Tuesday, April 29, 2008

NIEW

NIEW
NAM INSTITUTE FOR THE
EMPOWERMENT OF WOMEN

22 RABIUL AKHIR 1429 HIJRAH - 29 APRIL 2008

Penah dengar tak adanya sebuah perpustakaan kat Tingkat 2 dalam bangunan Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur? Tak tahu. Tak pernah dengarpun! Hari tu pada 14 Rabiul Akhir 1429 Hijrah – 21 April 2008 ( Isnin ) Padi, Amang dan gua telah dijemput oleh pihak perpustakaan ni dalam program/aktiviti promosi yang diorang buat untuk mempekenal/memberitahu seluruh rakyat Malaysia terutama seluruh penduduk Lembah Kelang bahawa selain dari Perpustakaan Negara dan Perpustakaan Kuala Lumpur, ibukota Kuala Lumpur menambah lagi bilangan perpustakaannya kat Wisma Sime Darby nak bagi kita semua rajin membaca dan berilmu. Jangan plak tak tau aaa… Penat gua pergi tau!

Kitorang sampai betul-betul tepat pukul 12 tengahari iaitu time makan! Blum makan lagi la Padi! Sabar! Sabar! Patutnye bleh sampai awal tapi jalan Dataran Merdeka tutup la plak. Aduu laa… Ada program apa ntah kat tengah padang tu. Banyak belon-belon. Rase nak singgah jab amik belon. Heh! Kena la berasak-asak masuk ke Jalan Pasar, masuk ke Jalan Lebuh Ampang. Encik polis trafik yang jaga kat simpang air tejun antara Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman tu bagi plak cilok ke Jalan Raja Laut. Alhamdulillah… tak la sangkut kat bulatan Bank Rakyat tu. Program kitorang mula pukul 12 tengahari kat sini! Sampai jer… lagi sekali tanpa den sangko, tanpa den dugo brader Imuda ada sekali sedang baiekkk lukis karikatur pengunjung libri. “Apa habaq nuuu…?

Cik Effa bukan saja sebagai Penolong Pegawai Perhubungan Awam NIEW tapi juga sebagai tukang rakam gambo semua aktiviti yang dijalankan kat dalam NIEW ni. " Sebagai portfolio", tegas beliau. " Tak kire la gambo/rakaman ni hebat atau tak, janji bleh buat porfolio", ujar beliau lagi sambil trus merakam. Baguih la… Tengok gayapun dah tau tak pro punyer camera women. Heheee… Walau beliau tak pro ambik gambo, beliau la antara yang paling sibuk melayan kitorang. Time makan beliau yang bawak kitorang naik lif ke dewan makan tingkat lapan bersama sorang lagi PRO yang tak kurang sibuknye iaitu Che Wan Qatrunnada.

Kelihatan brader Imuda berhenti melukis karikatur jab kerana ingin mengurat cik Effa dan membuatkan encik yang sedang dikarikaturkan menepuk dan mengaru kepala beliau! Harharhar! Nasib encik la kena brader Imuda yang buat karikatur encik. Tunggu la sampai beliau habis ngurat untuk sambung lukis balik. Nakal sungguh brader Budin kite ni!

Tugas kitorang kat sini ialah melukis karikatur pengujung yang datang sebagai salah satu aktiviti yang disediakan buat pengunjung yang datang. Sedang syok lukis, Pengarah NIEW Puan Fadzilah Mohd Saaid datang menjenguk kitorang. Tu yang bebaju biru tu la pengarah kat sini. Perpustakaan ni tidak dinamakan perpustakaan tapi dinamakan NIEW singkatan dari NAM Institute for the Empowerment of Women. Bebelit lidah menyebutnya. Bukan lidah gua jer bebelit, para librarian dan PRO NIEW pun penat dan bebelit lidah memberitahu kitorang. Kesian… nasib korang la! Harharhar!

Melepasi pukul satu petang, pengunjung makin ramai terutama student dari Kolej Kosmopoint yang berhampiran. Menang NIEW menjemput kolej-kolej yang berhampiran datang ke program yang diorang buat ni termasuk orang ramai yang berkeliaran. Makin lama makin ramai. Makin ramai/banyak perlu dilukis. Selain dari student kolej yang datang, masa ni NIEW sedang menganjurkan kursus pada peserta-peserta terpilih dari Negara-negara NAM. Diorangpun datang ke program ni. Main congkak, karum dan lain-lain permainan yang disediakan selain dari melihat buku-buku yang ada. Gua sempat mengkarikaturkan beberapa wajah dari Timur Leste, Mesir dan Syria ( student ) yang datang ke libri NIEW tengahari ni.

Ada banyak buku kat sini untuk dilihat, dibaca dan diambil manafaat darinya. Gua tak sempat nak tengok semua termasuk nak lawan congkak dengan Padi! Kalo lawan, mesti kalah teruk Padi gua kerjakan! Sebelum pegi lunch gua nak begambo kat celah-celah rak buku ni. Tak tau nak begambo sambil eksyen dengan buku apa, gua rembat jer buku ni… tu dia terembat buku Encyclopedia of RAPE! Rupenye bukan saja encyclopedia pasal binatang dan lain-lain yang biasa kita tengok tapi encyclopedia mengenai jenayah rogol juga ada rupenye. Kalo korang nak tau lebih sila datang ke NIEW ni ya.

Lepas lunch dengan rakusnya dan kena raging lukis karikatur semua petugas, pustakawan dan Pegawai Perhubungan Awam NIEW, baru la boleh ambik gambo. Ni la antara petugas-petugas yang sungguh baiekk dan ramah tamah yang korang akan jumpe dan sedia melayan kerenah korang sekiranya korang datang ke NIEW ni. Jangan malu, jangan segan tak memasal untuk cuba try datang ke NIEW. Bukan saja pada srudent yang cari bahan nak siapkan assignment/tesis atau nak lulus exam tapi pada rakyat kebanyakan yang dah abih belajarpun boleh datang. Pada student yang sedang becinta, bleh la datang ke sini buat-buat cari bahan rujukan dan study bersama la kononnya. Gitu gak pada rakyat kebanyakan yang sedang bercinta dan tak tau kat mana nak pergi lagi kat Key Ell ni… selain dari boleh pegi ke Perpustakaan Negara, Balai Seni Lukis Negara, Galeri FINAS, Perpustakaan Kuala Lumpur, Muzium Negara atau Zoo Negara, korang boleh menambah koleksi tempat terbaru untuk dating iaitu di NIEW. Sila la dating kat NIEW. Tempat terakhir yang bagus dan selesa untuk dikunjungi. Mungkin ada bahan bacaan yang menarik hati dan akan menambah ilmu walau sambil bedating. Terima kasih pada NIEW yang sudi menjemput kitorang dan semua staff NIEW yang baiekkk banget melayan kitorang hari tu.

Gua tegaru kepala mengenai NIEW ni. Jadi untuk menghilangkan gatal kat kepala, gua beranikan diri bertanya pada PRO NIEW, Che Wan Qatrunnada mengenai beberapa kemusykilan yang mungkin para sobat gak musykil tak ingat pasal NIEW ni. Sila lihat jawapan dari PRO NIEW.


Gayour : bila dibuka kat tingkat 2 wisma sime darby tu

PRO : Pusat Sumber Niew ni baru aja dibuka pada 10 September 2007 bersempena Majlis Perasmian Institut ni…

Gayour : apa buku yang ada kat situ. hari tu cakap banyak buku pasal pompuan. apa buku yang lain

PRO : buku mengenai wanita dan gender…selain tu ada social, ada politik, general, motivasi dan pelbagai bidang lain…novel pun ada. ada gak buku belajar melukis cara Gayour…hehehe

Gayour : apa lagi kemudahan yang ada/disediakan. seperti congkak…

PRO : ada wireless, opec iaitu pencarian buku dalam system, perkhidmatan fotokopi dan permainan-permainan untuk memenuhi masa lapang cth: congkak, catur, scrabble, monopoli dan carrom

Gayour : kena bayar berapa ringgit kalo nak jadi ahli. apa kelebihan jadi ahli. bepeluang jadi menteri contohnye. hee…

PRO : free of charge…tara payah bayar…orang luar hanya bole datang buat rujukan aja….kalau org dalam building leh pinjam seminggu

Gayour : apa hubungan dengan unesco

PRO : sebenarnya aritu kitaorag nak promote library, kebetulan tarikh yang kitaorg nak buat tu clash dengan World Book & Copyright Day ke 13 anjuran UNESCO. So apalagi…ambik kesempatan laaa…

Gayour : biasa dengar unesco tapi tak jelas maksud unesco tu. boleh bagi tau maksud dan fungsi unesco

PRO : ni rasa cam jawab soalan SPM laks..hehe…UNESCO tu dalam bahasa Melayunya adalah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu

Gayour : apa fungsi sebenar NIEW pada wanita Malaysia/asia/dunia

PRO : fungsi NIEW adalah berperanan sebagai sebuah institusi pengajian antarabangsa dan pusat rujukan yang menyumbang kepada pengupayaan wanita serta pembangunan modal insan dikalangan Negara-negara NAM

Gayour : kenapa dinamakan NIEW bukan perpustakaan.

PRO : sebab ate kecik sgt nak dipanggil perpustakaan…pusat sumber pun come sket nak panggil…

Gayour : buka pukul berapa, tutup pukul berapa
PRO : 9.00pg – 5.30 ptg…macam waktu orang gomen

Gayour : hari apa buka, hari apa tutup

PRO : isnin sampai jumaat - buka
cuti umum, sabtu dan ahad - tutup

Gayour : di bawah kementerian apa

PRO : sebuah agensi baru yang terletak dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Gayour : NAM – apa maksud NAM

PRO : NAM tu short form untuk Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali.

Gayour : apa maksud NAM Institute for the Empowerment of Women yang tepat dalam bahasa Melayu

PRO : NIEW sekiranya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu lebih kurang betul maksudnya adalah Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)

Gayour : apa-apa lagi maklumat mengenai NIEW

PRO : staff-staff kat sini semua come2…hehehe

Yeah! Itu la antara beberapa maklumat yang boleh kita kongsi bersama mengenai NIEW. Sekiranya semua jawapan atau maklumat yang diberi tidak memberangsangkan atau memuaskan hati sobat semua, sila jadikan maklumat yang terakhir tu sebagai penyebab yang paling power giler untuk sobat semua mencari dan datang ke NIEW. HEH!

Sunday, April 27, 2008

LUKIS KARTUN

PESTA BUKU 3
MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR

BAHAGIAN TIGA DARI TIGA

21 RABIUL AKHIR 1429 HIJRAH - 28 APRIL 2008

Sibuk tak ingat cam sobat semua membuatkan gua tak sempat dan tetangguh nak masukkan cerita basi ni. ARGHHHH! Ni la antara sebab kenapa gua tak nak buat blog. Nak menghadap dan melayan bende ni. Tapi tak apa la... dengan adanya blog yang leceh ni gua dapat buat promosi buku gua pada semua sobat dan pengunjung blog gua ni. Bende ni memang banyak kebaikan sekiranya bijak memenafaatkanya. Terima kasih wahai encik blog! Hari terakhir gua turun buat promosi buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR kat Pesta Buku 2008. Kali ni gua datang pada belah petang. Pada hari terakhir ni juga gua dapat bertemu dengan beberapa orang sobat lama yang dah sekian lama tidak berjumpa dan syukur alhamdulillah, di hari terakhir ni masih ramai yang sudi membeli buku gua. Ayuh, mari saksikan beberapa pembeli buku gua yang sudi dirakamkan gambo mereka.

Pembeli pertama yang membeli dari gua pada hari terakhir ni. Tak tau la belah pagi dan tengahari tadi berapa orang yang beli. Saudara ni membeli untuk diri beliau sendiri kerana ingin belajar cara yang betul melukis kartun. Terima kasih encik.

Gua tak fakir adik ini akan menjadi seorang kartunis walaupun ibubapa beliau membelikan buku gua ni untuknya. Tak apa, tak jadi seorang kartunis sepenuh masapun tak apa wahai adik. Yang penting adik boleh belajar melukis kartun dengan cara yang betul dan boleh melukis kartun dengan baik. Tapi sekiranya adik memilih untuk menjadi seorang kartunis, itu adalah keputusan adik sendiri dan selamat menjadi seorang kartunis yang beriman dan berjaya.

Awek ni sangat ‘ gila ‘ melukis kartun menurut si ibu yang datang ke Pesta Buku ini bersama anak-anaknya dan membelikan buku gua ini untuk si anak yang rakus melukis. “ Sejak kecil dia suka sangat melukis. Beratus helai kertas dan puluh buah buku telah dilukisnya. Hari-hari dai lukis kartun!” Menurut si ibu lagi. Biarkan dia terus melukis kakak. Moga buku saya ini akan memberi kefahaman padanya mengenai kartun dan memberi sedikit panduan atau hala tuju mengenai kerjaya sebagai seorang kartunis. Pilihan adalah di tangannya. Selamat belajar wahai adik manis. Seperti awek-awek remaja lain yang membeli buku gua, selamat datang ke dunia kartun dan marilah memeriahkan lagi industri kartun tanahair dengan ILMU. Terima kasih.

Besarlah harapan agar sumbangan kecil yang gua beri melalui buku ini memberi kesan yang ‘besar’ pada generasi muda yang ingin atau minat melukis kartun dan mungkin bercita-cita untuk menjadi seorang kartunis di masa akan datang. Moga mereka menjadi seorang kartunis yang berILMU seperti adik yang membeli buku gua ni. Inilah harapan gua. Terima kasih. Berusahalah! Tiada yang mustahil untuk dilakukan sekarang ni dengan izin Allah.

Makin lama makin ramai pengunjung yang datang ke Pesta Buku ni. Pening gak melihat orang lalu lalang kat tempat gua duduk. Ramai yang singgah melihat dan bertanya. “ Ini buku terbaru saya. Sila tengok!”. Remaja ini membelek-belek dan kemudian trus membeli tanpa rasa menyesal. Adik telah membuat pilihan yang tepat dan bijak sekiranya untuk lebih memahami dan ingin menjadi seorang kartunis yang berILMU! Terima kasih adik. Selamat belajar dengan sabar dan selamat berjaya diucapkann.

Sekiranya adik ini belajar dengan bersungguh dan memahami segala yang gua nyatakan dalam buku gua ni, tidak mustahil dia akan jadi seorang pelukis kartun amatur yang paling terer kar sekolahnya! Dia pasti dikenali oleh semua guru, kengkawan dan pastinya awek-awek. HEH! Dia telah popular mendahului zaman yang sepatutnya! Tidak mustahil untuk berlaku pada adik ini. Gua betul-betul rasa cemburu dengan adik ni pasal masa gua sebaya umur dengannya dulu, gua tak dapat memiliki buku seperti ini. Bersyukurlah wahai adik. Selamat belajar. Jadilah seorang anak yang baik, soleh dan beriman.

Remaja ini datang bersama dengan abangnya dan trus membeli buku gua. Terima kasih diucapkan. Ingat, buku ini hanya ‘memberi ‘ apa yang perlu sahaja, selainnya adalah usaha dari adik sendiri untuk berjaya!

Setiap kali melihat anak-anak kecil seperti adik ni dapat hadiah buku yang gua buat ni dari mak bapak mereka, gua betul-betul cemburu. Tapi tu la… apa yang nak dicemburukan. Masa dah berubah. Ini adalah kemudahan untuk anak-anak zaman sekarang belajar dan mendapat ilmu. Ini adalah bahagian mereka. Gua kena akur dengan kebenaran ni. Sedar atau tidak, buku yang gua buat ni adalah sebahagian dari kemudahan pada semua anak-anak atau siapa saja yang berminat mengenai kartun untuk mendapat manafaat darinya. Moga adik ini berjaya dalam apapun yang dilakukannya. Terima kasih.

Siapa sangka, siapa duga… brader Budin kita ( Imuda ) datang merayau ke gerai Krangkraf dan sudi singgah menjenguk gua. "Hey! Apa habaq nuu…?" Siapa sangka, siapa duga, adik yang membeli buku gua ni diabadikan gambonya bersama gua dan brader Imuda oleh kamera gua dan kamera bapanya. Terima kasih brader Imuda dan terima kasih pada bapa adik ini yang sudi membeli buku gua. Nanti bila adik ni dah cukup besar dan melihat gambo dia dengan brader Imuda, salah sorang kartunis otai tanahair akan membuatkan dia betambah semangat untuk belajar dan menjadi seorang pelukis kartun yang berILMU!

Sorang lagi adik perempuan yang bertuah pada petang hari terakhir Pesta Buku ni selain dari dibelikan buku gua ni oleh ibubapanya, beliau gak berpeluang bertemu dan begambo dengan brader Imuda. Selamat belajar dan melukis kartun wahai adik manis. Terima kasih.

Ramai plak mak bapak yang membelikan buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua ni untuk anak-anak mereka petang ni. Cam no gua tak rasa cemburu? Mereka dengan mudah mendapat kemudahan untuk mendapatkan ilmu mengenai kartun. Patutnya dengan kemudahan yang melambak-lambak sekarang ni akan menjadi/melahirkan ramai bakat-bakat baru yang bukan saja berkakat tapi berILMU mengenai kartun atau komik. Belajar betul-betul ya adik. Terima kasih.

Sebelum balik di hari terakhir ni, gua singgah kejab menjenguk aktiviti yang dibuat olek peKomik. Sempat memperkotak-katikkan pertubuhan yang tidak berdaftar iaitu Manteraworks! Harharhar! Pagi tadi ramai kartunis otai datang ke majlis yang telah diatur oleh peKomik. Dato’ Lat dan encik Jaafar Taibpun ada! ARGHHHH! Rugi tak dapat jumpe Dato’ Lat. Lebih menarik, pelukis komik perempuan pertama tanahair atau mungkin yang pertama di Rantau Asia, iaitu Puan Nora sudi datang bertemu dengan pelukis-pelukis muda dan bercerita mengenai pengalaman getir beliau melukis pada awal tahun 40 an dulu. Zaman gelap, tanah Melayu belum merdeka, masih dijajah British! Kebanyakan karya-karya ibu Nora telah dibawa lari oleh British dan sekarang ni ada kat England sana. Sayangnya gua tak berkesempatan untuk bertemu dengan wanita semangat besi ni. Moga ibu Nora sihat dan betambah iman. Jasa ibu sangat besar pada pekembangan industri kartun dan komik tanahair.

Tak dapat jumpa Dato’ Lat dan Ibu Nora, tapi petang ni gua jumpa dengan sorang sobat lama iaitu saudara Pyan. Saudara Pyan atau kartunis Scorpian pernah bersama dengan gua di zaman Jurassic dulu sebagai kartunis kat majalah GELIHATI. Mungkin ramai yang tak tahu, tak kenal, tak pernah tengok kartun beliau atau tak pernah dengarpun nama beliau seperti juga karya atau nama Ibu Nora. Tak kisah la...itu bukan sebab untuk korang hilang selera makan!

Salah satu aktiviti anjuran peKomik yang berlangsung sepanjang Pesta Buku ni ialah cabaran lukisan komik terpanjang untuk dimasukkan dalam The Malaysia Book of Records – 400 meter! Kalo belari sejauh 400 meter ni, kalo tak pitam, sah muntah hijau! Semua pelukis komik ( amatur dan pro ) dijemput untuk melukis. Macam-macam gaya hasil karya ada kat kain ni. Sebagai sokongan pada peKomik, gua singgah jab untuk melakar.

Terima kasih pada semua yang telah sudi membeli buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua. Moga buku gua ini akan melahirkan lebih ramai kartunis lelaki dan perempuan generasi baru yang berILMU dan sedia menerima cabaran, sanggup bersaing dan melakukan kejutan hebat pada industri kartun tanahair dengan karya-karya yang berkualiti! Begitu juga pada pelukis-pelukis komik tahanair! moga ada kebaikan

demi Allah, gua tak pernah salahkan ibubapa gua kerana tidak 'mampu' membelikan gua buku itu... kerana 'kekurangan' itu gua berusaha dan belajar sendiri....

terima kasih

Wednesday, April 16, 2008

MELUKIS KARTUN 2

PESTA BUKU 2008

MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR
BAHAGIAN DUA DARI TIGA BAHAGIAN
10 RABIULAKHIR 1429 HIJRAH - 17 APRIL 2008

Gua mendapat sms dari beberapa orang sobat memberitahu mengenai Seminar HAK CIPTA yang akan diadakan pada pagi Sabtu 05 Rabiulakhir 1429H – 12 April 2008 pukul 10.00 pagi. Bagus gak. Kena pegi ni! Pagi tu sampai jer ke PWTC gua trus ke Dewan Kedah untuk mengikuti seminar pasal Hak Cipta tepat pukul 10.00 pagi. Pembentang dan kertas kerja yang diberi sangat bagus dan membantu memberi lebih kefahaman. Patutnye semua karyawan/pengkarya ( penulis, pelukis, animator, illustrator, katunis blablabla…. ) terutamanya yang masih baru patut datang ke seminar ni untuk mendapat ilmu, pengetahuan, maklumat dan segala yang berkaitan. Ini adalah maklumat dan ILMU yang sangat baik dan berguna. Sayang sungguh. Terima kasih atas segala maklumat yang disampaikan. Gua tak dapat tunggu sehingga tamat seminar pada pukul 1.00 petang. Tepat 12.00 tengahari gua blah kerana terpaksa bertugas untuk mempromosikan buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua. Apapun tahniah pada penganjur seminar! Untuk minggu kedua gua membuat promosi dan membodek para pengunjung membeli buku gua. Ayuh saksikan beberapa gambo pembeli buku gua.

Masa mengikuti seminar, gua mendapat pangggilan tipon dari sobat lama iaitu kartunis Manggis. Kitorang memang dah janji nak dating kat PWTC ni. Gua kuar jab dari dewan seminar sementara menunggu kedatangan kartunis Manggis. Tetiba masa gua baiekkk punyer sandar layan Aku Hidup Dalam Blues Untuk Aku Ker kat dinding luar dewan tu, sekumpulan awekz tetiba tesengeh-sengeh kat gua. Ah, sudah! “ Apa hal plak awek-awek ni. Sakit ker diorang ni. Diorang ni sengeh kat gua atau kat dinding?" Konfius gua. Nakot gak. Diorang ramai. Buatnye diculik atau dismackdownnye gua ramai-ramai... EEEE.. Makan makanan hospital la gua! Mana la si Manggis ni? Walaupun Manggis lemah gak tapi kira okey la kalo beliau ada. Boleh la gua tunjuk macho sket kat Manggis depan awek-awek ni. Uuuu...uuu... Mereka trus menghampiri gua dan berkata “ Brader Gayour kan?” Err... yeah, babeh! Rupenye awek-awek ni student dari Kolej Yayasan Melaka yang datang nak tengok dan beli buku ikut bajet. Bertahun-tahun dulu gua and the gang penah pegi ke kolej ni dalam siri Bengkel Kartun dan Kerjaya. Patut la diorang kenal gua. Sori la... gua tak ingat. Terutama awek-awek ni. Cepat lupa. Lemah minda la katakan. HEH! Diorang trus paksa gua untuk begambo dengan diorang. Boleh! Boleh! Jangan royal rumble gua ramai-ramai dah! Memang salah satu tugasan sebagai seorang kartunis selain dari melukis kartun ialah digunakan untuk ambik gambo! Tq. Gud luck girlz!


Sambutan dari pengunjung kali ni sungguh memberangsangkan. Kali ni ramai golongan remaja yang membeli. Ada gak golongan dewasa seperti kakak ni yang membeli buku gua untuk anak beliau. “ Anak akak si along tu suka sangat lukis kartun”, ujar kakak ni. Moga buku ni boleh memberi kefahaman pada anak kakak mengenai persediaan dan perkara-perkara asas yang perlu diketahui dan dibuat terlebih dahulu sebelum menjadi seorang kartunis. Tak kisah la kalo anak kakak tak jadi kartunis sepenuh masa, yang penting dia tahu, faham dan berILMU pasal kartun. Moga dengan ILMU itu nanti dia tidak lokek untuk menyampaikan pada yang memerlukan. Maka bekembang biak la ILMU. Terima kasih daun keladi kakak kerana memahami minat dan menjadi pendorong pada anak kakak. Terserah la pada si anak... Moga dia berjaya dengan usaha gigih beliau. Insya Allah.

Adik manis ni beli buku gua untuk diri beliau sendiri. Beliau suka/minat dan semangat tak ingat untuk melukis kartun tapi hilang akal cane nak melukis dengan betul. Terutama dalam mencipta karakter kartun sendiri. Membeli buku gua ni satu tindakan tepat dalam usaha adik manis mencabar keupayaan diri dalam usaha menjadi seorang pelukis kartun yang berilmu dan berjaya. Berusaha la! Jadi la salah seorang dari kartunis perempuan tahahair yang berILMU. Terima kasih.

Brader ni terang-terang menyatakan pada gua mengenai kelemahannya melukis kartun. Tapi sangat teruja untuk melukis kartun! Pasal tu la tanpa merasa kesal, beliau trus membeli buku gua ni. Moga apa yang gua sampaikan dalam buku ni dapat membantu brader dan menjadikan impian brader untuk melukis kartun dengan penuh keyakinan akan terlaksana dari usaha dan semangat gigih brader. InsyAllah. Gua caya lu brader kerana tidak mengganggap melukis kartun suatu yang mudah/senang! Kerana tu brader ni beli buku gua pasal nak tahu dan belajar. Tahniah dan terima kasih kerana sudi membeli buku gua.

Sorang lagi awek remaja yang berminat, suka dan tegedik nak belajar melukis kartun. Ayuh! Melukis la kerana negara kita memang kekurangan pelukis komik, illustrator dan kartunis perempuan yang berbakat dan berILMU. Kehadiran anda dalam industri kartun tanahair memang dialu-alukan! Kerjaya ni memang sentiasa terbuka pada siapa saja yang bersemangat kental dan sedia bersaing untuk memeriahkan industri kartun/komik tanahair! Syaratnya mudah saja… siapakan diri dengan sebanyaknya ILMU dan jangan jadi seorang yang jahil! Tahniah! Moga berjaya dan terima kasih.

Seingat gua dua orang gadis remaja ini adik beradik. Masing-masing membeli buku gua sorang satu, tak mahu berkongsi! Tak tahu kenapa, mungkin mereka bersaing siapa yang paling hebat dalam melukis dan mencipta karakter kartun memasing. Untuk menjadi hebat, kita mesti berani melakukannya dengan berpandukan ILMU! Berusaha dan bersaing la untuk menjadi lebih baik dan memajukan kebolehan diri. Moga dengan kebolehan, bakat dan ilmu yang ada itu nanti, adik manis berdua boleh melakukan kebaikan melaluinya pada agama, bangsa, diri, keluarga dan Negara! Terima kasih kerana membeli dua buku gua…

Cam yang gua kata tadi, kali ni ramai remaja yang membeli buku gua. Sorang lagi remaja perempuan yang berminat dengan kandungan buku gua dari penerangan yang gua sampaikan. Hampir semua perkara asas yang perlu diketahuai, difahami dan dipelajari oleh siapa saja yang berminat nak melukis kartun gua masukkan dalam buku ni. Gua buat buku ni untuk kemudahan semua yang berminat untuk belajar melukis kartun. Terima kasih adik.

Sorang lagi brader yang berminat pada kartun dan berminat melukis kartun. Gua respek kat brader ni kerana tidak malu untuk belajar melukis kartun. Memang tidak ada sekatan pada kita untuk trus belajar apapun ( yang bermanafaat ) walau berapapun umur kita. Guapun masih trus bertanya dan belajar kerana masih banyak yang gua tak tahu. Terima kasih kerana sudi membeli buku gua brader. Berusaha la dengan sabar dan gigih. Tidak ada jalan mudah untuk berjaya. Banyak-banyak la buat latihan mencipta karakter sendiri.

Masa gua mula-mula melukis kartun dulu, gua sentiasa mencari buku panduan melukis kartun buatan kartunis tanahair untuk belajar dan menjadi rujukan. Tapi sayangnya tak ada. Bejanggut gua cari! Kalo adapun ntah apa-apa ntah. Tak boleh buat rujukan langsung! Kebanyakan buku panduan melukis kartun, komik apatah lagi animasi datangnya dari Jepun, Eropah dan U.S. Mahal nak mampuih plak tu! Perkara ni benar-benar merupakan cabaran besar pada pelukis baru yang agresif seperti gua untuk belajar dan memajukan diri! Kat sapa nak bertanya, nak belajar pasal ILMU kartun ni ya? Ah, CRAP! Perkara ni la antara pendorong untuk gua membuat buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR ni. Biar remaja seperti adik ini senang dan mudah belajar melukis kartun. Apa yang diperlukan ialah semangat dan kesungguhan. Terima kasih adik! Selamat melukis kartun.

Siapa tahu, siapa sangka adik yang membeli buku gua ini akan jadi lebih hebat dari gua dan Dato’ Lat pada suatu hari di masa akan datang sebagai seorang kartunis dan menjadi kartunis anak Melayu pertama yang menjejakkan kaki, kepala lutut dan sujud syukur di permukaan bulan. Lagi hebat mencipta sejarah dunia kartun sebagai kartunis pertama melukis karikatur gua kat atas permukaan bulan sebagai ingatan pada buku gua yang menjadi guru beliau hingga menjadi seorang kartunis yang berjaya ( atas usaha dan semangat tegar beliau )! Adakah perkara ini mustahil untuk terjadi? Terima kasih adik. Berusaha la!

Ramai remaja perempuan yang membeli buku gua ini sebagai tanda rupanya ramai golongan hawa yang beminat melukis kartun. Memang ramai yang suka melukis kartun. Kerap kali gua dengan kata-kata ni dari seorang ibu atau bapa mengenai anaknya… “ anak kakak/abang/makcik/pakcik si angah tu suka betul lukis kartun. Habih dinding, kerusi, meja, lantai, pinggan mangkuk, periuk, kuali, atap, siling, kereta, badan adik dia, beg sekolah, buku-buku sekolah lama-lama dilukisnya!” Yeah! Gua boleh bayangkan setakat mana hasil karya dan bagaimana kualiti lukisan kartun mereka. Memang mereka melukis kartun tapi bukan kartun begitu yang kami mahu untuk dibeli dan diterbitkan. Moga buku yang gua buat ni dapat membantu anak-anak yang begitu ghairah melukis kartun termasuk adik manis ni. Terima kasih .

Lupa lak… lepas awek-awek dari Kolej Yayasan Melaka tu blah, si hitam manis Manggispun sampai. EEEE.... Untuk tahun kedua kami memunggah stok komik memasing yang dikumpul selama setahun dari rumah ke Pesta Buku untuk betukar komik suke sama suke. Komik yang berat nak mampuih ni kitorang pinjam, baca dan simpan selama setahun. Insya Allah, panjang umur Pesta Buku tahun depan, kami berdatin lagi untuk memulangkan komik yang dipinjam pada tahun ni dan betukar plak dengan komik stok baru. Apa ni Manggis, lu bagi gua sikit, gua bagi lu pinjam banyakkkkk! ARGHHHHHHHHH! Tapi tak kisah la. Kalo gua nak lambat habis baca semua komik tu, gua eja la satu-satu. Ngam-ngam pesta buku tahun depan habih eja semua! Uikz, bijaknye gua! HEH!

Monday, April 14, 2008

SKOOL'S OUT

I LUV SKOOL WHEN IT'S CLOSED
08 RABIULAKHIR 1429H - 15 APRIL 2008

Selain dari memenuhi jemputan dari IPT, kitorang gak memenuhi jemputan dari sekolah. Minggu lepas pada hari Rabu (02 Rabiulakhir 1429H - 09 April 2008 ) kitorang poie ko Negori Semilan jadi cikgu kek Sekolah Menengah Kebangsan Mambau, Negeri Sembilan Darul Khusus, ngaja budak-budsak sekolah ni pasal kartun. Jemputan ni sempena minggu apo ko namo eh ntah kek sekolah tu. Pakcik lupo! Kiro ni salah satu aktiviti untuk pendedahan pada pelajar-pelajar mengenai kerjaya pilihan yang menarik untuk diketahui dan dicuba.

Cikgu yang menjemput gua tu suruh datang awal sket. Program bermula pada belah petang pukul 2.30 petang. Diorang suruh datang/sampai awal pasal nak belanja makan tengahari kat kantin. Dengar ada makan tengahari Padi, Amang dan Aguri dengan rakus tanpa belengah lagi sepakat meninggalkan opis seawal 11.30 pagi kerana nakot sampai lambat. “ Melepas makan tengahari nanti ujar Padi! ”. Kata-kata beliau disokong tegar oleh Amang dan Aguri yang tensen dengan gua yang tehegeh-hegeh. Amang memandu dengan laju sekali kerana nak makan tengahari kat kantin sekolah. Selamat jer sampai jer ke sekolah, cikgu tu trus bawak kitorang ke kantin untuk makan tengahari. Dulu masa sekolah, jangan harap la boleh masuk apatah lagi makan kat meja guru dalam bilik makan guru. Masa untuk merasa dan balas dendam!

Setelah membelasah beberapa pinggan nasi dan lauk masakan negori semilan yang paling lazat* menyelerakan anak tekak dan berehat secukupnya hingga hampir terlena, kelaspun bermula. Ni la sebahagian dari pelajar yang dapat dirakamkan gambo diorang yang datang memberi sokongan.

*nanti kalo gua makan masakan negeri lain gua akan kata " Uikz! Sungguh lazat menyelerakan masakan ni! Tak pernah jumpa masakan/makanan begini punyer lazat dalam dunia!" Sama la masa kita makan masakan mak kita, kita akan kata " mak masak apapun lazat tiada tandingan di seluruh alam semesta!" Ini la sikap hipokrit kebanyakan kita pasal makanan. Asal halal, makan jer la selagi boleh makan.

Apo kaba sumo. Ni sumo orang negori semilan ko ni? Haa... dongan baik-baik den nak ngaja ni. Jangan main-main. Den ghembat an sorang-sorang kek tiang gol kang! Humang hai, garang eh lak kau yo jang! Kesempatan ni gak gua gunakan untuk mempromosikan buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua pada semua pelajar dan guru. Boli jang, jangan tak boli! Ponek den buek eh tau tak!

Masa untuk lukis kartun! Hah, sekarang masa untuk korang lukis kartun ikut suka, minat dan kehendak hati tanpa mempedulikan apa nak jadi! Jangan peduli apa member kat sebelah nak kata. Dia punyer lukisan kartunpun cam budak tadika gak. So… apo nak malu? Ni masa diorang mencipta dan melukis karakter kartun memasing dan masa untuk gua membelek buku teks diorang. Mak datuk kau! Susah nak mampuih pelajaran skang rupnye! Nakot sungguh! Nengok buku nipun dah tau susah. Al maklum la lemah minda la katakan. Nasib baik la gua dah lamo abih sekolah. Selamattttt… tak jumpo dan belajar mata pelajaraan ni. Kalo tak, setiap kali mata pelajaran ni pasti kena bediri atas meja la nampaknye. Heheheehee..

Masa untuk cikgu Padi plak memberi penjelasan pada pelajar-pelajar mengenai photoshop. Kebanyakannya masih tak tau dan tak penah dengar lagi mengenai photoshop. Tak apa. Semua orang cam tu. Tak tahu itu dan ini pada mulanya. Dari belajar la kita tahu itu dan ini dan bila dah tau jangan kita kedekut dan belagak nak mampus dengan sedikit ilmu yang kita ada! Kongsi dan sebarkan untuk kebaikan dan manafaat semua. Baru ilmu bekembang dan insyAllah, ilmu yang kita sebarkan tidak akan menyebabkan kita jadi bengkrap ilmu, sebaliknya akan betambah. Percaya la...

Sesi kitorang bersama pelajar-pelajar dalam bengkel kartun dan kerjaya ni tak lama. Memasing dah sibuk nak balik pasal bas sekolah yang ambik diorang akan trus blah kalo tengok diorang tak ada! Pasal tu la memasing kelam kabut nak balik. Tak ado akal punyo dreba bas! Walau tak lamo mano, harap apa yang kitorang sampaikan ada menafaatnya. Ni bersama dengan guru-guru, dua pelajar yang terlibat dengan program kitorang ni dan beg kertas yang berisi coklet! Yummy! Yummmy!

Sebahagian dari pelajar/peserta bengkel sebelum semuanya balik naik bas, kereta,lori, jalan kaki, belari, naik motor atau beskal. Selamat belajar dan berjaya. Terima kasih bebanyak pada guru yang mengendalikan program dan pihak sekolah yang menjemput kami. Moga semua selamat, sihat sejahtera dan berjaya.

tadi masa masuk jer ke kawasan sekolah...
kenangan lama masa sekolah dulu walaupun dua puluh tahun telah berlalu tetap segar dalam ingatan!
ah, blah la! kenangan konon! HEH!

i luv skool when it's closed!

Sunday, April 13, 2008

MELUKIS KARTUN 1

PESTA BUKU 2008
MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR
BAHAGIAN SATU DARI TIGA BAHAGIAN
07 RABIULAKHIR 1429HIJRAH - 14 APRIL 2008


Ahad lepas (29 Rabiulawal 1429H - 06 April 2008 ) gua pergi ke Pesta Buku 2008 kat PWTC untuk promosi dan jual buku
MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR
gua. Kali pertama melalui/merasai pengalaman buat promosi dan jual buku sendiri. Tak ada beza sangat, cuma gua kena kata “ ini buku terbaru saya, sila tengok “, sebagai promosi dan kata lagi “ sesuai untuk semua peringkat usia terutama pada yang berminat untuk belajar melukis kartun “, sebagai kata-kata manis supaya membeli. Alhamdulillah, kali pertama buat promo ramai gak yang sudi membeli terutama ibubapa yang membeli untuk anak-anak mereka. Ayuh saksikan antara gambo-gambo yang sempat gua rakamkan dengan pembeli-pembeli buku gua kat Pesta Buku 2008. Terima kasih.


Seorang remaja pompuan yang berminat untuk melukis kartun. Kerana itu beliau membeli buku gua ni. Terima kasih. Selamat melukis kartun. Kalo tak jadi seorang kartunispun tak apa asalkan cik adik manis faham, tahu dan berilmu mengenai kartun. Nanti bila adik berkawen dan mempunyai anak yang berminat melukis kartun, adik manis adalah guru pertama yang sedia memberi tunjuk ajar pada dia. Nanti bila kawan-kawan dia bertanya “ kau belajar melukis kartun dari mana/siapa aa?” Si anak akan berkata “ ibu aku adalah guru kartunku yang paling hebat dalam dunia!”


Kakak ini begitu bersemangat semasa bertanyakan mengenai kandungan buku gua ini. “ Anak kakak minat betuk melukis kartun “. Berikan dia buku ini dan biarlah dia belajar mengikut apa yang saya sampaikan dan kemudian setelah faham dan mahir, melukislah mengikut kehendak hati! Terima kasih kakak.

Seorang bapa membawa anak kecil ini bertemu gua dan terus membelikan buku ini untuk si anak. “ Inilah kartunis Gayour “, kata si bapa ( yang mungkin suatu masa dulu peminat tegar majalah humor tanahair ) kepada anaknya yang terpinga-pinga. “ Gayour? Tak pernah dengarpun, tak kenalpun “. Terima kasih abang. Moga anak abang berjaya dalam hidup dan menjadi seorang anak yang soleh dan beriman.

Seorang lagi generasi baru yang suka melukis kartun. Memang gua buat buku ini untuk semua orang mendapat ilmu dan manafaat darinya. Tidak semestinya kena jadi kartunis kerana membeli buku gua ni. Apa yang pasti mendapat ILMU dan kefahaman darinya. Jangan kita jadi jahil dan menjadi penentang tegar terhadap minat atau sesuatu kerjaya yang kita rasa tidak menjamin masa depan seperti seorang kartunis. Terima kasih adik.

Kakak ini seorang peminat/pembeli/penyokong tegar majalah humor tanahair kerana itu beliau membelikan buku gua ni untuk anak beliau yang suka melukis kartun. Terima kasih. Selamat bersungguh belajar melukis kartun dan berjaya walau tidak menjadi seorang kartunis sepenuh masa.

Si bapa dan si ibu membawa anak-anak mereka bertemu gua dan terus berminat untuk membeli buku gua ni setelah membelek dan mendengar penerangan dari gua mengenai isi kandungan buku ni. Terima kasih abang. Biarlah mereka berkongsi belajar melukis kartun dengan cara yang betul melalui buku ni.

Cam yang gua kata tadi, ramai ibubapa membelikan buku gua ni untuk anak-anak mereka belajar cara yang betul melukis kartun kerana adanya buku melukis kartun dan bermacam-macam lagi buku yang gua tak dapat miliki masa zaman gua dulu. Sungguh beruntung anak-anak zaman sekarang. Gua benar-benar rasa cemburu! Sungguh mudah mereka mendapat ilmu terutama dengan adanya kemudahan internet. Apa nak dikata, zaman berubah dan mereka berhak untuk menikmati segala kemudahan ni. Terima kasih. Moga adik berjaya di dunia akhirat.

Petang tu gua dijemput sebagai salah seorang ahli panel dalam salah satu acara anjuran peKomik yang juga menjemput karyawan-karyawan seni grafik, animasi dan komik untuk bercakap/bercerita mengenai kerjaya memasing . Selain bercakap mengenai majalah G3, kesempatan ni gua gunakan untuk mempromosikan buku gua pada tetamu yang hadir. " Oi! Oii! Yang kat depan dan kat belakang tu! Jangan main-main! Tengok ni! Tengok cover dan buku gua ni betul-betul! Nanti boleh beli! Temasuk dengan lu encik Faizal Mukhtar! " HEH! Ramai yang tak tau dan sekarang ramai yang dah tau mengenai buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua ni setelah gua promosikan. Jangan lupa untuk melihat dulu isi kandungannya dan membeli! HEH!

Petang ni gak tanpa disangka gua bertemu dengan saudara UJANG dan saudara Tembakau dalam majlis forum ni.

Monday, April 07, 2008

RUN FOR YOUR LIFE!

RUN FOR FUN
01 RABIULAKHIR 1429 HIJRAH - 08 APRIL 2008

Gua hampir lupa nak masukkan aktiviti ni. Sibuk cam orang lain gak. Hari tu, berminggu yang lalu team kitorang ( G3 ) mendapat jemputan dari pihak Astro dalam siri RUN FOR FUN mereka kat Danga Bay, Johor Bahru sana pada 15 Rabiulawal 1429 Hijrah – 23 Mac 2008 ( Ahad ) yang lalu. Naik cemuih dah gua dengar pasal Danga Bay selama ni. Best sangat ker? Ni peluang baik untuk gua lihat dan tengok sendiri bagaimana bestnye rupe Danga Bay yang dihebah-hebahkan selama ni. Padi, A’an, Amang, Bob the Bodyguard dan gua memenuhi jemputan Astro ke Danga Bay. Here we go babeh!

Hujan dalam perjalanan pergi. Okey gak. Tak la panas sangat. Sembang yang bukan-bukan sepanjang perjalanan yang begitu jauh dan membosankan. Cerita UFO makan buah kepala sawit mentah kat Orek Rempit ( rempit? ) yang pernah kitorang debatkan hari tu masa on the road ke Kolej Komuniti Kuala Langat disambung semula. UFO, suatu fenomena mistri yang sangat menarik hati ramai orang di seluruh dunia untuk mengkaji dan mengetahuinya termasuk gua. Perjalanan yang jauh ini menjadi begitu seronok dengan kisah lawak makhluk alien UFO makan buah kelapa sawit. Apa la malangnye nasib encik UFO tu makan buah kepala sawit mentah. Mungkin kena pedajai oleh member beliau yang juga pernah datang ke bumi kita dan kene pedajai oleh member beliau makan buah kelapa sawit mentah. Entah la… Kitorang sampai malam lepas masuknye waktu Isya bagi kawasan Johor Bahru dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya termasuk Singapura. Begambo kat laman rumah tumpangan kitorang masa nak check in.


Acara RUN AND FUN berlangsung seawal tujuh pagi. Pendaftaran lebih awal lagi. Kitorang sampai dalam pukul sembilan pagi setelah membelasah sarapan pagi kat rumah tumpangan yang dekat jer dengan Danga Bay ni. Masa kitorang sampai, acara RUN AND FUN telahpun selesai dan tamat. Sambutan/sokongan yang diberi oleh rakyat Johor Bahru pada program anjuran Astro ni begitu hebat sekali! Beribu-ribu orang datang membawa keluarga dan anak-anak mereka menyertai acara ni dengan bebagai ragam dan fesyen pakaian semasa berlari. Kan nama program ni LARI DAN BERSERONOK. Jadi kod pakaiannya mesti yang menyeronokkna dan kreatif! Lihat la keramaian rakyat Johor di Danga Bay pada pagi/hari tu… Masa ni acara di pentas utama sedang berlangsung dan acara kitorang kat booth yang disediakanpun turut berlangsung!


Gua masih tak dapat lagi melihat sepenuhnya keadaan/rupa Danga Bay ni. Tak pe, nanti-nanti la. Sekali imbas cam tak best jer. Tak ada yang menarik. Entah la… Buat kali pertama sepanjang kerjaya gua sebagai seorang kartunis…. Melukis hampir TIGA JAM SETENGAH dengan BERDIRI! ARGHHHHHH! Apahal plak berdiri? Tak kan tak ada kerusi? Yeah! Pihak penganjur tak menyediakan kerusi atau kerusi kitorang dah kena rembat! Tapi itu la yang berlaku pada gua, Padi, A’an dan semua team kitorang. Ramai plak pengunjung, pembeli dan peminat yang datang membeli barangan yang kitorang bawak… bediripun bediri la!

Makin tengahari, keadaan makin tenang. Ramai yang telah penat dan balik bersama keluarga memasing. Guapun lari sebentar untuk melihat-lihat dan menghilangkan lenguh kepala lutut dan tangan dengan berjalan-jalan. Telihat seorang adik melintas kat depan booth kitorang bersama oh ibuuuunya. Gua trus tahan adik itu dan minta izin dari oh ibuuu beliau untuk ambik gambo dengan beliau. Bukan apa, nak tunjuk kat korang semua cam ni la rupa baju kecik yang perlu dipakai oleh setiap perserta dalam acara RUN AND FUN ni. Selain nombor pendaftaran ada ruangan untuk nama peserta sekali kat jersi hijau ni. Kalo hilang senang nak buat pengumuman anak siapa la ni…
" sorang kanak-kanak lelaki/perempuan telah ditemui meraung tak berhenti kerana kehilangan mak bapak beliau! "

Terima kasih ya adik.


Lepas ambik gambo, oh ibuuuu adik ni mintak gua lukis kat baju jersi RUN AND FUN anak beliau ni. Boleh, no problemo! Kalo anak oh ibuuu lukis/conteng kat baju ni mesti oh ibuuu marah tapi oh ibuuu tak marah langsung bila gua lukis kat baju anak oh ibuuu ni. Pelik bin ajaib sungguh! Ni la antara kelebihan sebagai kartunis ya, boleh lukis/conteng kat mana suke tanpa kena marah! HEH!


Cam yang gua cakap tadi, hampir tiga jam lebih bediri melukis, akhirnya setelah ramai berambus balik pasal acara penyampaian hadiah dan nyanyi-nyanyi kat pentas dah habih, baru la dapat duduk setelah Amang bekeliaran merampas kerusi-kerusi yang ditinggalkan! Alhamdulillah…. Terasa sungguh nikmatnye bila dapat duduk… Tq banyak-banyak jer la encik Amang! ARGHHHH!


Dalam pukul 12.30 tengahari acara tamat sepenuhnya. Keadaan menjadi tenang seperti tiada apa yang telah berlaku setelah tamatnya acara RUN FOR FUN. Gua rasa sket pelik ( saja-saja buat pelik sebenarnya ). Dari pagi tadi gua berada kat Danga Bay ni, gua rasa begitu panas bebahang walau keadaan cuaca mendung. Apasal ek? Rupenya baru gua sedar, tak ada tiupan angin dari Selat Tebrau yang berhembus. Wahai angin Selat Tebrau, kenapa dikau tidak bertiup. Apa salah ku pada mu hingga dikau enggan bertiup membelai wajah dan rambutku. Kenapa jadi begini. Ke manakah semua angin-angin itu menghilang. Adakah semua angin yang bertiup itu telah disekat oleh Singapura? Entah la. Gua bayangkan cam kat Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu masa gua pergi dalam acara Monsoon Cup tahun lepas… Angin Laut China Selatan sentiasa bertiup rakus membuatkan rambut gua sentiasa tegak! Bila semua orang dah blah, guapun eksyen RUN FOR FUN sorang-sorang!

Walau tak berkesempatan untuk melihat dan menikmati keseluruhan apa yang ada di Danga Bay, tidak ada yang menarik perhatian gua. Kenapa angin Selat Tebrau tidak bertiup? Bukankan Danga Bay ini benar-benar berada di tepi laut! Dalam perjalanan ke Danga Bay pagi tadi, gua dapat melihat keadaan laut/ Selat Tebrau yang sangat kotor dan airnya yang berbau. Yeah! Kat tempat lainpun kotor dan busuk gak! Walau kotor dan busuk, malam tadi lepas check in, kitorang kuar makan dan melihat booth dan tempat berlangsungnya acara RUN AND FUN ni, gua tengok di sepanjang pantai ni penuh dengan pasangan kekasih sedang asyik berkasih sayang walau keadaan pantai yang begini. Apa nak buat, " kalo chinta mau aje! " Yeahyeahh! Kat pantai tempat lainpun sama gak! Ada gak gua nampak aktiviti menjala udang/ikan di sepanjang pantai yang tecemar teruk. Sorang kawan kata '' ni semua pasal kilang baja Singapura buang sisa baja dalam laut/Selat Tebrau la ni! " Kalo betul, itu dari belah sana, bagaimana plak dengan sumbangan dari pihak rakyat Jay Bee mengenai pencemaran tegar ni?

Inilah Danga Bay yang cerita mengenainya begitu banyak sekali gua dengar selama ni. HARHARHAR! Akhirnye sampai gak gua ke Danga Bay! HAHAHAH! Ni salah satu dari pintu/jalan masuk ke Danga Bay yang sempat gua begambo. Best ker tempat ni? Gua tak dapat merasakannya. Yeah... mungkin kerana terlalu singkat kat sini. Tak sempat nak menikmati segala yang ada. Gua ternampak sususan rumah-rumah tradisional Johor yang dijadikan restoran. Rasa nak pegi tengok dan begambar kat rumah Limas tu, tapi tak apa la. Biar la yang menarik itu tidak habis gua nikmati. Ada la sebab nanti kalo gua nak ke sini lagi. " hari tu tak dapat masuk/naik ke rumah Limas ni ". Gua masih tertanya-tanya... kenapa angin Selat Tebrau tidak bertiup membelai Danga Bay masa gua di sini?

Raplika rebung yang menarik perhatian gua untuk mengabadikan kenangan di bulatan masuk melalui pintu gerbang ke Danga Bay. Kalo la gua seorang pencari dan penjual rebung tegar, memang betuah badan la dapat jumpe rebung bagak cam ni. Kayo pakcik! Gua tetinjau-tinjau gak kalo ada replika buluh betung! Tak tau cane punyer titanic replika buluh betung tu ek? HEH!

Sebelum meninggalkan Danga Bay, sorang penjual asikrim parking betul-betul kat sebelah kitorang. Pekena aiskrim la dulu ek. Emmm… yummy! Yummy! Alaaa... aiskrim biase jer. Kat mana-mana pun korang bleh beli dan nikmati aiskrim ni. Bukan hanya dijual kat Danga Bay. Memang gua ingin sekali bersiaran di sekitar kawasan Danga Bay ni untuk melihat apa yang menarik sangat. Tak apa la. Gua tak rasa rugi apa-apa. Biase jer. Selamat datang ke Danga Bay. Terima kasih ASTRO!