Thursday, March 29, 2007

MAULIDUR RASUL

KAMI CINTA RASULULLAH
MAULIDUR RASUL

12 RABIULAWAL 1428 HIJRAH
31 MAC 2007 MASEHI


Terang benderang alam semesta kerana gembira
Dengan kelahiran Nabi Pilihan Ahmad ( Nabi Muhammad S.A.W. )
Penghuni alam berasa senang dan gembira yang baru menjelang
Bergembiralah wahai kaum Muslimin dan burung bertuah turut berkicau
Bersuluhlah kamu dengan cahaya kecantikan yang mengatasi segala kecantikan
Kita mendapat berita gembira dengan kebahgiaan
Yang berterusan tiada kesudahan
Kerana kita telah dianugerahkan dengan suatu anugerah
Yang merangkumi semua kemuliaan yang berkekalan
Bagi Tuhanku segala pujian Yang Agung tidak terkira banyaknya
Kerana Dia telah mengurniakan kepada kita
Dengan kelahiran Nabi Pilihan Pembawa Petunjuk; MUHAMMAD S.A.W.

YA ALLAH! LIMPAHKANLAH RAHMAT KESEJAHTERAAN DAN KEBERKATAN KE ATAS JUNJUNGAN KAMI NABI MUHAMMAD S.A.W. DAN KELUARGANYA

Selamat menyambut, merai dan bersalawat ke atas junjungan besar kekasih yang dikasihi Nabi Muhammad S.A.W. atas kelahiran baginda dan cuba sebolehnya mengamalkan sunah-sunah Baginda dalam kehidupan kita.

Wednesday, March 14, 2007

FRAG EM ALL!

FRAG 'EM ALL!

LOBO merupakan karakter feveret gua semasa melakar dan SUPERMAN plak merupakan karakter feveret yang DIBELASAH oleh THE MAIN MAN! Walaupun korang suka/minat kat Superman, gua tetap akan buat beliau dibelasah dan diperkotak-katikan oleh MAIN MAN. Tak tau apasal, tapi ini adalah subjek kegemaran gua semasa melakar. Ia benar-benar menaikkan ghairah gua untuk trus melukis. Tak ada belas kasihan, tak ada rasa kesal! Korangpun bleh buat cam ni. Lukis saja apa yang korang nak lukis. Sekiranya korang suka lukis kartun, jangan hanya lukis kartun. Cuba yang lain plak. Gitu juga sekiranya korang suka lukis komik, study anatomi betul-betul dan belasah gak lukis yang lain cam lukis kartun. Selain sebagai latihan, ia juga untuk membangkit/menimbul/menaikkan keghairahan melukis. Percaya la... slamat melakar! Ada beberapa lakaran superhero feveret korang sedang dibelasah oleh The Main Man kat sini. HAW! HAW! ENJOY!


Tak tau apasal gua suka sangat memperkotak-katikkan SUPERMAN. Mungkin kerana beliau yang kononnye sebagai penegak keadilan. Entah la. Tapi memang seronok tak ingat melukis beliau kena cekik cam ni. Korang kena bijak/tahu untuk mencari punca atau sebab yang boleh menaik/menimbulkan ghairah korang melukis.

Jangan peduli atau ' sayang ' sangat dengan karakter superhero yang korang minat tak ingat cam WOLVERINE ni. Gua memang tak suka satupun karakter dari team X-MEN! Gua melukis/melakar Wolverine kena injak-injak maruahnye ni dengan penuh ghairah dan seronok sekali. HAR FRAGIN HAR!

Sama gak dengan yang ni. Kepuasan yang gua rasai semasa melukis THE HULK kena belasah oleh the MAIN MAN tidak dapat dikatakan. Keghairahan ni la yang perlu dicari dan dirasai untuk menjadi seorang pelukis/kartunis yang baik. Biasanye kita hanya membayangkan satu karakter SUPER VILLAIN yang dibenci kena belasah dengan teruk tanpa bekas kasihan oleh SUPERHERO atau sebalikknye. Tapi gambaran/bayangan ni boleh korang jadikan realiti dalam buku lakaran korang. Inilah yang gua buat. Selamat melakar!



THE MAIN MAN RETURNS

THE MAIN MAN RETURNS
DARI BUKU SKETCH GUA

Ada banyak sketch yang gua buat untuk dimasukkan dalam blog ni. Memang menjadi kebiasan gua melukis selain dari hanya kartun. Gua suka figure, komik... dan buku sketch adalah tempat gua menyatakan/meluahkan minat gua ni. Masa gua leka mengadap buku sketch selalunya bila habis deadline atau pegi ke Bengkel Kartun. Bila segmen gua dah abis, gua akan sketch superhero yang gua suka dan benci dalam buku sketch yang gua bawak ke mana-mana. Ini adalah displin yang menjadi kebiasaan! Sungguh seronok bila dapat melakukan sesuatu yang lain sket dari kartun. Bukan hanya melukis kat studio tapi di mana-mana tempat gua pegi. Kat sini gua masukkan satu dari sketch karekter ANTI HERO yang gua suke untuk korang nikmati - LOBO THE MAIN MAN sedang membelasah Captain America! Saja masukkan sketch ni pasal sedang kecoh dalam indusrti komik mainstream antarabangsa skang ni mengenai KEMATIAN karekter CAPTAIN AMERICA dalam siri terakhir CIVIL WAR. Biar semua orang tau sebelum Captain America mati, beliau pernah dibelasah teruk hingga masuk ICU oleh LOBO THE MAIN MAN! HAW! HAW! HAW!

FRAGGG!

Gua memang suka lukis LOBO membelasah atau memperkotak-katikkan superhero sama ada dari dunia DC atau MARVEL. Captain America adalah salah satu dari mangsa belasahan THE MAIN MAN. Skang ni beliau khabarnye dah mati la plak. Leceh tul! Tapi bagus gak karekter Captain America ni dimampuskan. Beliau dah tua bangka sebenarnye. Elok la mati! HAR FRAGIN HAR! ENJOY!

Monday, March 12, 2007

YAYASAN MELAKA

BENGKEL KARTUN DAN KERJAYA
KOLEJ YAYASAN MELAKA
27 MURARRAM 1428H - 15 FEB 2007
Hari tu kitorang pegi ke utara - Kolej Komuniti. Kali ni undangan datang plak dari belah selatan, KOLEJ YAYASAN MELAKA, Melaka Bandaraya Bersejarah. Kat sini ada kursus Multimedia, Grafik, Animasi dan segala macam kursus lagi yang menjadi pilihan dan minat ramai pelajar skang ni. Yang join dalam bengkel kitorang bukan hanya pelajar Grafik, Multimedia atau Animasi, pelajar dari kursus Akaunpun join sama. Caya la!


MESTI
Cam yang gua cakap, gua mesti amik gambo walau kat manapun. Asal ada nama kolej yang gua pegi dah cukup baik. Kali ni gua hanya dapat/sempat begambo dengan van/bas pelajar. Ahh! Kira okey la tu!

TINGGAL

Hari tu masa kat PTPL, gua kena tinggalkan. Kali ni gua pastikan yang gua tak kena tinggal lagi untuk sesi breakfast! Mee goreng, karipap dan donat. Alhamdulillah.


SEMANGAT

Awal-awal lagi sebahagian kecil dari pelajar yang semangat giler tak ingat dah masuk ke dalam dewan kuliah untuk mengikuti bengkel. Ramai lagi blum masuk pasal beratur panjang mendaftar. Kat luarpun kitorang adakan pameran kartun. Jadi ramai la yang leka melihat pameran kartun tu sebelum masuk ke dalam dewan.

BELASAH!

Namapun bengkel kartun, so sesi bermula dengan assigment pertama untuk diorang iaitu melukis/mencipta karekter kartun memasing. Belasah la apapun asalkan asli.

PERTAMA

Gua trus memilih lukisan pelajar ni sebagai ciptaan terbaik dalam melukis/mencipta karekter pasal beliau bukan saja melukis karekter tapi dengan beraninye melukis KARIKATUR. Karikatur gua plak tu. Tu yang gua suke dan bagi beliau menang. HEH! Kat skrin belakang tu kalo korang nampak adalah lukisan/kartun gua sekitar tahun 1988/1989 yang kuar dalam majalah GELIHATI. Dalam bengkel ni gak gua telah menunjukkan kartun PERTAMA gua yang telah tersiar dalam majalah GELIHATI pada bulan Mei 1985 lebih dari DUA PULUH TAHUN yang lalu pada semua peserta! Nanti gua masukkakan kartun tu dalam blog gua ni untuk tatapan semua.

GAMBO

Ada wartawan dari akhbar KOSMO datang membuat liputan berita mengenai pelajar Yayasan dan Bengkel Kartun ni. Kalo tak silap berita ni kuar dalam KOSMO pada 17 Feb 2007. Punye la banyak photograper diorang amik gambo kitorang tapi satu gambo tak kuarpun, cuma nama je yang kuar. Apapun, tima kasih je la.


MELOPONG

Sesi Encik Padi dan Encik Niezam plak. Dua-dua becakap serentak. Huru-hara majlis! Encik Niezam becakap/ menunjukkan cara beliau mewarna menggunakan digital yang membuatkan semua pelajar telopong dan meleleh air liur melihat hasil artwork beliau. Ada beberapa segmen dalam bengkel ni. Pertama secara MANUAL. Bahagian ni gua yang buat. Dibantu oleh Kobis Bunga dan Padi. Bahagian DIGITAL plak diterangkan oleh Niezam dan Padi. Encik A'an plak becakap mengenai MOTIVASI dan yang berkaitan dengan kerjaya sebagai kartunis.

BANG YOUR HEAD!

Jangan percaya dengan apa yang korang lihat. Gua telah diperkotak-katikan oleh A'an dalam menjayakan segmen MOTIVASI beliau! Tapi best gak bleh belari, melompat dan banging cam orang giler dengan gitar GIBSON Les Paul!

YAHOOOO!

Yahooo! Dah abis! Boleh balik tidooooo! Tq pada pihak Kolej Yayasan Melaka yang menjemput kitorang. Terutama pada Encik Halim ( Pengurus Perhubungan Awam ) yang banyak membantu. Tima kasih bebanyak. Jumpe lagi!

Friday, March 09, 2007

PTPL

BENGKEL KARTUN DAN KERJAYA
KOLEJ PTPL, SHAH ALAM
19 MUHARRAM 1428H - 07 FEB 2007
Kali ni kitorang dijemput ke kolej yang tak la jauh dan paling dekat dengan opis kitorang. Kat seksyen 13 jer. Penyertaan paling ramai setakat ni dari kursus Grafik dan Multimedia. Kali ni pihak PTPL telah menyediakan tema untuk sesi bengkel ni iaitu '' HUMOR GLOBAL BERINTELEK ''. So kitorangpun memasukkan la tema tu dalam setiap sesi. Okey gak, sesuei dengan zaman global sana, global sini skang ni!
BELASAH!
Tak sempat nak begambo kat pintu berbang atau signboard PTPL, belasah jer begambo kat bunting ni. Janji ada tulisan PTPL tu. Mungkin korang bleh cakap gua amik gambo ni kat mana-mana ntah. Mungkin kat pesta buku, kat tepi jalan, kat mana punye expo pendidikan.... Lantak la! Korang nak pecaya atau tak, itu korang punyer pasal! Kali ni pihak PTPL telah menyediakan tema dalam sesi bengkel ni iaitu

TERUJA

Ni la rupe sebahagian dari student PTPL yang join dalam bengkel kali ni. Semua semangat dan teruja tak sabo-sabo nak cepat habis, bleh balik tidoooo termasuk dengan Encik Padi dan Encik Niezam kat depan sekali tu!

DAH ABIS!

Blum apa-apa hal lagi, kitorang dah dijemput ke atas pentas untuk menerima hadiah yang membuatkan semua strudent lagi teruja dan tesengeh habis-habisan pasal menjangkakan bengkel kartun dah abis!

CEPAT ABIS!

Rupe-rupenye bengkel baru nak start! Gua sebagai cikgu pertama membentangkan kertas kerja yang membuatkan semua pelajar bedoa supaya gua tak membebel panjang-panjang dan cepat abis! Ni merupakan tempat/pentas paling tinggi pernah gua gunakan memberi ceramah. Memang dalam siri Bengkel Kartun dan Kerjaya ni gua sebagai pensyarah/penceramah pertama yang bercakap dari pukul 10 pagi hingga la ke waktu rehat pukul 1 petang! ARGHH!


ARGHHHHH!

Pasal gua yang mula dulu pada sesi belah pagi, ni la akibatnye. Gua baiekk punyer bebel kat dalam bilik kuliah, diorang bleh blah tinggalkan gua sensorang, baiekkkk punye breakfast! ARGHHHH! Tengok la si A'an tu bila dah kenyang bleh sms lagi dengan isteri-isteri beliau. Encik Padi plak dah mula mengantuk! EEEEE... tensenye gua!

RAKUS

Kerakusan beliau memang terserlah kat mana-manapun! Kalo pasal makan, memang beliau la jaguh! Gua blum abis membebel lagi, Encik Padi dah mula menceduk seekor ketam untuk makan tengahari plak! Rakus tul!

ENTAH LA!

Acara yang mencerahkan kembali bijik mata! Permainan WIN, LOSE or DRAW di akhir sesi dan untuk kali yang ntah ke berapa team yang gua ketuai kalah sekalah kalahnye! Tak tau bile bleh menang. Entah la budak-budak ni. Gua lukis punye la ditilpun tak dapat nak teka gak. Nasib korang la tak dapat hadiah. Har Fragin Har!

Dengan sebahagian dari student yang menyertai bengkel. Tq pada semua. Slamat maju jaya dan berjaya!

GUD LUCK

Acara wajib, signature dan lukis kartun la apa lagi! Tq pada PTPL. Tq pada semua pelajar. Gud luck!

Thursday, March 08, 2007

IN-HOUSE

BENGKEL KARTUN DAN KERJAYA
IN-HOUSE MULTIMEDIA, JALAN RAJA CHULAN KUALA LUMPUR
31 JANUARI 2007
Lama sangat gambo ni teperap pasal gua tak cukup masa nak ngadap/updatekan blog gua ni. Dah basi dah bende ni. ARGHH! Bahan memang banyak nak dimasukkan tapi masa begitu mencemburui gua. HEH! Ni siri bengkel seterusnye yang diadakan kat IN-HOUSE MULTIMEDIA Jalan Raja Chulan. Walaupun mejoritinye pelajar Cina, tapi diorang memang best, happening, sporting, perangai tak senonoh dan huru-hara! Manyak NAKOT!
BUKTI
Amik gambo merupakan perkara pertama yang mesti gua buat walau apa keadaanpun bila pegi kat mana-mana kolej dalam siri Bengkel dan Kerjaya ni. Amik gambo kat pintu gerbang, pintu masuk, signboard, pintu dapur atau segala pintu yang ada sebagai tanda/bukti gua pegi kat situ.

DALAM KENANGAN

Saja berenti jab amik gambo ni. Teringat masa zaman naik bas dulu. Cam ni la gua hari-hari tunggu bas masa nak pegi keje atau balik dari keje kat Jalan Silang, Kuala Lumpur. Ada masa dapat duduk tapi banyakkkkk kali tak dapat duduk. Bediri dari Kota Raya sampai ke Damansara Utama. Pas tu baru la dapat duduk hingga ke Taman Tun Dr. Ismail. ARGHH! Rasa nak tecabut kepala lutut! Tapi itu la pengalaman, kenangan yang korangpun mesti penah rasakan. HEH! Best gak bile dikenang-kenang.....

LORONG

Sebelum program kitorang start, pegi minum-minum dulu kat apa ntah nama lorong tu. Faizal belanja maqkan! Teringat lagi masa zaman naik bas. Setelah azab bediri dari Taman Tun sampai ke Kota Raya, singgah lepak kat Central Market jumpe member-member sambil tengok orang basking. Pas tu lepak minum/makan kat lorong yang digelar Lorong Katak! Sama la keadaan gerai kat Lorong Katak tu cam gerai makan ni. Tq encik Faizal walaupun gua hanya minum limau suam je. Beliau sendri yang maqkan lebih-lebih! Tengok la bungkusan pertama laksam yang beliau maqkan tu ( dua dari kiri ). Entah la...

PROVOKASI

Masa ni Kobih Bungo atau Niezam punye sesi. Gua lepak dengan Faizal besembang pasal artikal yang beliau tulis kat dalam majalah G3. Gua dah besedia mengenggam penumbuk pasal tak puas hati dengan kritikan beliau yang keterlaluan, melampau, penuh provokasi dan bebau pekauman pasal artikel yang beliau tulis sendri. Tak ada akal punye Faizal. Pakai kain pelikat lagi baik la oi!

YAHOOO!

Ni la rupe sebahagian dari pelajar dan pensyarah yang join dalam sesi Bengkel Kartun dan Kerjaya hari tu. Semua nampak riang gumbira, pandai dan bijak mengalahkan kura-kura bukan pasal ilmu yang diperolehi tapi pasal dapat hadiah! Lantak korang la!

NAKOT

Cam biasa semua teruja nak dapatkan lukisan kartun lepas habis bengkel. Walau penat, kena buat gak untuk diorang yang memang sporting. Manyak telima kasih maa... jangan nakot ( takut ) panggil kitorang lagi aa.. Gud luck to ya all!

MPH - ALAMANDA

MPH - ALAMANDA PUTRA JAYA
23 MUHARRAM 1428H - 05 FEBRUARY 2007
Kali ketiga kitorang join promo dengan MPH. Kali ni kat Alamanda Putra Jaya plak. Kali pertama gak gua sampai ke sini. Kalo tak ada promosi cam ni tak tau la bila gua akan sampai ke sini. Heh! Tampat yang cantik, tenang dan selesa.

HERE WE GO AGAIN!
Gandingan mantap kitorang betiga kembali besatu kat MPH Alamanda untuk betemu pengunjung, pembeli dan peminat majalah G3. Ramai yang tinggal kat Putra Jaya ni datang naik bas terutama remaja-remaja berkumpulan. Tq la datang. Buat susah-susah je korang ni. Heh!


YEAHHH!

Cam ni la selalu. Kitorang dipaksa ambik gambo dulu sebelum blah. Ni begambar dengan petugas/pekerja MPH yang semuanye baik-baik dan peramah. Berebut-rebut bagi diskaun diorang kat gua masa gua beli beberapa buku. Tima kasih bebanyak pada MPH dan semua petugas. All the best to ya! Jumpa lagi.

MPH - SACC

MPH - SACC SHAH ALAM
22 MUHARAM 1428 - 10 FEBRUARY 2007
Kali ni promosi kat Shah Alam City Centre plak. Kali petama gua sampai ke SACC ni. Tempat baru memang la cantek, bersih dan aman damai. Masa gua sampai, dengar ada show kat stage. Kumpulan apa tah namanye main lagu-lagu tradisional/instrumental menggunakan alat muzik kuno peribumi Australia - DIDJERIDOO. Sekali tengok cam buluh, sebenarnye bukan. Beliau dibuat dari kayu jenis ' Eukalipus ' yang belubang kat tengah kerana dimakan oleh anai-anai yang besarang. Okey gak. Layannn...


AWAL
Kali ni gua sampai awal pasal SACC ni tak la jauh dari rumah gua. Tapi Kobih Bungo sampai lebih awal lagi. Patutnye Padi ada sama tapi beliau masih sibuk buat caricature kat Seksyen 20. Sampai ke sudah beliau tak datang. Penat nak mampus tak ingat atau pengsan kat mana-mana! Nasib lu la Padi.

GULA-GULA

Cam biasa... amik gambo. Ni begambo dengan petugas/pekerja kat MPH sebelum balik. Selain dari menyediakan minuman, diorang gak menyediakan banyak gula-gula untuk gua makan dan diberi pada pengunjung/peminat yang datang mendapatkan signature. Tq. Ada masa nanti gua datang lagi.