Thursday, February 24, 2011

PINDAH LAGI!


PINDAH LAGI

22 RABIUAL'AWAL 1432 H - 25 FEBRUARI2011

Pindah. Semua orang merasainya. Sama ada pindah sekolah, pindah rumah, pindah tempat kerja atau terpaksa pindah kerana banjir! Sejak berhijrah, tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur, gua hilang ingatan berapa kali dah gua pindah rumah. Pindah tempat kerja plak tak la berapa banyak. Hanya tiga buah syarikat penerbitan saja. Pertama gua betugas sebagai kartunis tetap kat majalah Geli Hati, Kumpulan Karangkraf Sdn.Bhd. dari tahun 1990 hingga 1992 ( sebelum tu jadi penyumbang jer ). Kendian dari Jan 1993 hingga Oktober 1993 kat Creative Enterprise Sdn.Bhd, majalah GILA_-GILA. Dari November 1993 hingga 2001 kat MOY Publications yang menerbitkan majalah UJANG. Kendian kembali ke Kumpulan Karangkraf pada Disember 2004 hingga sekarang.


14 Februari 2011 - Isnin. Yang gua nak kisahkan kat sini bukan pasal pindah rumah atau mangsa banjir! Ni pasal pindah tempat kat Karangkraf! Sekali lagi kitorang dari unit editorial, majalah dan unit sokongan diarahkan berpindah secara besar-besaran ke bangunan baru pada 17 dan 18 Februari 2011 yang lalu. Ya pindah tempat dari bangunan lama ke bangunan baru. Bukan pindah atau tukar tempat kerja! Cam ni la keadaan susun letak meja gua sebelum pindah. Seperti selalu kekal serabai dan huru hara! Seni sangat la kononnya. HEH!

Sini la tempat gua lukis kartun dan ilustrasi untuk semua majalah dan akhbar terbitan Karangkraf yang memerlukan ilustrasi. Kenapa plak gua pakai jubah, sedangkan hari ni bukan hari Jumaat. Apa hal? Untuk makluman sobat semua, setiap bulan mulai tahun ini kami di Karangkraf mengadakan satu hari yang dinamakan Hari Sarkas. Ya, hari sarkas atau hari Pakaian Tema. tiap bulan ada tema pakaian tetentu. Bulan Februari ni temanya adalah ARABIAN. Pakai la apa-apapun asal nampak macam pak arab atau Samia Gamal. Kalo ada dhob, unta atau kaldaipun boleh tunggang ke opis. Gua ada jubah, pakai jubah je la. Kira arab la tu. HEH! Bulan lepas bertemakan Sukan Bolasepak. Pakai la treksut dan apa-apa jersi pasukan bolasepak yang disokong, luar negara atau tempatan sepanjang hari. Jangan pakai kasut but bola dalam opis dah. Klukklak! Klukklakk! Bingit satu opis bunyi but! Ni dah mula bekemas sket-sket dengan jubah. Classic ROCK – Thin Lizzy Rules!

16 Februari 2011 - Rabu. Dah mula sibuk mengemas dan membuang sampah sarap yang tak perlu ikut pindah ke bangunan baru. Memang banyak sampah sarap gua simpan pasal sayang tak memasal selama ni. Bila nak pindah baru tau banyaknya sampah yang gua simpan selama ni rupanya. Mana datangnya beliau? Emmm… Tiap kali pergi promosi atau jemputan ke mana-mana, pasti bawak balik goodies bag, pingat, cenderamata, baju, seluar, tuala, pinggan, mug, pen, pensil dan segala macam lagi. Tak amik orang kecik hati plak! Semua menatang tu jadi sampah akhirnya!

Masa bekemas ni la jumpa macam-macam barang purba. Tengok ni, album klasik pujaan hati gua yang tak berapa disukai oleh ramai sahabat kat opis bila gua pasang. Tak kisah. Gua suka, gua layan! Ada joget, ada masri, ronggeng, dondang sayang, zapin... yeah!

Gua tak tau, hilang ingatan dan tak pernah kira dah banyak mana pen pakai buang, pen celup dan brush yang telah gua guna sejak mula melukis. Mula melukis dulu gua gunakan teknikal pen yang sangat cerewet. Leceh tul nak menjaganya. Macam-macam jenis teknikal pen gua cuba try test guna. Ada yang best dan ada yang hampeh. ARGHHH! Gitu gak dengan pen pakai buang. Bebakul-bakul dah diguna dan dibuang temasuk pensil. Dari pensil kayu hingga mekanikal pensil bermata hitam ke mata biru. Brushpun sama. Dulu kualiti brush ekor kuda yang diimpot sangat baik dan tahan lama. Tapi sekarang sangat hampeh kualitinya. Tak tahan lama. Tak tau la ekor kuda jenis apa yang diorang guna! Pen celup yang baguspun susah nak jumpa sekarang. Ntah la. Ni bukan peralatan melukis gua. Kebanyakan pen ni adalah hadiah kalo gua pergi ke mana-mana jemputan. Dari kolej tu, sekolah ni, universiti sana, jabatan tu, hospital ni, kumpulan sana, persatuan situ....

Kerana rajin, tekun dan bersungguh-sungguh bekemas. Tak cam sahabat-sahabat lain yang malas nak mampuih bekemas, ni la hasilnya. Nampak perubahan? Ya, meja gua makin kosong dan baru nampak warna meja yang sebenar. HEH! Sahabat lain bukan malas. Diorang rilek pasal harta pusaka diorang tak banyak. Satu dua plastik ikan dah habih kemas. Tak cam gua bertan-tan! Adoii laa!

Biasak la bila bekemas. Benda-benda klasik yang dah tak ingat jumpa balik. Dulu gua adalah pengumpul tegar kaset ( Yeah! Yeah! Ada lagi pengumpul lebih tegar dari gua kat luar sana ). Ni sebahagian dari pusaka yang gua jumpa. Ada kaset Selimut Putih yang pernah diharamkan dan jadi satu kontroversi suatu ketika dulu. Sampai sekarang gua ilang ingatan kenapa lagu Selimut Putih diharamkan! Nampak tu keset kumpulan Diwani ( pernah dengar debut diorang, “Jalan Yang Satu?“). Album nasyid yang bagus. Tapi album kedua diorang “Satu Peringatan“ lebih hebat dan meruntun jiwa. Dengarkan lagu “ Jangan Tinggalkan Aku Tuhan“. Perghh! Album ketuhanan yang benar-benar ketuhanan! Kumpulan nasyid yang sepatutnya menjadi besar dan berjaya dengan album dan lagu-lagu yang hebat. Sayang kumpulan ni senyap kemana... Hey! Ada satu lagi lagu dari Diwani yang gua suka. Lagu selawat singalong “ Kenali Rasulullah“. Chekidaut lagu ni.

Apa lagi yang ada. Oh! Ada Sweet Charity ( ada lagu feveret gua, Apa Khabar Sayang ), King Diamond ( THEM- riff yang kejam! ), Motley Crue dan Destruction ( album live dan best of bekembar ), debut Obituary yang mengerunkan! Tu, nampak tak album ”Rising” yang hebat dari Mr. Ronnie James Dio bersama Rainbow. Ada gak Manowar dan Amazonian Warriors, Zee Poel Toe Ra! Yang lain tu korang teropong la sendiri. HEH!


17 Februari 2011 – Khamis. Hari terakhir kat bangunan lama. Hari ni kitorang akan pindah keseluruhan ke bangunan baru. Tengok meja gua, makin terang dan kurang barang-barang. Rajin bekemas la katakan. HEH! Selamat tinggal bangunan lama. Apa yang tinggal kini hanyalah satu dimensi. Silap! Hanya kenangan...

Ni tempat/meja gua kat tempat lama. Tinggal satu dua plastik jer lagi habih la clear semua.

Taraa! Ni la tempat baru gua kat bangunan baru. Tepi tingkap kat tingkat satu. Menghadap jalan belakang dan berhampiran dengan sungai yang kadang-kadang mengeluarkan bau tungkik ya amat kerana perbuatan durjana dan jahanam manusia yang membuang, mencurah, mencampak, membaling segala macam benda ikut suka kerana nak senang, kerana kemajuan, kerana peduli apa aku dan suka-suka! Pasal tu la sungai habih jahanam! Nampak serabut cam tempat lama je! Ya la, blum kemas lagi! Dah kemas nanti cantik la meja gua ni. HEH!

Mari gua dedahkan sket apa yang ada kat bangunan baru. Ni yang banyak-banyak komputer ni dipanggil island. Kat sini la tempat semua wartawan majalah menggunakan komputer untuk membuat lapuran asignment, cari cerita dan berita, google jalan nak pegi asignment, cari gambar atau rujukan. Nak baca memo naik gaji atau memo warning dari HRD pasal kedatangan yang hancus, isi borang cuti dan tugasan kat Anjung, baca emel temasuk begosip! Kiubikal kat atas tu adalah tempat editor setiap majalah. Ni je la yang boleh gua dedahkan.

Dah macam barang bantuan pada mangsa banjir atau tanah runtuh. Sebahagian dari barang-barang staff yang diangkut dari bangunan lama. Pilih, cari dan punggah barang memasing! Ada beberapa lagi barang-barang purba yang gua jumpa. Tapi segan plak nak tampal kat sini pasal koleksi sobat-sobat lagi hebat! Malu dong ah! Demikian la acara perpindahan kitorang yang sangat memenatkan. Sila datang melawat ke bangunan Karangkraf yang baru kalo nak tau apa lagi yang ada kat sini. Kalo gua tampal dan dedahkan kat sini tak best la plak.


Ni la antara harta purba yang gua jumpa dan nak kongsi. Kartun semuka SLASH yang dihasilkan pada tahun 1995 atau 96 kat majalah UJANG. Manual sepenuhnya. Rajin sungguh gua lukis latarbelakang. Penuh dan sendat! Rajin, sabar dan bersungguh sungguh gua melukis rupanya. Tiada campur tangan komputer/photoshop dalam penghasilannya. Kepuasan total!

Lagi satu kartun SLASH. Seronok dapat tengok balik karya lama (1996). Selain SLASH, gua mencari-cari mana kartun MAT ROCK CINTAN? Tak jumpa plak masa kemas-kemas. Mungkin dalam kotak kat rumah. Tak dapat la gua tampal kat sini kartun MAT ROCK CINTAN yang seangkatan dengan siri SLASH.

Yang terakhir dapat gua tampal kat sini untuk yang berminat melihatnya. Ada beberapa lagi kartun SLASH yang gua jumpa masa bekemas. Cukup la tiga ni je tampal kat sini. Kartun ni gua buat pada tahun 1996. Hampir lima belas tahun. Dulu memang gua pembeli komik. Bajet RM150 - RM200 sebulan beli komik ( yeah! ada lagi yang belanja lebih banyak dari gua beli komik! ) Tengok pengaruh komik/superhero yang kuat dalam karya gua ni. HELL BOY, LOBO, Judge Dread, The Punisher, Batman, Spiderman, GROO ( antaranya ) yang biasa gua lukis kat tshirt SLASH, Black dan watak-watak yang lain temasuk dalam siri Bersama Selamanya. Terakam jelas minat gua pada komik dalam karya ni sekitar tahun 90an dulu selain band-band metal.

selamat datang ke bangunan baru!


Thursday, February 17, 2011

UNTUK MU YA RASULULLAH

MAULIDURASUL 1432 HIJRAH

Seperti tahun lepas dah tahun-tahun sebelumnya, kelahiran Rasulullah S.A.W. disambut di seluruh dunia sebagai ingatan dan tanda kasih sayang kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Surau tempat gua tidak ketinggalan menyambut dan meraikan Maulidurasul pada hari kelahiran 12 Rabiulawal 1432 Hijrah - 15 Februari 2011 yang lalu.


Acara bermula seawal 8.00 pagi dengan acara perarakan beramai-ramai serluruh penduduk sekitar sambil bersalawat ke atas junjungan besar. Jauh gak kena jalan tapi seronok pasal ramai-ramai.

Tu…tuu… nampak tak jejaka kacak berbaju Melayu merah jambu tu. Kenalkah anda pada beliau? HEH!

Seperti tahun lepas, gua bertanggungjawap dalam acara mewarna bersama kanak-kanak dalam salah satu aktiviti sambutan Maulidurasul. Cara mudah untuk menarik mak bapak dan anak-anak datang beduyun-duyun ke surau bila tahu ada pertandingan mewarna. Kali ni paling ramai penyertaan. Habih semua salinan lukisan, kena print lagi pagi ni! “ Sana bang! Sana! Kat sana ada ruang kosong lagi!”

Gerai jualan turut dibuka di perkarangan surau oleh penduduk sekitar. Macam-macam produk diorang bawa dan jual. Nak baju ada, nak minum ada , nak makan ada, nak jeruk ada, nak herba kuatpun ada… “Oii! Oiii! Jangan nak begosip je oi! Cepat siapkan lukisan tu. Masa tinggal lima minit lagi!”

Lepas tamat acara mewarna dan Ceramah Muslimat, masa untuk acara kuiz plak. Kuiz mengenai Rasulullah untuk kanak-kanak. Lagi sekali gua jadi MC. “Orait la okey anak-anak semua. Siapa nak hadiahhhhh?”

Tak sempat nak bagi soalan kuiz, gua dah kena serang pasal budak-budak ni nak rampas kertas soalan nak tengok jawapan! Sabar! Sabar anak-anak semua! Sabar. Jangan merusuh. Bagi abang baca soalan kuiz dulu!

Rayuan gua tak dipedulikan. Gua terus diserang! Anak-anak bangun merusuh kerana nak rampas kertas soalan dan tak puas hati dengan soalan kuiz mengarut yang sengaja gua reka. Silap gua mencentuskan rusuhan! Tolong! Tolonggggg!


Selain acara kuiz, turut dijalankan ialah persembahan nasyid oleh dua buah sekolah tadika berhampiran dan dari anak-anak Surau Nurul Islah. Budak-budak tadika ni leceh sket bab nyanyi-nyanyi. Huru hara! Tak menghiburkan. Lupa lirik! Betul gua tak tipu. Apa ntah! Tapi tak kisah la. Selesai semua acara tiba la ke acara yang ditunggu oleh semua anak-anak. Penyampaian hadiah untuk acara mewarna dan pada sekolah tadika dalam persembahan nasyid oleh pengerusi Surau Nurul Islah, Tuan Haji Maarof. Tahniah pada semua!

Lepas solat Zohor ada ceramah tayangan slide mengenai sifat peribadi Rasulullah S.A.W. plak. Pasal bentuk tubuh Rasulullah, pasal pakaian, makanan kegemaran Rasulullah. Rasulullah suka makan buah labu. Jadi suka-suka la makan pengat labu lepas ni ya. Masa ni gua dah terhangguk-hangguk menahan ngantuk. Baru rasa penat dan ngantuk ya amat. Kena plak lepas kena nasi briani lauk kari kambing. Arghhhh!

Acara diteruskan selepas Maghrib dengan siri ceramah khas mengenai Rasulullah. Semua mengenai mu Ya Rasulullah. Giru la lebih kurang acara sambutan Maulidurasul kat tempat gua. Kat tempat korang rasanya lagi hebat.


Ya nabi salam alaika

Ya rasul salam alaika

Ya habib salam allaika

Solawa tul la alaika

Ya rasul kau bawa cahaya

Menyinari alam buana

Buni tandus subur kembali

Rasa gembira di hati

Ya nabi salam alaika

Ya rasul salam alaika

Ya habib salam allaika

Solawa tul la alaika

Lahir mu membawa rahmat

Memimpin ke jalan selamat

Akhlakmu yang sungguh memikat

Contoh buat seluruh umat

Ya nabi salam alaika

Ya rasul salam alaika

Ya habib salam allaika

Solawa tul la alaika

Mulianya pengorbanan mu

Kebaikan yang kau seru

Biarpun halangan menimpa

Namun dirimu tetap tabah

Ya nabi salam alaika

Ya rasul salam alaika

Ya habib salam allaika

Solawa tul la alaika

Ya Muhammad yang berjasa

Quran dan sunnahlah pusaka

Menjadi panduan manusia

Untuk hidup aman sentosa

Ya nabi salam alaika

Ya rasul salam alaika

Ya habib salam allaika

Solawa tul la alaika

selawat dan salam untukmu Ya Rasullullah

Monday, January 24, 2011

KARNIVAL 2011


KARNIVAL 2011

Assalamualaikum

Cakap banyak tak guna. Tahun ni KARNIVAL Karangkraf kembali lagi daaa... Jadi gua menjemput la semua sahabat datang kalo nak datang. Itu je la yang gua nak sampaikan. Tengok poster untuk maklumat lanjut. Konpius, ilang akal, ilang ingatan, gila, tak faham, tak tau kat mana pejabat Karangkraf, tak tau kat mana seksyen 15, tak penah dengar nama Shah Alam, tak tau jalan, tak tau simpang, tak tau cane nak datang? Earth google je la. Korangpun dah besar. Pandai-padai la...

Tapi kalo susah sangat sampai berbunuh-bunuhan, tak payah datang la!

Terima kasih

senyum sentiasa

Wednesday, January 19, 2011

PAMERAN DAN STUDIO BARU

PAMERAN DAN LAWATAN

15 SAFAR 1432H - 20 JANUARI 2011

Ramai pelawat dari seluruh negara datang membuat lawatan ke Karangkraf. Penat melayannya! Kali ni kitorang dari dept ilustrasi dan G3 plak yang membuat lawatan berjalan kaki. Jalan kaki? Ya, jalan kaki saja merendah panas. Melawat ke mana?

Inilah tempat yang kitorang pergi lawat iaitu bangunan baru Kumpulan Media Karangkraf dan Grup Majalah Karangkraf yang dah hampir siap sepenuhnya. Kami warga kerja Kumpulan Karangkraf akan berpindah ke bangunan baru ni tak berapa hari lagi. Apa jadi dengan bangunan sekarang? Ia akan jadi kenangan mengusik jiwa saja kerana bangunan lama ni akan dibakar, diroboh atau dibiarkan jadi rumah hantu. Biarkan beliau rasa kerana beliau tidak diperlukan lagi! Huargh! Huarghhh! Huarghhh! Burn baybeh! BURNNNN!

Pintu masuk utama ke bangunan baru. Berhampiran dengan pondok jaga dan sungai yang kadang-kadang mengeluarkan bau yang meloyakan. Tapi masa ni, udara tidak tecemar. Segar bugar dan nyaman. Selamat datang ke komplek baru Kumpulan Karangkraf.

Sebenarnya gua dan kengkawan kat dept ilustrasi dan majalah G3 dah lama nak melawat ke bangunan baru ni. Nak tengok studio baru kitorang. Dengar kat tingkat dua. Tu yang nak pegi tengok sangat. Kesempatan datang bila satu pameran dibuat sebagai pembuka aktiviti kat bangunan baru iaitu Pameran Kebudayaan dan Kesenian Islam Masyarakat Asia Tengah yang didatangkan khas dari Uzbekistan. Tak payah la kitorang isi borang dan report kat jaga nak melawat ke sini. HEH!

Ni sebahagian dari lukisan yang dipamerkan kat ruang legar utama. Lukisan bangunan bersejarah, pemandangan dan masjid kat Uzbekistan. Ada banyak lagi yang sengaja tak didedahkan kat sini seperti lukisan makam Imam al-Bukhari
*Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari (
محمد بن اسماعيل بن ابراهيم بن المغيرة بن بردزبه البخاري), adalah pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalam Sahih Bukhari, yang dianggap orang Islam Sunni sebagai Hadith sahih daripada Nabi Muhammad s.a.w.. Imam Bukhari (810870) dilahirkan di Bukhara (Bokharä) (kini di Uzbekistan), pada keluarga Iran, pada 194 H (810 M).

Sila ke wikipedia untuk maklumat lanjut menenai salah sorang Hujatul Islam yang hebat, Imam al-Bukhari.

Lagi lukisan yang menggambarkan para pemikir dan ilmuan hebat Islam dari Bukhara ( Uzbekistan ) yang dipamerkan. Sedikit maklumat mengenai kehebatan temadun Islam boleh kita perolehi dari pameran ni. Permaidani kat bawah tu dibuat dari bulu unta. Boleh pijak-pijak kalo nak pijak!

Emel yang gua dapat hanya bagi tau pasal pameran lukisan tapi emel yang lain menambah mengenai kelebihan pameran ni iaitu adanya hasil kerja tangan yang menghasilkan Al Quran lengkap 30 juzuk sepanjang 270 meter ( dipercayai yang terpanjang di dunia ) yang di hasilkan di China turut dipamerkan sebagai penambah daya tarikan. Ni dia Al-Quran sepanjang 270 tu!

Memang panjang, sayup mata memandang! Ni blum dibuka sepenuhnya kerana ruang yang terhad. 270 meter tu. Kalo belari, lebih dari semput!

Satu lagi bahan pameran tambahan adalah 4 naskah Al-Quran tulisan tangan yang berusia ratusan tahun milik peribadi Tuan Haji Mohd. Nasir Hamzah ( tengah ) yang merupakan Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf Sdn.Bhd. Ini adalah antara Al-Quran terbesar pernah dihasilkan.

Ni plak bukan bahan dalam pameran. Ni adalah dinding yang gua namakan dinding sejarah atau dinding kenangan Karangkraf. Sejarah penubuhan dan yang bekaitan dengan sejarah awal penerbitan Karangkraf boleh diperolehi kat sini. Hebat dinding ni. Ia adalah penghias kekal kat komplek baru. Nampak tu, majalah GELIHATI adalah majalah humor terawal yang diterbitkan oleh Karangkraf. Kartun pertama gua disiarkan dalam majalah ni pada tahun 1985. Sejarah manis buat gua! Lebih 25 tahun gua telah bersama Kumpulan Karangkraf sebenarnya!


Gambaran penuh dinding sejarah Karangkraf. Boleh tahan gak panjangnya. Macam-macam maklumat pasal majalah Karangkraf ada kat sini. Kalo korang datang melawat ke Karangkraf , boleh la sengeh-sengeh tengok dinding ajaib ni. Tak payah la buat-buat tanya lagi pasal sejarah Karangkraf. Buang karan je. HEH!


Apa plak ni. Roti! Rotipun jadi bahan pameran? Ya, bukan saja lukisan, seramik dan permaidani, roti yang jadi makanan utama orang Uzbekistan dan sebahagian besar penduduk kat Asia Tengah juga dipamerkan. Selain roti ada kurma, buah zaitun dan kismis. Nampak hiasan yang cantik pada pinggan, mangkuk dan piring.


Cam yang gua cakap tadi, dah lama pendam rasa nak melawat komplek baru Karangkraf, jadi masa untuk melawat. Ada dua tingkat yang perlu dipanjat. Kata ada lif tapi tak jumpa kat mana beliau nyorok. Kena la guna tangga. Dah tengok studio kat tingkat satu baru jumpa lif, trus ke tingkat dua. Ni gambaran keadaan studio kat tingkat dua. Kerusi belum ada. Pasal tu blum boleh masuk pindah.


Ni plak bilik/dewan kat sebelah dinding sejarah. Tak tau apa nama bilik/dewan ni. Blum ada nama lagi. Macam dewan orang ramai la. Ada mini stage kalo nak buat mini metal gigs. HEH!


Lagi gambaran dewan orang ramai kat ruang legar komplek Karangkraf yang boleh memuatkan lebih sejuta orang dalam masa yang berlainan.


Aduuu... penat dah! Begitulah lebih kurang sesi lawatan jalan kaki yang agak menjerihkan ke Pameran Seni Dari Uzbeksitan dan sengeh-sengeh tengok studio baru yang telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Safar 1432 Hijrah – 19 Januari 2011 yang lalu. Ni la rupa komplek baru Karangkraf. Ada ruangan parkir kereta yang luas. Tak perlu risau pasal parkir kalo nak datang melawat pameran. Tu, nampak bulatan kuning tu? Kat situ la pintu masuk utama dan tempat pameran. Jangan buat-buat tak tau plak. Kat situ gak la studio yang kitorang tengok.


Kalo ada masa, boleh la datang melawat pameran ni. Klik kat poster kalo nak tau sampai bila. Tapi gua cakap terang-terang la... kalo nak datang, datang. Tak nak datang sudah!

Monday, January 10, 2011

MAK

MAK

SEPULUH TAHUN YANG LALU

06 SAFAR 1432H - 11 JANUARI 2011


Bila dapat arahan dari boss untuk membuat keluaran khas majalah UJANG sempena sambutan tahun baru masehi 2000 dan masuk ke alaf baru milinium, kepala hotak bejambul gua trus *pling! nak buat satu kisah yang dah lama gua nak buat. Ni la masanya untuk gua melaksanakan impian gua tu. Sibuk sangat la kononnya dengan cerita Bersama Selamanya dan pengurusan sampai tetangguh nak buat kisah ni! Alasan!

Gua melukis cerita ni dengan sepenuh jiwa raga dan ghairah!


Uikz! Satu muka je?

Sila ke GALERI GAYOUR untuk mengikuti cerita penuh.

Terima kasih