke satu jeti kapal nelayan. Rupenye ni jeti Jabatan Maritim. Ah, tork kiro! Ambo nak amik gambo gak!


SMOKIN' IN THE BOYS ROOM
Sebenarnye kitorang on the way ke satu port mancing baiekk punye dari Jeti Maritim. Tak sengaja tejumpe plak ladang tembakau ni betul-betul kat tepi port mancing tu. Apa lagi, melompat la gua dari kete trus ke ladang tembakau ni dan paksa Niezam amik gambo gua. HEH! Entah la, tak tau apasal nampak je ladang tembakau ni gua teruja sangat nak pegi dekat-dekat, bau daunnye dan amik gambo! Dari Tok Bali ke Pasir Putih hingga ke Bachok gua tengok banyak tembakau ditanam. Banyak rumah-rumah salai didirikan ditepi rumah dan ladang/kebun tembakau. Hey! Semua orang tau merokok bukan saja tak baik dan merbahaya pada kesihatan tapi HARAM pada orang Islam! Gua percaya pada fatwa ini.


UP UP AND AWAY!
Ni la rupe salah satu bunting promosi Kanvival Udara D'Raja Kelantan 2007 yang sempat gua paksa beliau amik gambo dengan gua. Sori la tak dapat/sempat amik gambo kapatebang buat aksi-aksi akrobatik, aksi pasukan payung terjun dan segala macam lagi aksi kat udara. Panas tul cuaca kat lapangan tebang ni. ARGHH!

ARE U READYYYYY?
Kitorang datang merampas pentas dari team badut! HEH! Bukan boleh bagi muka kat diorang. Bukan diorang tak tau team kitorang gak nak gunakan stage buat show. Tak ada akal punye badut! Ramai kanak-kanak yang kebanyakannya datang dari sekitar Pengkalan Chepa pada petang ni. Semua semangat, bersedia dan teruja nak melakukan apa saja aktiviti yang nak dibuat pasal tak sabo nak dapat hadiah! Punye la teruja tak ingat diorang ni sampai semua naik ke pentas. Nasib baik tak runtuh pentas!

LEMBU YANG GANAS
Setelah mempekenalkan encik Padi dan beliau membuat sket demo dan melukis contoh kartun seekor Lembu Yang Ganas dan kejam, tiba la giliran kanak-kanak pada petang tu untuk join dalam acara meniru kartun Lembu Yang Ganas. Semua berebut-rebut nak meniru tapi hanya lima orang saje yang terpilih. Sori ek! Kelihatan peserta yang keberapa ntah sedang meniru dengan tekunnye...

RASAKAN!
Encik Padi dengan rakus dan ganas juga memilih ikut suka hati beliau mana-mana pemenang yang beliau rasa nak bagi menang tanpa memikirkan perasaan peserta-peserta yang memang melukis buruk! '' Bio beliau rasa! '' tegas Padi sambil lari menyorok bawah pentas pasal nakot kena belasah oleh peserta yang tak puas hati dengan keputusan beliau.

Walaupun lukisan buruk, adik-adik ni tetap dapat hadiah tajaan akhbar Sinar Harian. Tahniah pada semua yang gagal dan yang menang!

Ni plak booth Sinar Harian yang menjual semua majalah terbitan Kumpulan Karangkraf dan akhbar Sinar Harian.

Cam biase bila dah abis aktiviti kat stage, kitorang lepak bagi signature temasuk lukis kartun kat booth dan amik gambo. Beli apa bendepun akan dapat satu note pad kecik. Kat situ la kitorang belasah lukis.

Satu lagi aktivi yang diadakan kat booth Sinar Harian, tiup belon sampai pecah untuk kanak-kanak. Mana bleh biarkan diorang jer seronok dan pecahkan belon. Guapun nak gak. Walaupun tak dapat hadiah, gua tetap gak join kanak-kanak lelaki menuip belon. Perghhhh! Mengah gak tiup belon ni rupenye!

Yang ni plak untuk kanak-kanak pompuan. Guapun join sekali. Tak ramai kanak-kanak pompuan nak join. Malu la, segan la, nakot la, nafas tak panjang nak tuip belon...... memacam alasan lagi la. Banyak ni je la yang masuk dan semua dapat hadiah.

MERAYAU
Lepas abis tugasan kat pengkalan Chepa, kitorang trus merayau sampai lajak ke Kuala Besut
, Terengganu Darul Iman. Dari Tok Bali ke Kuala Besut dalam 10 km jer. Tak la jauh mana. Kira Tok Bali dengan Kuala Besut ni sempadan dua negeri. Dari Kuala Besut ni gak bleh amik feri kalo nak ke Pulau Perhentian. Tapi makan kat sini tak berapa best... Ni semua Padi punye idea! Mana Padi? Mana beliauuuu? Mana? EEEEEE.......!

Tuesday, April 10, 2007

KUIZ RASULULLAH S.A.W.

KAMI CINTA RASULULLAH S.A.W. III
KUIZ MAULIDUR RASUL S.A.W. 1428 HIJRAH

Kita masih lagi dalam bulan Maulid. Bulan sambutan keputeraan Rasulullah S.A.W. Hari tu masa sambutan Maulidur Rasul S.A.W. kat surau gua, salah satu aktiviti yang dibuat pada semua anak-anak dan orang dewasa ialah KUIZ KAMI CINTA RASULULLAH S.A.W. Sangat menarik kuiz ni. Semua soalan senang tak ingat. Sejak kecik lagi kita dah dengar dan tahu cerita pasal Rasulullah S.A.W. Biasa kita dengar dan rasa senang sangat nak jawab. So... gua ingin sekali bekongsi kuiz ni dengan semua. Bleh la kita tengok setakat mana kita kenal, tahu, sayang dan cinta pada Rasulullah S.A.W., keluarga dan para sahabat baginda. Guapun banyak yang kantoi masa menjawap kuiz ni dulu...ARGHH! Ayuh! Keluarkan pen/pensil dan kertas untuk menjawap...

1- Bilakah nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan? ( hari, tarikh, bulan hijrah, bulan masehi, tahun masehi )

2- Berikan nama penuh Nabi Muhammad S.A.W. serta salasilahnya.

Muhammad bin ________ bin _________ bin _________ bin _________ bin ________ bin ________bin __________ bin __________

3- Siapakah nama penuh ibu kandung Rasulullah S.A.W. dan dari keluarga manakah ia ( ibu )
berasal?

4- Datuk Rasulullah S.A.W. iaitu Abdul Muthalib mempunyai beberapa orang anak, namakan
EMPAT orang darinya.

5- Siapakah orang yang PERTAMA sekali menyusukan Rasulullah S.A.W. Namakan juga ibu
susuana baginda Rasulullah S.A.W.

6- Namakan beberapa ( kalo tahu semua lagi bagus ) orang antara isteri-isteri Rasulullah S.A.W.


7- Siti Khadijah R.A. adalah isteri Nabi yang pertama. Berapakah umur
Rasulullah S.A.W. dan Siti Khadijah ketika berkahwin. Namakan juga beberapa orang anak yang dikurniakan hasil dari perkahwinan ini.

8- Siapakah orang yang telah menggantikan tempat tidur Rasulullah S.A.W. ketika Rasulullah
S.A.W. berhijrah ke Madinah dan siapa pula orang yang menemai Rasulullah S.A.W. semasa berhijrah?

9- Namakan beberapa peperangan yang melibatkan Rasulullah S.A.W. semasa memperjuang
dan menyebarkan Islam?

10- Peperangan Badar juga digelar/dipanggil sebagai Perang Badar _________ dan bilakah
peristiwa ini berlaku?

11- Bilakah berlakunya pembukaan Kota Mekah dan namakan DUA dari berhala-berhala yang
dihancurkan/pecahkan semasa berlakunya peristiwa pembukaan ini?

12- Apakah PERBEZAAN misi dakwah Rasulullah S.A.W. dengan rasul-rasul yang lain?


13- Pada tahun keberapa hijrahkah Rasulullah S.A.W. menunaikan fardu haji dan haji ini di
panggil/dikenali juga sebagai Haji _______

14- Namakan SEBANYAKNYA mukjizat-mukjizat Rasulullah S.A.W. yang korang tahu...


Amacam... bleh jawap.. senang tak ingat? HEH!
Tahniah la pada yang boleh menjawab. Cari la jawapannye pada yang tak tahu/tak bleh menjawap walaupun kita akan marah kalo orang kata kita tak cinta pada Rasulullah S.A.W. walaupun hakikatnye kebanyakan kita akan buat tak kisah kalo ada orang yang menghina, mengejek, mencaci, mempelekeh, merendah-rendahkan Rasulullah S.A.W., keluarga dan para sahabat baginda. Itulah kelemahan dan keburukan sikap kita terhadap Rasulullah S.A.W. Kita patut merasa MALU kerana rupenye kita TAK KENAL pada Baginda yang sangat mengasihi dan menyayangi kita sebagai umatnya. Bila kita berusaha mencari jawapannye, itu menunjukkan kita MENUJU ke arah mengenali dan INSYALLAH akan menyintai Rasulullah S.A.W. dan akan mempertahankan Rasulullah S.A.W. dari segala serangan!

Tuesday, April 03, 2007

KAMI CINTA RASULULLAH S.A.W.

KAMI CINTA RASULULLAH S.A.W. II
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W. 1428 HIJRAH
SURAU NURUL ISLAH PUTRA HEIGHTS, SUBANG JAYA


Buat pertama kalinya sambutan Maulidur Rasul kat surau tempat gua pada tahun ini membuat acara perarakan di kawasan taman perumahan sambil bersalawat beramai-ramai di pagi yang syahadu sebagai tanda kesukuran dan sanjungan pada Rasulullah S.A.W. sempena memperingati ulangtahun keputraan Baginda yang dikasihi. Sebelum2 ni sambutan hanya dibuat kat dalam dewan surau, tak berarak cam ni. Walau tak berarak jauh tapi dah cukup seronok. Kami melakukan semua ini sebagai tanda cinta, kasih dan sayang kami pada mu wahai Rasulullah S.A.W.

BERARAK
Yang tua, muda, lelaki dan perempuan Islam penduduk Putra Heights datang beramai-ramai berarak dan bersalawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pada pagi ini dalam sambutan Maulidur Rasul yang diadakan pada tahun ini.


SEMANGAT!
Semua bersalawat dengan penuh semangat hingga sampai ke perkarangan Surau Nurul Islah.

HAPPY BIRTHDAY
Selain menjemput semua penduduk Islam di Putra Heights, kali ni AJK sambutan turut menjemput tiga buah sekolah tadika Islam di sekitar perumahan Putra Heights untuk turut sama memeriahkan sambutan Maulidur Rasul kali ni. Yang ni dari Tadika Dzul Iman yang datang dengan sepanduk, poster dan kad ucapan terhadap Rasulullah S.A.W.

Suasana dalam dewan surau. Acara kedua dalam dewan surau baru nak mula setelah acara pertama iaitu berarak dan bersalawat di luar telah selesai. Yang ni bahagian jemaah Muslimin.

Yang belah sini plak untuk jemaah Muslimat. Semua sedang mengambil tempat. Paling sibuk guru-guru sekolah tadika.

Acara dimulakan oleh Tuan Imam dengan bacaan doa, qasidah dan marhaban. Gua ikut je mana yang tau.

Yang ni plak acara salawat ketika berdiri yang biasa kita lakukan. Semua akan berdiri sambil bersalawat.

Acara anak-anak/pelajar tadika mengambil giliran. Yang ni kalo tak silap dari Tadika Dzul Iman. Siap lukis gambar kubah masjid dan Kaabah lagi sambil menyanyi lagu pujian dan sanjungan terhadap Rasulullah S.A.W. Yang kat bawan ni plak adalah persembahan dari anak-anak penduduk Putra Heights sendiri.

BERTERUSAN
Ada banyak lagi acara yang dirancang dan dibuat pada hari ini termasuk la acara makan-makan! Mesti ada punya! Sarapan pagi dan makan tengahari turut diadakan untuk semua anak-anak tadika dan penduduk yang datang. Acara diteruskan pada sebelah malam selepas solat Isya' dengan tayangan filem animasi '' MUHAMMAD RASUL TERAKHIR ''. Walau hujan pada sebelah petang hingga ke Maghrib, ramai anak-anak yang datang solat berjemaah dan menonton siri animasi yang sangat menarik itu. Gitu la lebih kurang sambutan Maulidur Rasul kat tempat gua pada tahun ini. Sambutan akan berterusan dengan siri ceramah dan sebagainya sebagai tanda cinta, kasih, sayang dan rindu kita pada Rasulullah S.A.W.
SALAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W.