RUMAH EHSAN
YAYASAN SALAM MALAYSIA
14 REJAB 1429H - 17 JULAI 2008
Gua mendapat jemputan luar biasa hebat kali ni dari YAYASAN SALAM MALAYSIA ke Rumah Ehsan, Kuala Kubu Baru pada 09 Rejab 1429H – 12 Julai 2008 ( Sabtu ) yang lalu. Sungguh luar biasa pengalaman bersama gang SALAM kali ni. Selama ni gua hanya dengar dan tengok jer cam no orang buat program cam ni. Nak gak join tapi tak tahu cam no nak mula dan apa yang kena buat. Gua keliru. I confious u know! I confious! Kali ni semua yang gua fakir dan bayangkan selama ni menjadi kenyataan dengan join dalam program/aktiviti ni.
Apa benda Yayasan SALAM Malaysia tu. Tak penah dengarpun. Apa bende tu?
Rumah Ehsan lagi satu. Rumah apa plak? Tak penah dengarpun. Sila ke www.salam.org.my kalo nak tahu apa bende Yayasan SALAM Malaysia. Terima kasih pada Yayasan SALAM Malaysia, saudara Arip, cik Zamliza dan semua sukarelawan SALAM yang happening biar ke laut!. Satu aktiviti kebajikan, kasih sayang, keperihatinan dan kemanusiaan yang hebat. You guys ROCK!
Gua sampai agak lewat ke pejabat Yayasan SALAM Malaysia dengan Aguri. Tapi tak la lewat sangat. Maaf banyak-banyak la yee… tak tau nak salahkan sapa kerana kelewatan ke laut ni. Sampai jer staff dan sukarelawan SALAM dah siap untuk betolak ke Rumah Ehsan kat Kuala Kubu Baru sana. Kali pertama sampai ke pejabat Yayasan SALAM Malaysia ni membuatkan gua trus nak begambo sebagai kenangan. Ingat nak begambo sesorang. Nak posing jer staff sorang sukarewan SALAM berkata “ oi, brader Gayour, nak prop tak?” Ni la jadinye bila diorang berebut-rebut nak begambo sama. Mula-mula nampak segan-segan, amik gambo punyer pasal, habih ke laut semua segan! Entah la…
Sepatutnye kitorang sampai mengikut jadual tapi kerana kesilapan teknikal sejak dari mula gerak dari pejabat SALAM hingga la dalam perjalanan pasal ada yang hilang pegi ke laut mana ntah! Oh, ya. Kitorang pergi konvoi ke Rumah Ehsan naik kereta. Bemacam kereta dan ragam pemandu. Lupa lak. Program anjuran SALAM ni disertai oleh staff SALAM dan paling ramai disertai oleh sukarelawan baru! Mereka bersama membuat persiapan, menggunakan kenderaan sendiri dan memandu sendiri. Tu yang ada ke laut! Semua gumbira kerana selamat sampai ke Rumah Ehsan walau over deadline! Tak ape asal selamat sampai.
Encik Arip yang kanan sekali tu ialah ketua rombongan dan ahli tetap SALAM ( driver gua dan Aguri. Heh ! ) dengan cik Zamliza yang betudung biru tu. Awek-awek lain tu kebanyakannya adalah sukarelawan yang baru mendaftar dan kali pertama join dalam program ni cam gua. Walau penat bukan kerana memandu tapi pasal menunggu kawan yang ke laut dalam perjalanan tadi, semua gumbira dan berebut-rebut nak jadi prop bila nampak kamera. Entah la…
* ke laut adalah istilah sesat dalam perjalanan yang digunakan oleh sukarelawan SALAM.
Cam kat pejabat Yayasan SALAM kat P.J. tadi, gua mesti nak begambo kat pintu masuk ke bangunan Rumah Ehsan ni sebagai kenangan sebelum diserbu!
Tak sempat nak posing yang lain, diorang trus serbu nak begambo bersama. Kelihatan staff dan sukarelawan SALAM telah bersedia dengan goodies digenggaman memasing sebagai buah tangan untuk penghuni Rumah Ehsan.
Sampai jer kitorang trus diberi sedikit taklimat ringkas oleh wakil penjaga Rumah Ehsan. Sapa nama beliau ek? Lupa lak. Menurut beliau ada dua buah Rumah Ehsan saja setakat ni di Semenanjung Malaysia. Satu kat Kuala Kubu Baru ni dan satu lagi kat Dungun, Terengganu Darul Iman. Sila la singgah kalo sampai ke Dungun, tegas beliau. Rumah Ehsan terdiri dari empat buah asrama yang didiami oleh penghuninya.
Ni dia encik penjaga tu. Menurut beliau lagi, tiga buah asrama menempatkan penghuni yang bed ridden. Penghuni yang memerlukan bantuan sepenuhnya. Sebuah lagi untuk penghuni yang 50% boleh berdikari dan menguruskan diri termasuk boleh melakukan beberapa aktiviti. Mendengar maklumat ni membuatkan hati gua bedebar, menelan air liur dan membayangkan itu dan ini. Ini pengalaman pertama. Gua memang bedebar tapi teruja untuk merasai pengalaman hebat ini. Macam-macam dalam kepala hotak bejambul gua masa dengar taklimat ni.
Tugasan gua dijemput menyertai program/aktiviti anjuran SALAM ni ialah untuk melukis karikatur penghuni di Rumah Ehsan. Itu hajat mereka pada gua. Yeah! Melukis memang kerja dan tanggungjawab gua. Satu pengalaman yang menarik dan hebat walau gua bukan pelukis karikatur tegar. Gua seronok dan sanggup melakukannya! Ini adalah lakaran karikatur pertama gua atas pemintaan dua orang warga emas sahabat baik.
Yeah! Untuk makluman sobat semua. Gua sekarang berada di Rumah Ehsan iaitu sebuah rumah kebajikan yang menjaga dan melindungi warga-warga emas yang tidak berupaya. Mereka ditempatkan di sini dengan bebagai sebab. Masa taklimat tadi kami dimaklumkan antara sebab mereka berada di sini ialah kerana;
1- tak ada tempat tinggal
2- tak ada kerja tetap untuk menyara hidup
3- tak ada anak, waris atau saudara mara untuk menjaga mereka
4- masalah kesihatan
dan syarat terakhir sebagai kelayakan untuk menjadi penghuni Rumah Ehsan mestilah berumur 60 tahun ke atas.
Gambo gua bersama dua orang warga emas dengan sukarelawan SALAM.
Nenek berdua ni adalah member kamceng. “ Mari sini Ayoon! Lukis gambar!” jerit nenek Rokiah pada kawannye masa gua nak mula lukis.” Lukis baby sekali ya”, minta nenek Rokiah. Baby adalah kucing kesayangan mereka. Mereka mengejutkan Baby yang sedang lena tidur masa tu untuk dilukis.
Lepas melukis karikatur nenek berdua tu, sukarelawan SALAM bagi tau nenek Rokiah nak lukis gak. Yang nipun nama Rokiah gak. Ada perasaan luar biasa masa melukis karikatur nenek-nenek ni. Wajah mereka dah seperti karikatur dengan kedut dan segala perubahan pada wajah. Mereka bersahaja dengan air muka/mimik wajah begitu. Tak kontrol ayu seperti wajah orang muda. Sungguh mudah dilukis. Melihat kedut sejuta di wajah mereka sudah cukup memberitahu betapa tua dan uzurnya mereka. Kedut yang cukup menceritakan pengalaman hidup yang penuh dugaan dan jerit payah. Memang meraka sangat-sangat memerlukan perhatian, bantuan dan kasih sayang.
Gua melukis sepantas yang boleh. Tak nak bagi nenek Rokiah rasa tak selesa, sakit atau lenguh duduk di katil. Asrama yang gua lawat ni menempatkan warga emas wanita yang 100% memerlukan bantuan. Kebanyakan terlantar tak upaya di katil sepanjang masa. Ada yang lumpuh ada yang itu dan ini. Memang kesian. Menyentuh kulit nenek-nenek yang sudah begitu uzur ni dah cukup mengharukan hati. Kulit mereka lembut tapi tidak bermaya…
Gua tak boleh duduk lama kat asrama wanita tu. Tak tahan sebak di hati melihat mereka tebaring lemah. Kendian gua melawat ke asrama lelaki plak. Asrama yang menempatkan warga emas lelaki yang boleh berdikari walau menggunakan kerusi roda untuk begerak. Mereka sihat, aktif dan boleh besembang dengan baik. Mereka suka becerita. Lama gak gua bediri rupanya masa melawat dan melayan mereka. Patut la lenguh kepala lutut. Gua tak sempat nak melawat semua asrama dan warga emas kat Rumah Ehsan ni pasal lama sangat kat asrama nenek dan atuk tadi. Masa lawatan kami tak lama. Para sukarelawan sedang berehat setelah kepenatan sambil menikmati teh o yang disediakan. Terima kasih..
Masa kat pejabat Yayasan SALAM pagi tadi gua telah diberi sehelai t-shirt SALAM. Gua tak ingat nak pakai. Dah habis melawat baru teringat nak bakai. Leceh tul! Tak kisah la. Dah abih melawatapun tak apa. Gua tukar baju pakai t-shirt SALAM sebagai tanda menghargai. Sebagai bukti ingat nak posing sesorang dengan t-shirt free ni… emmm… ada gak yang nak interframe. Ni la cik Garbina yang tesengih sepanjang masa sama ada posing amik gambo atau tak. HEH!
Pas tu lagi ramai yang interframe dengan t-shirt memasing. Tak apa, tak apa! Mari! Mari! Memang fungsi gua sebagai kartunis bukan hanya lukis kartun tapi juga digunakan untuk amik gambo cam meriam, tugu, tunggul kayu, tembok dan lain-lain benda yang digunakan sebagai latarbelakang oleh orang untuk amik gambo. Diorang memang pantang nampak kamera. Nak interframe jer. Jadi prop pun sanggup!
Sebelum kami pulang, pakcik Hashim iaitu sorang warga emas yang kami lawat tadi ingin berkaroke menghiburkan kami. Dia sihat, agresif, energytic walau menggunakan kerusi roda untuk begerak. Petang ni untuk kami, atuk Hashim berkaroke dengan lagu-lagu Tan Sri P. Ramlee. Sekali-sekali gua interframe dalam nyanyian beliau. Heheheee….
Lagu yang dinyanyikan jelas memberitahu akan perasaan, kesedihan dan kedukaan hati mereka di Rumah Ehsan ini. Mereka pasti merindui isteri, suami, anak-anak, adik beradik, saudara mara, kawan-kawan , masa-masa indah bersama keluarga dan mungkin juga ibubapa kandung mereka yang telah tiada. Mereka pasti tidak pernah terfikir akan berada dan mungkin akan berakhir di sini. Masa pakcik/atuk Hashim berkaroke, gua lukis karikatur beliau dengan gaya yang lebih agresif. Pakcik Hashim tak boleh bediri tapi gua lukis dia bediri!
Pak cik Hashim dengan hadiah karikaturnya. Tengok la betapa ramainya yang jadi prop bila gambo diambik. Diorang memang tak lepas peluang dan tak akan membiarkan seseorang itu begambo beseorangan seperti pak cik Hashim ni.
Yang nipun sama. Dah macam lalang ditiup angin yang berhembus di pinggir sawah di waktu senja. Janji interframe.
Begambar bersama sebelum mengakhiri lawatan ke Rumah Ehsan ni. Satu pengalaman luar biasa hebat. Guapun tak tahu apa nasib gua sekiranya panjang umur dan menjadi warga emas nanti. Tak mustahil akan berakhir di Rumah Ehsan atau tebiar di mana-mana. Melihat nenek-nenek dan atuk-atuk tadi benar-benar menginsafkan. Kita memang tidak berupaya untuk mengelak sekiranya sudah ditentukan Allah.
Tadi masa mula masuk melawat ke asrama nenek-nenek, gua benar-benar keliru tak tau apa nak buat. Pengalaman pertama di rumah warga emas yang benar-benar membuatkan gua bepeluh! “ nak buat cam no ni?” gua lihat staff dan sukarelawan SALAM begitu yakin dalam melaksanakan misi mereka. Trus ke katil nenek-nenek tanpa mengira bangsa, senyum, bertanya khabar, menghulurkan goodies yang dibawa dan besembang melayan mereka. Gua melihat mereka melakukannya dengan tenang dan penuh adap sebagai menghormati warga emas. Gua amik sabuah goodies dan berkata “ aku boleh buat” Gua menghampiri sebuah katil. Seorang nenek yang sangat uzur telantar mengiring. Gua memberi salam dan senyum padanya. Nenek membalas dan senyum. Maaf nenek kalo mengganggu. Nenek senyum lagi. Gua menghulurkan goodies. “ apa tu anak?” tanya nenek. Ni ada skit hadiah untuk nenek. Nenek senyum. “ terima kasih la anak. Susah-susah je “.
Masa gua sampai ke katil nenek tu adalah masa untuk nenek dan penghuni Rumah Ehsan makan tengahari. Peluang dan pengalaman untuk gua menyuapkan nenek makan tengahari. " Nak saya suapkan?" Tanya gua pada nenek. Pada uwan, atuk, emak dan abah guapun gua tak buat cam ni. Ia benar-benar mengujakan! Melihat nenek di depan mata tebaring lemah tak berupaya kerana penyakit lumpuh sebelah badan sungguh mengharukan hati. Sebak dan rasa nak nangis. Berat mata memandang, berat lagi bahu nenek yang menanggungnya. Setiap suapan diikuti dengan cerita itu dan ini oleh nenek. Tak ketinggalan nenek turut komplin itu ini. Gua dengar jer dan kata “sabar la nenek”. Nenek yang banyak cakap. Memang nenek menunggu peluang untuk meluahkan perasaan di hati pada siapa yang datang melawat termasuk sket kisah hidupnye. Tragis sungguh kisah nenek! Nenek bertanya pada gua “ anak masih ada mak bapa?”
Nenek kat sebelah katil mengamit gua untuk menghampirinya. “Mari la sini adik” panggil si nenek. Gua menghampiri, senyum dan nenek trus memegang tangan gua. “ Duduk la dekat dengan nenek adik”. Pinta nenek. Gua senyum, duduk disebelahnya dan nenek terus bercerita itu dan ini. Seperti nenek yang gua supakan tadi, nenek ni turut komplin itu dan ini. Gua senyum jer mendengarnya. Jangan ingat nenek-nenek ni tak ada benda yang nak dikomplin, “sabar la banyak-banyak nek”. Sebelum berpisah, nenek bepesan pada gua “ kita orang Islam jangan tinggal solat. Sampai sekarang nenek tak tinggal solat fardu, solat sunat, tajhud dan witir”. Terima kasih atas ingatan nenek. Sebelum gua blah, nenek berkata “ senang-senang datang la melawat nenek ya. Raya nanti datang tau”! Sebak mendengarnya. Mereka memang mengharapkan siapapun datang menjenguk, bertanya khabar dan bersembang dengan mereka. Kalolah yang datang anak-anak, adik beradik, saudara mara atau kawan-kawan lagi la mereka suka dan seronok. Sedangkan kami ( SALAM ) yang bukan ahli keluarga yang datang melawatpun mereka sangat seronok.
Sebagai kartunis, ini adalah sumbangan kecil gua pada warga emas. Ia memang suatu sumbangan dan pengalaman yang luarbiasa hebat! Gua melukis karikatur mereka, bersembang bertanya khabar, memberi hadiah, memberi senyuman, melihat mereka senyum dan mengosok belakang mereka. Bila melihat, betambah la rasa belas, ehsan dan kasih sayang pada golongan tua yang suatu hari nanti ( jika panjang umur ) gua akan merasainya. Moga semua nenek dan atuk semua sabar dengan dugaan, betambah iman dan berakhir dalam iman. Moga Allah mengasihani, memberkati dan merahmati mereka....
“ saya dah tak punya emak dan abah lagi nek” jawap gua….