Friday, November 30, 2012

KAD KAWEN BERSAMA SELAMANYA


KAD KAWEN BERSAMA SELAMANYA
17 MUHARRAM 1434H – 01 DESEMBER 2012

Hari tu, bulan Oktober 2012 yang lalu, gua dapat satu kad jemputan Walimatul Urus  dari sorang peminat  BERSAMA SELAMANYA. Apa nak kecoh, biasa la dapat jemputan kawen. Ya , betul tapi yang menarik adalah pasal kad kawen beliau. Kad kawen yang menggunakan ilustrasi watak AMAR dan LIN dari cerita BERSAMA SELAMANYA dan  idea hebat mengambil design dari buku latihan sekolah sebagai kad kawen. Sangat menarik.
Yang buat gua kembang lobang idung dan terharu ialah bila lihat watak Amar dan Lin sebagai ilustrasi pilihan. Tak sangka beliau tegamak dan sampai hati menggunakan watak kartun itu sebagai penghias kad kawen beliau.  Agak pelik dan janggal tapi ada kelainan! Kelainan tu yang dicari-cari sangat oleh ramai orang dalam apapun perbuatan untuk diingati dan diikuti. Ya, korang boleh tiru idea design kad kawen ni. Maksud gua design saja, bukan ilustrasi. Korang boleh terus kekal dengan ilustrasi bunga-bunga sebagai penghias kad kawen. HEH! Sila layan kad kawen Bersama Selamanya ni.

Ni sampul kad kawen pasangan Emma & Saiful.
Cover Kad  Walimatulurus – Undangan Meraikan Perkahwinan. Rekabentuk kad yang dicelok dari buku latihan sekolah (hebat!) dan watak Amar dan Lin dari Bersama Selamanya.
Inside front cover – mintak maaf dan keizinan menggunakan ilustrasi Bersama Selamanya. Sepatutnya encik Saiful mintak izin dulu. Bila dapat izin baru cetak. Ni dah cetak baru mintak izin. Harharhar! Ramai yang buat cam ni. Ok, tak apa gua izin dan halalkan walau bukan makanan.  Belah kanan tu plak adalah peta ke rumah pengantin perempuan.
Inside back cover – peta ke rumah pengantin lelaki.
Back cover -  rukun Negara diganti dengan rukun nikah. Masih dikekalkan sistem metrik dan sifir 12.  Hebat!

Ada dua kisah pasal perkahwenan dengan  Bersama Selamanya telah berlaku sejak cerita  itu diterbitkan pada tahun 1994 yang lalu.
Pertama;
Kad kawen yang menggunakan watak Amara dan Lin. Gua tak tau apa yang menyebabkan kedua pasangan ni fikir dan bersetuju menggunakan watak Amar dan Lin sebagai ilustrasi kad kawen mereka. Apapun terima kasih dan moga kedua pasangan yang telah selamat melangsungkan perkahwenan berbahagia, diberkati dan dirahmati Allah. Gua tak dapat memenuhi undangan mereka kerana pada tarikh yang sama, anak buah gua gak melangsungkan majlis akad nikah dan majlis makan-makan.

Kedua;
Sorang peminat Bersama Selamanya menghubungi gua dan bertanya pasal koleksi Bersama Selamanya Volum 1. Gua jawap, “maaf, tak ada dalam simpanan dan di pasaran lagi”. “Alamak! Susah la gua cam ni! Mana gua nak cari aa… bro?”. “Lu nak buat apa?”, tanya gua. “Err… sebagai hantaran kawen gua brader. Gua dah janji dengan tunang gua nak bagi koleksi Bersama Selamanya sebagai hantaran bro!”.
Ah, sudah! Gua menggeleng kepala dan tesenggeh-senggeh bila dengar jawapan dari mamat tu nak jadikan koleksi Bersama Selamanya Volum 1 sebagai salah satu hantaran perkahwenan beliau.

Gua tak sangka sampai begitu sekali ‘layanan’ beberapa orang peminat Bersama Selamanya terhadap kisah itu. Sebagai seorang kartunis, gua terkezut, terharu dan ya, sedikit bangga kerana membuatkan beberapa orang begitu menghargai karya yang gua buat. Ia suatu yang tidak diduga dan memeranjatkan. Terima kasih. Moga semua berbahagia di dunia dan akhirat.  Hingga ke hari ini, ke mana gua pergi, orang yang mengenali gua akan bertanya dan mengingati kisah Bersama Selamanya. Kisah itu mengingatkan mereka pada kenangan lama masa kecil dan masih belajar. Kalau muzik rock boleh mengingatkan  kita pada kenangan lama tetap segar dalam ingatan walau 20 tahun telah berlalu, kisah Bersama Selamanya nampaknya seperti  muzik rock, mengingatkan pada kenangan lama walau hampir 20 tahun telah berlalu dan lebih bermakna lagi ia jadi ikatan dan kenangan indah antara gua dengan peminat. Terma kasih sekali lagi

Sekiranya sahabat ada cerita yang melibatkan apa saja kisah Bersama Selamanya, seperti; saya bertemu pasangan hidup saya melalui kisah Bersama Selamanya, boleh bagi tau gua melalui emel untuk kita kongsi bersama dengan peminat yang lain.
gayour
iot@gmail.com

 


 Terima kasih atas ingatan, penghargaan, kenangan dan sokongan. 

bersama selamanya



Wednesday, November 14, 2012

SALAM MAAL HIJRAH


MAAL HIJRAH 1434/2012

as salam
ahhh...! lantak la apapun azam korang pada tahun baru hijrah ni. gua
cuma nak ucap, moga sihat untuk melaksanakan tanggungjawap dan bertambah iman!

selamat tahun baru 1434 HIJRAH pada semua.

senyum sentiasa

gayour 1434H2012


Wednesday, October 24, 2012

EID ul-ADHA 1433H

Selamat menyambut dan meraikan Hari Raya Eid ul-Adha 
gua ucapkan pada semua sahabat.
Moga bebahagia, sihat dan tak sakit gigi untuk makan daging
 korban/akiqah dan belasah sup tulang.
Moga segala amal ibadah yang dilakukan diberkati dan diterimaNya.


 

Sunday, October 14, 2012

MANCING UDANG


 MANCING UDANG
29 ZULKAEDAH 1433H – 15 OKTOBER 2012

Penah mancing udang galah yang ada sang bedal? Pernah? Huh, hebat! Hari tu pada 28 Jun 2012 yang lalu, gua bersama team majalah UMPAN ( majalah pancing terbitan Kumpulan Media Karangkraf ) dijemput oleh toke kplam datang mancing kat kolam udang beliau. Lama dah gua mengidam nak mancing udang ni. Dapat peluang, tak tolak!
 Kami seramai lima orang betolak dari pejabat sekitar 9.00 pagi. Janji Melayu pukul 8.30 pagi. Cantekkk… perjalanan tak la jauh mana. Kena plak ikut hiway. Lagi la cepat sampai. Tak sempat gua nak tido. Kat mana ek kolam pancing udang tu? Nah, tengok la papan tanda yang dipacak oleh Jabatan Perikanan Negeri Sembilan yang tak datang menjenguk lagi lepas siap pacak papan tanda ni. HEH!
Iyo, den mancing udang galah kek negori den, Kolam Udang Galah dan Ikan Air Tawar Solok Paku, Kampung Gedang, Terachi, Kuala Pilah, Negori Semilan Darul Khusus. Memang jalan den kalo balik kampung. Memang lalu kek sini. Kolam ni boto-boto topi jalan. Sampai yo, tuan kolam encik  Muhammad Zaien terus belanjo kitorang makan nasi lomak kek pejabat pengurusan kolam beliau. Makan punya pasal, semuo tak nolak!

    

Tujuan jemputan team UMPAN adalah untuk promosi dalam majalah UMPAN. Biasa la cam ni. Jemputan dari pengusaha kolam, kelong dan lain-lain yang bekaitan dengan mancing-mancing menjemput editor, wartawan dan jurugambar datang mancing ke tempat mereka dan siarkan cerita, gambar dan promosi dalam majalah.  Ada beberapa kolam kat sini yang tebagi pada dua. Kolam udang galah dan kolam ikan air tawar. Yang ni kolam ikan air tawar. Pagi lagi, tak berapa ramai pemancing. 
Gambo pemancing yang ditampal sebagai kenangan-kenangan dan carta harga untuk pancingan udang dan ikan air tawar kat Kolam Pancing Belauk Solok paku ni. “ Dulu ado buek petandingan jack pot, tapi ado yang betumbuk. Sampai jadi kes polis. Leceh la, terus stop tak buek laie dah. Sekarang, sapo datang mancing, banyak mano dio dapek ikan, hangkut la bawak balik!”, ujar encik Zin pasal aktiviti yang pernah dibuat kat kolam beliau
 
 
Ni plak maklumat pasal pelepasan ikan dan udang ke dalam kolam. Tarikh pelepasan ni sangat penting pada pemancing yang selalu datang ke sini. Tiap kali nak masukkan ikan, encik Zin akan SMS pada pelanggan setianya yang datang dari merata tempat. Bukan hanya dari penduduk sekitar tapi dari jauh gak..” Baru la seronok diorang mancing bilo tau ikan atau udang baru dilopeh an. Kalo tak muko masing-masing cam bangka* hanyut bilo tak dapek ikan!”, ujar encik Zin. 

*Bangka – sekumpulan kayu, sampah yang hanyut dibawa air sungai dan bekumpul. 
Masa untuk mancing setelah belasah duo pinggan nasi lomak! Ijai ( editor majalah UMPAN, kanan ) plak sibuk mengintebiu encik Zin ( kiri ) pasal kolam dan segala macam lagi untuk disumbat dalam majalah UMPAN akan datang.   
Team UMPAN menyiapkan pancing memasing untuk menggempur udang galah yang ada dalam kolam. Kanan sekali sedang menggigit tangsi ialah encik Nazzim ( pereka grafik majalah UMPAN ). Yang tengah plak ialah encik Amang ( bekas penulis kreatif/humor majalah G3, sekarang adalah wartawan majalah UMPAN ) dan kiri sekali sorang lagi wartawan majalah UMPAN iaitu encik Paez. Gua tak ada joran untuk pancing udang, encik Amang sebagai pemancing tegar yang ada banyak joran sedia meminjamkan pada gua. Tu beliau sedang siapkan joran untuk gua la tu. Hee..    
Kolam belah kiri tu adalah kolam udang untuk semua pelanggan temasuk team kami mancing. Kolam belah kanan tu plak adalah kolam simpanan stok udang. Tak dibenarkan pancing kat kolam tu.    
Cam kat kolam ikan air tawar tadi, tak ramai datang mancing udang pagi-pagi ni. Hanya pakcik ni sorang saja masa kami sampai. “ Pak cik tu pelanggan setio. Tiap-tiap hari dio datang mancing udang kek sini. Kek situ la port beliau ”, tegas encik Zin. 
 
 
CIS! Nazzim orang petamo dapek udang sebosa jari hantu! Jeles den! 
Hah! Tibo giliran den plak dapek jenggo! Jangan tak pecayo. Ni la jenggo petamo yang den dapek seumur hidup. Dulu maso kocik-kocik mancing kek kampong tak ponah dapek. Cam no nak dapek, kek sungai kampong den tak ado udang galah pasal tak ado boyo! Terharu hati den bilo dapek mancing anak udang galah ni. Syukur… uuu...uuuuu...
Naik muntah gua tengok aksi pemancing gigit batang kail tiap kali begambo dengan ikan toman atau kelah. Apasal diorang buat cam tu aa..? Tak boleh ke pegang atau kepit celah ketiak atau kangkang, bukan gigit batang kail tu. Ontah la jang. Guapun apa lagi, cuba la try buat aksi mengigit batang kail sambil memegang tali tangsi yang tesangkut udang. Tak la best manopun. Rasa cam orang gilo yo gigit batang pancing. Apapun hajat hati nak gigit batang kail sambil belagak dengan udang berjaya gak dirakamkan. HEH! Jangan jeles ya. 
 
   
Ahh! Ijai boleh sangkut dua ekor sekali plak! Jelesnya gua. Eeee…
Lagi sekali gua gigit batang joran tanda seronok tak ingat bila dapat udang! Harharhar! Adalah menjadi disiplin pada semua pemancing tegar untuk menjaga semua peralatan pancing agar sentiasa dalam keadaan sihat.. eh! sihat plak. Hehee… dalam keadaan baik temasuk batang joran. Kalo boleh tak boleh calar, tak boleh bekarat atau bengkok. Tapi bila dapat ikan dan begambo, apasal gigit batang pancing plak? Kata sayang kat barangan pancing. Nampaknya perbuatan mengigit joran adalah semata nak belagak!    
Penah kena gigit… eh, gigit plak! Gua buat lawak plak. Harap menghiburkan. HEH! Penah kena sepit oleh si jenggo. Apa rasanya. Lazisss? Ya, kena sepit anak jenggopun dah menjerit, apa lagi kalo kena sepit oleh bapak jenggo. Kena plak kena sepit kat celah ketiak atau lobang idung. Huuuu…uuuu… pemancing jenggo mesti rasa kesakitan kena sepit!  
Menjelang tengahati ke petang, pemancing tegar udang galah mula datang ke kolam ni nak pancing si sepit biru. Pakcik tadi tu masih setia melayan henjutan lembut si jenggo.
 Sekali laie iklan Kolam Pancing Belauk Solok Paku.
 Ni adalah barisan pemancing jenggo oldskool yang datang selepas zohor. Bising sungguh diorang ni mancing. Horuk pikuk!
 Salah satu kolam utama tempat pembiakan dan bekalan ikan tilapia sedang diberi makan oleh pekerja kolam. Feed them more!
 
 Apa yang menarik pasal gambo ni? Nampak warna biru pada hutan nun jauh kat belakang. Macam mana hutan atau pokok-pokok berdaun hijau tu boleh tukar warna biru bila dilihat dari jauh? Itu yang menarik. Dulu gua keliru gak bila tengok lukisan gunung atau hutan dari jauh berwarna biru. Gua protes. Mana boleh buat cam tu hingga la gua melihat dan merasainya sendiri. Seni sangat la kononnya. Cantik dan indahnya alam ciptaan Allah untuk kita tengok, hayati, nikmati dan renungi akan kehebatan dan kebesaran Allah yang menjadikannya dalam bebagai rupa dan warna.  Subhanallah.  
Tengahari masa rihat, encik Zin bawak kitorang makan tengahari kat depan kolam ikan dan udangnya yang lain. Rupanya enik Zin ada beberapa lagi kolam udang yang dipajak dari tanah orang kampung. Tengahari tu kitorang makan ikan tilapia merah masak lomak cili api cecah cili kicap dan tilapia goreng garing sambil menikmati lagu-lagu dari Nasional Klasik. Perghhh! Terasa kat kampungnye. Menjelang Mahgrib baru la kitorang berhenti dan berangkat pulang dengan hasil pancingan hampir satu kilo sorang. Gua tak dapat la sampai sekilo. Campur-campur dengan udang Amang dan Paeh, tu yang boleh sekilo. HEH!  Terimo kasih encik Zin. Pada yang beminat nak mancing udang galah atau ikan air tawar yang berhampiran dengan Jeram Ulu Bendul, Negeri Sembilan, boleh la cuba try mancing kat sini. Sebelum datang, sebaiknya tipun dulu encik Zin. Tanya bila udang atau ikan baru dimasukkan ke dalam kolam. InsyAllah, bila datang mancing, ado la hasil dibawak balik sebagai lauk.
 
 
Korang boleh baca cerita dan berita pasal mancing udang kek Kolam Solok Paku ni dengan membeli majalah UMPAN Volume 6, keluaran November – Disember 2012. Selain cerita mancing udang, ado macam-macam cerita pasal mancing-mancing dalam majalah ni.  Nak beli, beli… tak nak beli sudah!Perbincangan misteri – kenapa bila ada banyak udang galah kat sesuatu sungai, muara, kuala,  mesti ada sang bedal sekali? Misteri yang betul-betul misteri.  Kenapa ya? Terori gua antaranya;

1-    Encik udang menjadikan encik buaya sebagai tempat beliau dapatkan makanan free iaitu sisa-sisa makanan encik buaya kerana udang makan apa saja temasuk bangkai.
2-    Mempergunakan encik buaya sebagai pelindung atau bodyguard tak bebayo dari buruan rakus manusia.
3-    Encik buaya menjadikan udang sebagai makanan ringan di waktu petang, pasal tu mana ada udang, kat situ la beliau berada. Kira itu la bayaran sebagai bodyguard .
4-    Sebenarnya buaya dan udang adalah adik beradik kembar.
5-    Di mana ada encik buaya, bukan saja ada encik udang tapi ada gak ikan keli, tilapia, kalui, arapaima, patin, lampam, sebarau, puyu, kura-kura dan macam-macam lagi hidupan air tawar.
6- Atau sebab misteri yang lain. Ntah la.

Lagi satu persoalan pasal Tangkap dan Lepas
Adakah pemancing tegar yang kononnya mengamalkan tebiat Tangkap dan Lepas turut mengamalkannya Tangkap dan Lepas  pada encik udang seberat sekilo seekor yang dipancing? Gua tak penah tengok atau baca kat mana-mana majalah pancing tanahair yang menyiarkan cerita pasal amalan Tangkap dan Lepas pada udang galah. Yang ada kebanyakannya adalah kisah pemancing yang tesengeh-sengeh amik gambo dengan jenggo seberat hampir sekilo atau teserempak dengan sang bedal si body guard masa mancing udang. Tak adapun gambo atau cerita udang tu dilepaskan semula seperti gambo orang melepaskan semula ikan toman atau kelisa. Encik udang yang dipancing selalunya berakhir jadi udang goreng, bakar atau gulai tempoyak.
Kenapa amalan Tangkap dan Lepas tidak dibuat pada udang galah. Adakah amalan tu hanya pada ikan saja! Nampak sangat pilih kasih!

TANGKAP, BUNUH DAN MAKAN!


Friday, September 14, 2012

PAMERAN KARTUN TULEN


PAMERAN KARTUN TULEN MALAYSIA 2012
27 SYAWAL 1433H – 14 SEPTEMBER 2012
    
Pada yang nak tengok PAMERAN KARTUN TULEN MALAYSIA, boleh la pegi ke Balai Seni Visual Negara dengan tergesa-gesa kerana pameran karya-karya asli beberapa orang kartunis oldskool tanahair masih dibuka untuk tatapan dalam pameran ini sehingga 23 SEPTEMBER 2012. Masih ada masa lagi. Beberapa karya TULEN gua sebagai kartunis Melayu dan Malaysia turut sama digantung dalam pameran ini.



Bila melihat karya-karya dalam pameran ni, ia pasti mengingatkan pada kenangan lama tetap segar dalam ingatan. Betul, den tak tipu!

Sila klik di pautan Balai Seni Visual Negara kat bawah untuk maklumat atau
tipon terus kalo tak puas hati. 

Terima kasih.



Wednesday, August 15, 2012

EID ul-FITR 1433H


SALAM EID ul-FITR
1433 H – 2012 
 


Rasulullah S.A.W. telah bersabda,
"celakalah bagi orang yang memasuki ramadhan tapi tidak mendapat keampunan dari Allah setelah berakhirnya Ramadhan!"

Selamat menyambut dan merayakan Eid ul-Fitr pada semua sahabat. Maaf zahir dan batin gua pohon atas segala salah dan silap. Moga bahagia dan gumbira merayakan  Eid ul-Fitr  pada tahun ini bersama keluarga, saudara mara dan member2.

Selamat tinggal Ramadan al Mubarak. Moga dipanjangkan umur dan sihat, dapat betemu dengan Ramadan pada tahun hadapan dan dapat mengerjakan ibadah puasa lagi. insyAllah. Besarlah harapan moga ibadah puasa dan semua ibadah yang telah kita kerjakan sepanjang Ramadan diterima Allah dan mendapat RAHMAT, KEAMPUNAN dan PELEPASAN DARI AZAB API NERAKA seperti yang dijanjikanNya. InsyAllah.

Jaga diri

Gayour
1433h2012




Sunday, August 05, 2012

BADAR AL-KUBRA


PERANG BADAR AL-KUBRA
17 RAMADAN 1433H - 06 OGOS 2012


Pada hari JUMAAT bersamaan 17 RAMADHAN, TAHUN 2 HIJRAH selepas peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah, berlakunya PERPERANGAN BADAR AL KUBRA. Peristiwa atau peperangan ini merupakan satu perperangan yang SANGAT PENTING untuk menentukan masa depan umat Islam dan agama Islam keseluruhannya di atas muka bumi ni. Sama ada umat Islam dan agama Islam akan hidup subur bekembang atau terhapus! Semuanya BERGANTUNG pada keputusan dari perperangan ini . Gua kerut dahi mendengarnya. Tak kisah langsung selama ni pasal Perang Badar. Perang Badar? Emm...ada belajar sket masa kat sekolah dulu. Dalam perang yang dahsyat ni tentera Islam menang walaupun jumlahnye sket. Itu yang gua ingat. Ingat pasal nak lulus periksa! Kita memang tidak diberitahu lebih-lebih, tahu sikit-sikit jer pasal yang bekaitan dengan Islam.

Ini antara peristiwa besar dalam sejarah Islam yang perlu kita ingat, tahu dan mengambil pengajaran darinya setiap kali tibanya bulan Ramadan. Gua tau semua sobat dah tahu, pakar dan arif mengenainya. Untuk kisah yang lebih lengkap pasal perang badar Al- Kubra ni, boleh la tengok kat entri bulan September 2008 yang lalu.

Hari ini dalam bulan Ramadan 1432 tahun yang lalu, Rasulullah S.A.W. dan para pejuang Islam betempur dengan musuh-musuh Islam di Badar! 



Selamat terus berjuang dalam mengerjakan ibadah puasa. Kita sedang berada pada pertengahan Ramadan yang dijanjikan PENGAMPUNAN oleh Allah. Jadi, mintak la ampun banyak-banyak!

 * mana bulannya? ntah la. malam 15 Ramadan 1433 yang lalu keadaan cuaca, awan agak kelam. berjerebu. awan sentiasa melindungi bulan penuh pada malam tu. tu yang golap yo gamba tak ado bulan.

Friday, July 20, 2012

SALAM RAMADAN 1433H


Salam Ramadan
01 RAMADAN 14
33H - 21 JULAI 2012

As salam wahai sahabat semua.
 
Tahniah dan syukur kerana diberi kesempatan panjang umur oleh Allah dapat kita bertemu dengan bulan Ramadan tahun 1433H/2012 ni.
Selamat MENGERJAKAN ibadah puasa gua ucapkan. Mintak maaf atas segala salah dan silap. Lagi sekali gua ulangi, MENGERJAKAN ibadah puasa bukan menjalani ibadah puasa ya. Moga sihat dan dapat melakukan amal ibadah fardu dan ditambah sebolehnya ibadah sunat.

Sesungguhnya ibadah puasa HANYA KERANA ALLAH, bukan kerana yang lain. Bukan kerana nak berhenti merokok, bukan kerana nak kurus, bukan pasal nak gemuk, bukan kerana solat sunat tarawikh, bukan nak berjimat, bukan kerana tadarus al Quran, bukan kerana Lailatul Qadr... 
hanya kerana Allah
 
* guna semula gambo bulan 17 ramadan tahun lepas. tak sempat nak lukis yang baru pasal agak sibuk dengan urusan dunia!


Monday, July 16, 2012

PAMERAN KARTUN 2012

PAMERAN KARTUN 2012
 27 SYAABAN 1433H - 17 JULAI 2012
 
Pameran kartun pertama yang gua sertai pada tahun 2012 di Galeri Shah Alam yang bermula pada  08 Mei 2012 dan berakhir pada 22 Jun 2012 yang lalu. Hahaha! Rasakan! Tak dapat pegi tengok pameran ni. Tapi tak pegipun tak apa, bukan la best manapun. Biasa je. Kalo gua bagitahu awal dan jemput semua datang, gua tau semua tak akan datang.
Apa yang best pasal pameran yang disertai oleh 18 orang kartunis tanahair ni. Tak ada yang best, biasa je. Ramai kartunis yang terlibat dalam pameran ni tak hadir pada hari perasmian. Guapun tak faham apasal diorang tak datang. Ya la, masing-masing ada macam-macam masalah, kerja atau halangan. Pasal tu tak dapat datang. Yang best pasal adanya Datuk Lat yang datang sebagai VIP kehormat yang merasmikan Pameran Kartun 2012. Sangat seronok dapat jumpa dan dengar Datuk Lat bercerita dalam ucapannya. Antara cerita Datuk Lat adalah pasal duit. “Dulu masa kecik-kecik kat kampung bila dapat duit raya, biasanya duit tu kami bagi mak simpan. Kalo dapat dua ringgit, seringgit bagi mak simpan. Kalo seringgit, lima posen bagi kat mak simpan. Tak tau apasal. Hampir semua kawan-kawan buat cam tu. Dapat duit bagi kat mak. Tak bagi kat bapak pasal gerenti habih! HEH! Bila nak beli apa-apa baru mintak kat mak macam nak tengok wayang gambar. Satu lagi hobi saya ialah tengok wayang gambar. Lain keadaannya dengan budak-budak sekarang. Dapat duit terus belanja sendiri. Betul, saya tak tipu!” kata Datuk Lat dalam kisahnya. Ya, betul. Guapun buat cam tu dulu. Apa-apa hal mesti bagi kat mak, ingat kat mak. Cerita datuk mengingatkan pada kenangan lama tetap segar dalam ingatan. 


Datuk Lat juga bercerita pada hadirin mengenai zaman awal dia melukis dahulu. Masa kat kampong dan masih sekolah. Mengingatkan pada kisah awal gua kat kampung dan masih sekolah. “ Dulu saya tak berapa pandai dalam pelajaran. Biasa la. Saya lebih suka mandi sungai, tangkap ikan, tengok wayang gambar dan lukis kartun. Masa di sekolah menengah saya dah mula lukis kartun dan  menghantar karya ke berberapa penerbitan antaranya NST. Tiap bulan saya dapat dalam RM100 ke Rm150. Satu jumlah pendapatan yang agak besar masa tu. Kebanyakan kawan-kawan sebaya saya masa tu masih meminta duit dari mak bapak mereka, tapi saya pulak bagi duit pada mak dan bapak saya tiap bulan dari hasil kartun. Macam saya cakap tadi, saya lemah dalam pelajaran. Bila keputusan perperiksaan keluar, saya gagal dan bila tunjuk keputusan pada mak bapak, diorang tak kata apa pasal saya dah ‘rasuah’ diorang siap-siap tiap bulan. Hahahahaa! Kisah yang sangat menarik.
Masa untuk melihat pameran Kartun 2012. Pameran ni tak mengkhususkan tema tertentu. Bebas ikut angin yang berhembus tanpa haluan. Asal jangan lukis kartun lucah dah. Ada macam-macam genre kartun yang dihantar dan dipamerkan. Bagus gak, pelawat dapat tengok kepelbagaian dalam menghasilkan kartun. Sapa lukis ni? Eeee... buruknye. HEH! 
Oh, siapa plak yeng bergambar dengan gua ni? Tak ingat dari sekolah mana diorang ni. Sebahagian dari pelawat pelajar sekolah yang singgah ke Galeri Shah Alam dan bersama dalam acara perasmian. Terima kasih semua.  
Ada lagi yang nak bergambo dengan gua. Guapun heran macam mana budak-budak ni kenal dan nak begambar dengan gua. Kenapa gua kata cam tu? Tengok la budak-budak ni. Rasanya diorang tak pernah tengok karya-karya awal gua seperti blablabalaa… temasuk karya gua sekarang. Tapi diorang kenal gua kartunis Gayour. Hilang akal gua mikirkannya. Ntah la. Tak apa la, apapun terima kasih semua. Moga berjaya dalam pelajaran dan hidup dunia akhirat.



Turut hadir dalam majlis perasmian ni adalah kartunis oldskool yang turut menghantar beberapa karya hitam putih dalam pameran ni iaitu Tuan Haji Zainal Buang Hussein ( dua dari kanan ) yang sentiasa ceria. Kanan sekali adalah Pengarah Galeri Shah Alam, Profesor Madya Mohd Said Abu dan Pak cik Nayan ( kiri sekali ) riang ria melihat pameran.
Tiba ke bilik pameran dua yang sebahagian besar adalah dikuasai dengan karya-karya gua! Gua hantar 42 karya dalam pameran ni. Paling banyak dan perlukan ruang yang banyak dan besar gak! Gua rasa ini la masanya untuk pelawat ( sama ada suka atau meluat  ) melihat dan menikmati karya gua. Ada tiga jenis karya yang gua hantar iaitu dalam hitam putih, cerita kartun semuka berwarna cara tradisional dan karikatur warna tradisional. Sila kagum ya datuk! Heee…
Kenapa banyak sangat karya gua? Kerana kebanyakan rakan kartunis dah beralih ke digital lukis kartun. Diorang hampir tak ada karya terbaru cara tradisional. Ada la satu dua karya zaman purba dulu. Pasal tu susah atau tak ada lagi karya tradisional diorang. Kalo nak buat pameran kartun cam ni sangat susah nak cari dan dapatkan bahan karya tradisional. Jadi usaha untuk mendidik masyarakat melalui pameran kartun tradisional menjadi terhad. Tak apa, biar la semua sahabat kartunis beralih ke digital dan tinggal gua sorang diri melukis cara tradisional dan dikutuk pasal tak nak berubah ke digitalpun tak apa. Biar la gua yang menjalankan bertanggungjawap, menjaga dan meneruskan amalan melukis cara tradisional dalam mendidik dan berkongsi dengan masyarakat terutama pelajar-pelajar sekolah. Amacam datuk, kagum? HEH!  
Datuk tanya gua. “Apasal kau buat kartun rock cam ni? “. Jawap gua, dalam cerita datuk masa perasmian tadi ( satu lagi cerita... ) datuk kata datuk hidup masa zaman kehebatan pelukis seperti Allahyarham Raja Hamzah dan lain-lain pelukis. Masa tu datuk baru mula melukis dan datuk dapat rasakan yang datuk tak mungkin dapat bersaing dengan pelukis-pelukis hebat dalam arus perdana masa tu. Apa yang datuk buat untuk terus berkarya dan hidup? Datuk melawan arus dan keluar dari kelompok itu dengan berkarya dalam media aliran Bahasa English, sedangkan semua pelukis hebat itu berkarya dalam sokaba jawi dan Bahasa Melayu. Karya datuk disiarkan dalam NST, dalam bahasa english yang pembacanya lebih ramai dan agak berpendidikan. Datuk menang kat situ dan KEDEBOOOM!
Itu gak yang saya lakukan datuk. Saya membesar pada zaman keemasan music rock mengganas di seluruh dunia. Saya tak keluar dari kelompok media utama kebanyakkan kartunis berkarya pada tahun 80an dulu. Saya bersama mereka tapi saya mengambil peluang yang tak diambil oleh kartunis lain secara serius pada fesyen, gaya dan kegilaan remaja pada muzik rock, lalu dengan kejam saya 'merampas dan menguasai ' keadaan seperti rakus dan ganasnya band W.A.S.P. HEH!  Itu yang saya lakukan. Kita sama-sama mencari peluang yang tidak ‘dilihat ’ dan dengan peluang itu kita mencari kejayaan datuk.
Muzik rock memberikan saya ilham untuk mencipta watak dan cerita pasal dunia muzik rock dalam kartun. Saya mengambil dan menggunakan peluang itu sebagai kelainan ( kononnya ) dan memenuhi kehendak peminat muzik rock melalui karya saya. Ia umpama senjata nuclear dalam berkarya dan KEDEBOMMMM! Nuclear Assault datuk! Pasal tu saya menghasilkan karya Mat Rock Cintan ni.
“Tipu la kao Gayour! Haha!  Tapi lu memang rock la Gayour! “ Semua ketawa gumbira dengar kisah gua temasuk gua sendiri. Hahahaha!
Ah, amik gambo la plak. Gambo sorang anak muda dengan orang-orang tua berlatarbelakangkan karya-karya gua. HEH! Dari kiri pakcik Nayan. Beliau bukan kartunis tapi sangat aktif dan berminat dalam bidang kartun hingga menubuhkan syarikat Cartoon Parade yang menguruskan banyak aktiviti melibatkan kartunis tanahair. Kami memanggil beliau pakcik Nayan. Beliau gak adalah saudagar menjual cermin mata purba. Boleh beli cermin mata dan barang-barang purba dari beliau tiap minggu kat Stadium Melawati, Shah Alam. Sebelah kiri beliau adalah satu-satunya orang muda ( hee… ), brader Tazidi, Datuk Lat yang sengeh sakan pasal dapat majalah G3 keluaran 100 percuma. Diikuti oleh yang dihormati Tuan Haji Zainal Buang Hussein dan salah seorang kartunis, animator dan pelukis karikatur terhebat tanahair iaitu saudara Yaz Malee. Mungkin ramai yang tak pernah tengok karya beliau. Lantak la!
Tak ingat wartawan dari sokaba mana intebiu gua pasal pameran ni. Ya, ok, orait!
 Ni la sebahagian karya-karya tradisional gua yang dipamerkan. Ada yang tanya pada gua, “ kenapa brader masih melukis cara tradisional dan tidak lukis cara digital? Gua jawap… “ Inilah kecintaan gua pada seni lukis kartun. Gua benar-benar melukis bila menggunakan tangan. Kalo gua lukis cara digital maka tidak adalah karya kartun tradisional gua yang boleh dipamerkan". Kalau encik pergi ke Balai Seni Visual Negara, Galeri Shah Alam atau mana-mana galeri lukisan, adakah encik nak tengok karya-karya digital atau tradisional? Biar la gua tak berubah, terus melukis dan bahagia dengan cara gua. Melukis kartun cara tradisional bukanlah satu jenayah berat. Sapa-sapa nak kutuk, hina, keji... silakan.


Ah! Patutnya gua tak tampal photo ni tapi… ntah la. Bersama Faizal Mukhtar, presiden dan pengasas pertubuhan Manteraworks. Seorang penulis dan seniman yang begitu tegar minatnya terhadap komik, Superman, makan, filem, superhero, makan, animasi, makan dan M.Nasir termasuk Rob Liefeld. Harharhar!
Bersama karya karikatur metal guitarist yang dipamerkan. Kartunis hari ni memerlukan kelebihan yang lain selain dari hanya boleh melukis kartun, ilustrasi dan cerita kartun iaitu kebolehan melukis karikatur dengan baik. Dengan baik dan berkualiti. Maksud gua bukan hanya main belasah lukis. Kena belajar dan praktis. Jangan ikut/tengok kartunis lain boleh buat, guapun buat la! Kartunis mesti bertanggungjawap terhadap karyanya dan mendidik melaluinya. Maksud mendidik, karya yang baik dan berkuliti. Dari situ siapa yang nak lukis kartun atau karikatur kena belajar dulu dan berusaha menghasilkan karikatur yang baik dan berkualiti! Barulah meningkat kualiti kartun, ilustrasi, animasi atau karikatur negara kerana kartunisnya berilmu.
Gua dipaksa melakukan aksi air guitar ni oleh wartawan dan pelawat untuk amik gambo. Jeng! Jenggg! Are you ready to bang your brain out there? Pameran telahpun berakhir. Tak ada la menarik manapun. Biasa je. Pasal tu gua tak hebahkan awal. Gua tau ramai yang tak akan datang. Apa, kalo bagi tau awal nak pegi tengok pameran ni. Iye ke? Macam tu la, kalo tak bagi tau, nak pegi tapi kalo bagi tahu atau jemput, mesti tak dapat pegi. HEH! Ok la, kalo nak tengok pameran kartun gak, sila ke Balai Seni Visual Negara sekarang. Bermula dari 20 Mei 2012 hingga 27 Julai 2012 ni berlangsung Pameran Kartun Tulen Malaysia. Gua ada hantar beberapa karya dalam pameran ni. Kenapa dinamakan Kartun Tulen Malaysia? Kerana ia adalah karya asli kartunis Malaysia yang bercirikan identiti Melayu/Malaysia yang dilukis cara tradisional. Tidak ada pengaruh dari luar, Jepun terutamanya. Amacam, nak pergi? Gua dah kata, mesti tak akan pergi punya. HEH!