22 RABIULAWWAL 1431 H - 08 MAC 2010
Hari tu sekali lagi gua menjadi bahan untuk siaran dalam sokaba Berita Harian. Tak la hebat manapun. Hanya temuramah biasa mengenai diri dan kerjaya. Ikut rasa, gua tak nak jadikan bende ni sebagai entri blog gua kali ni. Tak la hebat mana! Tapi bila masuk sokaba, gua rasa ni satu catatan sejarah sebagai seorang kartunis. Gua mesti simpan untuk tatapan diri gua sendiri, anak cucu dan yeah! bekongsi dengan sobat-sobat yang sudi. Pada yang tak tahu, tak sempat, tak kisah, tak beminat bla blaa blaaa... boleh la baca sedikit kisah gua yang disiarkan dalam ruangan XY pada hari Sabtu, 13 Februari 2010 bersamaan 28 Safar 1431 Hijrah yang lalu. Lagi sekali, tak la hebat mana.
Di Sebalik Nama: Gaya Gayour
Oleh Diyanah Anuar Imej rock, metal terserlah dalam diri, watak kartun ciptaan
Watak dalam karyanya iaitu Siapa Yang Harus Disalahkan, Slash dan Bersama Selamanya juga sama dengan karektor Gayour yang cukup popular di kalangan peminat kartun tempatan, terutama pembaca majalah Ujang dan Gelihati.
Sebenarnya, minat Gayour atau Mazli Ibrahim cukup mendalam terhadap genre muzik rock dan metal. Tidak hairanlah, genre muzik ini banyak mempengaruhi karya kartun yang dihasilkannya. Jangan tidak tahu, bait lirik sebuah lagu dari kumpulan thrash metal dijadikan sebagai idea utama untuk siri Siapa Yang Harus Disalahkan yang disiarkan dalam majalah Gelihati.
Biarpun maksud lirik lagu itu menjurus kepada konflik yang boleh memudaratkan diri, Gayour mengubahnya dan menyampaikan mesej dengan cara berbeza dengan menerapkan nilai kekeluargaan dan kasih sayang.
Unsur kekeluargaan menjadi tema utama dalam siri Siapa Yang Harus Disalahkan serta beberapa karya yang lain. Bagi saya, nilai kekeluargaan dan kasih sayang amat penting dalam kehidupan kita, katanya ketika ditemui XY - Ikon Lelaki di pejabatnya, baru-baru ini.
Bercerita mengenai siri Slash pula, watak dua sahabat, Slash dan Black biarpun tampak ganas dengan imej rockers dan mat metal, mereka prihatin terhadap alam sekitar.
Gayour yang pernah berkhidmat dengan majalah Gelihati, Gila-Gila, Era@MOY dan Blues Selamanya, kini berkarya dengan majalah humor, G3.
Membuka kisah zaman gemilang industri kartun, Gayour berkata, itulah detik paling indah pernah dilaluinya.
Sambutan dan sokongan peminat cukup membanggakan. Ini dapat dilihat daripada sambutan yang diberi setiap kali kita mengadakan promosi.
Bukan itu saja, berlambak-lambak
Selain berkarya, Gayour aktif berkongsi idea bersama peminat dan penggiat kartun serta memberi tunjuk ajar kepada generasi baru yang berminat mendalami seni kartun.
Ikuti temubual bersama Gayour...
Anda berpengalaman bekerja dengan hanya syarikat penerbitan. Bagaimana pendedahan yang diterima ini membantu anda dalam kerjaya?
Selama kira-kira 20 tahun melukis kartun dan bekerja dengan pelbagai syarikat penerbitan, banyak pengalaman diperoleh. Ini secara tidak langsung meningkatkan kemahiran saya dalam bidang ini.
Antara yang saya sedar, perancangan masa untuk menyiapkan karya bertambah baik. Jika dulu, saya mengambil masa lebih seminggu untuk menyiapkan karya tiga atau empat muka
Jika saya tidak sedar soal peningkatan ini, mungkin saya tidak dapat memanfaatkannya sebaliknya terus dengan cara lama. Selain itu, pengalaman yang diperoleh juga meningkatkan kemahiran saya berinteraksi dengan ramai orang dari pelbagai latar belakang.
Bagaimana anda berani membuat keputusan beralih dari sebuah syarikat penerbitan ke syarikat lain? Tidakkah sukar membuat keputusan seperti itu?
Pengalaman mengajar saya menjadi berani membuat keputusan. Biarpun bermacam-macam kemungkinan terlintas dalam fikiran ketika membuat keputusan, ia perlu dilakukan. Kita mestilah berani berdepan dengan sebarang kemungkinan.
Antara perkara menyedihkan terpaksa saya tempuhi apabila beralih dari sebuah syarikat penerbitan ke syarikat lain ialah terpaksa berpisah dengan rakan-rakan kartunis lain. Namun, hidup perlu diteruskan, peningkatan dalam kerjaya juga perlu ada.
Persahabatan antara kami tetap terjalin baik. Apabila ada kelapangan atau acara yang menghimpunkan penggiat industri ini, kami akan bertemu.
Apa yang mendorong anda untuk berkongsi kemahiran melukis kartun dengan penggemar kartun?
Setiap kali adanya peluang dan ruang untuk memberi tunjuk ajar, berkongsi idea serta memberi kritikan membina kepada generasi baru yang mahu belajar teknik atau selok-belok seni kartun, menggembirakan saya.
Apa yang saya pelajari selama ini banyak membantu saya untuk memberi serba sedikit bimbingan kepada mereka.
Ceritakan serba sedikit mengenai siri terkini sentuhan anda dalam majalah G3?
Dalam majalah G3, saya tampilkan karya yang temanya berbeza daripada apa yang pernah saya lakukan sebelum ini. Siri berjudul Apa yang Aku Cari berkisarkan alam persilatan. Namun, ia tidak berkaitan dengan ilmu silat sedia ada.
Seni bela diri berasaskan silat yang ditunjukkan dalam siri ini, saya reka sendiri. Untuk mengelak ia bercanggah dengan seni persilatan sedia ada atau seni bela diri yang lain, saya sering rujuk kepada rakan yang mendalami ilmu silat atau seni bela diri.
Saya tampilkan tema persilatan kerana ingin mencuba sesuatu yang baru. Pada masa sama, mahu bersaing dengan komik seni bela diri dari luar yang membanjiri pasaran tempatan.
Apa yang membuatkan anda memilih tema persilatan, berbeza daripada tema rock dan metal seperti karya dulu?
Saya cukup seronok dalam menghasilkan siri ini kerana dapat melukis banyak pergerakan anatomi. Ini sesuatu yang berbeza dengan karya saya dulu. Agak mencabar untuk melukis pergerakan watak yang sedang bersilat namun ia memberi kepuasan.
Pembaca yang mengikuti karya ini kebanyakannya golongan remaja. Jadi pendekatan sesuai perlu dipraktikkan bagi menarik minat pembaca remaja.
Apa agaknya maklum balas yang diterima daripada pembaca yang masih anda ingat hingga hari ini?
Kadangkala saya terkedu apabila menerima maklum balas peminat yang mengikuti perjalanan karier saya sejak mula-mula saya menceburi bidang ini.
Apa yang lebih membuatkan saya rasa terharu ialah apabila ada antara karya saya memberi impak positif kepada pembaca. Seorang pembaca pernah memberitahu, karya berjudul Mak yang saya hasilkan dulu menyebabkan beliau lebih menyayangi ibunya.
Selain itu, ada juga peminat yang berkenalan dan bercinta kerana masing-masing meminati karya saya. Mereka kemudian mendirikan rumah tangga.
Bagaimana anda menghadapi tekanan dalam berkarya?
Ketika bekerja, saya
Sebenarnya, sebelum memulakan kerja, kita harus tahu apa yang ingin kita lakukan. Daripada subjek yang kita fikirkan itu, akan timbul idea pokok dan seterusnya, ia berkembang lebih besar.
Ini antara kemahiran yang dulunya, saya tidak dapat kuasai. Dulu, saya sering rasa sukar mendapat idea sedangkan formulanya mudah. Cuma perlu fikir dan tahu apa yang kita ingin lakukan. Tidak dinafikan, kemahiran ini hanya disedari dan dikuasai melalui kematangan dalam kerjaya.
Apa perancangan anda sekarang?
Mengikut perancangan tahun ini, karya komik saya bersama seorang lagi rakan yang bertindak sebagai penulis akan mula diterbitkan. Komik berjudul Logbook ini adalah karya pertama yang menyaksikan kolaborasi saya dengan penulis.
Sebelum ini, sayalah penulis dan pelukis untuk karya sendiri. Karya ini dapat diterbitkan selepas memenangi pertandingan yang dianjurkan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dan akan dipasarkan di
now i'm femes. harharhar!